Skip to main content

Apabila Asri Terdiam dengan Jawapan Zulkifli Noordin


Apabila Zulkifli Noordin Jawab Dr Asri

(Saya agak tertarik dengan jawapan ringkas yang diberikan oleYB Zulkifli Noordin kepada Mantan Mufti Perlis berhubung isu orang kafir boleh diizinkan masuk masjid.
Sama-samalah kita berfikir)

Ustaz Pun Tidak Layak

Saya bersyukur banyak respon positif yang diterima berkaitan isu membenarkan kafir harbi memasuki ruang utama solat didalam masjid/surau.

Seorang sahabat saya, seorang Ustaz berijazah doktor falsafah menghubungi saya dan cuba memberi pandangan alternatif. Saya cuma tanya satu soalan sahaja kepada beliau; "bukankah enta sendiri, seorang ilmuan Islam berkelulusan PhD, pernah menjawat jawatan tinggi, pernah ditahan, ditangkap dan diheret ke Mahkamah kerana memberi tazkirah disebuah rumah persendirian?".

"Kalau orang macam enta pun dikira tak layak masuk surau masjid dalam negeri Selangor untuk bertazkirah, takkan kafir harbi pulak lebih layak dari enta"?

Sahabat saya itu terdiam, dan saya nasihatkan beliau supaya lebih menumpu kepada usaha da'wah daripada sibuk mencampuri urusan kepartian yang kelak akan menjahanamkan nama baiknya. Janganlah kerana mencari populariti politik kepartian, aqidah dan syariat menjadi bahan dagangan.

Moga ALLAH melindungi kita semua daripada fitnah dan mehnah akhir zaman ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Ramadhan 1431
31 Ogos 2010

Comments

Anonymous said…
Dia terdiam sebab jawapan bodoh dr zulkifli noordin ni..jgn malukn diri dgn jawapan bodoh seperti itu..at least keluarkan dalil-dalil yg menyokong pandangan anda.

lihat fatwa dari Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid
Anonymous said…
Hahahaha Zulkifli nie takde orang yg layan pun harhahrhar kurang kaseh sayang dia nie memperbodohkan diri sendiri sengan harapan orang bagi perhatian harharhar
Anonymous said…
assalamualaikum,

sabar sahabat2 seislam semua, silalah bersopan semasa memberi komen....itu lah yang disarankan Allah dan nabi junjungan kita.....janganlah kerana dek isu seorang kafir...kita sesama islam mengeluarkan kata-kata kesat memburukkan sesama islam.....biarlah pendapat kita itu memberi pendidikan sekiranya ada pihak yang tersalah langkah, manakala sekiranya ingin menegakkan kebenaran janglah sampai mengaibkan pihak lagi satu yang mungkin kekurangan ilmu.....muhasabhlah diri kita masing2 dan hanya taksub kepada ya rabbi....wallahualam.
Buat anon 4:28pm, jangan lupa tolong baca sekali Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/wanita-haid-memasuki-masjid-untuk-tujuan-pembelajaran-semata-mata.
joegrimjow said…
zulkifli nordin ni siapa ek? macam pernah dengar je nama dia. familiar

apa2 pun, nak cakap kena atas dasar dalil yang sahih. Nabi tak pernah halang walhal galak lagi kafir untuk ke masjid nabi, kenapa kita siap sindir mereka yang nak masuk masjid kita?

tak lain tak bukan sebab politik. yakin sangat politik boleh bawak masuk syurga, macam nilah jadinya.
gapodio said…
Zaman nabi derang masuk dok belakang dengar apa nabi cakap. Derang nak belajar islam. Bukannya dok saf depan sekali.
Zaman skang derang masuk dok depan pastu bagi ucapan kat orang islam,orang islam plak dengar je kat belakang.dah habis event bagi duit..
Nampak je macam sama, tapi berbeza bai.
joehan said…
to joegrimjow..apsl rmai sgt gune nm joe ni..mslhnya pomp tu msk surau xreti adab..lg satu ustaz2 pas tu kate terer sgt islam..suh pomp tu pkai tudung..yg org2 pr tu konon2 letak gmba rosmh wt perbandingan..mmg rosmah tu kne brubah..tp aku plik la org2 pas ni..kalo iklas nk berdakwah xpyh la nk banding2kn..mmg org bkn islam dibenarkn msk msjd..tp jg la adab...lg satu..ni bkn sindir la bongok..tp ni kn sbg teguran..ape slhnya sesama islam tegur menegur..ape korng ingt pas ahli pas maksum ker xblh tego2..
Anonymous said…
betol tu..mmg tak salah dari non muslim masuk masjid tapi kena tgk jugak apa tujuan dia.kalau takat nak bagi ceramah lepas tu bagi duit tak payah masuk surau dok kat depan la kot..buat dekat luar sudah.

dulu kata sangat puak lain kafir..la ni apa cerita?ludah jilat balik ke??

maafkan saya kalau tersinggung
Anonymous said…
Dia anggap dia semuanya tau, sebab PHD, tapi tuuu ddia, baru dia tau kena atas batang idong...semua org faham takyah cakap, org tau bukan islam boleh masuk, tapi tengok keadaan dan tujuannya,..dalam kes ni memang tak patut..
Anonymous said…
shonzu - org haid pun dilarang masuk masjid walau islam..

dibenarkan pun sebab nak belajar.

tapi adun /mp dap nak belajar ke nak memberi sedekah kat org islam ?

itu pun tarak pandai ka?
Anonymous said…
Sokongan pada pembangkang secara membabi buta ni serupa sokongan membawa rebah. Nik Aziz dah lebih 20 tahun takbir kelantan. Habuk pun tarak. Sedar la sikit bahalul bahalul semua.
Anonymous said…
nampaknya puak2 extreme pr tak boleh terima hakikat dah sekarang bahawa pr dah melencong jauh ke lembah yang sesat.hiduplah sebagai manusia yang waras bukan bernafsukan politik..
Anonymous said…
Apakah perbezaan yang menjadi persoalan atas isu ini??

Zaman Nabi, org kabir masuk masjid dengar nabi tazkirah.

Kat selangor org kabir masuk masjid bagi tazkirah.

nampak tak bezanya tu!!

Tak payah dengan dalil dah tau adab masuk tempat ibadat pun tak betol.
Anonymous said…
Kita seringkali mempertikaikan soal org kafir boleh atau tidak boleh masuk ke masjid dan memberi tazkirah.
Spt contoh Dr Xavier PKR dan Teo DAP

Tapi adakah kita fikir Org spt Dr Asri seorang Islam pulak tidak dibenarkan untuk ke mana2 Masjid di Selangor untuk berceramah atas alasan tiada TAULIAH?

Org Islam Dilarang, Org kafir pula diangkat, dijulang dan diagung2 kan lebih dari yg dipertuan Agung sendiri
anon 5:28pm, nak kata kau pandai sangat pun tak juga. Walau apa pun alasan yang puak jumud hamPAS macam kau nak beri, orang yang berhadas besar tetap tak boleh masuk masjid/ surau, lalu dalam masjid/surau pun haram apatah lagi berucap disaf depan dalam surau. Tak pernah tahu ke soal tu?

Inikan pula, Cina komunis yang kau sanjung2kan tu. Sudahlah masuk surau tanpa menutup aurat dan dah tentu dalam berhadas besar (sebab kafir). Kenapa kau cuba nak tegakkan benang yang basah??? Memang yang salah bukannya Cina kafir tu, tetapi pihak pengurusan surau. Tetapi apakah mereka terlalu jahil soal kesucian masjid / surau tempat orang Islam sujud menyembah Allah???

Apakah tiada tempat lain Cina komunis sanjungan kau tu nak sampaikan sedekah?? Istilah sedekah pun rasanya tak betul, yang betul gula2 politik - sedekah dapat pahala, tetapi Cina bagi sedekah dapat pahala ke???

Itu pun tarak pandai ka?
Anonymous said…
aku setuju ngan kau shonzu. kalo dh berhadas besar anda diharamkan masuk masjid. jadi kpd y bijak ckp pasai politik tu blaja semula asas fardu ain dgn ulamak y bertauliah. jgn ikut sesedap mulot dan otak nnt binasa hidup. jgn sesekali samakan zaman nabi sbb zaman skrg motif terpenting ialah politik utk undi. kita orang islam kenalah la peka akan benba2 mcm nie.
Anonymous said…
bodoh punya PAS dan PKR, kafir pun di benar berceramah dalam mesjid, macam tak ada tempat lain? satu, adakah pandainya si kafir ni nak berceramah hal agama kapada orang islam, mereka pula mengapa membodohkan diri mereka? kalau nak ceramah hal politik atau kebajikan, boleh bat di luar mesjid/surau. yang kedua, kan ke mereka puak2 PAS/PKR ni lah yang mencaci dahulu kalau kafir masuk mesjid kerana semua tahu alanhkan orang islam yang berhadas besar pun d haramkan masuk mesjid. orang kafir ni apa, tak ada hadas besar ke?apalah punya baghal
salam tuan blog...


wajah blog yang baru ini sangat menarik.

lagi satu saya dengki tengok follower saudara lebih banyak dari saya.

tetapi saya akur tuan Azli memang layak mendapatnya.


Kerana 'cermat' dalam berkata kata hingga disukai ramai pembaca.


tahniah...selamat berqiamullail di akhir sepuluuh ramadhan.

moga Allah menerima amalan kita.
Montell said…
kalau dah bahgal tahap tertinggi ni memang susah nak adjust.. yang bathil dikata hak.. yang hak dikata bathil..

nengok sahaja ularmak sanjungan mereka.. bukan pro mana2.. guna kewarasan pikiran.. manipulatif dalil-dalil hadith merupakan cabang syiah atau puak khazraj! mengelirukan orang yg tidak tahu ilmu dengan mendalam.

saya sedih dengan perkembangan ini, dimana ini salah satu tanda akhir zaman.. ulama palsu bersepah-sepah dan pengikutnya jenis buta tuli. tiada siapa dapat menentukan amalannya diterima Allah walaupun beribadah 1000 tahun.. solat siang malam, kerana perkara sekecil zarah.. neraka jua tempat singgahannya.. nauzubillah!
warisantamar said…
salam,

link my blog...tq
http://warisantamar.blogspot.com/
Anonymous said…
kalau pelancung masuk masjid tu lain cetaaa.

kalau nak berderma skali pun buat kat luor masjid tak bleh keee.

semata2 nakkan islam liberal ala2 anwar brahim, esok lusa sebuk nak berteloransi sampai kasi cina berucap atas mimbar pulak.

juak2 pas anytime siang malam termasuk ulama upahan mereka akan keluarkan fatwa menyokong.

busuk la politik pas nii...


ajak
azlishukri said…
sahabat perang siber sama2 kita berjuang...blog tuan jauh lebih baik daripada blog saya..
Anonymous said…
esok lusa, kita jadi sama mcm kat indon laaaa..... rumah ibadat bleh kongsi.....kubor bleh kongsi.... mereka kata malaikat bukan bodo.....

hadoyyyyaii....liberal sungguh ulamak wahabi....
Anonymous said…
Heeeheheh Nik Ajis 20 tahun takbir K'tan bukan kata habuk tara..bertambah habuk berselut, hati perut kalau kuman DAP masuk sekali pun dah jadi "mangli" (kebal) anti biotik pun tak boleh nak cure. Sebenarnya susah kalau MB dilantik dari sekolah pondok yg pendidikan tentang agama melebihi segalanya. Jd kita maaf kan laa Nik Ajis ni sbb buta hal ehwal ekonomi,administration, accounting and law. Sbb tu orang bawah dia putar belit dan alibaba dia...
Anonymous said…
andai kan Cina yang masuk tu MCA yng di bawa oleh UMNO......pikir pikir kan lahhhhhh....40taun PAS akan jaja
Dot said…
salam,

anon 4:28 PM,
pelancong masuk masjid tu lain cerita. kalau setakat nak melawat2, tengok dari jauh mimbar masjid, ambil gambar kerana kagum dgn senibina islam & sebagainya, mana plak salah?

yg salah tu membenarkan si pompuan najis kafir harbi mencemar saf depan, menyampaikan tazkirah & membeli jiwa dgn memberi duit plak. sah dah betina tu najis! mana pernah dia mandi wajib sebab dia kafir!!! tu memang sah teruk benar tu.

sepatutnya dia masuk duduk dibelakang saf pompuan, dengar imam @ khatib bertazkirah dgn aman & jika dia tertarik hingga memeluk islam barulah dikira AFDHAL gitu... ini tidak, terbalik kot kerjabuat pas nih!!!! mabuk gila kuasa ka apa?

Pilihan Pembaca

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini....

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...