Skip to main content

Gunakanlah ISA : Rakyat Di Belakang Anda!


Gunakanlah ISA
Rakyat Di Belakang Anda!

1. SEBENARNYA apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Najib kelmarin mengenai “jangan persoal Perlembagaan” adalah satu pendirian tegas yang amat kita tunggu-tunggukan. Malah kita mahu beliau mengeluarkan kata-kata yang lebih tegas lagi.

2. Buat permulaan, itu pun sudah memadai. Sebenarnya itulah yang rakyat mahu dengar dari mulut PM. Benar kata beliau “rakyat perlu mengelak daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum lain… jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan ‘suhu panas’ yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.”

3. Sebenarnya sejak akhir-akhir ini rakyat begitu bimbang dengan suasana di negara ini. Unsur-unsur perkauman semakin menegang sehinggakan rakyat kebingungan ke mana akhir kesudahannya. Secara politik, itulah yang mahu dilihat oleh pihak yang satu lagi. Lagi berpecah masyarakat lagi suka mereka. Ia adalah political mileage bagi mereka. Lagi berpecah lagi bagus. Lagi celaru, maka mereka beranggapan undi akan datang kepada mereka. Mungkin betul strategi mereka itu. Rakyat mungkin akan hilang keyakinan kepada kerajaan jika kecelaruan dan kegelisahan ini terus berlaku tanpa berjaya dikawal.

4. Namun bagi rakyat yang ramai ini mereka mahu melihat perkara itu tidak berlaku. Api panas itu harus dipadamkan segera. Semua pihak harus tegas. PM harus tegas, dan pihak-pihak berkuasa harus tegas. KDN lagilah harus tegas. Ramai juga yang bercakap mengenai KDN sekarang ini. Orang sudah rindukan satu tindakan tegas bagi menyejukkan keadaan. Ini negara kita, kita sayangkan negara ini, maka oleh itu apa peduli orang luar cakap mengenai hal ehwal keselamatan negara ini.

5. Gunakan ISA. Kami semua rakyat Malaysia yang banyak ini, bukan yang sedikit itu mahukan kerajaan menggunakan undang-undang tersebut ke atas pihak yang terus-menerus mahu memanaskan dan mengancam suasana negara ini. Ikut trend semasa, orang yang cuba merosakkan keharmonian ini tidak peduli langsung dengan Akta Hasutan. Repot-repot polis yang dibuat di bawah akta itu juga tidak lagi berkesan. Ia hanya akan menambah beban kerja polis untuk membuka kertas siasatan demi kertas siasatan. Kita bimbang di masa siasatan demi siasatan dijalankan, nasi sudah menjadi bubur.

6. Selama ini kita hidup aman dan damai di negara ini. Itulah yang kita semua mahukan. Hanya orang yang mempunyai niat yang tidak baik dan tidak mahu ISA menganggu gugat mereka sahaja yang akan menentang ISA dan mahu ia dihapuskan. Jangan jadikan segelintir penunjuk perasaan (tidak sampai 10 orang) di London tempoh hari yang mahu ISA dihapuskan, sebagai petunjuk untuk kerajaan berlembut dalam soal itu. Semua orang tahu tunjuk perasaan itu didalangi oleh pihak pembangkang negara ini.

7. Melihatkan suasana mutahir ini, maka ISA harus diteruskan. Ia hanya boleh dihapuskan sekiranya negara ini benar-benar aman, damai, tenteram dan harmoni. Selagi itu belum dicapai, ISA perlu dikekalkan. Selagi Perlembagaan negara yang menjadi tunjang kepada kenegaraan ini terus dipermainkan, selagi isu-isu perkauman yang boleh memporak-perandakan masyarakat terus diperkotak-katikkan, selagi soal agama dipertikaikan, selagi soal raja-raja Melayu diperkecil-kecilkan, ISA masih diperlukan.

8. Kita mahu merayakan perayaan kita dalam suasana aman, damai. Kita mahu supaya semua kaum dapat kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain dalam semangat sentosa. Oleh itu, jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggunya. Kita juga mahu ISA dikenakan, jika benar, ada pihak dalam negara yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan di Jakarta untuk mengapi-apikan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Jika benar dakwaan itu, KDN jangan hanya berpeluk tubuh.

9. Rakyat memberi mandat kepada kerajaan ini untuk menjaga keharmonian kami semua. Setelah 53 tahun memerintah negara tercinta ini, tanpa sekali pun diterajui pihak lain, kerajaan BN telah berjaya membawa negara ini ke mercu jayanya. Itu semua adalah hakikat. Pandanglah ke kiri dan ke kanan. Malaysia sebenarnya adalah antara negara tercemerlang di rantau ini, di kalangan negara-negara Arab dan negara Islam dan di Afrika, waima Selatan Amerika dan antara sesetengah Eropah sekalipun. Kita bangga menjadi rakyat negara ini.

10. Oleh itu mandat tersebut harus dijagai sebaik-baiknya. Kepercayaan itu harus dijadikan amanah. Persoalannya, apakah kejayaan negara ini selama ini berlaku adalah kerana ISA dihapuskan? Singapura yang maju itupun masih ada ISA, begitu juga di Thailand. KDN jangan bimbang. Menterinya jangan bimbang. Kami semua rakyat negara ini, di belakang anda.

Comments

Anonymous said…
saya setuju dan saya apling setuju untuk kata-kata yang terakhir, beban ini tidak mampu dipikul oleh PM seorang, tetapi menteri KDN yang sepatutnya lebih tegas. yang tidak suka pasti ada, tetapi yang percayalah yang inginkan ISA digunakan pasti ramai.
Anonymous said…
setuju. sangat2 setuju
akramrazak said…
KDN? Tunggu apo laie? Tangkap n buat serbuan segera...!
akramrazak said…
Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya.

Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu.

Di manakah Melayu? Usahkan gagah di Nusantara, di bumi sendiri pun kita sudah hampir pupus.

Dua malam lepas saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 1 juta orang pemilih baru didaftarkan oleh DAP yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan Cina yang telah lama menetap atau berkerja di luar negara. Selain usaha-usaha memindahkan pengundi-pengundi Cina dari kawasan pemilih Melayu kurang daripada 20% ke kawasan pemilih Melayu yang lebih tinggi. Ia adalah satu usaha untuk mencairkan pengaruh pemilih Melayu dan berharap dengan perpecahan orang-orang Melayu, mereka hanya memerlukan 20% pengundi Melayu untuk mengundi mereka maka, kebanyakan konstituensi di mana pemilih Melayu 70% ke bawah akan tidak lagi dikuasai oleh Melayu.

Saya akan lengkapkan data-data itu untuk posting selepas Aidl Fitri.

Tetapi sementara itu kita harus bertanya pada diri kita, usaha kita mengagungkan Pimpinan Bukan Islam masuk ke ruang-ruang sembahyang surau kita itu untuk apa. Adakah untuk mengagungkan Islam atau untuk membuka pintu hati orang-orang Melayu di saf-saf sholat supaya membuka mata mereka dan membuka hati mereka menerima pimpinan DAP dan pimpinan Bukan Islam PKR. Menerima politik DAP?

Adakah DAP dan PKR membuka ruang kepada ulama-ulama kita untuk masuk ke ruang-ruang ibadat mereka supaya pemilih-pemilih mereka terbuka mata dan hati untuk menerima Islam?

Apakah kita bangga dengan usaha mendoakan supaya Lim Guan Eng dibuka hati untuk menerima hidayah dan seruan Islam atau mungkinkah itu hanya satu agenda politik supaya kita merasa tenang dan aman dengan pemerintahan Lim Guan Eng.

Cuba bayangkan senario sebaliknya, bila di Gereja-Gereja, di Kuil-Kuil dan di Tokong-Tokong mendoakan pula supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dibuka hati dan diberi hidayah supaya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian, Buddha atau Hindu.

http://kickdefella.wordpress.com/

CUBA BACA ARTIKEL NI LI...BIAR BETUL NI.........KOMEN SIKIT LI..
azlishukri said…
insyaAllah akan saya komen berkenaan isu ini...
shamshul anuar said…
Saudara AkramRazak,

Sangat sangat setuju 150%.

Hanya pemimpoin yang tegas dihormati. Dr Mahathir dibenci ramai tetapi semua orang hormat sebab mereka sendiri tahu beliau tegas tetapi adil.

Hishamudin terlalu "lembik". Namawee patutnya dah lama ditangkap. Tunggu apa lagi.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Satu ulasan mengenai "mimpi" orang melayu.

Ramai umat Melayu berpendapat kepentingan mereka kekal utuh kerana sudah termaktub dalam perlembagaan.

SALAH. Perlembagaan hanyalah satu kertas saja. Yang menentukan berkekalan atau tidak segala hak Melayu ialah kuasa politik orang Melayu sendiri.

Jika kuasa politik orang Melau berakhir, maka berakhirlah segala-galnya.

Dan yang pertama sekali akan dibuang ialah Raja-Raja. Buat apalah menyimpan satu sistem yang hanya akan mengingatkan dunia betapa asalnya negeri ini negeri Melayu.

Dan akan hilanglah taraf "rasmi" ugama Islam dan kedudukan Bahasa melayu. janganlah orang Melayu mimpiyang PAS akan dapat mainkan peranan seperti UMNO dalam BN.

Pas juga kan ditendang keluar. Sekarang pun macam "melukut ditepi Gantang". Apatah lagi jika DAP memegang kuasa.

Yang paling menarik ialah ramai ahli politik Melayu yang tidur nyenyak . Masih tak mahu sedar sedar lagi.
Anonymous said…
ISA kena bawa masuk ke majlis fatwa dulu, kalau fatwa clear baru umat melayu-Islam mcm PAS tak tentang. Kalau tak mahu kuasa melayu hilang masa PRU nanti kena UMNO vs. PAS, PKR melayu vs. MCA or MIC jangan PKR non-melayu vs. UMNO. Biar saja MCA,MIC vs. DAP or PKR non-melayu. Kalau UMNO kalah pun, melayu tetap menang.

DR NO
Anonymous said…
Hishamuddin adalah menteri yang amat terkenal di negara ini sebagai menteri yang paling pengecut dalam sejarah tanahair.

1. Cabut keris pun minta maaf.

2. Paling berani dia lakukan ialah memberi amaran keras tetapi tak pernah ambil tindakan.

3. DS Najib perlu dibantu oleh para menterinya. Tak kan semua nak diharapkan kepada PM.

4. Bila lagi Menteri Dalam Negeri nak bertindak. Tunggu sehingga nasib jadi bubur.

The zeks
Anonymous said…
Pembetulan: Tunggu sehingga 'nasi' jadi bubur. bukan 'nasib' jadi bubur.

The zeks
hemogelobin said…
Tokoh yang layak berada di KDN ialah orang yg tak gila populariti dan dianggap baik dan pondan.Di KDN memerlukan tokoh yang tegas adil dan berani bertindak demi keselamatan negara.Tokoh yang nak ada disitu juga perlu tokoh yang matang bukan lemah lembut dan romantis.Dia tak perlu popurlar dalam tugas keselamatan negara.Peraturan dan undang-undang telah sedia ada.Laksanakan lah ikut undang-undang.Jangan lah bila sudah jadi bubor kacang baru hendak kelam kabut.Cegah sebelum parah.Bertindak sebelum retak.
Anonymous said…
Menteri KDN tu Pekak badak..kaki minta ampun dgn org...Ts Megat Junid @ TS Ghazali Safee aja yang tegas.. Tun M pun bagus.. sebab BN Kuat masa tu.. la ni Bn lemah semua tak menjadi.. Tahniah Tun Dol @Samdol...pm ke 4 kau orang menyebabkan BN lemah longlai..dok dgr cadangan majlis pguam dan Ngo..yahudi tu.. lepaskan si kaki jubur tu
lord ried said…
ALOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU......

SELAMAT HARI RAYA MOLA2 SEKALI AKU TUJU KAT BEWAK AZLI SHUKRI, WALAU PON POSA DOK WAT KIJA HARAMJADAH. BUAT LETIH JER POSA.

SELAMAT HARI RAYA JUGAK KAT BEWAK2 LEIN YANG SENTIASA MENAGIH TAIK BEWAK AZLI SHUKRI.

SEMOGA SEMAKIN HARI, PARTI BEWAK SEMAKIN LEMAH DAN TERUIH MAMPUIH SEROPA BEWAK KENA LANGGAQ KETA.

he he he
MALAYSIA MAJU TANPA BEWAK
Anonymous said…
Tuan,
Malaysia negara merdeka dan berdaulat. Kerajan yang memerentah berhak menentukan yang terbaik untuk rakyat. Tak salah bagi kerajaan nak masukkan 100 orang dalam tahanan ISA asal hendak menjaga rakyat yang 23 juta. Hak asasi ada pada setiap warganegara, jika 100 orang buat kacau bagaimana pula hak asasi rakyat yang 23 juta. Bertindak sekarang sebelum terlambat.
Syed anak Kedah
Tok Wan PKR said…
saya sokong dan sememangnya ISA dan Akta Hasutan perlu dikuatkuasakan dengan tegas terutama dlm situasi sekarang.
Taktik dan strategi yg digunakan Pakatan Tak Berdaftar ini 'sebiji' menyerupai pendekatan yang digunakan oleh komunis dan pencetus kacau bilau isu perkauman yg menjrus kpd peristiwa 13 mei.
Malah petualang yg pernah terlibat dlm peristiwa 13 Mei, masih berada dlm Pakatan Haram ini.
1Agenda said…
masa yg sesuai utk ISA! gunakan utk 1MALAYSIA. Majoriti menyokong tindakan ini...insyaAllah!

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y