Skip to main content

Satu Lagi Komen Bernas Shamshul Anuar


Satu Lagi Komen Bernas
Daripada Shamshul Anuar

Saya siarkan satu lagi komen bernas daripada seorang pembaca setia blog saya, saudara Shamshul Anuar dalam posting saya sebelum ini. Ada sesuatu yag perlu kita fikirkan.

1. Salam, saudara Azli, Saya ingin mengulas topik "Malaysian Malaysia". Maaf kerana saya guna ruangan ini."Malaysian Malaysia" dimulakan oleh Lee kuan Yew. Ia membawa makna (dari pandangan Lee) yang Malaysia tidak adil kepada bukan Melayu. Lee mahukan segala peruntukan terhadap Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dihapuskan.

2. Pada orang yang buta sejarah atau berperangai seperti Yahudi (banyak dalam DAP), ini adalah satu konsep yang adil. Kenapa mesti ada kelebihan pada Melayu. Apa yang Lee mahukan ialah "cina Malaysia" tetapi dibalut indah dengan kata kata manis "Malaysian Malaysia". Perlembagaan Malaysia sebenarnya sudah melambangkan "Malaysian Malaysia'. Ianya adalah sesuatu yang adil. Kenapa Perlembagaan Malaysia sebenarnya adalah "Malaysian Malaysia?".

a) Ia memberi kerakyatan pada lebih satu juta bukan Melayu menjelang merdeka. Kesediaan Raja-Raja Melayu anugerahkan kewarganegaraan adalah satu peristiwa unik didunia kerana tiada negara lain sanggup buat begitu iaitu serentak lebih 1 juta kewarganegaraan diberi.

b) Ia memberi peruntukan khas pada Melayu mengenangkan kesediaan Raja-Raja Melayu benarkan bukan Melayu berkongsi tanah air.

c) Pengiktirafan Melayu sebagai penduduk aal sudah lama diterima oleh dunia. Negeri ini asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu.

3. Segala perjanjian dengan penjajah hanya dianggap sah apabila ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu. Malah ketika hubungan Melayu-British berada ditahap paling buruk (Malayan Union), British masih iktiraf orang Melayu dengan meminta tandatangan Raja-Raja Melayu. Bahkan, Perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu sendiri. Ini adalah situasi "menang-menang". Bukan Melayu dapat kewarganegaraan. Orang melayu dapat balasan iaitu kedudukan mereka sebagai bumiputera diiktiraf. Lee Kuan Yew mahu peruntukan khas pada Melayu dihapuskan. Soalan yang perlu ditanya pada Lee Kuan yew ialah apakah Raja-Raja Melayu akan beri kewarganegaraan pada bukan Melayu jika tiada timbal balas untuk Melayu ?

4. Raja-Raja Melayu sangat bermurah hati dengan isu kewarganegaraan, malah ia merupakan satu pengorbanan yang tiada tolok bandingnya yang dilakukan oleh orang Melayu. Untuk mengekalkan "wajah Melayu" dalam sebuah negara yang kini bukan lagi eksklusif hak Melayu, maka perlu satu peruntukan khas untuk melindungi kepentingan Melayu perlu digubal. Dan peruntukan ini tidak boleh dicabar oleh ahli Parlimen. Merubah "wajah Melayu" dalam Malaysia memerlukan perkenan Raja-Raja Melayu. "Remove he royalty, the last vestige of old Malaya will dissapear. It is the royalty( raja Raja Melayu) who gives the Malay character to this land", kata Dr mahathir di dalam buku Malay dilemma. Orang Melayu kini sudah mula anggap institusi Raja tak penting.

5. Hari ini, kita sudah sanggup berbaring atas jalanraya semata-mata mahu menghalang kereta Sultan. Orang Melayu sudah sanggup berkata "sembah dehaka" kerana tak dapat terima Qada dan Qadar( hanya kerana hilang jawatan MB Perak). Kerana iman yang kukuh, dahulu orang Melayu sanggup menentang British , satu empayar terbesar di dunia yang baru sahaja menang dalam peperangan. Orang Melayu ketika itu sedar akan tipu helah British dalam usaha membuang kedudukan Raja-Raja Melayu sekali gus menghilangkan "bukti" bahawa sesungguhnya negeri ini asalnya adalah negeri orang Melayu.


6. Demi memenuhi cita cita seorang munafik( Anwar) untuk jadi PM, orang Melayu ramai buat tidak kisah dengan usaha "mengubah" wajah Malaysia.Berkali-kali Allah SWT menunjukkan "hidayah" pada umat Melayu terhadap kemunafikan Anwar, namun kerana dendam, orang Melayu sanggup terus menerima beliau. Mungkin orang Melayu sudah muak dengan Malaysian Malaysia" berpaksikan Raja-Raja. Mungkin orang Melayu kini "teruja" dengan konsep "Cina Malaysia". Mungkinkah itu yang kita mahu?

Comments

KAPAKTAJAM said…
MELAYU PKR DAN PAS SUDAH HILANG IDENTITI DAN GILA, ITU LAH YG BOLEH DI IBARATKAN.

KITA SAMA SAMA TENGOK NANTI APABILA KECUAIAN INI BERLAKU DAN APA NATIJAHNYA SLEPAS ITU DAN DIMANA PULA DUDUKNYA ORG MELAYU SELEPAS ITU, DI TEPI SUNGAI, LAUT, PENDALAMAN JD ORG ASLI ATAU MENCARI PULAU LAIN UNTUK MENYAMBUNG HIDUP.

BILA INI BERLAKU, ANAK CUCU SUDAH TIADA PEMBELAAN DAN BERKUBURLAH SATU IDENTITI BANGSA DIMUKA BUMI MELAYU. MUNGKIN PAS BOLIH BALIK KE ARAB ATAU TIMUR TENGAH SEBAB MEREKA PANDAI BERBAHASA ARAB DAN PKR BOLEH LARI KE INDIA SEBEB LEBIH DARAH INDIA SEPERTI AL JUBURI.

BANGSA MELAYU WAJIB BANGUN DAN SEDAR DIRI MEREKA DARI SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT, KAPAK SESEKALI TIDAK AKAN BERTOLAK ANSOR AKAN PERKARA INI DAN RELA PERTAROHKAN JIWA RAGA DEMI ISLAM DAN MELAYU. TANAH MELAYU MILIK MELAYU KENAPA NAK DICINAKAN ATAU DIINDIAKAN? MEREKA MEREMPAT SEHARUSNYA TERUS JADI PEREMPAT! sekiranya tidak mahu akur dan menunjukkan taat setia kepada Negara Malaysia. Kalau nk ikut cara mereka mereka boleh balik ke Negara Asal mereka samada China atau India. Disana mereka boleh berbuat sesuka hati sbb tanah moyang mereka, bukan di Malaysia/Tanah Melayu itu kena sedar dan satu realiti. So, bila menjadi pendatang walaupun bergelar penduduk tetap hakikatnya masih pendatang ditambah lagi jika tidak mahu akur dan menunjukkan taat setia pada YDPA dan Negara Malaysia.
azlishukri said…
saya sependapat dengan tuan kapak

Pilihan Pembaca

NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Daripada Azli Kepada Azli!

Realiti Telah Menjadi Fantasi Daripada Azli Kepada Azli Saya sering diingatkan bahawa kita harus menjaga sesebuah persahabatan dengan baik, dan kita juga harus menghargai persahabatan yang sedia ada. Apabila kita mempunyai kawan yang ikhlas untuk bersahabat dengan kita, maka sambutlah keikhlasan tersebut dengan seadanya. Dalam dunia yang penuh dengan penipuan, sahabat yang baik dan jujur adalah umpama emas yang datang dengan tiba-tiba, dan apabila ia hilang - maka mencari gantinya adalah umpama mencari barang yang hilang dalam gelapnya malam. Entri saya kali ini adalah entri yang saya tulis daripada hati saya sendiri, ditulis dengan penuh kerendahan diri, ditulis dengan penuh rasa jujur, lantaran itu tajuk entri saya kali ini agak pelik dan memelikkan. Dengan judul "Daripada Azli Kepada Azli" ia merupakan sebuah manifestasi hati saya yang sudah lama terpendam dan terpadam - tentang apa yang saya faham dan alami, berkenaan kawan dan sahabat. Ceritanya tetap sama dengan semua...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...