Skip to main content

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan.

2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jawatan.

3. Saya mengenali Tan Sri Ali Hashim melalui idealismenya yang sering menjadi perbincangan pelbagai pihak, iaitu "Jihad Bisnes" dan "Jihad Ekonomi" - saya agak bernasib baik kerana sempat berbincang dan belajar secara terus dengan Tan Sri berhubung kedua-dua konsep tersebut, bahkan kami hampir sahaja menulis sebuah buku secara bersama berkenaan idea-idea penting beliau itu. Saya mungkin antara ribuan peminat Tan Sri Ali Hashim yang agak kecewa, atas perletakan jawatan beliau sebagai CEO JCorp dan mengakhiri kerjayanya yang cemerlang dengan cara yang sebegini rupa. Tetapi, itulah surat takdir.

4. Ruang yang terhad ini tidak mungkin mampu mengungkapkan segala jasa dan pengorbanan yang beliau taburkan demi memajukan usahawan Melayu di negara ini. Saya sebenarnya sangat sedih apabila mengetahui Tan Sri Ali Hashim meninggalkan JCorp secara mengejut. Malah, saya juga tidak tahu sama ada penggantinya, adalah seorang yang berjiwa besar seperti beliau yang sanggup berkorban demi memajukan usahawa Melayu atau pun mungkin sebaliknya.

5. Sayang, JCorp kehilangan seorang tokoh korporat yang terbukti berjaya menterjemahkan Dasar Ekonomi Baru dengan cara yang sangat praktikal dan mengimplementasikan akhlak Islam dalam pengurusan organisasinya dengan begitu berkesan - sehingga gabungan ini, mewujudkan identiti tersendiri untuk JCorp memacu kecemerlangannya. Saya berharap - dunia korporat Malaysia tidak terikut-ikut dengan rentak dan tari dunia politiknya yang menjadikan fitnah dan pembohongan, sebagai "alat sihir" untuk membuktikan kehebatan!

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Tan Sri Muhammad Ali Hashim hari ini menyifatkan dakwaan kononnya beliau adalah dalang di sebalik cadangan pelupusan QSR Brands Bhd. dan anak syarikatnya KFC Holdings (M) Bhd. sebagai tuduhan berniat jahat. Bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) itu berkata, tuduhan itu ternyata satu pembohongan semata-mata untuk memutarbelit tentang apa yang sedang nyata berlaku di dalam organisasi milik Kerajaan Negeri Johor itu.

Beliau yang berkhidmat selama 30 tahun dalam agensi itu berkata, dakwaan itu tidak benar kerana jelas bertentangan prinsip perjuangannya selama ini bahawa semua aset dan perniagaan JCorp dan kumpulan syarikatnya adalah milik masyarakat negeri itu. ''Sekiranya benar saya mahu menggadaikan QSR dan KFC, sudah tentu saya telah menswastakannya termasuk kepada diri saya sendiri.

''Meskipun kerajaan telah melaksanakan Dasar Penswastaan tetapi sepanjang di JCorp saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa saham-saham syarikat itu perlu dikekalkan dalam tangan syarikat milik kerajaan negeri supaya ia mewakili kepentingan rakyat terbanyak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Muhammad Ali menyuarakan demikian bagi menyangkal tuduhan yang dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa beliau terlibat dalam merancang penjualan QSR dan KFC.

Bekas peneraju syarikat konglomerat itu mula menarik perhatian media pada tahun ini apabila beliau meletakkan jawatannya Julai lalu walaupun tempoh kontraknya berakhir pada bulan ini. Kisah JCorp menarik perhatian korporat tempatan apabila anak syarikatnya Kulim Bhd. (Kulim) yang menguasai kepentingan dalam QSR menerima tiga cadangan pengambilan alih daripada pihak luar. Bagaimanapun, kesemua cadangan pengambilan alih itu ditolak dan kemuncak kepada rentetan tersebut, Muhammad Ali bakal disingkirkan daripada kerusi Pengerusi Kulim dan KPJ Healthcare Bhd. dan Damansara Realty Bhd. menjelang mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada Januari ini.

Mengulas lanjut tentang tuduhan liar itu, Muhammad Ali berkata, dakwaan yang dibuat tanpa mendapat pengesahannya jelas menunjukkan ia sememangnya berniat memburukkan nama dan imejnya. ''Pihak terbabit (akhbar berbahasa Inggeris) tidak pernah menghubungi saya sedangkan selama ini saya (mempunyai hubungan) begitu mesra dengan media, sesiapa pun boleh akses kepada saya,'' tambahnya.

Beliau mengakui akan menentang penjualan QSR yang menjadi aset strategik milik Kulim selagi menduduki kerusi Pengerusi Kulim. ''Kenapa saya buat begitu (mempertahankan)? Sebabnya QSR dan KFC adalah harta bernilai tinggi adalah milik masyarakat dan generasi masa depan. ''Saya berpendirian bahawa QSR wajar dikekalkan dalam tangan JCorp. Sekiranya JCorp sudah tidak berminat untuk menguasainya lagi, berikan kepada GLC lain supaya matlamat untuk memperkasakan ekonomi Melayu dapat dilaksanakan. ''Saya bersama pengurusan Kulim bertungkus-lumus mendapatkannya suatu ketika dahulu, jadi, adilkah saya pula kini dituduh mahu menjual QSR,'' tegas beliau lagi. Muhammad Ali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.

Comments

Anak Jati Johor said…
PKENJ / Johor Corp berjasa kepada rakyat Johor? Jasa apa itu? Cuba jelaskan?

J Corp itu berjasa kepasa J Corp sendiri, ahli2 lembaga pengarah, sultan, ahli2 politik, ahli2 majlis, pegawai dan kakitangannya. Apa jasa J Corp kepada anak watan Johor? J Corp itu berniaga. J Corp itu adalah kapitalis. Kapitalis hanya mengejar untung sahaja. Jika berbuat baik sekalipun, itu hanya sebagai strategi mencari untung! Bukan sebab ikhlas membantu rakyat!

Sesuatu yang rakyat terpaksa hilang hak, haknya diambil, sesuatu yg harus dibayar jika mahukan perkhidmatan - itu semua bukan jasa. Bodoh betul takrifan jasa kamu. Macam UMNO bodohnya!

J Corp tak pernah berjasa kepada usahawan Melayu. Menindas adalah. Tak percaya? Cuba siasat... Kalau tak nampak juga, bak kata Nujum Pa' Belalang, kamu memang anak haram!
ORANG KG said…
salam bro,

Teman tak berapa setuju dgn pendapat Anak jati johor....tapi teman rasa dia pun pengikut pembangang kerana alih2 dok salah UMNO...ha...ha....teman bukan ahli parti politi.

Teman dok d negeri utara memang salute dgn bekas pengerusi Jcorp ini,dulu teman banyak baca artikel beliau mengenai jihad ekonomi dan sebagai melayu(tapi setengah orang PR tak mengaku melayu)teman memang sokong.

Bagi teman spekulasi menjual KFc memag macam di rancang atau cuba d war-warkan terutaman dpd kalangan mata sepet.
Dengan logo halal,KFC satu2nya syarikat d miliki bumiputera d masuki oleh semua kaum dan satu entiti yang menghasilkan tunai setiap hari dengan rantaian KFc d miliki melayu ia juga menjadi sumber kepada usahawan ternakan ayam melayu menjadi contract farming kpd KFC,tapi kalau bangsa lain ambil alih teman confirm 100% orang2 melayu/jawa malaysia tak akan atau tak dapat langsung utk membekalkan ayam2 ternakan mereka.

Jadi teman harap KFC jangan lah d jual kerana bangsa lain memang berminat sangat utk membeli pasal ianya umpanya sungai yg mengalir menghasil tunai yg cepat.
Anonymous said…
anak jati johor
saya pun anak jati johor..kalau cakap ada unsur politik tulah cara kita berfikir..tak rasional..nak untung puak dia sahaj..tapi dia sendiri pun tak pernah menyumbNG p2..taunya protes protes..dia sendiri yg memusnahkan umat melayu dgn krjasama bukan melayu yang anti melayu..johor bukan mcm penang..kalau tak suka johor pi lah penang tu..baru tau langit tinghgi rendahnya..harta melayu sedia ada pun dah nak dipunahnya.ngoktollah
Anonymous said…
Anak jati johor (kunun)

Jcorp ( PKENJ) berfungsi menambah pendapatan kerajaan negeri dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan yang bertahap tinggi.

Jcorp tidak pernah bersaing mahupun merampas hak dan peluang peniaga kecil dan sederhana di Johor. sebaliknya kontraktor kecil dan sederhana Johor di beri peluang untuk terbabit dalam projek Jcorp di Johor.

Kalau di Penang dan Kelantan, tanah milik kerajaan dan bumiputera di gadai begitu sahaja.

kesimpulannya, saudara adalah pembangkang yang berhati cina.
Dot said…
memang jika diperhatikan, lepas satu, satu organisai yg menguntungkan orang melayu diserang secara terus2an oleh puak2 yg cemburukan kejayaan orang melayu. hairannya melayu tidak pertikaikan langsung kejayaan konsortium2 cina yg kadangkala berlindung disebalik nama besar tapi menjalankan kegiatan haram spt pelacuran (spa2 urut), perjudian (siber cafe) & perniagaan barang2 tiruan yg tak pernah selesai masalahnya...

kfc bhd merupakan perniagaan yg memberi peluang kpd peniaga2 kecil melayu mengembangkan usaha mrk spt membekalkan ayam halal, sayur2an dsbgnya. jgnlah termakan hasutan puak2 yg didalangi oleh mrk yg tidak senang dgn kejayaan jcorp ni.

saman saja tan sri. asyik puak2 pembangkang saja yg main saman. kalau mrk betul2 nak jatuhkan perniagaan orang melayu, inilah masanya utk melayu bersatu & lawan balik.

kpd anak jati johor,

ahli lembaga pengarah jcorp, sultan, ahli2 politik, ahli2 majlis, PEGAWAI & KAKITANGAN jcorp tu orang jepun ka? mrk semua bukan anak negeri johor ka? pembekal2 barangan ke jcorp pun bukan orang2 johor jugak agaknya? ada orang johor sejati nak jawab?
oRang kAmpong said…
bro teman pon pelik bin ajaib bla baca paper nengok KULIM ke QSR ke nak jual KFC,pas tu lak yg nak beli satu syarikat yg dikaitkan ngan tsi halim saad. risau gak teman nengornya bab tsi halim ni memangnya coparate player.ada kompeni jlnraya yg terpanjang di msia ni yg org ngantar duit ari2 pon dijualnya inikan pulak niege ayam goreng dan ayam sangkar belum tentu lg ayam tu blih hidup utk digoreng.mcm2 penyakit pon ada.seatau teman KFC ni depa duk rebut byk x dah.sentiasa bertukar tangan.kfc dr segi restorennya mungkin tak byk masaalah dan untung besar, xp anak syarikat yg lain reban ayam dan pusat sembelihnya itu teman nampak xberapa sgt.satu lg bro bos teman pernah dapat ofer dr anak syarikat kfc utk buat contract farming ayam sangkar ni,byk jglah jumlahnya xp bla kat nak final depa xnak sains kontrak ngan syarikat bos teman tu apa depa ingat dengan offer letter depa tu bank mati balik idup xnak bg loan.apa punya melayu glclah puak2 depa ni.nayaa kat bos teman tu couple hundred k gak dier abis.yg tu xkisahlah dah xada rezeki dier xp ada bos teman ckp setau dier PKNJ dah wakafkan saham yang depa melabur kat KULIM BERHAD utk beli syer kfc tu sebyk 2 billion.klu dah wakah mne blh jual bro.baik hangpa tanya tsi ali betoi2.ada masaalah apa sebenornya.
Anonymous said…
anak jati johor,
Saya pun anak johor tapi taklah befikiran macam anak jati johor. Agak-agaknya berapa persen pekerja2 dari semua anak syarikat JCorp melayu/islam. sila compare dengan syarikat2 besar lain.....Dan secara tak langsung pekerja2 ni bagi makan ahli keluarga mereka....berapa pulak jumlahnya tu.......
Wong Pencen said…
Ada kalanya apa yang orang kata dia buat dan apa yang sebenarnya dia buat boleh jadi begitu bercanggah. Namun, mata umum jarang dapat menilai apa sebenarnya berlaku kerana mereka hanya dapat melihat kesan atau kejayaan yang dicapai. Ada kalanya kejayaan yang dizahirkan memang benar-benar ujud namun ujudnya bersama 'mangsa' yang sama-sekali tidak kelihatan.

Bukan niat saya untuk menidakkan kejayaan yang tercapai namun pengalaman telah membuka mata saya untuk menghalusi perincian sebelum meletakkan keyakinan.

Selaku seorang wartawan mungkin Azli Shukri boleh mengkaji dan menghalusi kejayaan KPJ dan menilai adakah kejayaan tersebut merupakan kejayaan kapitalis atau kejayaan Melayu.
Anonymous said…
anak jati johor,
ko dudok kat mane.?
kalau anak jantan, bagi tau lah..
meh aku picit telor ko..

hina bangsa sendiri tu memang kerja juak2 pas.

ini semua hasad dengki c**a yg tak mau lihat melayu maju.

ko nak jadi tali barut parti komunis dan dewan niaga C**A?

ko mati lagi baiklah...
Anonymous said…
anak jati johor,
ko dudok kat mane.?
kalau anak jantan, bagi tau lah..
meh aku picit telor ko..

hina bangsa sendiri tu memang kerja juak2 pas.

ini semua hasad dengki c**a yg tak mau lihat melayu maju.

ko nak jadi tali barut parti komunis dan dewan niaga C**A?

ko mati lagi baiklah...
usin said…
sikit2 umno. sikit2 umno. mendalah puak gila politik ni ckp. J Corp tu entiti perniagaan. org bodoh mana yg xnak untung meniaga? cuba bg tau aku anak jati johor? kalau untung masuk kocek kerajaan negeri johor la ngok, sbb J Corp anak syarikat kerajaan negeri johor. ko ingat bila untung, tabur duit depan rumah ko ke? satu lg, yg ko kutuk2 sultan tu knp? ketua agama ko limkitsiangmalam ke? bongok tul!!!
Anonymous said…
1} Saya agak terkilan kerana TS Ali Hashim letak jawatan kerana "fitnah/tuduhan" terhadap isu yang dibangkitkan.

2) Pengalaman bertahun-tahun menerajui JCorp tidak dapat mengajar TS Hashim untuk berdepan dengan tuduhan liar ? Atau adakah ada sebab lain yang memaksa TS Hashim letak jawatan ?

3) Saya amat sokong sekiranya JCorp yang menjaga kepentingan Rakyat Johor dipengerusikan secara eksukitif oleh YM Sultan Johor kerana baginda lah Ketua Rakyat Johor khas bagi bangsa Melayu yang sah. Sekiranya JCorp diterajui mereka yang juga ahli politik, lambat laun akan lingkup lah JCorp saperti yang disaksikan berlaku di Selangor, Penang, Kelantan, Sarawak dll.

4) Kepada TS Hashim saya ucapkan selamat berjaya dalam apa sahaja kerjaya yang dipilih. Semoga Allah membantu beliau.

X-JTM
Daeing Zackbee said…
salam, dah masuk dalam myblog list. sebagai anak johor Tan Sri Ali Hashim telah memberikan sumbangannnya yang baik. Apa pula sumbangan kita kepada agama dan bangsa?

Suadara Azli patut teruskan usaha menulis buku pasal Tan Sri Ali Hashim.
To Live Again said…
Anak Jeti Johor

Woi akalau akua ckpa koa banaganag koa mrh plaka nnti..

JCorp ni anak syarikat kerajaaan Johor..Sm la mcm PKNS,Talam di sgor, PKNK dn Kulim Heitech di kedah..Dh nama pon korporat..Msti la menyasarkan keuntungan pasal nk tubuh syarikat pon kena kuar DUIT!

Apa salah ke mengejar KEUNTUNGAN! Keuntungan sesuatu yang dibenarkan oleh islam..Bukan riba..

X kisah la dia bntu ikhlas ke x ke 2 bkn keja kita..Ko nk jd Tuhan ke blh nilai dosa/pahala org???

Klaau cm 2 Petronas, Sime Darby dll x ikhlas la bntu rakyat pasal diaorg pon berniaga dn nk CARI untung jgak!

Ko beckp pasal menindas la menipu la tp haram 1 pon bukti berfakta dgn figure2 ko blh bg..

Tulisan mcm ko ni byk di Teganukite dn msiakini..Komen sampah!
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
saya bukan orang johor..oleh itu tak perlu nak letak title konon konon anak jati johor tuh..entah ye ke tak orang johor tu.

setuju dgn org kampung..kfc tu adalah satu satu perniagaan yang dipegang oleh orang islam *bukan org pas*

kfc adalah jenama yang terkenal yang menjana berjuta ringgit. kerana itulah puak puak mata sepet ni beriya iya mahukan perniagaan ni.

dan ye secara tak langsung bekalan ayam segar sudah tentu hanya diambil dari bangsa mereka saja.

setuju dengan pendapat jihad ekonomi..orang islam seharusnya mengambil alih semua perniagaan di malaysia ni..hanya dengan kekuatan ekonomi barulah kita dapat bangunkan agama dan negara.

nak bangunkan agama bukan dengan ceramah memaki hamun dan mengutip derma semata mata seperti pas.
Anonymous said…
politik kanak2!!!!
maarof said…
ape malaun punye orang nk jatuhkn org Islam yg bjaya
jubah said…
Assalamualaikum..

Secara jujurnya aku kenal Tan Sri Ali Hashim, dan aku tahu kenapa Tan Sri letak jawatan...memang aku sukar nak terima dia letak jawatan dlm JCorp,kerna banyak jasanya bangunkan JCorp...kalau nak tau kenapa kenapa tan sri letak jawatan, email kat aku
arejip86@gmail.com
antiPR said…
orang yg guna id anak jati johor tu sebenarnya
ANAK JATI SINGAPURA
Jangan layan mangkuk tu, anjing PAP/DAP
archy said…
dari pandangan aku bila dia buat konsep jihad bisnes@ perniagaan berteraskan membantu islam maka zionis yang akan jatuhkan sebab kedudukan kewangan dia dah kukuh. aku ingt lg bila jcorp beli saham kfc asyik kelua kat tv n media yg makan segera ni x bgs tuk kesihatan. aku sendiri rasa kecewa tansri ali letak jawatan. aku ingt pulak time tansri hassan merican xnak petronas sponser f1 then dia kene tuka ngn orng lain. pastu apa jd? untung petronas menurun.....
adakah ni kospirasi yahudi atau individu tertentu yang mempunyai kuasa dan dipengaruhi zionis.....
Anonymous said…
saya org pas dan saya sokong TS Ali Hashim .. saya dgr org UMNo johor yg nak jatuhkan dia sebab dia tak bela kroni2 UMNO ... bukan semu aUMNO jahat, tapi puak2 yg nak jatuh kan TS Ali memang balaci!
Anak Jati johor tu palsu, sebenonya team UMNo baru yg sengaja nak jatuhkan TS Ali, tapi kunu org pas la .. aku suspek dia UMNo geng Jahanam, masuk UMNO nak sapu projek tapi TS ali tak bagi .. tu yg hangin semacam tuh!
Anonymous said…
Saya pernah jadi ahli korperat dan kini ahli akedemik. Berasal dari Muar Johor. Pernah bekerja/bersama Tan Sri di Bank Negara dulu.. (dia salah seorang penasihat) Beliau seorang yang bijak dan berwawasan. Naik, turun dalam korperat adalah perkara biasa. Saya suka melihat orang Melayu berjaya. Melihat yang berjaya kita sokong. Orang melayu berbelanja lebih dari RM1.5 billion sebulan. Apa tindakan tuan???

Senang nak kata macam-macam pada tokoh-tokoh kerana kita tak kemana. Berapakah sumbangan awak sendiri dalam pembangunan ekonomi ummah?? Bercakap mesti ada fakta.. Saya tak kaya tapi mampu diberi gaji sehingga 5 angka, bukan saja di Malaysia tapi ditawar di luar negara. Saya memilih tinggal di Malaysia dan saya kembangkan konsep jihad ekonomi ini semana mampu, walaupun
bukan setaraf Tan Sri.... Kalau nak di ikutkan nak buat apa? Saya dah cukup tapi saya juga nakkan pahala kerana kita hanya dipinjamkan di dunia ini. Wasalam
Anonymous said…
Sya ingat.. kita perlu memandang isu ini secara luas &positif.. Jangan sempitkan skop pandangan kita, Sekurang2nya Jcorp berjaya buktikan Melayu Islam juga hebat dalam strategi pelaburan & ekonomi.. Malah figur2 Islamik seperti Tan Sri Ali Hashim nampak lebih berkaliber & berperinsip berbanding Tokoh Korporat lain. Saya sendiri Penyokong & Pendokong Parti PAS.. Namun apa yang baik kita perlu sokong, Mudah2an Rahmat Allah turun & Kita semua dapat bersatu di bawah kalimah Tauhid.. Mudah2an Umat Islam semakin kuat & hebat dipersada Malaysia & dunia..
Anonymous said…
Bila politik dicampur adukkan dengan bisnes maka musnahlah organisasi tersebut. Sebab tu TSAH tak suka jika ada org politik didalam organisasi JCorp. Lihatlah apa dah jadi dengan organisasi JCorp sekarang. Siapakah parti politik didalam JCorp fikir-fikirkan lah......
black rose said…
sapa pulok kata tanah di kelate tergadai begitu sahaja? lain kali jgn dengar berita tok sohih..

org2 kelate sdri yg nak untung lebih ber"pemikiran tempurung" yg jual tanah mrk sdri kat org2 kemboja..
Akmal said…
Hak rakyat apa yang jcorp dah ambil?
Akmal said…
Ceritakanlah pengalaman awak tu..
Akmal said…
Hak rakyat apa yang jcorp dah ambil?
Unknown said…
Nabi Muhammad sendiri berniaga dan memperolehi keuntungan...MasyaAllah...penuhi ilmu di dada, sertakan fakta sebelum berbicara dan jangan sesekali mendahului Allah dlm menjatuhkan dosa atau pahala pada seseorang...
Unknown said…
Nabi Muhammad sendiri berniaga dan memperolehi keuntungan...MasyaAllah...penuhi ilmu di dada, sertakan fakta sebelum berbicara dan jangan sesekali mendahului Allah dlm menjatuhkan dosa atau pahala pada seseorang...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...