Skip to main content

Majlis Peguam Perlu Dirombak!


Majlis Peguam
Perlu Dirombak!


1. Saya menyokong penuh cadangan Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Ibrahim Ali agar Majlis Peguam perlu melakukan audit kekayaan terhadap semua peguam di negara ini agar majlis tersebut kelihatan lebih telus dan berintegeriti, di samping majlis tersebut hendaklah diletakkan terus di bawah Pejabat Peguam Negara atau suruhanjaya tertentu.

2. Pada hemat saya, sudah tiba masanya Majlis Peguam dirombak dan dinilai semua segala aktiviti dan objektif penubuhannya. Sejak akhir-akhir ini cara Majlis Peguam menjalankan peranannya boleh dipertikaiankan. Apatah lagi sejak kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Majlis Peguam seolah-olah lepas tangan dan langsung tidak memberi apa-apa komen, sedangkan jenayah tersebut jelas dilakukan oleh seorang peguam yang sepatutnya membela kebenaran dan keadilan.

3. Pendek kata, Majlis Peguam perlu ditransformasi secara besar-besaran agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Majlis Peguam perlu mendidik dan memastikan ahli-ahli mereka merupakan peguam yang benar-benar peguam dan bukan peguam pembunuh!


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Majlis Peguam didesak supaya mengaudit aktiviti dan kekayaan semua peguam di negara ini terutama membabitkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kes-kes jenayah. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai badan tertinggi pengamal undang-undang di negara ini, majlis tersebut perlu membersihkan imej institusi itu yang kini tercemar ekoran pembabitan ahlinya sebagai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain."Kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga lelaki lain melibatkan seorang suspek utama yang merupakan peguam bergelar Datuk sangat hina. Amat malang bagi negara kita jika seorang peguam boleh melibatkan diri dalam kes jenayah apatah lagi secara berterusan," katanya.Tambah Mohd. Ali, melalui cara mengaudit dan menyemak kegiatan semua ahlinya, Majlis Peguam secara tidak langsung akan membantu pihak polis menggagalkan mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan jenayah daripada mengulanginya.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan agar pengurusan Majlis Peguam diletakkan di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara atau diselia oleh suruhanjaya tertentu ekoran sikap selektif majlis tersebut dalam memperjuangkan sesuatu isu.Presidennya,Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap selektif Majlis Peguam terserlah apabila tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung pembunuhan Sosilawati melibatkan suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk."Saya hairan dan tertanya-tanya kenapa tiada sebarang reaksi daripada Majlis Peguam sedangkan suspek ialah seorang peguam.''Jika ini sikap Majlis Peguam, sudah tiba masanya, majlis itu diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara atau sebuah suruhanjaya," katanya.

Menurut Ibrahim, sikap berdiam diri Majlis Peguam itu menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana selama ini, jika terdapat kes pembunuhan berprofil tinggi seumpama itu, badan tersebutlah yang menjadi hero dengan membuat pelbagai desakan dan tuntutan kepada kerajaan. Katanya, Majlis Peguam sepatutnya bersuara mengenai pembunuhan kejam yang menimpa Sosilawati dan tiga rakannya, apatah lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan di ambang Hari Raya Aidilfitri. - Utusan Malaysia

Comments

Anonymous said…
Setuju sangat..perlu dirombak..kepimpinaqn sekarang ni..memihak kepada pembangkang..sepatutnya Majlis Peguam merupakan NGO yang telus adil dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan..Presidennya perlu ditukar..tidak mencerminkan hasrat sebahagian besar peguam2 di Malaysia..
Anonymous said…
Majlis Peguam adalah badan bebas...cuma bila suaranya nampak mirip pembangkang anda semua labelnya pembangkang.

Depa tu tau undang undang dan depa tau mana undang undang yg diselewangkan dan bila depa tentang didapati undang undang diselewengkan kerajaan.

Contohnya tahan orang tanpa bicara...ni tak pernah dibuat dalam mana mana undang yg adil. Kalau salah bawak bicara jangan berhujah baru betul jangan dok simpan tanpa bicara.

Tak kira negara mana pun buat tahan tanpa bicara adalah salah hatta di barat atau di timur.

Kekadang lebih baik orang bukan Islam memerintah dengan nilai Islam dari orang Islam yg penuh nilai rasuah, tamak dan khianat.

SazaliSaid
azlishukri said…
sazalisaid - mengapa US pun ada undang2 tahanan tanpa bicara?
azlishukri said…
apa2 pun majlis peguam mesti dirombak
Anonymous said…
Walaupun USA cuba buat undang Patriot ia tetap dan perlu ditentang...

Sudah saya katakan kalau sebab hendakkan Melayu meneraju Majlis Peguam atau apa apa badan tapi Melayu yg kononnya Islam tapi perangai rasuah, khianat, menipu dan semua yg bertentangan Islam, lebih baik saya berketuakan Kafir yg mengamalkan Islam.

Yg salah tetap salah tidak kira la apa sapa pun.

SazaliSaid
Anonymous said…
Sazalisaid (11.08pm),

Betul kata saudara. Saya pun tak inginkan seorang pemimpin yang mempunyai akhlak buruk seperti Anwar Ibrahim menerajui apa-apa pun dalam negara.

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...

Mengapa PTS Pilih Judul Sebegini?

Mengapa PTS Pilih Judul Sebegini? SHAH ALAM 13 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim dibidas kerana hanya menyentuh cadangan rombakan Exco kerajaan negeri di akhir penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang bangun ketika Teresa menyentuh isu tersebut berkata, perkara itu sepatutnya disentuh di peringkat awal sesi penggulungan. Katanya, tindakan Teresa itu menunjukkan beliau tidak berani berhadapan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang yang lain bagi membincangkan cadangan tersebut. ''Kenapa tidak guna Dewan ini untuk membincangkannya terus di hadapan ADUN pakatan pembangkang. ''Sebaliknya Kinrara dilihat lebih suka menggunakan media untuk menyatakan perkara ini. Saya ketua backbenchers , saya bukan yes man . Apa yang saya kemukakan dalam Dewan ini adalah pandangan rakyat,'...