Skip to main content

Mohd Sayuti Omar : Apa Yang Tinggal Antara Kita?

Mohd Sayuti Omar : Apa Yang Tinggal Antara Kita?

Di bawahb ini saya salin semula (baca di sini) rasa kekecewaan penulis politik prolifik pro-PAS Mohd Sayuti Omar yang sangat sedih dan gelisah melihat gaya politik dalaman PKr yang semakin haru-biru. Pada saya hanya satu sahaja yang perlu dijawab oleh MSO - iaitu masihkan beliau mahu menyokong pakatan pembangkang yang jelas menolak Hudud, negara Islam dan demokrasi? Tepuk dada tanya iman.

1. Selama ini PKR melaungkan akan bawa politik baru yang telus, adil dan demokratik. PKR sering mengecam Umno tidak telus dan tidak demokratik. Bukan sedikit pemimpin PKR dan bukan sekali mereka mengatakan demokrasi dalam Umno sudah mati. Apa yang menimpa Anwar Ibrahim 1998 dulu pun adalah berunsur kekejaman demokrasi dalam Umno. Mahathir Mohamad menggunakan kuasa vetonya untuk memecat Anwar tanpa merujuk kepada ahli akar umbi, walhasilnya Umno jadi 'kucar wak yah'

2. Kerana sikap itu Umno dibenci. Umno disampahkan oleh PKR. Dalam masa sama PKR mengangkat dirinya sebagai sebuah parti yang profesional, penuh demokrtatik. Sebuah parti yang turun dari dewa dan mengharapkan para ahlinya dari kalangan orang-orang kudus.

3. Selalunya dalam kehidupan ini manusia hanya nampak ada saja yang berada di depannya saja. Mereka dapat nampak keseluruhan muka, kerana ada cermin. Mereka nampak mata, hidung, kening, dahi dan telinga kerana ada cermin menyuluhkan kepada mereka. Lebih dari itu mereka tidak nampak kalau tidak diminta bantuan orang lain.

4. Hatta tahu lalat di atas belakang pun sudah tidak nampak, kalau tanpa pertolong orang lain. Jadi kalau benda dalam diri sendiri sudah tidak nampak dan dapat rasa, misalnya najis dipunggung, apalah yang berada jauh di sana. Makinlah tidak nampak. Menuduh memang sedap sebab lidah tidak bertulang...

5. Dalam masa PKR sedang berdepan dengan proses pemilihan pemimpin ini PKR jadi tidak nampak diri dan lupa kepada yang mereka ucapkan sendiri. Mereka sudah mungkir janji mereka kepada rakyat selama ini. Mereka mahu jadikan PKR parti alternatif untuk rakyat. Yang adil dan terbuka. Yang membawa semangat dan roh politik baru.

6. Namun melihat kepada beberapa tindak tanduk dan permainan menjelang pemilihan ini sudah tidak mencerminkan apa yang dihasatkan itu. Sudah ada permainan kotor dan jijik. Sudah ada tuduh menuduh antara satu sama lain. Sudah ada elemen dengki dan khianat.

7. Kehadiran Zaid Ibrahim untuk bertanding timbalan presiden sudah diacah dengan berbagai kerenah yang memabukkan. Macam-macam tuduhan dan sindiran ditujukkan kepada Zaid. Kenapa? Ini sepatutnya tidak berlaku. Biarlah kalau Zaid nak bertanding, biarkan dia bertanding. Suburkanlah demokrasi dalam PKR.

8. Mungkin sesetengah orang akan menafikan menganggap PKR mengamalkan demokrasi tulen. Tiada apa-apa kecaman dan aktiviti memburukkan Zaid. Tetapi kalau dilihat kepada jawaban Zaid dan ulas atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya ia menjelaskan hakikat itu. Ia sungguh menghairankan. Mungkin Zaid juga terkejut dan tidak percaya apa yang berlaku itu.

9. Sesiapa saja dalam PKR tidak perlu takut kepada Zaid. Beliau menyertai parti itu kerana tidak yakin kepada Umno. Beliau mahu lari dari tindakan non demokratik dalam Umno. Dia mahu melihat sejauh manakah demokrasi dalam PKR. Kalau keadaan dalam Umno sama juga dalam PKR tidak ada guna beliau bersusah payah menyertai PKR. Beliau boleh merayu dan kekal menjadi ahli Umno ataupun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

10. Mereka yang cuba menghalang Zaid seharusnya sedar dan malu diri sendiri. Mereka kena yakin kepada diri sendiri. Kalau mereka benar-benar diterima ahli, menjadi jagohan kepada parti banyak berkorban, mereka tidak payah risau. Zaid masuk PKR hanya beberapa hari saja. Dakwat yang digunakan untuk menanda tangani borang pun masih belum kering lagi. Tidak mungkin dalam tempoh terdekat Zaid mengatasi mereka.

11. Orang yang takut kepada Zaid mereka yang tidak yakin diri. Mereka yang bukan berjiwa besar dan bersemangat demokrasi tulen. Tidak percaya kepada diri sendiri. Orang seperti yang sanggup menodai demokrasi untuk kepentingan diri awal-awal lagi sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Parti Keadilan Rakyat.

12. Saya juga ingin nasihat Zaid sekali lagi. Kalau beliau juga tidak sedia menghadapi kerenah persis dalam Umno yang kini wujud dalam PKR, keluar sajalah. Beliau atau sesiapa saja tidak akan memperolehi keadilan mutlak, demorkasi tulen serta keihlasan dari sesiapa dalam sebuah badan bernama politik. Saya sudah katakan politik berpaksikan kepada 4C.... 4C. Kalau kamu tidak sedia menerima paksi ini, jadilah seperti saya, penulis, pemerhati dan perakam sejarah politik saja.

13. Zaid hendaknya jangan peduli apa yang dituduh kepadanya. Beliau juga harus menghadapi pertarungan itu dengan keyakinan dan wibawa yang belau sendiri miliki. Berada dalam politik tak ubah berada atas perahu di samudra luas dan bergelombang. Orang bukan saja setakat sanggup memfitnah membunuh pun boleh dilakukan.

Comments

Pilihan Pembaca

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...