Skip to main content

Majlis Peguam Perlu Dirombak!


Majlis Peguam
Perlu Dirombak!


1. Saya menyokong penuh cadangan Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Ibrahim Ali agar Majlis Peguam perlu melakukan audit kekayaan terhadap semua peguam di negara ini agar majlis tersebut kelihatan lebih telus dan berintegeriti, di samping majlis tersebut hendaklah diletakkan terus di bawah Pejabat Peguam Negara atau suruhanjaya tertentu.

2. Pada hemat saya, sudah tiba masanya Majlis Peguam dirombak dan dinilai semua segala aktiviti dan objektif penubuhannya. Sejak akhir-akhir ini cara Majlis Peguam menjalankan peranannya boleh dipertikaiankan. Apatah lagi sejak kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Majlis Peguam seolah-olah lepas tangan dan langsung tidak memberi apa-apa komen, sedangkan jenayah tersebut jelas dilakukan oleh seorang peguam yang sepatutnya membela kebenaran dan keadilan.

3. Pendek kata, Majlis Peguam perlu ditransformasi secara besar-besaran agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Majlis Peguam perlu mendidik dan memastikan ahli-ahli mereka merupakan peguam yang benar-benar peguam dan bukan peguam pembunuh!


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Majlis Peguam didesak supaya mengaudit aktiviti dan kekayaan semua peguam di negara ini terutama membabitkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kes-kes jenayah. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai badan tertinggi pengamal undang-undang di negara ini, majlis tersebut perlu membersihkan imej institusi itu yang kini tercemar ekoran pembabitan ahlinya sebagai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain."Kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga lelaki lain melibatkan seorang suspek utama yang merupakan peguam bergelar Datuk sangat hina. Amat malang bagi negara kita jika seorang peguam boleh melibatkan diri dalam kes jenayah apatah lagi secara berterusan," katanya.Tambah Mohd. Ali, melalui cara mengaudit dan menyemak kegiatan semua ahlinya, Majlis Peguam secara tidak langsung akan membantu pihak polis menggagalkan mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan jenayah daripada mengulanginya.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan agar pengurusan Majlis Peguam diletakkan di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara atau diselia oleh suruhanjaya tertentu ekoran sikap selektif majlis tersebut dalam memperjuangkan sesuatu isu.Presidennya,Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap selektif Majlis Peguam terserlah apabila tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung pembunuhan Sosilawati melibatkan suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk."Saya hairan dan tertanya-tanya kenapa tiada sebarang reaksi daripada Majlis Peguam sedangkan suspek ialah seorang peguam.''Jika ini sikap Majlis Peguam, sudah tiba masanya, majlis itu diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara atau sebuah suruhanjaya," katanya.

Menurut Ibrahim, sikap berdiam diri Majlis Peguam itu menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana selama ini, jika terdapat kes pembunuhan berprofil tinggi seumpama itu, badan tersebutlah yang menjadi hero dengan membuat pelbagai desakan dan tuntutan kepada kerajaan. Katanya, Majlis Peguam sepatutnya bersuara mengenai pembunuhan kejam yang menimpa Sosilawati dan tiga rakannya, apatah lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan di ambang Hari Raya Aidilfitri. - Utusan Malaysia

Comments

Anonymous said…
Setuju sangat..perlu dirombak..kepimpinaqn sekarang ni..memihak kepada pembangkang..sepatutnya Majlis Peguam merupakan NGO yang telus adil dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan..Presidennya perlu ditukar..tidak mencerminkan hasrat sebahagian besar peguam2 di Malaysia..
Anonymous said…
Majlis Peguam adalah badan bebas...cuma bila suaranya nampak mirip pembangkang anda semua labelnya pembangkang.

Depa tu tau undang undang dan depa tau mana undang undang yg diselewangkan dan bila depa tentang didapati undang undang diselewengkan kerajaan.

Contohnya tahan orang tanpa bicara...ni tak pernah dibuat dalam mana mana undang yg adil. Kalau salah bawak bicara jangan berhujah baru betul jangan dok simpan tanpa bicara.

Tak kira negara mana pun buat tahan tanpa bicara adalah salah hatta di barat atau di timur.

Kekadang lebih baik orang bukan Islam memerintah dengan nilai Islam dari orang Islam yg penuh nilai rasuah, tamak dan khianat.

SazaliSaid
azlishukri said…
sazalisaid - mengapa US pun ada undang2 tahanan tanpa bicara?
azlishukri said…
apa2 pun majlis peguam mesti dirombak
Anonymous said…
Walaupun USA cuba buat undang Patriot ia tetap dan perlu ditentang...

Sudah saya katakan kalau sebab hendakkan Melayu meneraju Majlis Peguam atau apa apa badan tapi Melayu yg kononnya Islam tapi perangai rasuah, khianat, menipu dan semua yg bertentangan Islam, lebih baik saya berketuakan Kafir yg mengamalkan Islam.

Yg salah tetap salah tidak kira la apa sapa pun.

SazaliSaid
Anonymous said…
Sazalisaid (11.08pm),

Betul kata saudara. Saya pun tak inginkan seorang pemimpin yang mempunyai akhlak buruk seperti Anwar Ibrahim menerajui apa-apa pun dalam negara.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A