Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

"Hidup Mati UMNO-BN Di Tangan Allah, Bukan Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat"

Saya amat tertarik dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang berbunyi, "Hidup Mati Saya Di Tangan Allah, Bukan UMNO-BN" (baca di sini) . Pada hemat saya, semua orang tahu akan hal itu. Tidak perlu rasanya menggunakan nama Allah bagi menunjukkan diri beliau terlalu bersih dan baik. Cukuplah dengan bersumpahlah terlebih dahulu, InsyaAllah masyarakat akan segera bersimpati dengan saudara! Tiada gunanya cuba meraih simpati masyarakat Melayu dengan kata-kata teraniaya - sedangkan hidup bergelumang dengan dosa. Sudah terlalu banyak dosa Anwar Ibrahim terhadap negara tercinta ini - dan sudah penuh langit Malaysia dengan fitnah Anwar Ibrahim terhadap para pemimpin UMNO, khususnya kepada Tun Mahathir, Tun Daim, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Najib, Datin Sri Rosmah, Datuk Seri Aziz Sahmsuddin, Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Seri Adnan Manshor, Tan Sri Sanusi Junid, dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menjadi mangsa kejijikan mulut Anwar Ibrahim selama ini. Cukuplah Anwar - henti

Apa Mesej Tersirat Dr Asri?

Saranan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abdin yang mengajak masyarakat agar menolak para pemimpin yang suka menyelak aib orang lain sepatutnya disokong dan didokong oleh segenap lapisan masyarakat. Dengan kata yang lebih mudah - pada hari ini, golongan yang gemar mencari aib dan memburukkan saudara seIslam, sebenarnya lebih menjurus kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat. Bermula pada tahun 1998, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri - pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap Tun Mahathir Mohamad, bahkan tanpa rasa berdosa - golongan reformasi tergamak melabelkan Tun Mahathir sebagai Mahafiraun serta Mahazalim. Dan yang terkini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani pula dilabelkan sebagai "Haramssani" gara-gara menegur Nik Aziz - semua gejala ekstrim membuka aib kepemimpin negara dipelopori oleh para pendukung reformasi Anwar Ibrahim dan kemudian disambut baik, serta dihalalkan pula oleh sebahagian besar pemimpin P

Terima Kasih Teoh Beng Hock!

Lain yang diharap, lain pula yang dapat - agaknya itulah yang terjadi apabila niat tidak ikhlas berjuang dalam medan politik. Isu kematian Teoh Beng Hock yang disensasikan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sejak setahun lalu - akhir semakin hampir kepada kebenaran. Niat asal PR yang bertungkus-lumus mahu menjatuhkan imej SPRM dan kerajaan BN menemui jalan buntu. Sejak isu tersebut mendapat liputan dan promosi hebat PR, orang ramai sebenarnya sudah boleh meneka bahawa kematian Teoh Beng Hock sebenarnya boleh diklafikasikan sebagai kes bunuh diri dan bukan kes beliau dibunuh. Sekarang - isu kematiannya telah membongkar banyak kisah yang hanya memakan diri Anwar Ibrahim dan DAP sendiri. Tanpa disangka, rupa-rupanya terdapat faktor yang teramat kuat mengapa Teoh Beng Hock sanggup melakukan perkara di luar batasan tersebut. DAP adalah parti yang tidak boleh dipercayai langsung - mereka mengutuk kononnya BN merompak duit rakyat tetapi yang sebenarnya merompak duit rakyat a

Tahniah Mufti Selangor!

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor . Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor. Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam. "Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor. Sepuluh negeri kecuali Sabah

Nama Allah Dihina Lagi!

Agaknya inilah ajaran Islam yang ingin diperjuangkan oleh PAS serta sekutu-sekutunya. Nama Allah Yang Maha Mulia tidak hanya dihina oleh para penganut Kristian, bahkan atas fatwa PAS dan keizinan para ulama besar mereka yang menghalalkan kalimah Allah diguna sesuka hati oleh orang bukan Islam - maka inilah natijahnya. Nama Allah dihina sebegini rupa, manakala nama nabi junjungan besar kita pula difitnah sesuka hati. Nauzubillah minzalik. Inikah yang PAS mahu? Bagaimana sekiranya budak sial ini mengaku bahawa dia adalah penyokong PAS? Apakah PAS akan mengampunkan segala dosanya? Fikir-fikirkanlah. Klik di sini... Sumber : Klik di sini...

Dewan Ulama PAS Semakin Mengarut

Saya pun sudah tidak tahu lagi apa yang hendak jadi dengan sebuah parti yang bergelar Parti Islam Se-Malaysia ini. Islam apabila dipolitik, maka inilah bahananya. Hukum dikeluarkan mengikut selera politik dan kepentingan undi. Isu Bible yang diedarkan dalam Bahasa Melayu - menurut Dewan Ulama PAS tiada mendatangkan sebarang masalah - malah menurut ketuanya, Harun Taib, Al-Kitab itu hanya diedarkan untuk penganut Kristian sahaja, jadi umat Islam tidak perlulah risau dalam soal itu. Soalan saya mudah - Siapakah Harun Taib yang dapat menjamin kitab Bible dalam versi bahasa Melayu itu hanya akan beredar dalam kalangan penganut agama Kristian sahaja? Malah, lebih mendukacitakan lagi, Harun Taib berhujah tiada masalah sama sekali apabila kalimah Allah yang Maha Mulia itu tertera di dalam Bible tersebut bagi menggantikan perkataan "God" atau tuhan. Pada hemat saya, fatwa Dewan Ulama PAS yang penuh dengan agenda kepentingan politik sempit parti tersebut sangat berlawa

Isu Penghinaan Azan : Ke Mana Perginya Penyokong Ultraman?

Isu Penghinaan laungan Azan yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) harus dipandang serius oleh kerajaan. Jangan kita terlalu asyik membantu orang lain, sehingga terlupa isu-isu besar yang sedang mengancam akidah umat Islam di negara ini. Pada hemat saya apa yang telah didedahkan oleh PPIM ini (baca di sini) sungguh biadab dan kurang ajar terhadap agama Islam - malah, saya tidak teragak-agak menyokong sepenuhnya penggunaan ISA kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam klip video tersebut. Sudah sampai masanya - umat Islam bersatu demi mempertahankan Islam yang semakin dihina dan dimaki sesuka hati oleh orang kafir. Baca laporan di bawah : KUALA LUMPUR, 14 Mac — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘‘YouTube’’. Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat un

Bersyukur Kepada Allah : Berakhirnya Akademi Fantasia!

1. Saya sangat bersetuju dengan artikel tulisan saudara Syafiq Kamarul berhubung isu berakhirnya program realiti TV terkenal saluran Astro iaitu Akademi Fantasi. Sudah tiba masanya program yang banyak mengundang maksiat seperti AF ini dihentikan segera. Baca tulisan menarik beliau ini : ANTARA PERKARA YANG WAJA disyukuri ialah pengumuman bahawa program realiti TV popular Astro, Akademi Fantasia (AF) adalah yang terakhir pada tahun ini. Sejak dimulakan pada 2003, hanya Mawi yang boleh dianggap sebagai juara yang amat berbekas dalam hati para peminat seni suara tanah air, terutama remaja Melayu Islam (ramai yang mengatakan Mawi sebagai satu fenomena, telah ditentukan rezekinya sedemikian walaupun ada peserta lain yang lebih baik, dan pernah tersingkir pada peringkat awal, tetapi dimasukkan semula). 2. Dalam AF3 (2005) dengan Pengetuanya, M Nasir, Mawi menjadi juara (meskipun ramai yang mengatakan suara pemenang ketiga, Felix, lebih merdu) dan penyanyi tanah air

Isu Kartun Ultraman : Jangan Mudah Diperbodoh!

Kesihan melihat Zoy "dilaknat dan dicaci maki" oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia yang berotak kartun. Golongan ini cuba menunjukkan rasa simpati dan sensitif terhadap mangsa tsunami di Jepun - tetapi hairan pada masa yang sama tidak pula menunjukkan rasa simpati terhadap saudara seIslam yang dicaci-maki dan dikafirkan di negara sendiri. Kebencian mereka sebenarnya ditujukan kepada akhbar Berita Harian - dan bukan semata-mata atas simpati kepada rakyat Jepun. Tidak pula kita mendengar golongan yang "melaknat" Zoy di laman-laman sosial kerana kartun Ultramannya itu - turut sama "melaknat" ratusan kartun Zunar yang tidak henti-henti memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir dan para pemimpin UMNO yang lain dengan lukisan-lukisan yang penuh penghinaan dan keaiban. Sebaliknya Zunar pula diangkat sebagai hero, walaupun sangat jelas hasil lukisannya selama ini, tidak hanya menghina, bahkan memalukan pemimpin-pemimpi

JCorp Mungkin Lumpuh!

Nampaknya mungkin satu lagi organisasi perniagaan Melayu akan lumpuh dan hancur di bawah pentadbiran yang tidak tahu erti perjuangan dan berjihad dalam perniagaan. Setelah berjaya menyingkirkan bekas CEO Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim daripada terus menerajui rangkaian perniagaan oraganisasi tersebut beberapa bulan yang lalu - kini pentadbiran baharu JCorp dikatakan sedang merancang untuk menjual sebuah anak syarikat JCorp yang paling bernilai - iaitu syarikat Kulim Bhd. Khabar angin ini sekiranya benar-benar terjadi - ia tidak hanya menjejaskan sumber pendapatan utama JCorp, bahkan lebih jauh daripada itu, JCorp juga akan kehilangan pegangan saham dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holding Bhd yang terbukti telah membawa keuntungan besar kepada syarikat milik kerajaan Johor itu. Kekecewaan Ali Hashim ada asasnya - setelah bertungkus-lumus membangunkan JCorp selama 30 tahun dan berjaya melahirkan begitu ramai usahawan Melayu yang bernaung di bawahnya, kin

Isu Saman Ekor : Jawapan Balas Zulhazmi Sharif

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang. Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan

Isu Pengedaran Kitab Injil : Najib Perlu Beri Penjelasan

Saya mengharapkan - berita ini adalah berita dusta! Dusta sama sekali, sekiranya tidak - kerajaan terpaksa menanggung dosa yang amat besar. Laporan berhubung dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membenarkan pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia di negara ini adalah sesuatu yang sangat berat dan perlu dibuktikan, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam. Saya yakin - mungkin terdapat salah faham dalam isu ini - antara Perdana Menteri dengan Persatuan Kristian Malaysia - adalah tidak masuk akal sekiranya Datuk Seri Najib mengizinkan pengedaran kitab Injil dalam bahasa Melayu dilakukan di negara ini tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada kabinet dan nasihat Majlis Mufti. Hal ini sangat serius - kerana keizinan tersebut boleh dianggap sebagai tindakan yang membelakangkan perlembagaan negara. Kita sedia maklum - perlembagaan negara ini tidak menghalang penganut selain agama

Buku Tun Mahathir Sudah Habis Di Pasaran : Racun Bisa Yang Membunuh!

1. Saya menerima maklumat berkenaan buku tulisan Tun Mahathir Mohamad - A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir sudah habis terjual dipasaran. Lewat petang semalam sejumlah 50 000 naskah buku tersebut sudah kehabisan stok dan sedang dalam proses cetakan kedua. Bahkan - sehingga petang ini, rakan-rakan saya menceritakan mereka terpaksa menunggu beberapa hari lagi untuk mendapatkan buku tersebut. Soalnya hanya satu - apakah rakyat Malaysia sangat dahagakan kebenaran? Sehingga tidak sampai seminggu buku tersebut berada di pasaran, ia sudah terjual sebanyak 50 000 naskah? Apakah kebenaran yang sangat dicari-cari oleh rakyat Malaysia sekarang? Kebenaran tentang Anwar atau pun riwayat politik Mahathir? Yang mana satu lebih penting? 2. Dan sekarang saya terpaksa bertanya, mengapa Anwar Ibrahim tidak menulis sebuah buku untuk menceritakan kisah yang sebenarnya berlaku antara beliau dengan Tun Mahathir? Mengapa beliau lebih sibuk dengan ceramah daripada mendokumenka

Di Mana Kesesatan Itu?

Masih ada pengikut Syiah yang degil dengan kenyataan ini? (baca di sini) . Saya memberi nasihat ikhlas kepada semua pendukung dan pencinta ajaran Syiah - agar segera menghentikan dakwah mereka terhadap penganut ahli sunnah wal jamaah di negara ini. Nasihat ini juga ditujukan terhadap sasterawan-sasterawan muda yang masih jahil dan naif berkenaan ajaran Syiah. Didapati sasterawan-sasterawan muda ini masih aktif menggunakan blog dan pengaruh mereka untuk menyebarkan fahaman dan ajaran Syiah atas nama kebebasan bersuara dan berkarya. Berselindung di sebalik nama "Kesusasteraan Melayu Tradisional" - golongan ini cuba menghalalkan pelbagai ajaran karut Syiah, di samping memperbodoh-bodohkan golongan belia yang masih jahil dengan pelbagai fakta serta hujah yang batil. Golongan ini cuba menunjukkan kononnya Syiah merupakan salah satu mazhab feqah dalam Islam - sedangkan hakikatnya aqidah golongan Syiah sangat jauh berbeza daripada ahli sunnah wal jamaah. Terlalu banyak

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepad

Mahathir Belum Mati! Bila Tiba-Tiba Kita Jadi Dewasa!

Akhirnya - Tun Mahathir berjaya juga menerbitkan buku yang selama ini dijanjikannya kepada kita semua. Buku ini, pada hemat saya adalah setanding dengan buku tulisan Lee Kuan Yew yang berjudul The Singapore Story : Memoirs of Lee Kuan Yew . Bezanya hanya satu - Mahathir tidak mendakwa segala kejayaan yang berlaku di Malaysia adalah hasil titik peluhnya sendiri - sebaliknya Mahathir lebih berminat untuk memaparkan sejarah dan kebenaran menerusi kaca mata beliau sebagai seorang bekas Perdana Menteri Malaysia. Kebiasaanya, sejarah seringkali ditulis oleh golongan yang menang - soalnya apakah kali ini, Mahathir akan menang dalam pertarungan dengan musuh-musuhnya? Saya percaya - banyak pihak yang akan mengambil kesempatan atas penerbitan memori Mahathir ini - bahkan tidak terkecuali Anwar Ibrahim. Mahathir mempunyai ramai musuh yang sedang menanti peluang dan kawan-kawan yang mungkin menikam dari arah belakang. Namun demikian, saya percaya kepada kebenaran yang ditulis oleh T

Sokongan Melayu Semakin Terhakis : Kesedaran Mujahid Sudah Terlewat!

Akhirnya - PAS terpaksa mengakui, walaupun cuba menafikannya bahawa pola pengundi Melayu semakin hilang daripada parti tersebut. Sokongan dan undian yang diberikan oleh orang Melayu terhadap PAS selama ini, telah disia-siakan begitu sahaja. Mujahid Rawa mungkin salah seorang pemimpin PAS yang menyedari dan berpijak di bumi nyata - sesungguhnya PAS benar-benar semakin hilang sokongan orang Melayu sejak akhir-akhir ini. Keegoan dan sikap sombong mendabik dada para pemimpin kanan PAS, akhirnya memakan diri sendiri. Mungkin masih terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang terawang-awang dengan kejayaan luar biasa Parti Pembangkang dalam PRU ke-12, tiga tahun yang lalu serta mengambil sikap mudah terhadap kemerosotan pengaruh PAS dalam kalangan orang Melayu pada saat ini. Malah, PAS juga ditegur oleh DAP, agar lebih memberi fokus terhadap orang Melayu supaya mereka berasa lebih terjamin dan terbela di bawah parti Islam tersebut. Malangnya, PAS selalu lupa dan leka - mulut celupar par