Skip to main content

Tulisan Yang Membawa Bencana!


Tulisan Yang Membawa Bencana!


Rupa-rupanya memang benarlah Azmin Ali pernah melakukan sabotaj terhadap Zaid sewaktu beliau bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, Hal ini didedahkan sendiri oleh Mohd Sayuti Omar dalam posting terbarunya. Nampaknya Zaid Ibrahim benar-benar dizalimi dalam segenap penjuru. Jika orang sehebat Zaid pun sanggup dianiayai, apatah lagi ahli-ahli biasa PKR. Pada hemat saya memang patut Zaid bertanding menentang Azmin, sekurang-kurangnya untuk mengukur kekuatan. Maka, untuk menghancurkan kezaliman yang sedang bermarajalela dalam PKR, adalah menjadi tanggungjawab ahli parti tersebut mengundi Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Parti, sekali gus menewaskan Azmin Ali. Baca artikel beliau di bawah :

1. APABILA Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Umno atas pemecatannya dan selepas itu mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR banyak orang merasa gembira dan bertuah. Kedatangan Zaid ke dalam PKR dikira akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN. Apa yang diharap, pengalaman jahat, provokasi, politik wang, rasuah di dalam Umno yang dilalui dan dialami Zaid akan digunakan untuk menempelak BN seluruhnya. Zaid akan menjadi senjata ampuh untuk membunuh Umno.

2. Selain itu orang melihat langkah Zaid bersama pembangkang dan meninggalkan kedudukan lumayan sebagai menteri satu tindakan berani beliau dan menggambarkan beliau seorang pejuang tulen. Orang yang ingin melihat keadilan, kebenaran dan benci kepada penyelewengan dan salah guna kuasa yang diratah UBN selama ini. Orang sudah benci!

3. Tanpa mempersoalkan bagaiman atau kronologi beliau melepaskan jawatan menteri dan dipecat dari parti, orang di luar khasnya penyokong Pakatan Rakyat mengangkat Zaid sebagai seorang berprinsip, berani, telus, tidak mementingkan diri dan kedudukan. Beliau mulai dilihat atau diletakkan bakal menjadi hero baru pembangkang. Beliau diharap menjadi wira membela rakyat tertindas. Itulah ilusi umum.

4. Memang Pakatan Rakyat terutamanya PKR memerlukan orang seperti Zaid. Apa lagi PKR telah kehilangan beberapa jagohan termasuk jagohan kampung yang perut leper dan tetapi pelahap. Kekosongan yang ditinggalkan mereka itu dikira akan dipenuhi oleh Zaid. Hati penyokong PKR dan Pakatan Rakyat dikira terubat dengan kehadiran Zaid.

5. Zaid memang diterima dengan seadanya dan sesuai dengan profesionalisme dimilikinya. Dia diletakkan terus ke dalam saf kepimpinan tertinggi PKR. Beliau menjadi ahli Biro Politik, biro tertinggi dalam membuat dasar dan menentukan hala tuju parti. Beliau dilayan sama tinggi dan sestatus timbalan presiden dan naib-naib presiden.

6. Tidak cukup itu, dan atas kepercayaan kehebatan serta wibawa beliau juga beliau diberi tugas untuk menguruskan Pakatan Rakyat sebagai penyelaras. Ini tugas besar sebenarnya di mana beliau seolah bertindak menjadi Setiausaha Agung kepada Pakatan Rakyat. Sudah pasti sekiranya Pakatan Rakyat menjadi sebuah komponen sah beliaulah menjadi Setiausaha Agungnya.

7. Kemajuan terus dicapai oleh beliau apabila diberi kepercayaan untuk menghadapi calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kepercayaan PKR kepada beliau satu penghormatan yang memerlukan pengorbanan bukan kecil. PKR terpaksa berkorban dan turut sama kehilangan beberapa ahli jagohan kampung (perut leper dan pelahap) apabila beliau diberi kepercayaan. Hakikat ini patut disedari Zaid dan hendaklah dijadikan bahan renungan jiwa buatnya.

8. Iya tidak terhenti di situ saja. Bintang dan tanggungjawab beliau semakin bertambah, terbaru beliau dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lebih ironisnya beliau mengambil tempat Mohamad Azmin Ali.

9. Sebenarnya dengan kedudukan itu semua sudah cukup untuk Zaid menunjukkan bakat, komitmen dan melakukan sesuatu kepada PKR dan Pakatan Rakyat dalam usaha gagasan untuk memerintah Malaysia. Zaid seharusnya tidak perlu sibuk dengan hal-hal yang akhirnya menyerlahkan beliau sebagai tamak ataupun inginkan kepada kuasa lebih besar dalam waktu terdekat yang mana menatijahkan perbalahsan sesama sendiri.

10. Beliau boleh menjadi hero dengan jawatan itu semua. Misalnya beliau harus mencari ikhtiar bagaimana kedudukan Pakatan Rakyat kemas, mantap dan kuat. Tugas menyelaras bukan saja setakat untuk memastikan ROS meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai parti politik. Kita dianggap bijak kalau kita boleh menyelaras, menyusun dan memperkuatkan ikatan parti-parti Pakatan Rakyat tanpa ianya dilulus sebagai sebuah parti. Di sinilah orang akan menilai kerja dan kebolehan kita.

11. Agak malangnya, tugas-tugas dan harapan diberikan kepada Zaid itu sedikit terbengkalai apabila beliau kini berkucah dalam pergolakan untuk menadi Timbalan Presiden PKR. Beliau nampak lebih menumpukan kepada agenda diri sendiri daripada agenda parti. Beliau banyak berusaha menjadi ch0mpion dalam parti bukannya hero dalam negara. Bukan tidak boleh beliau bertanding, dengan nilai dan wibawanya beliau layak. Tetapi untuk apa? Zaid harus bertanya diri sendiri dulu sedalam-dalamnya untuk mengambil keputusan itu. Itu sepatutnya.

12. Saya nampak alasan yang diberikan untuk mengembalikan kuasa presiden adalah semata-mata alasan setelah alasan lebih besar tidak ada. Apakah Zaid mengira selama ini Wan Azizah Wan Ismail gagal mengemudikan parti secara berkesan kerana beliau dihalang atau kuasanya dirogol? Dan ikhlas saya tanya, apakah Zaid mempercayai seorang wanita seperti Azizah mampu untuk mengemudi bahtra sebesar PKR yang menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat kalaupun Azizah diserahkan tanggungjawab itu sepenuhnya?

13. Zaid juga tahu selama ini Azizah hanyalah lambang kepada presiden sebenar. Sebagai simbol juga Azizah tidak mungkin dapat atau berkuasa melakukan lebih dari itu. Rasanya Zaid sendiri tidak percaya dan tahu sejauh mana kemampuan Azizah. Selain itu beliau juga tahu bahawa kuasa Wan Azizah sebagai presiden siapa yang memakan dan memamahnya. Bukankah Awanr? Jadi kalau Anwar yang memakan dan memamahnya, kenapa Zaid harus bingkas memeprsoalkan kedudukan Azizah terhalang. Makanya itu cuma alasan semata.

14. Kalau begitu kenapa Zaid tidak saja bertanding jawatan presiden? Kenapa Timbalan Presiden? Dalam satu hal saya tidak senang dengan sikap Azmin terhadap semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Pada saya Azmin jelas mensebotaj Zaid dan salah satu faktor kekalahan Zaid ialah bila Azmin tidak berperanan sepatutnya dan melumpuhkan sebahagian jentera pilihan PKR. Azmin perlakukan begitu kerana bimbang dengan Zaid. Kemenangan Zaid di Hulu Selangor boleh mengancam periok politiknya dalam PKR. Makanya beliau kena usaha kalahkan Zaid dalam tidur.

15. Tetapi itu bukan alsan besar untuk Zaid membenci Azmin dan menjadikan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden satu peluang terbaik buatnya. Beliau harus melalui pertandingan ini dengan tenang tanpa menimbulkan kerosakan kepada parti. Beliau harus menumpukan kepada Azmin saja disamping mendedahkan apakah misi dan visi beliau. Zaid sepatutnya meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan untuk menjatuhkan Azmin.

16. Beliau tidak boleh menjadi 'bas ekspress' dalam PKR. Beliau harus menjadi bas henti-henti terlebih dahulu. Beliau tidak perlu bertanding jawatan timbalan presiden, apa lagi atas alasan peribadi kerana tidak senang dengan Azmin. Beliau boleh menyokong mana-mana calon lain kalaupun beliau tidak setuju dengan Azmin dan bukan terus memandu bas ekspres - bertanding jawatan itu. Bila beliau bersikap memandu bas ekspress orang akan nampak yang beliau ingin lekas sampai!

17. Pun begitu, tidak menjadi masalah. PKR mengamalkan demokrasi tulen (kononnya). Zaid boleh bertanding dan sesiapa saja boleh bertanding. Tetapi dalam kempen janganlah terkeluar kata nesta, andaian dan provokasi yang boleh merosakkan parti ianya tidak baik. Kenapa harus emosi sangat. Hadapilah pertandingan sebagai satu ruang yang halal dan hadapi dengan sikap kekeluargaan. Misalnya membaitkan orang lain sebagai alat kempen adalah tidak bagus. Kritikan terbuka Zaid kepada Syed Husin Ali sesuatu yang mendukacitakan.

18. Saya mencatatkan ini kerana ada bahasa dan lenggok Zaid yang pada saya tidak elok kepada PKR. Ketegasan dan ketelusan Zaid dalam mempertahankan prinsipnya ada kalanya tidak tepat dan ini memberi masalah kepada PKR sendiri. Sesuatu yang selama ini orang tidak tahu, kini ia sudah terbuka dan terbahar bila Zaid menghuraikannya dalam mempertahakan tindakannya. Zaid juga tidak boleh merasakan tindakannya bersama PKR satu pengorbanan besar yang tak mungkin dilakukan orang lain. Beliau harus ingat beliau bersama PKR sesudah penyokong dan pemimpin PKR lain telah menyeberang sungai darah dan airmata.

19. Justeru diseru kepada Zaid agar tenang menghadapi pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ini. Serahkan kepada ahli tanpa banyak provokasi dan muslihat. Tirulah sifat dan sikap seorang lagi calon, Mustapa Kamil Ayub yang diam dan tidak berbuat sesuatu yang boleh memberi imej buruk kepada parti. Bersikap sedarhana dan bersifat tasamuh itu lebih baik ia dari agresif dan penuh emosi.

20. Jika ini tidak dikawal dan berlebihan kemungkinan apa yang saya bimbang sebelum ini akan jadi kenyataan. Sesungguhnya parti PKR itu sudah terlalu penat dan letih untuk berdepan dengan satu lagi perpercahan. Apa lagi Anwar sendiri juga sudah tidak daya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kekadang kesian melihat Anwar dalam dia bergelut dengan masalah dirinya sendiri, (kes mahkamah) beliau juga kena tangani masalah parti bukan saja dalam PKR adakalanya masalah membabitkan Pas dan DAP.

21. Sebenarnya kalau semua orang sayangkan parti dan sayangkan Anwar jangan cipta masalah tetapi cubalah hindarkan masalah dari timbul. Zaid dan Azmin adalah aset besar untuk Anwar dan PKR.

Comments

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir 1. I would like to apologise to the students and others for failing to turn up to give the talk I had agreed to. I would also like to thank those who sent get well messages, fruits and flowers while I was in hospital in Melbourne. Honestly I feel I have lost an opportunity to meet and talk to what may be the future leaders of Malaysia. For this reason I am writing down here what would have been the contents of my talk. 2. The suggested topic for my talk was, "Are we ready for 1 Malaysia: Does Race Still Play a Part?" I will be frank but factual. My only interest is the country we all love. I am past self-interest. First let me refer to the slogan "1 Malaysia". Without the Government spelling out the precise meaning of 1 Malaysia, different people are giving their own interpretations which not only differ from each other but are in conflict with each other. 3. The M...