Skip to main content

Saya Bersetuju Dengan Mukhriz


Saya Setuju Dengan Datuk Mukhriz


Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir, bahawa terdapat pihak yang tidak senang melihat Malaysia-Indonesia menjadi pakatan dagangan yang besar di rantau ini. Ada pihak yang cuba melaga-lagakan antara rakyat Indonesia dengan Malaysia agar kita saling mencurigai antara satu sama lain. Soalnya siapakah pihak tersebut? Amerika Syarikat? Anwar Ibrahim? atau Singapura? Semuanya serba kemungkinan. Atau mungkin juga ketiga-tiga pihak tersebut terlibat secara tidak langsung - kerana musuh mereka adalah sama iaitu - Malaysia. Masalah sekarang ialah, apakah Malaysia hanya bersikap tunggu dan lihat sahaja? Apa tindakan proaktif kita bagi menghadapi ancaman musuh yang datangnya dari pelbagai penjuru? Jika zaman Tun Mahathir, musuh kita lebih berada di luar, tetapi pada ketika ini - musuh dalaman jauh lebih ramai daripada musuh dari luar. Sudah tiba masanya, kerajaan bersikap tegas dan tidak ada rasa gentar atau takut untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mengekalkan keamanan yang selama ini telah kita kecapi. Wallahualam.


LEDANG, 6 Sept — Malaysia dan Indonesia sengaja dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang bimbang kedua-dua negara itu boleh menjadi kuasa berpengaruh di rantau ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Katanya pihak ini bertindak mengadu domba untuk menyekat kemajuan pesat Malaysia yang semakin menghampiri matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 10 tahun lagi.

“Memanglah, kalau kita baca laporan akhbar mengenai tindakan mereka, kita naik panas tetapi kita kena sabar dengan tindakan ini,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim anjuran Pemuda Umno Bahagian Ledang di Masjid Datuk Abdul Ghani di malam tadi.

Mukhriz berkata demonstrasi anti-Malaysia di Indonesia dilakukan oleh satu kumpulan yang tidak menggambarkan pendirian keseluruhan rakyat Indonesia. Beliau turut membidas tindakan pembangkang yang sanggup memburuk-burukkan imej Malaysia di luar negara semata-mata kerana mahu berkuasa. Katanya ini berbeza dengan anggota pembangkang negara lain yang sayang pada negara sendiri.

“Mereka gambarkan pemerintah Malaysia seperti Taliban, sistem kehakiman tidak telus dan rasuah, polis digambarkan begitu buruk dengan menggunakan istilah-istilah yang begitu hina yang boleh menyebabkan ramai pelabur tak mahu melabur di negara ini,” katanya.

Sungguhpun demikian, kata Mukhriz, pelaburan asing di negara ini telah mencecah RM5.6 bilion pada tiga bulan pertama tahun ini iaitu bersamaan dengan keseluruhan pelaburan sepanjang tahun 2009. Beliau yakin peningkatan jumlah pelaburan asing itu pada tahun ini akan lebih pesat lagi ekoran beberapa langkah termasuk usaha liberalisasi dasar pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan. — Bernama

Comments

Anonymous said…
Jangan buat spekulasi secara Zimbabwely, kena bagi petunjuk atau hint yang lebih kukuh dan 'sounded'.

DR NO
Anonymous said…
Saya amat bersetuju dengan pendapat Saudara Azli agar kerajaan berani dan segera bertindak terhadap petualang negara.

Menteri dalam negeri janganlah hanya memberi amaran keras tetapi tindakan tidak keras. Kena dua-dua keras. Amaran keras diikuti dengan tindak pun keras juga. Barulah kita dihormati.

Contohi Tun Dr. Mahathir dengan operasi Lalangnya.

Jangan tunggu sampai nasi jadi bubur. Masa itu dah tak guna lagi.

The Zeks
Anonymous said…
Bertindak keras bermotifkan national security, silakan. Tapi, semata-mata political motive and survival, nanti kena hukum karma dunia dan akhirat.

DR NO
Carlos Abdullah said…
Salam Sdr Shukri,

Saya ada mengaju idea Kesatuan Nusantara dalam blog saya. Ini adalah hasil dari pengalaman 3 bulan di Parlimen Eropa.

Sila rujuk pada links ini:

http://imgettingpersonal.blogspot.com/2010/09/malaysia-indonesia-nusantara-union-is.html

http://imgettingpersonal.blogspot.com/search/label/Nusantara%20Union

Harap saudara dapat sebarkan idea ini.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...