Skip to main content

Mufti Perlis Perlu Betulkan Kenyataan

Saya fikir, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di dalam negara kita pada waktu ini (baca di sini). Isu S.Kesavan yang memetik dua terjemahan ayat dalam surah Ali Imran secara songsang dan menyimpang jauh daripada kebenaran merupakan kemuncak segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kaum bukan Islam di negara ini, selepas tercetusnya isu bacaan merapu Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak, terhadap ayat suci al-Quran pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu.

Juanda Jaya seharusnya faham, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya melihat isu S.Kesavan semata-mata dalam menetapkan hukum, sebaliknya para mufti yang hadir pada malam tersebut, telah mendalami isu ini terlebih dahulu secara holistik dan menyeluruh, agar ia tidak menimbulkan fitnah yang berterusan terhadap agama Muhammad! Sejak akhir-akhir ini, orang bukan Islam semakin berani mempersendakan al-Quran atas alasan demokrasi dan kebebasan bersuara - manakala sebahagian besar orang Islam yang jahil pula, mendakwa kononnya masyarakat bukan Islam semakin memahami ajaran Islam - padahalnya ternyata, ayat-ayat al-Quran yang mereka bacakan itu, hanyalah untuk kepentingan dan kosmetik politik semata-mata. Apabila diluar daripada pentas ceramah - hilang semua ayat yang dibaca!

Saya berpandangan mufti Perlis ini tidak memahami hujah-hujah yang telah disepakati oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat dua hari yang lalu. Bahkan saya melihat, mufti Perlis seakan-akan sangat mudah mengeluarkan ulasannya, hanya setelah membaca laporan media. Perlu difahami, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyimpulkan bahawa, isu Kesavan adalah natijah daripada beberapa isu sebelum ini yang melibatkan orang bukan Islam, yang begitu berani membaca dan berhujah dengan ayat-ayat suci al-Quran, sedangkan al-Quran bukanlah kitab yang boleh dimain-main atau dijadikan hujah tanpa bersandarkan ilmu dan kefahaman yang hak!

Sejak dua tahun yang lalu, semakin ramai para pemimpin bukan Islam melukakan hati kaum muslimin di negara ini - bermula dengan isu Nga Kor Ming membaca ayat suci al-Quran secara lintang pukang, diikuti dengan kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar Kristian, kemudian kita dikejut pula dengan keberanian Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki ruang solat Imam di surau al-Huda sambil berucap - dan yang terkini, terjemahan ayat al-Quran secara songsang oleh S.Kesavan dalam ucapanyan di Konvensyen PKR seminggu yang lalu.

Semua peristiwa ini adalah sebahagian daripada punca dan faktor utama, mengapa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan mesyuarat khas dua hari yang lalu. Juanda Jaya perlu membuka mata luas-luas, kita bukan hanya berbicara soal S.Kesavan - sebaliknya kita berbicara terhadap kebebasan yang telah disalahgunakan oleh orang bukan Islam terhadap agama suci kita ini! Inilah sebesar-besar fitnah untuk umat Islam di Malaysia - selagi ia tidak dibendung, selagi itulah semua mufti di negara ini menanggung dosanya! Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Kita di Sarawak tidak menjadi masalah masjid/surau dilawati oleh pemimpin bukan Islam bahkan kita bangga bilamana mereka ini memetik beberapa terjemahan dari Al-Quran dalam ucapan mereka. Jika salahpun kita tolong betulkan, mudah-mudahan mereka dapat hidayah dari kebiasaan ini. Ingatlah isi Al-Quran itu lebih banyak digali oleh orang eropah sebab itu mereka maju
Wake UP! said…
Kafir harbi ni kalau dah sampai ke tahap nak memandai-mandai nak menterjemahkan Al-Quran sedangkan dia tak tahu pun hujung pangkal apa itu Islam tu, sudah tentu ada niat buruk terhadap Islam.
Cikgu Di said…
Salam buat tuan......
Dalam mencari natijah dan kebenaran kadang-kadang ketidak muafakat orang alim lebih membingungkan kita yang jahil ini. Kalau dulu dizaman tabien soal -soal begini bila dimuzakarahkan maka bila ada apa-apa yang khilafiah maka itu merupakan rahmat untuk umat ini. Kerana ianya membuka jalan yang mempermudahkan amalan pengikut mazhab yan empat.Tapi bila antara mufti sudah tidak sepakat dan mufti juga dicabar oleh ulamak politik maka ianya telah membuka ruang yang lebih luas untuk orang asing mempergunakan ayat Quran atau tafsirnya walaupun entah apa -apa.Nampaknya terlalu ramai yang pakar agama hari ini yang boleh memberi ijazah tentang fatwa Quran hinggakan boleh keluar lesen sendiri kepada siapa saja seenaknya. Kalau dulu Sahabat Nabi Abu Bakar terlalu takut untuk memperkatakan sesuatu yang belum tentu jelasnya hingga sanggup memasukkan batu kedalam mulut tapi hari ini kita sengaja membuka ruang yang luas tampa memikirkan risiko dari apa yang berlaku.Bila mufti sudah bercakaran sesama mereka ditambah pula dikutuk oleh orang politik jika tak sehaluan pendapat Maka ketawalah syaitan dan iblis dipermukaan alam ini kerana telah berjaya memperkuda manusia ramai dengan rasa was-was dan ragu-ragu dalam mencari kebenaran tampa mendapat suluhan mereka yang benar-benar Ariffbillah....walahualam.
dzimba said…
jawapan kepada anoy sarawak.

Kalau memang minat untuk mengkaji itu bagus la. Tapi dalam hal ini dan sekarang ni..banyak yang cuba mempermainkan al quran atau mempersendakan. Saya harap tuan faham perbezaan diantara 2 ini.
To Live Again said…
Apa mslh Mufti2 perlis ni! Sorang demi sorang mesti nk jadi hero(Kononnya) sentiasa nk berbeza pendapat dgn jumhur ulma di msia..Apa diaorg ingt keputusan holistik yang dibuat secara JUMHUR dn MUSYAWARAH 2 x laku kalau nk dibandingkan kepala otak diaorg..

Mmg jelas sgt pengaruh wahabi dn syiah meresap kuat dlm diri diaorg..Seng2 je pendapat jumhur ulama ditolak..

Kita sekrg kena mengambil langkah PENCEGAHAN..Mcm pengerusi majlis fatwa ckp, kita bkn nk MENGHALANG org kafir nk mendekati al-quran malahan kita mengalu2 kan..Tp biarla kena pd kaedah dn caranya..Septtnya si paria 2 kena la amik masa mendalami al-quran sedikit demi sedikit secara berguru formal..Br la layak nk buat ulasan..Ni bila dh terkantoi sng je dia ckp yg dia HNAYA IKT APA YG DITULIS..Nmpk jelas kt situ yg dia bkn berminat sgt pon dgn al-quran tp lebh pd political milage je..Bnda ni x sush pon nk nmpk..

Pd si juanda 2..Sy nk tnya apa pendapat anda la kalau ada salah sorang kwn anda tetiba berdiri dpn anda ckp pasal bnda dia pon xtau..Sbgai cnth "ramai pompuan yang tergila2 Ronaldo.Sertakat tergila Ronaldo je pon bkn gila bola..Tp nk menampakkan hebatnya dia dn konon taksub pasal bola maka di dpn tuan pon dia berckp pasal bola..Merapu hingga menampakkan jelas dia xtau ape2 pon pasal bola..Yg dia tau hanya RONALDO..Apa tuan x skt hati ke berjmpa dgn org BERLAGAK PNDAI cm 2..

Sm la kes ni pon..Dia berckp berdegar2 padahal dia xtau pon apa dia ckp tp demi pilitical milage dia buat2 bodo je!
Anonymous said…
ulama yang gagal melihat besar mudarat dari kebaikan..malang nya jika sikap ini di teruskan..jika ingin belajar al-quran mengapa untuk kepentingan politik sahaja..islam itu cara hidup kita dan al-quran itu panduaan hidup kita ...akhir zaman bila islam dan al-quran itu hanya satu komoditi untuk diniagakan...
Anonymous said…
Baguslah si Kafir "harbi" tu mula mengenal quran & setengahnya tuh masuk ke mesjid2......

Yang menjadi masalah umat islam kini, masjid besar tapi amat jarang umat islam hadir utuk samada solat berjemaah atau mendengar majlis Ilmu, terkadang tuh Ustaz yang mengajar di Masjid2 tu di katakan menyebar Fitnah, jadi mula orang2 Islam ni menjauhi masjid dan lebih rela ke majlis Karaoke dan dangdut??

Siapa itu, songkok hitammmmm, cuba teka???
C L J said…
M A S H A A L L A H .....
Anonymous said…
Bro,
sekurang2nya puak2 ni cuba nak memahami Quran walaupun dia cuma baca terjemahan..tegur kalau dia baca salah..boleh kasi ajar lagi...kalau syahdu lagi, dia peluk lak agama Islam.kalau tak, sampai bile dia nak faham Islam....
PAS dah mula tinggalkan zaman kolotnya, UMNO pulak nak kutip balik....

cube baca terjemahan surah kafiruun tu...."Wahai orang2 kafir....!!!
kite baca di masjid/surau, cube puak2 DAP/MCA cube baca lak di ceramah politik...untuk sape ayat itu ditujukan???

jgn halang depa yg cube memahami Islam...kasi ajar kalau salah...kata sedara ni ustaz yg melaungkan tarbiyyah...inilah masanya...jgn asik dok kata melukakan hati org melayu sahaja....

hakikatnya, jgn mengaku Islam kalau diri itu masih kafir...
fikir2kan
azlishukri said…
kita tidak halang org bukan Islam untuk mendalami Islam, tetapi yang kita halang org Islam mempergunakan Islam, itu sahaja
Anonymous said…
Melawat masjid dan mendekati Al-Quran oleh bukan islam PATUT di galakkan.

Lebih baik jika ianya di lakukan dalam kehidupan harian.

BUKAN hanya masa berpolitik.

Di malaysia ini HABIS semua di politikkan.

Karipap umno tak leh makan, karipap pas/pkr bolih makan....hmmmm susah tu. Malam ini kat pasar malam kena tanya penjual karipap, umno ke pas ke, pkr ke?
wanbaki said…
encik encik..
sebab apa depa nj guna ayat2 ni masa depa ceramah politik depan orang melayu ja. depa ni nak tarbiah orang melayu ka? belambak orang melayu balik mesir...

cuba la buka minda dan otak tu buat apa kafir harbi ni guna ayat quran masa ceramah politik depan orang melayu. kalau dia nak dekat kan islam bukan pi baca ayat2 Allah depan orang. Tak lain2 tak bukan nak perbodohkan orang Islam sendiri.

Bila dia baca salah orang yang dengaq tu tak perbetulkan maksudnya mengia kan kesalahan. Tuan AZLI tolong bagi tau HUKUM kalau dah jadi macam ni.
azlishukri said…
wanbaki, depa pun tahu apa hukumnya itu

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...