Skip to main content

Jom Pulau "Himpunan Bebaskan Mahasiswa"



Jom Pulau
"Himpunan Bebaskan Mahasiswa"


Saya bukanlah mahu mencampuri urusan mahasiswa. Tetapi, saya cuma mahu mengingatkan mahasiswa akan tanggungjawab sebenar mereka terhadap pelajaran dan bukan mengikut rentak perjuangan politik yang membuta-tuli. Dalam isu lima pelajar Universiti Malaya yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memalukan isteri Perdana Menteri dan merosakkan harta benda awam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada hemat saya biarlah mahkamah yang memutusnya. Tidak perlu rasanya mahasiswa lain sibuk mengadakan pelbagai bantahan atau demo bagi menunjukkan sokongan moral kepada kelima-lima pelajar yang disabitkan kesalahan.

Menghasut mahasiswa lain agar turun ke Mahkamah Jalan Duta hanya mengundang fitnah dan keributan - ia sama sekali tidak menyelesaikan apa-apa pun, hanya sekadar menjadi pelawak dan "menjaga tepi kain orang lain" sahaja. Ia bukan isu nasional, dan tiada kena mengena pun dengan soal integriti dan ketelusan badan kehakiman. Kehebatan mahasiswa bukan ditunjukkan dengan cara sebegini - sebaliknya, dibuktikan dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh CGPA yang tinggi.

Suka saya mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi agar segera menyelidik latar belakang pelajaran mahasiswa yang menganjurkan Himpunan Bebaskan Mahasiswa pada 24 September ini - apakah mereka dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, gemilang atau pun mungkin petualang. Jangan sibuk nak perjuangkan keadilan, sekiranya diri sendiri masih belum mampu memberi keadilan kepada keluarga dan pelajaran. Belajar terlebih dahulu bagaimana mahu berlaku adil kepada keluarga yang bersusah payah menghantar kita ke universiti. Jadi, saya menyeru kepada semua mahasiswa universiti agar memulaukan perhimpunan tersebut. dan menganjurkan Himpunan Mahasiswa Mahu Belajar. Baca Laporan Harakah di bawah :

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru seluruh mahasiswa turun ke Mahkamah Jalan Duta 24 September ini bagi mendengar keputusan perbicaraan kes "bini puaka" melibatkan lima pelajar Universiti Malaya (UM). Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi kehakiman di Malaysia.

Ridzuan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", kata Ridzuan. SMM juga meminta seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.

Lima mahasiswa iaitu Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak bermula Julai tahun lalu. Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu. Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Comments

Anonymous saidā€¦
x habis2 lagi budak um.

nk mncabar kerajaan la tu..

lagi satu minta puji (perhatian)la tu
.
hari jumaat ni kan..xpa..aku nk tgk sjauh mana mereka nk berhimpun..

aku turun KL juga jumaat ni, kot2lah terserempak dgn mahasiswa2 kt tmpt aku bljr ni, fhm2la mereka tu dr mana,,,xpa..
Jeepers Creepers saidā€¦
mereka ini semua sampah masyarakat..elok dibuang sahaja sesiapa yang turut serta..masih ramai lagi yang mahu belajar dan membela masa depan keluarga.
azlishukri saidā€¦
YB Raz betul sangat kata tuan tu...
Unknown saidā€¦
Salam, ini lah nasib kita adfa anak bangsa jenis haprakkkk, tak sedar kan diri, tak sedar dik untong, keluar dari perut mak lagi di subsidi dik kerajaan hingga masuk universiti kerajaan bantu dan tanggung, tu belum keluar nak minta kerja pun 100% harap kerja kerajaan....perangai macam anak buluh betong.

JENIS MACAM NI ELOK BUANG DARI UNIVERSITI BIAR JADI PENGAJARAN PADA SEMUA.
akramrazak saidā€¦
aduh depa ni..org suruh pi belajaq sibuk nak berhimpun....! Kesian mak bapak kat kg yg duk berharap anak dpt habis belajaq...tarik balik pinjaman atau biasiswa baru tau..!

akramrazak
joehan saidā€¦
tahniah pada pembangkang @ pembangang kt malaysia ni..korng dh berjy didik pelajar2 universiti dgn membenci,menghasut dan merosakkn harta benda awam..org2 pas yg konon2 perjuangkn islam ni aku nk tnye..blh ke merosakkan hrta benda awam??mende tu gune duit rkyt!!bodo la org2 pr ni!!
Anonymous saidā€¦
depa ni ppenipu je lebih bro, aku penah tangkap bdak depa bawa al quran masuk toilet dulu..siap tudung labuh lagi..aku ramai kawan pmi, percayalah kat bawah tu ramai yang bagus, tapi pemimpin depa yang guna untuk kepentingan peribadi..aku pun pernah sound wakil depa, pakai kopiah putih, ada tanda kat dahi, tapi menipu, aku saound direct ja, kita ni ikhlas kerana apa?last2 depa munta maaf, nak tahu sapa?demi allah cita ni betul..

Pilihan Pembaca

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam ā€“ apabila dengan sengaja menyamakan perkataan ā€œTuhanā€ dengan ā€œAllahā€ dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia ā€“ yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita ā€“ mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik ā€“ harus bertegas dan serius mempertahan agama Alla...
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...