Skip to main content

Kita Terlepas Pandang Realiti Ini


Kita Terlepas Pandang Realiti Ini


Saya secara peribadi menyokong kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir (di sini) apabila beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Zambry menjadikan kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Hari Rayanya sebagai indikator penting bagi menunjukkan sudah ada tanda-tanda perubahan sokongan rakyat daripada menyokong pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional kali ini. Bagi saya pula, selain daripada indikator yang dinyatakan Zambry di atas, sokongan rakyat terhadap BN juga boleh dilihat berdasarkan hal-hal yang berikut :

1. Penjualan akhbar Utusan Malaysia semakin meningkat sejak dua bulan yang lalu.

2. Peningkatan blogger-blogger yang menyokong kerajaan semakin bertambah dari hari ke hari

3. Pemimpin PAS semakin kerap menyakinkan ahli-ahlinya bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam PRU ke-13 yang akan datang. Kebiasaanya hanya orang yang sedang bimbang dan kalut sahaja yang tidak henti-henti bercakap sesuatu yang belum pasti dan diyakini untuk diperolehi. Jelas, PAS seolah-olah bimbang sokongan rakyat semakin terhakis kepada parti itu, sejak hukum Hudud dan negara Islam terpaksa digugurkan akibat daripada desakan DAP dua bulan yang lalu, sekali gus mencalar diari perjuangan parti tersebut selama ini. Malah ia juga secara tidak langsung menampakkan kelemahan ketara PAS dan sikap tunduknya kepada DAP semakin menyerlah.

4. Tahap kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin reda dan berkurangan. Sudah jarang kedengaran orang Melayu mencaci-maki kepimpinan negara, kecuali ahli parti pembangkang sahaja.

5. Semakin ramai orang Melayu berdaftar sebagai pengundi, khususnya di bawah tajaan UMNO. Jelas orang Melayu mula merasa bimbang dengan sikap agresif DAP yang seakan-akan tidak sabar untuk memerintah negara ini.

Comments

Anonymous said…
saudara, saya setuju. cuma saya berharap agar para pemimpin UMNO tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang membuatkan melayu naik angin seperti apa yang dilakukan khairy dan nazri sebelum ini.

nota untuk khairy : bersama perkasa bukan bermaksud bubarkan umno dan masuk perkasa, tapi seiring dan senada dalam pertahan hak melayu dan bumiputera. setakat ini bukan minta tambah tapi jangan dikurangkan hak kita.
p/s - harapnya khairy tidak membawa toyol waktu di dewan exam oxford dulu
azlishukri said…
saya sangat2 bersetuju dengan tuan!
Anonymous said…
p/s - harapnya khairy tidak membawa toyol waktu di dewan exam oxford dulu.. ni ayat paling best dari anoy 20;09;2010

entah apa mamat 2 ekor dok cari aku pon tak faham.. khairy tu keturunan DKK nazrie entah ler org indon kot
KAPAKTAJAM said…
Sdr Azli, Kapak amat bersetuju dgn coretan saudara!.

Itulah yg sedang kami perhatikan dan gerakkan jentera bagi menyatupadukan Umat Melayu Islam ini, agar tidak terpesong dan tersalah jalan. Kerana sekali kita tersilap pilih jalan dan kapal yang nak ditunggangi belum tentu 10 tahun atau 100 tahun akan dapat semula kuasa politik dan pemerintahan di Tangan Orang melayu Islam.

Bila ini terlepas, kehancuran Melayu dan Islam akan bermula. Ingat sewaktu 11 bulan mereka perintah Negari ini, tidakkah kita nampak kemusnahan yg mereka nak perbuat? TETAPI MAHA Agung ALLAH, telah memperkenankan doa2 Para Alim Ulamak Islam dan akhirnya termakbul dan Kerajaan kembali di pimpin oleh Melayu Islam yg sejati. Kecemerlangan Islam kembali terjamin dan penduduk majoritinya berkuasa kembali.

Alhamdulillah dgn peringatan selama 11 bulan tersebut, berbagai pembaharuan dilakukan utk kesejahteraan rakyat. Insya Allah ia akan terus dijadikan agenda utama Kerajaan Negeri bagi memertabatkan bangsanya tanpa ada niat utk menidakkan hak bangsa lain seperti termaktub didalam perlembagaan Kerajaan Negeri waima Kerajaan Persekutuan pun.

Disini KAPAK juga meminta agar Bangsa Melayu Islam ini marilah kita bersatu hati dan terus berjuang demi Islam agama Anutannya. Bawalah wadah penyatuan ini tanpa jemu kerana Kekuatan Melayu & Islam di Tanah Melayu ini hanya akan kukuh jika umatnya bersatu hati.
otak ala mahathir said…
KHAIRY ada KEDAI RUNCIT di kg rembau. LAMA DAH khairy buka kedai, tiba2 AH KAI RIE (cina) pun buka kedai runcit disebelah kedai khairy. tiba-tiba ah kai rie bercadang nak besarkan kedai dengan MENGAMBIL RUANG kedai khairy. PAK BERAHIM, kesian tgk kedai khairy yang MAKIN KURANG PELANGGAN, dia pun pakat BUKA WARUNG KOPI untuk membantu kedai khairy terus hidup disamping SHARE DENGAN ORANG KG YANG DATANG KE WARUNGNYA AGAR SENTIASA BELI DI KEDAI MELAYU, SEKALI SEKALA MENJUIH MULUT KE KEDAI KHAIRY. perhatiaan bahwa pak berahim buka warung kopi bukan kedai runcit seperti khairy. soalannya wajarkah khairy menutup kedainya semata2 marah dengan saranan pak berahim?atau khairy yang katanya bekas graduan singgah di warung kopi pak brahim , katakan KOPINYA SEDAP cuma sarankan KURANGKAN GULA dan ajak pak berahim beli gula dan serbuk kopi di kedai runcitnya.dan minta pandangan apa lagi yang perlu dicantikkan kedai runcitnya bagi menarik pelanggan yang telah ke kedai runcit ah kai rie.kan sama sama untung.

MELAYU KENA BIJAK DALAM KEHIDUPAN, BUKAN SEKADAR ATAS KERTAS PEPERIKSAAN
Scud said…
dahulu orang melayu marah kerana PakLah. Tambahan pula Tun Mahathir keluar UMNO membuatkan ramai orang melayu turut sama menolak UMNO.

Sekarang rakyat sudah melihat perubahan pimpinan oleh DS Najib. Dan rakyat dapat menerimanya.

Ada benar pendapat anon pertama. Khairy dan Nazri adalah musuh dalam selimut. Perbuatan mereka hanya mendatangkan kemudaratan kepada UMNO.

Dan pemimpin UMNO khususnya bahagian cawangan dan bahagian janganlah bergaduh sesama sendiri. Berebut jawatan dan salahguna kuasa. Rakyat melihat semua benda ni.
melayumuda said…
tq anon 1136 dan juga tuan tanah, en azli..baca juga komen otak ala mahathir (saya juga la tu)..anon 1122..lepas ni nicname saya dikekalkan kepada MELAYUMUDA.
melayumuda said…
setuju dengan tinta emas.
pacat said…
.. bab makan memang ramai datang punya!!! nak lagi free maa!!.. penjualan utusan meningkat... ada bagusnya dan benarnya.. lagipon sejak beberapa isu melibatkan pendedahan blogger dan disiarkan didada Utusan maka serba sedikit mensensasikan utusan dikalangan PR sendiri...

Pertambahan blogger menyokong kerajaan... huuu!! memang tk dinafikan!!! Tapi harap bukan je menghentam PR juga bertindak dalam menegur kerajaan yg ada untuk perbaiki prestasi dan membersih anasir2 yg boleh melemahkan semangat melayu dalam mempertahankan hak dan maruah agama dan bangsa.
azlishukri said…
terima kasih atas komen sahabat2 semua, saya setuju para bloggers UMNO juga jangan biar hidung dicucuk dan ditarik oleh pihak tertentu...
melayumuda said…
kepada dr. zambry, saya menghormati anda menguruskan negeri (dan menguruskan pembangkang). kekalkan perjuangan umno untuk alif, ba dan ta..saya cadangkan peranan ulama muda umno diperkasakan..jangan simpan dalam almari. kalau perlu gantikan suara pemuda. ulama muda juara rakyat. siapa tahu, tak salahkan perjuangkan bangsa demi agama. bukan seperti mereka yang perjuangkan agama demi kuasa.ulama muda umno, kami rakyat yang menyokong kerajaan menanti kehadiran anda
Anonymous said…
Setuju, Khairy ni patutnya bersemangat sikit bekerja keras bantu UMNO kalau dah rasa diri tu bersalah atau disalah. Septutnya kita kena sedar serta bangun memperbetulkan apa yg tak betul kerana zaman bapa mertua dah tak da lagi, Pak Lah mmg baik tetapi terlalu mempercayai org org mcm khairy serta team yg mahu memalukan Pak Lah itu sendiri. Diharap DS Najib bisa mengorak langkah serta memperbetulkan apa yg tidak betul, barang siapa cuba nak buat "taik" atau melemahkan kerajaan, elok pantau serta timbangtara adakah mereka ini layak untuk PRU13 serta pegang jawatan tertentu dgn mengantikan mereka yg kurang tegas atau lemah kepada sektor yg tidak byk menggunakan tenaga mereka. Noh Omar layak duduk kerusi menteri pertahanan atau KDN dibantu oleh pembantu2 yang tahap level amaran yg tinggi...:-)

Perkasa kita sedia maklum memperjuangan orang melayu, najib nampak itu semua dan yakin ada gunanya Perkasa. Ibrahim Ali org PAS label tak guna serta lupa diri tetapi beliau sekurang2nya berjaya memperjuangkan hak orang melayu bukan mcm PAS.

Apa pun orang melayu kena bersatu tanpa fikirkan apa parti politik demi survival org melayu itu sendiri. Kepada anak anak muda pula, jgn fikir keseronokan semata-mata dengan apa yg anda perolehi sekarang kerana chances DAP melancarkan roket bakal memusnahkan "keseronokan" kamu, percaya atau tidak terpulang tetapi kamu akan dicerca serta diperlekehkan dlm bahasa ibunda mereka tanpa kamu sedari...
melayumuda said…
kita mengharapkan UMNO tidak berjaya dinasi kangkangkan oleh DAP seperti yang terjadi pada PAS
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Sokongan Melayu pada PKR hampir pupus setelah Anwar tidak berani bersumpah.

Manakala sokongan Melayu pada PAS juga merosot. Kerana Orang Melayu mula muak dengan perangai PAS yang riak. PAS dilihat tunduk pada DAP yang anti Islam tetapi begitu keras terhadap UMNO.

Namun ada beberapa personaliti yang boleh rosakkan UMNO. Mereka ialah Hishamudin yang dilihat terlau penakut ambil tindakan bilas Melayu, Islam dihina.

Khairi pula merosakkan UMNO dengan berperang dengan PERKASA sementara Nazri pula agak "biadap" terhadap Tun Dr mahathir.

Minta Najib jangan letak 3 orang ini dalam pilihanraya akan datang. Orang Melayu bencikan mereka yang hanya pandai bercakap.

Dan Najib mesti letak Melayu dikawasan Melayu. Jangan lagi letak MCA atau Gerakan dikawasan Melayu kerana orang Melayu pun benci sekarang ini pada pemimpin MCA dan Gerakan kerana nampak penakut bila berhadapan dengan DAP yang kaki fitnah UMNO.

Percayalah jika letak MCA dikwasan Melyu maka calon PKR ( kalau Melayu) akan menang. Ini yang belaku di Kuantan, Kulim, Kota Raja.
Anonymous said…
Percayalah jika letak MCA dikwasan Melyu maka calon PKR ( kalau Melayu) akan menang. Ini yang belaku di Kuantan, Kulim, Kota Raja.

ada satu lagi.. teluk kemang..

- parti jahat -
azlishukri said…
kali ini strategi meletakkan calon perlu tepat dan kemas...
Anonymous said…
ASSALAMUALAIKUM,

BAGUSLAH PENDEKATAN ATAU KEYAKINAN YG DITERAPKAN DLM ARTIKEL NI...SEMOGA BERJAYA JIKA ITU YG TERBAIK...

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y