Skip to main content

Nazri Aziz Diserang Setiap Penjuru


Nazri Aziz Diserang Setiap Penjuru


Minggu ini, Menteri Hal-Ehwal Parlimen, Datuk Seri Nazri Aziz dikritik bertubi-tubi dari segenap penjuru, akibat daripada surat terbukanya yang ditujukan kepada Awang Selamat semalam. Para bloggers Pro-Kerajaan rata-ratanya merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamed tidak henti-henti menyerang dan membelasah Nazri Aziz agar beliau sedar kedudukannya. Di bawah ini satu lagi kritikan pedas daripada JEFRI ZACHARIAH penulis portal di Malaysia-Instinc. Soalnya apakah Nazri akan menyerang balas semula? Wallahualam. Baca tulisan di bawah :

1. SAYA merasa terpanggil untuk mengulas sedikit surat terbuka Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Utusan Malaysia berikutan kritikan yang dibuat terhadapnya dalam ruangan pojok Awang Selamat, sepertimana disiarkan akhbar tersebut baru-baru ini

2. Rasanya kita boleh membaca surat terbuka itu yang kini disebarkan secara meluas di dalam internet. Tak perlulah saya memberi komen secara terperinci mengenai apa yang dikatakan oleh Nazri itu, anda sendiri boleh menilainya.

3. Cuma saya cukup tertarik dengan kenyataan Nazri mengenai betapa lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas disebabkan sifat dan ciri-ciri kesopanan yang dimilikinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

Wow!

4. Kenyataan ini bagi saya cukup sinonim dengan pepatah Melayu yang berbunyi - Masuk Bakul Angkat Sendiri! Oh ye, mungkin saya salah tafsir kenyataan Nazri itu, jadi biar saya turunkan 'sebiji-sebiji' apa yang disebutnya;

" Bersopan kepada pembangkang adalah tindakan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat. Sudah tentu Awang terperangkap dalam peredaran waktu masa-masa lalu di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan mereka bersama, malah membenci mereka dalam kebanyakan masa.

" Awang tidak akan faham perkara ini kerana dia bukan seorang ahli Parlimen yang dipilih, diletakkan di Dewan menerusi suara rakyat. Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Menteri Hal Ehwal Parlimen,"

5. Syabas saya ucapkan kepada Nazri kerana beliau telah menyedarkan kepada kita semua betapa beliau adalah seorang menteri 'yang cukup bersopan' terutama terhadap ahli Parlimen pembangkang

6. Tetapi pada masa yang sama, saya tertanya-tanya, mengapa beliau tidak boleh melakukan perkara yang serupa kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad - negarawan merangkap bekas bosnya sendiri yang bagi saya lebih patut dimuliakan disebabkan jasa-jasanya berbanding ahli-ahli pembangkang tersebut? Kita semua jangan lupa, menteri yang penuh dengan kesopanan ini jugalah adalah orang yang sama hendak melancarkan perang terhadap Mahathir.

“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas presiden kita (Umno).Orang berusia 81 tahun nak bergaduh dengan orang muda berusia 31 tahun (Khairy), carilah lawan lain yang sesuai. Nampaknya dia dulu tak ikhlas. Saya fikir air mata yang keluar dulu palsu saja,”

Amboi 'sopan' sungguhkan?

Tak cukup dengan itu sebenarnya, ada lagi.

Nazri said that Dr Mahathir should have come up with a much more solid reason to describe him as unfit for a Cabinet post. “If that is his reason, I would say he is lame and childish. I would expect to hear a more solid reason from him,” he said. “You can write in your report that I think he is definitely childish and lame,” he added.

Eh, ada lagi ni.

7. Disember lepas, Nazri menyifatkan Mahathir sebagai ‘Rasis' kerana mempertahankan Biro Tata Negara (BTN) Baik, semua yang kenyataan Nazri terhadap Mahathir itu saya petik melalui akhbar, maknanya 'dibelakang' akhbar, saya tak tahulah apalagi yang Nazri hamunkan bekas Perdana Menteri itu.

8. Kalau Mahathir pun beliau boleh buat begitu, kita yang bukan siapa-siapa apatah lagi rasanya. Dan yang menariknya, saya ulang sekali lagi, menteri yang sama ini jugalah yang membuat pengakuan terbuka yang beliau seorang pemimpin yang penuh 'kesopanan'. Kalau inilah 'kesopanan' yang dikatakan oleh Nazri, saya tak tahulah nak kata apa. Pasti lingkup Malaysia dibuatnya.

Comments

Anonymous said…
TAK HERAN BAPAK PENZINA, ANAK PENZINA
Anonymous said…
nazri gunting dalam lipatan....ahli dap dlm umno...ada kepentingan kerana tak mahu imej dia terjejas sebab anak jantan dia kuat sex.....
Anonymous said…
Setuju..!!! Tendang nazri dari UMNO... sebelum parasit ini membinasakan UMNO
melayumuda said…
saya rasa kalau dato najib menggugurkan nazri aziz dalam barisan kabinet, ia adalah bonus terbesar kepada rakyat terutama yang menyayangi parti UMNO dan mahu melihat UMNO dihormati oleh semua kaum. kami anak muda mudah sahaja untuk didekati, dengan syarat jangan buat sesuatu yang bodoh dan memualkan seperti yang dilakukan oleh nazri. dia merasakan seolah2 dia kebal. rakyat marah dan mahukan perubahan. saya kasihan pada PM dan pimpinan parti yang berjuang bersungguh-sungguh menjaga nama baik parti, tetapi dibakulsampahkan oleh orang 2 seperti nazri dan tak terlupa juga kj,
p/s ; berbaloikah dato najib menyimpan seorang menteri tiada rambut ini (barangkali tiada otak juga) dengan harga ratusan ribu undi protes? ramai lagi pemimpin yang berpotensi diluar sana.
azlishukri said…
kita berdoa agar DS Najib mendengar suara hati para blogger...
gagasan_warisan said…
Sepatutnya memang dah lama harus ditendang nazri ni....perosak UMNO kuota biasiswa bumiputera dia lah yang buka tak pasal....sedangkan kaum lain tak minta pun....memang jahanam...
azlishukri said…
gagasan warisan saya fikir Najib perlu bertindak segera...
Kapten Shamsul said…
Lupa pasal "hatchet man"...
azlishukri said…
shamsul saya tidak lupa...
Dot said…
salam,

manusia yg rosak jiwanya ialah yg suka memuji2 diri, riak & takabbur. ciri2 yg ada pada nazri yg amat kureng sopan sekali terhadap Tun M.

DS Najib kena bertindak segera sebelum lebih ramai pengundi hilang keyakinan kepada umno kerana 'kesopanan' nazri ni...anak beranak membusukkan nama umno & islam...mencemar sungguh!!!
Anonymous said…
NAZRI ni lah Menteri yang paling Biadap, Kurang ajar dan Manusia yang tak reti berterima kasih.

Saya masih tidak maafkan si Nazri ini yang kurang ajar dan biadap terhadap Tun Mahadir.

Yang hairan nya mengapa Pak Lah dan Datuk Seri Najib masih melantik nya jadi menteri.
UMNO ini dak ketandusan pemimpin ke
Anonymous said…
Menteri yang tak tahu mengenang budi.TDM telah melantik Si Nazri Aziz dalam kabinetnya tapi tak reti nak mengucap terima kasih. Tak tahu mengenang budi langsung.

Yakinlah kalau Nazri Aziz terus diletakkan sebagai calon di Parlimen Padang Rengas dia pasti bungkus. Sebagai pengundi saya dan beberapa rakan saya benar-benar menyampah betul kat Nazri sekarang.

DS Najib dengarlah rasahati rakyat. Nazri orang biadap, angkuh, dan tak mengenang budi.
shamshul anuar said…
nSaudara azli,

Orang melayu berdoa supaya Najib tidak mengamalkan budaya "play safe" dengan tidak mengindahkan harat orang Melayu sendiri.

Orang Melayu cukup muak dengan Nazri. Dia begitu biadap terhadap Tun Dr mahathir. Nampak sangat ia begitu emosional dan tak dapt terima pandangan Tun.

Nazri tergolong dalam kalangan orang Melayu yang lupa diri. Cara hidup dia pun berserta gambar anaknya pun sudah cukup buat UMNO diserang.

Buat apalah menyimpan orang macam ini.

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...

Mahathir Belum Mati

Do You Still Remember Me? Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut. Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketi...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...