Skip to main content

Khairy Timbalan Menteri?



Saya tidak mahu komen banyak berkenaan berita di bawah. Sehingga hari ini DS Najib masih belum membuat apa-apa kenyataan berhubung rombakan kabinet yang dijangka berlaku hujung atau awal bulan depan. Sumber yang saya terima memaklumkan hampir 80% berita di bawah adalah benar, cuma ada sedikit penambahan, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi menteri penuh. Namun demikian, kementerian mana yang bakal diterajuinya, masih menjadi tanda-tanya. Walauapa pun alasannya, keputusan muktamad masih berada di tangan DS Najib, semoga rombakan kali ini akan memuaskan hati semua pihak, sekali gus mengembalikan kekuatan BN/UMNO semula. Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas-desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan. Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet. Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN. Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang. Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri. Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Comments

Anonymous said…
Jika benarlah siKitol dilantik dan dikekalkan MNY.Rais Yatim,Sharizat Jalil, Khaled Nordin, Hishamuddin Hussain ini adalah pertanda buruk dan sialan kepada UMNO dan BN dalam menghadapi PRU13, rakyat dah mual dengan nama2 diatas, diharap Najib berhati-hati dan juga nasihatkan Bini bini menteri jgn terlalu nak glamer sgt hingga menggangu pentadbiran negara, ini bukaqn adat perpatih pompuan nak memerintah laki.

Ahli UMNO Gombak Setia
To Live Again said…
Lagi2 KJ! KJ! KJ! Apaesal la x hbs2 nama KJ diakaitakn akn dilntik ke dlm kabinet!

DSN! Tlg! Tlg! Tlg! dgr sm luahan rakyat marhaen mcm km ni..Lgsg xde LOGIC KJ 2 dimasukkan dlm Kabinet.

Melantik KJ dlm kabinet sblm PRU13 jelas menunjukkan DSN dn umno sdg MENYEDIAKAN suma keperluan utk umno menuju ke ALAM BARZAKH!
azlishukri said…
saya berdoa agar DS Najib mendengar suara hati para blogger..wallahualam
Anonymous said…
To live again,

Semua calon ada sisi positif dan negatif yang akan dinilai. Blogger mungkin nampak sisi yang orang lain tidak nampak dan jangan lupa bahawa orang lain mungkin juga nampak apa yang blogger tidak nampak.

Lagipun blogger bukanlah penentu segala-galanya. Oleh itu tidak ada sebab untuk mana-mana pihak berasakan mereka layak menjadi 'lebih sudu dari kuah'.
Anonymous said…
UMNO tak belajar lagi ke? Budak hitam tu nak di beri muka lagi jadi Tim Menteri?

Anon 4:31 tang bini tu susah sikit sebab Bini dia punya perangai dah cam tu dari kat Mindef lagi..

Bukan Ahli tapi sympathizer Umno...
Anonymous said…
Apasalahnya dengan warna? Apalah sangat kalau ianya biru atau hijau atau merah atau hitam? Sepatutnya tidak ada.

Anon, 5:509, Kamu bukan saja sympatizer tetapi appetizer kot! Bukan saja stone cold tetapi firestone!

Dalam kome melakukan ibadah qorban, janganlah pula 'kambing hitam' dijadikan korban nafsu. Tak gitu?
PARPUKARI said…
Tolonglah tuan Presiden UMNO, jangan hancurkan UMNO dek kerana sekor beruk ni, masa dia dah berlalu, dia sudah menghancurkan UMNO bersama-sama bapak mertua dia dulu, tolong jangan lantik si kitol ke kabinet!

Tolonglah dengar suara rakyat marhaen seperti kami ini...
Anonymous said…
Dalam kalangan marhaen juga ada yang hipokrit. Itu realiti, bukan fantasi.
Anonymous said…
Besanya dlm politik klu ketua A ckp putih anak buah dia pun akan ckp putih jugak.kita bknnya nak menghasut sampai sekarang pun anak buah totok Tun Abdullah xblh terima NAJIB.KJ lg terok menantu dia.org lain kami jamin kerat 18 pun xakan pegi ke ANWAR camp xp klu puak2 totok Tun Dollah blm tentu.malas nak ceta jer.
Anonymous said…
Jangan lupa Khairy Kitol ni juga sudah mula membeli beberapa bloggers sebagai balaci dia, tapi dia lupa duit bukanlah segalanya, aku tabik pada House PK kerana konsisten dalam perjuangan dia dan dia tidak seperti yang lain, mereka sanggup jual diri demi sedikit imbuhan.
Anonymous said…
Aku masih ingat sebelum Razak Baginda kena tangkap masa tu ada umno meting peringkat tertinggi oh ya mesyuarat agong tahunan umno.puak2 KJ dan Tun Dollah dah heboh ckp ini kali Najib mesti abis punya.masa tu puak2 anwar tak campor lg.dah klu mcm tu punya busok nak bg jawatan kat KJ.
tebing tinggi said…
Kalaulah benar seperti nama-nama yang disebut,lihat sahajalah dimana dudoknya UMNO.
Kalau UMNO tidak sangup mengkorbankan pemimpin-pemimpin yang memang tidak diterima rakyat,maka rakyat tiada pilihan,UMNO akan menjadi korban.

biar berputih tulang,jangan sampai berputih mata, apa gunanya Melayu diwakili tetapi tidak mewakili.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia
Anonymous said…
Anon *:02,

Konsisten tidak ada maknanya kalau berfungsi sebagai "kipas". Makanya janganlah terlalu taksub dengan pengipas. Parti anda tentunya tak perlu bergantung dengan kipas tetapi kerja kuat.
ahbiza said…
DS Najib kena dengar suara hati rakyat dan ahli-ahli UMNO akar umbi. Mereka ini yang akan bekerja dan mengundi.

Ingat keputusan PRU12 banyak disebabkan peranan KJ.

Janganlah benarkan pisang berbuah 2kali.
Anonymous said…
Oh!!! No! no! no! Please, Please, Please Dato Seri Najib. Not KJ.

Saudara Azli Shukri lebih layak dilantik kerana dia setia dan sayang pada UMNO.

KJ serangga perosak. KJ telah menjahamkan UMNO tahun 2004-2008. Lihat pemuda sekarang dah jadi bisu dan tak selari dengan pucuk pimpinan.
Anonymous said…
JANGAN DISEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.
To Live Again said…
November 18, 2010 5:03 PM

Aku pon x ckp bolgger ni penentu segalanya..Aku cuma nk DSN dgr keluhan rakyat bawahan yg aku berani potg jari majoritynya dh meluat tahap nk termuntah tgk muka KJ..Come on la bro ni melibatkan PERSEPSI rakyat..Kalau iktkan logicnya mmg la rkyat x pyh nk mrh2 sgt kalau setakat 1-2 org mangkuk ada jwtn dlm kabinet sedgkan lain2 hebat2 belaka..Tp 2 la namanya persepsi..Bak kata org kerana niula setitik rosak susu sebelanga..

Kalau KJ 2 dh berubah dn insaf suruh dia duduk diam2 dulu dlm tempoh 10-15 thn dulu..Biar dia blaja mengenali apa perjuangan umno yg sbnarnya then buat comeback dn tgk ms 2 org msh blh terima dia ke x..

Aku ni bkn nk menghukum membuta-tuli tp kita tgk beberapa org sperti TS Isa yg byk berjasa pon tetapi sekali terjerat terus terpksa BEREHAT sekatika dr politik utk membersihakan PERSEPSI buruk org pd dia..Xkn la KJ x perlu lalui suma tu..Apa hebt sgt ke dia??
To Live Again said…
Tebing tinggi,

Sy bersetuju dgn anda 100%..Kalau DSN x sedia korbankan pemimpn yg dibenci rakyat cm hisahmudin konon ats dasar dia sepupu PM dn anak bekas PM, si KJ konon dia menantu PM yg rela bersara meberi jln pd DSN dll, maka rakyat spt kita tiada pilihan selain MENGORBANKAN umno bersama pemimpinnya yg sombong.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2, semoga komen tuan diambil perhatian oleh kepimpinan UMNO dalam membuat keputusan penting ini.
Anonymous said…
Susah nak cari penulis yang tidak berpuak-puak dan bebas dari agenda disebalik agenda. Begitu juga susah nak cari komentar yang bernas, bersandarkan fakta, tiada adu domba dan bebas dari perasaan terpendam.

Perlu diingat rakyat yang memilih pembangkang kerana mereka telah berubah dari segi sudut pandangan mereka. Pesalah seksual juga bukan lagi satu liabiliti dalam konteks politik.

Tetapi para juak dan balaci di sini masih beranggapan pemikiran rakyat sama seperti pada era 80 - 90an. Berubahlah!
Anonymous said…
Klu perangai molek xusah bimbanglah xada sape nak usik pun.ckp pasal KJ aku pernah tertengok satu klip video sidang parlimen.kj bantai anwar xada sorang pun mp bn support dia.lepas tu masak dia kena keje ngan puak2 pembakang.aku tau sebab ape puak2 bn xsupport dia.uacapan dia memang kurang ajar pun.
Anonymous said…
tak paham la..what makes mukhriz better than KJ?? sebab dia anak TM? come on... KJ has better skills than him and if Najib wanna keep mukhriz onboard (apatah lagi promote him to full minister) KJ has the right to be part of Najis team as well. opps... jangan marah, nanti kena jual!
Anonymous said…
SEKADAR PANDANGAN;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh
-KURANG SESUAI SEBAB SELALU MEMBERI FAKTA YG TIDAK TEPAT BILA BERCAKAP

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.
-BARULAH NAMPAK SUARA PEMUDA DIDENGARI! SDR AZLI JGN MARAH YA..

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan)-KEGAGALAN SUKAN ASIA-SEMBANG JE KEMAS-TIADA IDEA!

;Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya);-TIADA SUMBANGAN BERMAKNA

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)-TIADA SUMBANGAN KETARA.HAK PENGGUNA TIDAK DIPERTAHANKAN

Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan)-TIADA SUMBANGAN HANYA KERJA MELANCONG!

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.-PATUTNYA MENTERI KDN DITUKAR KE KEMENTERIAN PELANCONGAN JER..BANYAK ISU BESAR JD KECIK.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet. -KURANG SESUAI

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.-BARISAN PELAPIS PIMPINAN NEGARA.

HARAP DS NAJIB MENGURANGKAN MENTERI DIKALANGAN SENATOR (ESP YG KALAH PILIHANRAYA-JELAS DITOLAK RAKYAT), MOHON KEBIJAKSANAAN MELANTIK MENTERI DR WAKIL RAKYAT YG DIPILIH RAKYAT.

MENTERI KOMENTAR
DATO' KADIRPOKYA
To Live Again said…
Anon November 22, 2010 6:30 AM,

Come on la anon ni bkn sbb Mukhriz anak Tun M bai..Kita amik kira faktor sumbangan pada parti,kesetian pd parti..Ko jgn nmpk Mukhriz ni hnya lepas PRU12 je..Kalau KJ mmg yela..

Ko tau x yg Mukhriz ni dh lm dh pon nk berjinak2 dgn politik tp ats dasar INTREGRITY maka Tun M hold dulu anak dia..Maka terpksa la sorang anak PM yg lazimnya sng2 je dpt jwntn dlm parti dn Kabinet merangkak2 dr bwh..2 pon dh menunjukkan kestiaan dia pd umno yg x berbelah bahagi pd umno..

Ko tau x Mukhriz bermula sbgai ahli biasa di Cawangan jitra dlm Bahgian kubg pasu yg ayahanda dia menjdi Ketua Bhgian merangkap Presiden merangkap PM parti selama 22 thn..Tp sekrg br dia dpt peluang lbh ckit..Tp KJ mana muncul mamat ni??? Blh ko jwb??Blh ko bg 1 hujah dn bukti kukuh ada Mukhriz menggunakan pengaruh ayah dia nk naik dlm umno atau guna pengaruh ayah dia dlm MENAGTUR urusan negara????

Lg 1 hmpr 60% bahagian( bukan perwakilan ok!) memberi pencalonan yg besr pd Mukhriz dlm pencalonan KP yg dinafikan oleh lebh 200 perwakilan yg jelas memilih PEIMIMPIN RASUAH..

Pilihan Pembaca

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k...

Terkini Isu Rombakan Kabinet : Tahniah KJ!

Saya memetik sebuah laporan daripada blog Melayu Baru berkenaan isu pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh. Sebelum ini, saya sudah maklumkan di dalam blog ini , bahawa KJ berkemungkinan besar akan menyertai kabinet DS Najib tidak lama lagi, ekoran kejayaan luar biasa beliau mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat - dan jika laporan blog ini menjadi realiti, soalnya hanya satu, apakah pendirian para bloggers pro-kerajaan kelak? Apakah para bloggers ini bakal berpaling tadah dan bertukar kiblat seperti mana yang dikatakan oleh Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit-cuit di Utusan Malaysia ? Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu perkembangannya. Baca laporan itu di sini : NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbala...

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra...