1. Pernah satu ketika Uthman Al Huwairith mengisytiharkan dirinya sebagai raja kota Makkah setelah mendapat dukungan kerajaan Rom, namun akhirnya dia mati dibunuh. 2. Malah semasa Rasulullah SAW berdakwah, Uthbah Ibnu Rabi’ah datang kepada Nabi lalu menawarkan jawatan raja kota Makkah kepada Baginda dengan syarat berhenti sebar Islam. Dua kes ini menunjukkan Makkah tidak memiliki raja atau ketua negara, sebaliknya Makkah menjalankan sistem Demokrasi Perwakilan. Majlis mala’ dalam Darul Nadwah 3. Makkah mengamalkan sistem Perwakilan dipanggil Mala’ yang bersidang di Dewan Darul Nadwah. Ahli Majlis Mala’ terdiri daripada setiap ketua kabilah di Makkah. Al Fasi menyatakan, setiap keputusan dibincangkan dalam Darul Nadwah perlu mendapat persetujuan wakil-wakil Mala’ yang lain, barulah keputusan akan dilaksanakan dan diterapkan ke atas penduduk Makkah. (lihat: Syifa’ al Gharam). 4. Oleh kerana itu Jawwad Ali menetapkan ada persamaan antara sistem pentadbi...
Memimpin Kebijaksanaan