Skip to main content

Jom Pulau "Himpunan Bebaskan Mahasiswa"



Jom Pulau
"Himpunan Bebaskan Mahasiswa"


Saya bukanlah mahu mencampuri urusan mahasiswa. Tetapi, saya cuma mahu mengingatkan mahasiswa akan tanggungjawab sebenar mereka terhadap pelajaran dan bukan mengikut rentak perjuangan politik yang membuta-tuli. Dalam isu lima pelajar Universiti Malaya yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memalukan isteri Perdana Menteri dan merosakkan harta benda awam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada hemat saya biarlah mahkamah yang memutusnya. Tidak perlu rasanya mahasiswa lain sibuk mengadakan pelbagai bantahan atau demo bagi menunjukkan sokongan moral kepada kelima-lima pelajar yang disabitkan kesalahan.

Menghasut mahasiswa lain agar turun ke Mahkamah Jalan Duta hanya mengundang fitnah dan keributan - ia sama sekali tidak menyelesaikan apa-apa pun, hanya sekadar menjadi pelawak dan "menjaga tepi kain orang lain" sahaja. Ia bukan isu nasional, dan tiada kena mengena pun dengan soal integriti dan ketelusan badan kehakiman. Kehebatan mahasiswa bukan ditunjukkan dengan cara sebegini - sebaliknya, dibuktikan dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh CGPA yang tinggi.

Suka saya mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi agar segera menyelidik latar belakang pelajaran mahasiswa yang menganjurkan Himpunan Bebaskan Mahasiswa pada 24 September ini - apakah mereka dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, gemilang atau pun mungkin petualang. Jangan sibuk nak perjuangkan keadilan, sekiranya diri sendiri masih belum mampu memberi keadilan kepada keluarga dan pelajaran. Belajar terlebih dahulu bagaimana mahu berlaku adil kepada keluarga yang bersusah payah menghantar kita ke universiti. Jadi, saya menyeru kepada semua mahasiswa universiti agar memulaukan perhimpunan tersebut. dan menganjurkan Himpunan Mahasiswa Mahu Belajar. Baca Laporan Harakah di bawah :

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru seluruh mahasiswa turun ke Mahkamah Jalan Duta 24 September ini bagi mendengar keputusan perbicaraan kes "bini puaka" melibatkan lima pelajar Universiti Malaya (UM). Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, himpunan itu sebagai menyatakan harapan keadilan di peringkat seluruh mahasiswa kepada institusi kehakiman di Malaysia.

Ridzuan dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau yakin akan kreadibiliti Mahkamah di Malaysia sebagai telus, adil dan bijaksana dalam menilai setiap fakta kes.

"Saya mengharapkan seluruh mahasiswa, aktivis dan masyarakat untuk sama-sama berdoa bagi kemenangan kes ini", kata Ridzuan. SMM juga meminta seluruh mahasiswa Islam agar mengadakan solat hajat untuk kemenangan kepada mahasiswa yang ditindas di dalam kes tersebut.

Lima mahasiswa iaitu Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak bermula Julai tahun lalu. Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu. Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Comments

Anonymous said…
x habis2 lagi budak um.

nk mncabar kerajaan la tu..

lagi satu minta puji (perhatian)la tu
.
hari jumaat ni kan..xpa..aku nk tgk sjauh mana mereka nk berhimpun..

aku turun KL juga jumaat ni, kot2lah terserempak dgn mahasiswa2 kt tmpt aku bljr ni, fhm2la mereka tu dr mana,,,xpa..
mereka ini semua sampah masyarakat..elok dibuang sahaja sesiapa yang turut serta..masih ramai lagi yang mahu belajar dan membela masa depan keluarga.
azlishukri said…
YB Raz betul sangat kata tuan tu...
Unknown said…
Salam, ini lah nasib kita adfa anak bangsa jenis haprakkkk, tak sedar kan diri, tak sedar dik untong, keluar dari perut mak lagi di subsidi dik kerajaan hingga masuk universiti kerajaan bantu dan tanggung, tu belum keluar nak minta kerja pun 100% harap kerja kerajaan....perangai macam anak buluh betong.

JENIS MACAM NI ELOK BUANG DARI UNIVERSITI BIAR JADI PENGAJARAN PADA SEMUA.
akramrazak said…
aduh depa ni..org suruh pi belajaq sibuk nak berhimpun....! Kesian mak bapak kat kg yg duk berharap anak dpt habis belajaq...tarik balik pinjaman atau biasiswa baru tau..!

akramrazak
joehan said…
tahniah pada pembangkang @ pembangang kt malaysia ni..korng dh berjy didik pelajar2 universiti dgn membenci,menghasut dan merosakkn harta benda awam..org2 pas yg konon2 perjuangkn islam ni aku nk tnye..blh ke merosakkan hrta benda awam??mende tu gune duit rkyt!!bodo la org2 pr ni!!
Anonymous said…
depa ni ppenipu je lebih bro, aku penah tangkap bdak depa bawa al quran masuk toilet dulu..siap tudung labuh lagi..aku ramai kawan pmi, percayalah kat bawah tu ramai yang bagus, tapi pemimpin depa yang guna untuk kepentingan peribadi..aku pun pernah sound wakil depa, pakai kopiah putih, ada tanda kat dahi, tapi menipu, aku saound direct ja, kita ni ikhlas kerana apa?last2 depa munta maaf, nak tahu sapa?demi allah cita ni betul..

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir 1. I would like to apologise to the students and others for failing to turn up to give the talk I had agreed to. I would also like to thank those who sent get well messages, fruits and flowers while I was in hospital in Melbourne. Honestly I feel I have lost an opportunity to meet and talk to what may be the future leaders of Malaysia. For this reason I am writing down here what would have been the contents of my talk. 2. The suggested topic for my talk was, "Are we ready for 1 Malaysia: Does Race Still Play a Part?" I will be frank but factual. My only interest is the country we all love. I am past self-interest. First let me refer to the slogan "1 Malaysia". Without the Government spelling out the precise meaning of 1 Malaysia, different people are giving their own interpretations which not only differ from each other but are in conflict with each other. 3. The M...