Skip to main content

Pemilihan PKR : Mengapa Semakin Ramai Yang Ragu?

Mengapa Transparency International Malaysia
Keluarkan Kenyataan Ini?

Nampaknya, bukan ahli PKR sahaja yang sudah mula tidak yakin dengan sistem pemilihan pucuk pimpinan parti tersebut November depan, bahkan agensi seperti Transparency International Malaysia (TI-M) turut meluahkan rasa keraguan terhadap unsur rasuah dan lobi-melobi yang semakin ketara dalam perebutan kedudukan dalam pemilihan PKR November ini (Baca di sini). Nampaknya, ketelusan dan keterbukaan yang dicanang dan dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim selama ini hanyalah retorik kosong yang langsung tiada mempunyai makna dan berguna.

Sekiranya, masyarakat luar pun semakin ragu dengan sistem dan cara pemilihan pucuk pimpinan PKR, maka apa lagi yang tinggal dengan PKR? Mesti ada sebab dan musabab mengapa dengan tiba-tiba TI-M mengeluarkan kenyataan agar pemilihan pimpinan parti PKR November ini perlulah dijalankan dengan telus, bertanggungjawab dan bersih daripada politik wang.

Soalnya, apakah sudah ada laporan yang dikemukakan kepada TI-M bahawa politik wang sudah mula membengkak dalam PKR? Namun, hal ini dirahsia dan disembunyikan oleh pihak tertentu? Jika benar tiada kes, mengapa TI-M terlalu sibuk menasihat PKR agar menjalankan pemilihan parti dengan telus dan bertanggungjawab? Saya secara peribadi sudah dapat menghidu politik kotor lagi jijik yang mula berakar umbi dalam PKR. Ada sesuatu yang tidak kena dalam pemilihan PKR November ini.

Percayalah, selesai sahaja pemilihan Novermber ini, pasti akan kita dengar pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh calon-calon yang menang. PKR tidak ubah seperti novel Shit yang diistilahkan oleh Shahnon Ahmad sebagai "Busuk lagi membusukkan". So, masih kita mahu mengundi Anwar Ibrahim lagi? Sudah-sudahlah...

Comments

ISAC said…
Canteek gambar bro...
azlishukri said…
bro...blog dah ok ke? saya tak boleh akses lagi
azlishukri said…
semakin banyak yang dah kena virus
Anonymous said…
li,
sapa awek tu..nak no kontek dia bule?

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

PAS, DAP dan Demonstrasi : Pecahnya Zon Masa

PAS, DAP dan Demonstrasi Pecahnya Zon Masa KUALA LUMPUR 4 Ogos – Wakil rakyat DAP, Jeff Ooi didesak supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menuduh Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang, Mohd. Razali Abdullah sebagai ekstremis agama Islam. Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menegaskan, kenyataan dangkal dan sombong yang dibuat Ahli Parlimen Jelutong itu telah mengguris perasaan umat Islam yang sekian lama bersabar dengan kerenah serta sikap sombong melampau orang seperti Ooi. “Jeff Ooi seorang yang terlalu dangkal dan bodoh apabila menuduh Mohd. Razali sebagai ekstremis agama Islam. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang jurutera yang berkelayakan serta mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang. “Sebenarnya apa yang ditunjukkan oleh Ooi dengan mengeluarkan kenyataan tersebut menyerlahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang yang ekstremis dan cauvinis,” katanya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com semal...

Permatang Pasir 2009 : Undi Protes Untuk PAS?

PERMATANG PASIR 2009 Undi Protes Untuk PAS? Menurut HarakahDaily, calon PAS di Permatang Pasir akan memenangi kawasan tersebut sekali lagi dengan majoriti 2500. Dan paling tinggi pun mungkin 3500 undi. Pada hemat saya pula, secara jujur mungkin PAS akan memenangi kawasan tersebut dengan majoriti sekitar 800 hingga 1000 undi sahaja. Walaupun PAS mungkin akan mengekalkan kawasan tradisinya itu, tetapi saya percaya pengaruh parti tersebut semakin menurun selepas pilihanraya kecil di Manek Urai. Hal ini jelas membuktikan beberapa perkara antaranya : 1. Rakyat tidak suka sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO. 2. Rakyat yang celik tidak gemar cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam 3. PAS tidak mempunyai prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. 4. PAS lebih suka berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat. 5. PAS dilihat sebagai parti yang dipe...