Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Maafkan Saya....KJ

Maafkan Saya...KJ Belum terlewat kirasanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kejayaan beliau menamatkan kursus asas ketenteraan - bahkan beliau juga turut diumumkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan dan Peserta Terbaik Akademik. Saya melihat apa yang telah dilakukan oleh Khairy ini sebagai perbuatan yang baik dan patut dicontohi oleh generasi muda. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika saya memuji kehebatan khairy tatkala melihat beliau berpakaian segak dengan uniform tentera - benar-benar memiliki kelasnya yang tersendiri. Syabas Khairy! Maka - hari ini, adalah hari yang sangat saya nanti-nantikan. Menjadi bukti kepada semua penyokong Khairy sesungguhnya Khairy Jamaluddin sememangnya pintar dan selayaknya beliau menjadi penjawat awam, seperti mana pelajar-pelajar pintar yang lain. Dunia politik terlalu kotor untuk anda. Anda sama-sekali tidak mempunyai seni berpolitik di samping ketumpulan karisma dan ketokohan sebagai seorang ahli

Siapa yang Bersalah?

Siapa yang Bersalah? Saya memetik sebuah tulisan dari blog The Kelantan Insider yang patut kita renungkan berhubung isu pergolakkan dalaman Istana Kelantan. Sama-sama kita fikirkan. Sesungguhnya sebelum ini kami di the Kelantan Insider, sebagaimana ramai rakyat Kelantan lainnya, amat menghormati Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi sebagai seorang tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah dari Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti 'Ain Syams, Universiti Al-Azhar, Universiti Kent dan Universiti Malaya, apa lagi dengan jawatan-jawatan beliau sebagai bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya dan sebagai Timbalan Dekan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beliau juga merupakan menantu kepada bekas Mufti Kerajaan Kelantan, iaitu Dato’ Mohd Nor Ibrahim, di samping turut merupakan penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringka

Judi Bola Sepak 2010 : The World Is Not Enough

Judi Bola Sepak 2010 The World Is Not Enough KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan. "Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam. Chee Heung berkata, memandangkan banyak kes perjudian secara haram dilaporkan pada masa ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia

PAS 2010 : Jasad Tanpa Kulit

PAS 2010 Jasad Tanpa Kulit 1. Apabila Nik Aziz menghalalkan nama Allah digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh masyarakat kafir khususnya DAP, serta menolak hujah yang diberikan oleh Dr. Haron Din dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani - maka tidak ada seorang pun ahli PAS yang kononnya mengaku cerdik dan bijak pandai membantah kenyataan celupar Nik Aziz tersebut. 2. Bahkan - tanpa segan dan silu ahli-ahli PAS bersekongkol pula dengan Nik Aziz bagi menghalalkan kalimah Allah untuk digunakan oleh kaum kafir dengan sesuka hati mereka. Nampaknya, segala keilmuan Haron Din dan Mufti Perak tidak ada maknanya kepada para penyokong PAS yang sangat taasub kepada Nik Aziz. Walaupun sebelum ini Haron Din sudah memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Gereja Katolik boleh tergelincir imannya, tetapi para pemuja yang taasub kepada Nik Aziz langsung tidak mengendahkannya. Sebaliknya, menghalalkan pula perbuatan tersebut. 3. Malah, golongan i

Sibu 2010 : Apabila Masa Terhenti

Sibu 2010 Apabila Masa Terhenti SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam. Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini. "Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat. "Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya. Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri. Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jent

Sibu 2010 : Ini Rasa Hati Saya

Sibu 2010 Ini Rasa Hati Saya SIBU, 11 Mei (Bernama) -- Masyarakat Cina di sini memberi maklum balas kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Meskipun hanya menyertai kempen semalam, Ong berkata beliau dapat merasai sokongan itu semasa melakukan tinjauan mesra di kawasan Cina di sini. "Daripada maklum balas yang kami terima, ia memberi kami beberapa petunjuk siapa yang bersama-sama kami (BN) dan siapa yang tidak. Tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan para pengusaha lori, bas dan pemandu teksi di sini pada hari Selasa. Beliau berkata masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan BN semasa tempoh berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina, yang merupakan 66.7 peratus pengundi di Sibu. "Walaupun kami mungkin tahu kawasan "putih" dan "kelabu", kami masih memer

Abdullah Badawi 2010 : Masa Depan Yang Gagal Mendarat

Abdullah Badawi 2010 Masa Depan Yang Gagal Mendarat KUALA LUMPUR, 3 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara. “Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja. “Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,” ujarnya pada sidang media di lobi Dewan Negara, tengah hari ini. Turut serta ialah Senator Mohd Yusof Husin dan Senator Mumtaz Mohd Nawi. Menurut be