Skip to main content

Apa Masalahnya Dengan 153?


Apa Masalahnya Dengan 153?

Oleh Nadzir Awang Ahmad
UTM Perlis

1. RAKYAT Malaysia tidak kira bangsa, agama mahupun keturunan seharusnya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Tanggal 31 Ogos yang lalu, genaplah 53 tahun negara kita bebas dari belenggu penjajahan. Selama 53 tahun jugalah Malaysia (dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu) telah ditadbir urus oleh warganya sendiri yang diterajui oleh parti UMNO yang telah membentuk kerajaan dan terbukti berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani. Tidak dinafikan juga Malaysia adalah negara paling maju dan membangun jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan sama dengan negara kita.

2. Pun begitu, suara-suara sumbang makin lantang kedengaran selepas 53 tahun kita merdeka. Ada yang makin lantang dan berani mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang telah mengiktiraf hak istimewa orang Melayu. Umum mengetahui Artikel 153 ini adalah di bawah tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu bagi menjaga kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Hanya perkenan Raja-raja Melayu sahaja yang boleh meminda Artikel ini dan Parlimen tidak mempunyai kuasa penuh untuk sebarang pindaan.

3. Bukan Melayu seharusnya tidak mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu ini kerana ia tidak menghalang mana-mana kaum untuk mencari kekayaan di negara ini asalkan rajin berusaha. Ini jelas terbukti dengan senarai jutawan yang ada di Malaysia. Boleh dikira dengan jari, berapa keratkah orang Melayu yang tersenarai di kalangan 20 teratas senarai jutawan di Malaysia.

4. Ternyata orang Melayu masih memerlukan Artikel 153. Ia bukanlah satu bentuk diskriminasi kaum, malah ia lebih bersifat diskriminasi positif atau disebut sebagai langkah ke hadapan (affirmative action). Hak dan keistimewaan Bumiputera yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu perlu dikekalkan kerana realitinya majoriti golongan itu masih miskin. Bantuan dan sokongan kepada yang berhak bermaksud orang Melayu dan Bumiputera jugalah yang paling layak kerana majoriti yang miskin adalah golongan ini dan golongan bukan Bumiputera yang miskin tidak seramai orang Melayu dan Bumiputera.

5. Prinsip kesamarataan yang diperjuangkan oleh parti pembangkang, badan-badan bukan kerajaan tertentu dan mereka yang kononnya pakar dalam ekonomi tetapi terus-terusan mempertikai polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah mereka yang buta sejarah. Lihat saja Peristiwa 13 Mei 1969 dulu. Hal ini terjadi disebabkan oleh antaranya pengagihan kek ekonomi yang dianggap tidak adil khasnya kepada orang Melayu. Oleh itu DEB diperkenalkan. Terbukti walaupun DEB diperkenalkan, yang kaya-raya masih lagi bukan orang Melayu. Inilah hakikatnya.

6. Orang Melayu tidak kira dari UMNO mahupun parti pembangkang sewajarnya mempertahankan Artikel 153 ini. Janganlah hanya untuk kepentingan politik dan inginkan kuasa memerintah, pemimpin Melayu sendiri yang menjadi 'jurucakap' kepada bangsa lain mempertikaikan hak dan keistimewaan bangsa sendiri. Orang Melayu yang waras harus menolak mereka ini yang boleh dianggap sebagai 'Si Kitol' yang akan merosakkan dan menjahanamkan bangsanya sendiri semata-mata kepentingan diri yang sempit.

7. Pemimpin-pemimpin Melayu khasnya dari Pas dan PKR harus berfikiran terbuka dalam isu ini dan melihat secara menyeluruh signifikannya kepada orang Melayu. Saya harap kedua-dua parti ini bukan sekadar menjadi kuda tunggangan dan pelengkap kepada pihak-pihak lain dalam pakatan pembangkang sehingga sanggup menggadai maruah bangsa sendiri.

Comments

Anonymous said…
DAH TIBA MASANYA..SEMUA PARTI YG MENJURUS KEPADA SATU KAUM DIBUBAR DAN MEMBENTUK PARTI BARU YG TERDIRI DRP SEMUA KAUM SELARAS GAGASAN 1 MALAYSIA YG DILAUNGKAN..PARTI PEMBANGKANG DAH JELAS TERDIRI DR PARTI YG PELBAGAI BANGSA...

MANTAN PEJUANG BANGSA
Anonymous said…
lancau lu anan 1128! dap tu perjuang pelbagai bangsa? wakakakakakaa patut la ko dah tak perjuang bangsa sendiri, ko dah jilat jubo DAP! tuih!
Anonymous said…
huh, ni mesti org bukan islam yg buat komen ni..kalau islam pastinya tak mencarut dibulan posa ni..org islam sentiasa jaga bahasa pertuturannya ,Subhanallah...

MANTAN PEJUANG BANGSA
Anonymous said…
Kepada Mantan Pejuang Bangsa, sekarang dah tak berjuang untuk bangsa ke? Ke sedang bejuang untuk bangsa kapir pulak?
Anonymous said…
http://www.forbes.com/2010/05/25/malaysia-richest-robert-kuok-wealth-malaysia-rich-10_slide_31.html

kalau kita amati betul-betul, bangsa cina juga paling majoriti terkaya dlm m'sia, kalau nak compare berapa kerat org melayu yg bekerja keras, guna otak sebaik mungkin serta genuis. Jd apa yg kaum ini nak lagi...kita org melayu pun sedar majoriti org cina dari kecil didik untuk menghayati serta mengambil peluang sedia ada untuk belajar maths, account, sebelok perniagaan...kerana pada mereka ini semua making money in future..org melayu susah nak menerima sbb nak buat kira-kira ni susah pening kepala...termasuklah saya...algebra pun merangkak sampai tak ambil final exam NCC untuk mendapat diploma dlm computing dr UK, end up buat accounting and administration...skrg dah masuk 40an baru nak merangkak belajar balik...tak mengapa usia masih muda otak boleh jalan lagi...huhuhuhuh
Anonymous said…
Skrg berjuang untuk Agama Suci Islam dan Survival Negara.....!

Islam itu milik semua bangsa yang mengaku Allah adalah tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh Allah.

MANTAN PEJUANG BANGSA
Saya setuju dengan apa yang direncanakan dalam penulisan ini.... Kita sebagai bangsa Melayu perlu dan kena fikirkan tentang perkara ini masak2... Mereka ini tidak mengkaji tentang sejarah yang pernah berlaku... Pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan keburukan dan terselindungnye muslihat pihak tertentu untuk memundurkan lagi bangsa Melayu ini....

Kita perlu renung2 kan bersama dan ambillah masa sejenak.... Apa2 pun sebelum terlupa, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran lagi tahun ini pada En.Azli... Maaf sekiranye tersalah kata, terusik bahasa dan terlanjur berbicara.... :)
Anonymous said…
Nak tanya Mantan Pejuang Bangsa, apa pandangan anda terhadap perjuangan Tuan Guru Nik Ajis yang RELA BERSEKUTU DENGAN CINA KAPIR daripada bersekutu ngan ORANG UMNO yang RATA-RATANYA ORANG ISLAM? Sila beri pandangan sejujurnya...
Anonymous said…
Asas perjuang pas adalah islam,asas perjuangan umno adalah bangsa....so?tak faham ke?
Dari segi kebersekutuan, umno pon sekutu ngan kafir MCA,MIC....takde beza dr segi bersekutu ngan kafirun ni...dulu masanak bentuk malaysia lembut sgt bg warganegara...so kenalah fahamdan terbuka..Islam tak zalim...Subhanallah

MANTAN PEJUANG BANGSA
Anonymous said…
DUlu ada orang kata bergabung dgn bukan islam tu kafir....skrg orang yang cakap tu pulak bergabing dgn bukan islam....siap boleh keluar fatwa songsang semata2 nak sokong perbuatan kafir DAP tu...kelakar...
Anonymous said…
APA DAA....UMNO PUN SEJAK DR DULU LG BGABUNG NGAN KAFIR...ISLAM TU SEMPURNA DAN TAK SURUHPUN KITA MEMUSUHI KAFIRKALAU IATIDAK MENGANCAM KITA...SUBHANALLAH..HANG KENA BUKAKKITAB BALIK NI...CUBA SELAMI TAFSIR AL QURAN DAN HADIS BALIK...
Anonymous said…
MANTAN PEJUANG BANGSA .... apa laa punya fikiran ...masaalahnyer dulu tak boleh bersekutu dengan kafir dan siap bagi fatwa sekali.. kenapa sekarang yang PAS bersekutu dengan kafir dibolehkan.. perjuangan apa ... .. dulu kata UMNO kafir sebab besekutu ngan MIC dan MCA..
kalau dulu tak boleh .. sekarang pun lagi la tak boleh .. haram tetap haram ..kafir tetap kafir..

hakikatnyer dengki dan demdam kesumat...

MANTAN PEJUANG BANGSA ... sila buka buku sejarah politik.. bagaimana terbitnyer PAS dan PKR tu.. semuanyer sepihan dari UMNO yg kecewa dan gila kuasa..
Anonymous said…
Bulan puasa ni baik buka dan perbanyakkan lagi baca Quran & Hadis..buku sejarah pun dah diseleweng faktanya........sbb buku sejarah tu hanya ciptaan manusia...Quran Kalamullah...Subhanallah..

MANTAN PEJUANG BANGSA
Anonymous said…
Mantan Pejuang Bangsa said "Asas perjuang pas adalah islam,asas perjuangan umno adalah bangsa....so?tak faham ke?"
Nak tanya, bangsa UMNO tu agama apa ye? bangsa DAP pulak agama apa? Mana lebih baik, bersekongkol dengan UMNO ke DAP?
Lepas 2, tuan jugak ada kata
"dulu masa nak bentuk malaysia lembut sgt bg warganegara...so kenalah faham dan terbuka..Islam tak zalim"

Ni macam mana cerita pulak, kata Islam tak zalim tapi semata-mata UMNO bagi taraf kewarganegaraan, dikatakan lembut sangat pulak, habih 2 camno?Janganle cakap pusing2.Ada sapa2 setuju x dengan apa yang saya cakap ni?
Anonymous said…
Jenis-jenis kafir:

Orang-orang kafir yang haram untuk dibunuh adalah tiga golongan:

1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/upeti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaum muslimin)
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)


Orang kafir terbahagi kepada dua:

1. Kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi orang Islam.
2. Kafir zimmi iaitu orang kafir yang mendiami dalam negara Islam dan tidak memusuhi dan memerangi orang Islam serta membayar cukai kepada negara tersebut...

Wallahu A'lam...

YG JUJUR,
MANTAN PEJUANG BANGSA
Anonymous said…
Mantan Pejuang Bangsa, kenapa tak jawab soalan anon September 8, 2010 9:58 AM? Lagi satu soalan, DAP yang dipengaruhi Karpal Singh dan Lim Kit Sian,tuan kategori sebagai kafir yang mana? 1 ke 2?
Anonymous said…
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pembaca terutama kepada YANG JUJUR, MANTAN PEJUANG BANGSA. Cuti Raya lagi ke sampai tak semapt nak jawab soalan2 yang diberikan?hehehe...jangan marah

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2)

100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2) Oleh Muhammad Azli Shukri Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz (Siri 2) yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri kedua ini saya perturunkan 10 lagi kata-kata beliau untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada baki 80 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam. 11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999. 12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994. 13. "Tidak ada...

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir 1. I would like to apologise to the students and others for failing to turn up to give the talk I had agreed to. I would also like to thank those who sent get well messages, fruits and flowers while I was in hospital in Melbourne. Honestly I feel I have lost an opportunity to meet and talk to what may be the future leaders of Malaysia. For this reason I am writing down here what would have been the contents of my talk. 2. The suggested topic for my talk was, "Are we ready for 1 Malaysia: Does Race Still Play a Part?" I will be frank but factual. My only interest is the country we all love. I am past self-interest. First let me refer to the slogan "1 Malaysia". Without the Government spelling out the precise meaning of 1 Malaysia, different people are giving their own interpretations which not only differ from each other but are in conflict with each other. 3. The M...