Skip to main content

Saya Percaya Cakap Tengku Adnan Mansor


Saya Percaya
Cakap Tengku Adnan Mansor


Saya secara peribadi yakin dan percaya dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menolak persepsi kononnya UMNO telah hilang sokongan orang Melayu. Saya yakin dan percaya bukan kerana saya seorang ahli UMNO - tetapi berdasarkan pengalaman dan pergaulan saya dengan ramai pihak - membuktikan sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin pulih.

Beberapa hari yang lalu, sewaktu saya pulang bercuti di kampung, saya agak terperanjat tatkala cuba mendapatkan senaskah akhbar Utusan Malaysia yang sepatutnya mudah untuk diperoleh di mana-mana kedai runcit atau di stesyen minyak - tetapi sebaliknya, untuk tiga hari berturut-turut seawal pagi lagi, akhbar Utusan Malaysia habis dijual seperti pisang goreng panas.

Saya mengandaikan mungkin kerana faktor cuti umum dan ramai orang pulang ke kampung, maka akhbar Utusan Malaysia laris terjual - tetapi tekaan saya tersebut jauh meleset. Menurut ayah saya, sudah berminggu-minggu kejadian tersebut berlaku. Sedangkan, sewaktu orang Melayu membenci UMNO dan Parti Pembangkang sedang agresif melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia - akhbar tersebut melambak-lambak boleh ditemui di mana-mana sahaja, malah ia tidak laku dijual sehingga larut malam - bahkan sehingga esok pagi pun masih ada.

Namun demikian, hal ini sudah jauh berbeza - orang Melayu sudah mula sedar dan menjadikan Utusan Malaysia sebagai sumber maklumat utama bagi mengimbangi laporan-laporan pembangkang yang cuba menutup pelbagai masalah dan skandal mereka. Pada saya ini merupakan salah satu indikator penting bagi melihat perubahan sikap orang Melayu terhadap UMNO. InsyaAllah pilihan raya yang akan datang orang Melayu akan kembali menyokong UMNO, setelah mereka ditipu hidup-hidup oleh Anwar, PAS dan perkauman sempit DAP. baca Laporan di bawah :


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO tetap kukuh dan menjadi pilihan orang Melayu walaupun ada pihak cuba mewujudkan persepsi sebaliknya.

UMNO, tegas beliau, masih terus menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) tetapi dalam waktu yang sama parti itu tetap menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Kepentingan orang Melayu tidak harus dikorbankan dalam amalan berkongsi kuasa di antara parti-parti komponen BN, ujar beliau dalam temu bual eksklusif dengan umno online. Tengku Adnan ditanya mengenai persepsi negatif yang sengaja dibina musuh-musuh UMNO kononnya parti itu tidak relevan lagi.

Beliau berkata, UMNO akan terus memperjuangkan agenda Melayu termasuk meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang ekonomi tanpa mengancam dan menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain seperti yang sudah terbukti dalam sejarah.

"Agenda Melayu yang meliputi hak-hak keistimewaan kaum majoriti perlu dilihat sebagai elemen penentu kelangsungan dan survival Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan negara atau `survival of the nation' ujar beliau.

Tengku Adnan berkata UMNO tetap berakar umbi di hati rakyat dan mempunyai masa depan yang lebih baik bersandarkan kepada kemampuan parti itu melakukan pengubahsuaian dan penyesuaian bagi menangani cabaran domestik dan global.

Beliau menjelaskan, mengurus sebuah parti yang berjaya seperti UMNO bukanlah mudah tetapi UMNO membuktikan telah menguruskannya dengan hebat. Percayalah. UMNO adalah parti yang berjaya, bukannya parti gagal atau di ambang kegagalan. UMNO juga adalah parti yang menguruskan sebuah negara yang sudah berjaya apatah lagi melibatkan pelbagai kaum dan agama. Hakikatnya, rakyat dapat lihat Malaysia bukan sahaja berjaya tetapi aktif dan memainkan peranan penting dalam komuniti global, ujar beliau.

Menurutnya, dalam konteks sedemikian, UMNO mempunyai tugas berat dalam melaksanakan perimbangan untuk kepentingan Melayu, pelbagai kaum dan percaturan negara dalam arena global dan setakat ini, UMNO berjaya dalam memainkan perimbangan ini.

Beliau berkata andaian yang mengatakan UMNO kian lemah dan kedudukan Melayu mulai goyah adalah usaha untuk melencongkan perhatian rakyat daripada agenda-agenda yang ditetapkan.

Jelas beliau, walau apa pun kemelut dan kritikan yang timbul, hakikatnya Malaysia terus dikurniakan kepimpinan yang baik dari era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau mahu rakyat terus optimis dan konstruktif kepada masa depan negara di bawah kepimpinan Barisan Nasional, biar apa ujian dan tafsiran sekalipun. Tengku Adnan mahu rakyat menolak parti-parti pembangkang yang menurutnya menjalin hubungan tidak jujur dalam menjayakan agenda berbeza masing-masing.

Beliau berkata, PAS kini dilihat sudah terpedaya dengan mainan politik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

DAP bersama PAS bukan kerana PAS tetapi kerana jaminan Anwar bahawa PAS tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul PAS tidak mahu lagi negara Islam, katanya.

Comments

untuk pengetahuan sdr , akhbar Utusan Malaysia di PP cukup laris sekali ..

tempat aku di Prmtg Pauh ..setakat pukul 10 pagi memang tak ada dah ..cari di Penanti dan kedai2 runcit dah habis .. kena la pi Bukit Mertajam utk nak baca jg isu politik semasa ..


ini menunjukkan walaupun PR dok boikot akhbar ini , tetapi nampaknya org Melayu tidak peduli an menjadikan akhbar ini sumber org kampung utk tahu isu melayu dan politik negara.

syabas bro pendedahan ini ..
azlishukri said…
betul tu sahabat...saya sudah merasainya sendiri...
tu satu indikator kesedaran melayu tentang ancaman hak hak mereka.

akhi azli sudah berjaya menulisnya di sini untuk dikhabarkan kepad umat situasi di sana.

kita mahu kesedaran lebih besar lagi gelombangnya meliputi barat ke timur malaysia.

moga Allah berkati perjalanan siber kita dengan memberi kemudahan dan pertolongan...


amin
acah aje... said…
Sebenarnya bagi Umno, persoalan Pas tidak lagi memperjuangkan Negara Islam bukanlah penyebab utamanya membuat hatinya gundah gulana.

Sebab utama membuatkan hatinya resah ialah keupayaan Pas menerima hakikat bahawa buat sementara waktu cita-citanya mahu menubuhkan Negara Islam tersebut perlu di ketepikan sehingga cita-cita tersebut benar-benar relevan disuatu hari nanti.

Oleh kerana Pas kini boleh memansuhkan cita-cita negara Islam, ini telah menyebabkan kerjasamanya dengan DAP boleh diadakan.

Kerjasama Pas dengan DAP inilah yang sebenarnya merisaukan UMNO kerana kerjasama ini terbukti berjaya sebagaimana berjayanya BN membentuk pemerintahan selama ini.

Jikalau BN selama ini berjaya membentuk pemerintahan melalui konsep kerjasama sesama parti kompenen maka sepatunya tidaklah menjadi masaalah kepada kerjasama diantara Pas, Dap dan PKR juga.

Soal meniru kensep kerjasama tidak timbul, adatlah didalam politik sering tiru meniru.

Yang penting kerjasama tersebut boleh menumbangkan kerajaan BN di dalam PRU13 nanti.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Hakikatnya UMNO ialah parti Melayu terbesar diikuti PAS.

Pengaruh UMNO meluas dan ada pasang ssurut. Pengaruh UMNO agak merosot dizaman Pak Lah kerana beliau mengamalkan budaya berlembut tak bertempat dengan fitnah tak tentu hala serta masalah menantu.

KIni, orang Melayu mula rasa tak puas hati pada PAS sebab nampak terlalu mengikut perintah DAP. PAS kini mula sedar yang "jadi kuli' DAP sebenarnya memakan diri. Pemimpin PAS memang menafikan tetapi bilangan undi PAS ( dari orang Melayu)merosot di Bukit Gantang, Manik Urai.

Orang Melayu kini dah mula soal PAS kerana terlalu kasar dengan UMNO tetapi berdiam dan membisu pada DAP.

Utusan masih dibaca . Kerana ia tak seperti Harakah yang asyik siarkan fitnah. Utusan ada juga mengkritik UMNO.

Ramai rakan cina saya pada mulanya sangka yang Utusan banyak mainkan isu perkauman. saya nafikan dan bawa naskah Utusan pada mereka. Bila mereka baca mereka terperanjat. Utusan tidak seprti yang digambarkan oleh DAP.

Namun ada satu persoalan yang buat saya gundah. Saya perasan Utusan sentiasa tak ada di 7 eleven. Pagi tak ada. Pukul 9 pun tak ada. Bila pergi pukul 10 pagi katanya dah habis.

Betulkah dah habis atau ada yang sengaja cakap dah habis.
NOOR JAZLIN said…
PEMIMPIN DIATAS BERCAKAP UNTOK MENYEDAPKAN SESAMA PEMIMPIN ATASAN.CUBA TENGKU TURUN SEKALI JUMPA AHLI BAWAHAN UMNO DIKEDAH KALAU BOLEH SETIPA BAHAGIAN.BAGAIMANA KETUA BAHAGIAN TADBIR UMNO MACAM PERTI BAPA DIA.DEMOKRASI TELAH MATI.HAK BERSUARA JUGA DIPADAMKAN.SUARA AHLI DINAFIKAN SEMASA MESYUARAT PERWAKILAN BARU INI.BUAT PROGRAM MASIH BERKRONI.ADA KETUA BAHAGIAN SOMBONG DAN EGO.TIDAK ADA ,MESRA ALAM LANGSUNG.APAKAH UMNO MASIH SYOK SENDIRI.TENGKU NAN TURUNLAH .JANGAN PERCAYA PADA LAPORAN KETUA BAHAGIAN KALAU NAK BAGI UMNO KUAT.

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...

Wanita Makin Tidak Selamat?

WANITA MAKIN TIDAK SELAMAT? KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menerima 25 aduan daripada isteri yang mengalami pelbagai bentuk keganasan seksual daripada suami masing-masing, tahun lalu, dengan sekurang-kurang dua mangsa diliwat. Presiden WAO, Meera Samanther, berkata bagaimanapun kebanyakan isteri terbabit enggan membuat laporan polis, antara lain kerana masih dibelenggu perasaan keliru sama ada pihak suami sebenarnya berhak atau tidak untuk memperlakukan mereka sedemikian. Selain itu, beliau berkata, ada juga mangsa yang tiada atau kurang mempunyai pendedahan mengenai perlindungan undang-undang bagi isteri yang menjadi mangsa penderaan seksual suami, di samping faktor tidak mahu perkara memalukan dalam rumah tangga mereka diketahui umum. Ulasan Saya : Saya rasa sangat sedih dengan keadaan ini. Allah menganugerahkan kita seorang isteri adalah untuk kita melayaninya dengan baik. Kebanyakan lelaki yang kurang pendidikan agama dan selalu menonton video lucah sering menjadikan...

Dr Asri, Mengapa Jalan Ini Yang Tuan Pilih?

1. Cara pemikiran Dr Asri Zainul Abidin dalam menyelesaikan beberapa kemelut yang melibatkan kepentingan Islam di negara ini sangat membimbangkan. Saya terpaksa mengkritik Asri, walaupun kami dari aliran yang sama iaitu manhaj salaf as-soleh, namun demikian, pendekatan Asri dalam menyelesai beberapa isu yang menyentuh kesucian Islam sejak akhir-akhir ini sangat mendukacitakan saya. Isu kalimah Allah umpamanya, cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh Asri sangat jauh berbeza dengan kemuafakatan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaupun masing-masing pihak ada hujah yang tersendiri, tetapi terbukti hujah Majlis Fatwa lebih menghampiri kebenaran dan memenuhi keadaan semasa. 2. Dan yang terkini, Asri membuat satu lagi kenyataan yang pada anggapan saya sangat tidak "waras" - menuduh kononnya penangkapan 200 pengikut syiah di Gombak baru-baru ini oleh JAIS, sebagai perbuatan yang tidak demokratik dan merupakan satu cubaan membawa Malaysia menuju ke "e...