Skip to main content

Tanda Awal Pembunuh Sosilawati Akan Terlepas?


Tanda Awal Pembunuh Sosilawati
Mungkin Terlepas?


Mungkinkah pembunuh Datuk Sosilawati akan terlepas di hadapkan ke tali gantung? Malaysia Instinc melaporkan kertas siasatan yang dihantar oleh pihak polis kepada Peguam Negara masih banyak yang perlu diperbaiki. Malah, kertas itu juga dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama ia dihantar. Saya bimbang, polis kekurangan bukti untuk mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan dengan secepat mungkin, dan tidak mustahil para penjenayah tersebut bakal dibebaskan - melalui kesalahan teknikal atau prosedur. Wallahualam : Baca laporan di bawah :

1. Harapan rakyat Malaysia untuk melihat suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki diheret ke mahkamah segera tidak kesampaian apabila kertas siasatan awal berhubung kes itu yang diserahkan kepada Peguam Negara semalam dikembalikan semula.

2. Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah berkata, kertas siasatan itu dikembalikan setelah Peguam Negara mendapati banyak lagi perkara yang perlu dibuat siasatan lanjut. Beliau turut mengesahkan kertas siasatan berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara semalam.

3. "Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan oleh pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-suspek berkenaan. "Kertas siasatan telahpun dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

4. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengesahkan kertas siasatan awal berhubung kes pembunuhan tragis Sosilawati dan tiga yang lain telah diserahkan kepada Peguam Negara di Putrajaya. Hishammuddin memberitahu, pihak polis akan mengadakan perbincangan bersama Peguam Negara bagi meneliti dan menilai apa yang perlu dilaksanakan berhubung kes terbabit. Bagaimanapun, katanya, laporan lengkap termasuk keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan hanya dapat diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

5. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu, pihaknya tiada masalah untuk meneruskan siasatan lanjut dalam kes tersebut bagi menyempurnakan kertas siasatan seperti dikehendaki Peguam Negara.

6. "Memang kertas siasatan awal itu diserahkan kepada Peguam Negara untuk tujuan dibincangkan bagi memperbetulkan apa-apa perkara yang perlu. "Ia prosedur biasa dan kita tiada masalah untuk menjalankan siasatan lanjut bagi menyempurnakan kertas siasatan tersebut," ujarnya namun enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes tersebut.

7. Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

8. Berikutan kehilangan usahawan wanita itu, polis pada 9 dan 10 September lalu, menahan lapan suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk bagi membantu siasatan kes itu. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan empat daripada lapan suspek mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati, membakar mayat mereka sebelum abu mangsa dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Banting, Selangor. Jumaat lalu, polis memaklumkan siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain kini di peringkat terakhir dan dijangka selesai minggu ini.

Comments

kalau pembunuh terlepas, memang menteri pondan dan peguam negara kena balun lah.

takpe bagi polis siasat betul betul..kumpul banyak bukti sampai peguam hindraf tak dapat lawan.

lagipun pembunuh ni dah bunuh ramai orang..masih banyak lagi perlu disiasat.
Anonymous said…
PDRM dah berumur lebih 100 tahun, tentu dah banyak kertas siasatan yg kena reject dek AG. Tak kan PDRM tak belajar dari kesilapan dulu ?

Kes anak Raja Petra lepas sebab bukti tak cukup. Banyak lagi kes 'berprofil' yg lepas sebab Hakim kata bukti pendakwaan tak kuat. Tak kan AG tak belajar dari kesilapan dulu ?

Tak kan PDRM dan AG tak de motto 'Doing Right First Time'. Boleh sesiapa hantar mereka training 'Doing Right First Time'.

Meragui Integriti ...

Nani Cheras
ikan emas said…
ini kes yang melibatkan maruah PDRM..malah maruah dan imej negara juga.
PDRM dan Peguam Negara kena siasat betul-betul,bincang baik-baik,buktikan dengan tepat,jelas dan kukuh,dakwa dengan adil !!
Anonymous said…
ditakuti ada 'tangan ghaib' yang dengan sengaja mencacatkan bukti dan pertuduhan untuk tujuan memalukan , melemahkan dan sekaligus melepaskan sipembunuh!

tidak mustahil ada peguam rakan tertuduh yang akan berusaha mensabotaj !

kemungkinan2 ini tdk boleh dinafikan begitu saja , PDRM harus beringat dan berusaha lebih keras agar tidak dimalukan untuk kesekian kalinya !
Membuktikan 'kesalahan' di kamar mahkamah bukanlah kerja mudah kerana kekurangan dalam pelbagai aspek boleh menjadikan yang dituduh terlepas.

Kita juga tidak wajar menjatuhkan kesalahan kepada yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Semuanya ada 'rahmat'.
santauangin said…
Memang bukan senang nak dakwa harami ni sekiranya pembunuhan ini dilakukan oleh mereka. Pokoknya bukti yg sahih dan kukuh sahaja lah yg dapat mensabitkan harami ni bersalah. Kalau bukti terapung maka amat senang bagi peguam mereka mencantas dakwaan yg di buat oleh polis nanti( mcm juga main badminton, bila bulutangkis canggong maka pihak lawan pasti membidasnya ). Untuk itu polis perlu mencari setiap sudut tempat agar bukti yg kukuh diperolehi semoga harami ini di gantung segera. Jgn pulak sampai bertahun tahun tertangguh macam kes Anjuburi lak.

Bukan senang polis nak siasat akan kes ini kerana kebanyakkan bukti telah di lupuskan. Tapi apa yg ada sekarang kita amat berharap pada bantuan ILLAHI agar dapat membantu polis menyelesaikan kes ini dgn segera. ALLAH sahaja yg dapat membantu sekiranya hal ini menjadi rumit.

Semoga roh keempat empat Muslimin dan muslimat ini di cucuri rahmat keatas mereka oleh ALLAH dan di tempatkan mereka di syurga serta di jauhi dari seksaan kubur.

Al Fatihah ............
melayumuda said…
saya dengan ini mengajak para blogger pro kerajaan untuk sama2 memantau perkembangan kes ini, jangan jadi macam kes anwar ibrahim, seolah2 saiful pulak yang bersalah sedangkan tertuduh adalah anwar ibrahim.takut nanti mereka spinyang sosilawati n the geng plak bersalah.

p/s RAKYAT TIDAK MAHUKAN LAYANAN 1ST CLASS, CUKUPLAH ADIL DAN SAKSAMA.FAHAMILAH KONSEP HAK.
PUTRAKENCANA said…
Percayalah, kalau 8 Jahanam itu di bebaskan , maka huru-haralah negara ini.

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...

Mahathir Belum Mati

Do You Still Remember Me? Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut. Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketi...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...