Skip to main content

Majlis Peguam Perlu Dirombak!


Majlis Peguam
Perlu Dirombak!


1. Saya menyokong penuh cadangan Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Ibrahim Ali agar Majlis Peguam perlu melakukan audit kekayaan terhadap semua peguam di negara ini agar majlis tersebut kelihatan lebih telus dan berintegeriti, di samping majlis tersebut hendaklah diletakkan terus di bawah Pejabat Peguam Negara atau suruhanjaya tertentu.

2. Pada hemat saya, sudah tiba masanya Majlis Peguam dirombak dan dinilai semua segala aktiviti dan objektif penubuhannya. Sejak akhir-akhir ini cara Majlis Peguam menjalankan peranannya boleh dipertikaiankan. Apatah lagi sejak kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya - Majlis Peguam seolah-olah lepas tangan dan langsung tidak memberi apa-apa komen, sedangkan jenayah tersebut jelas dilakukan oleh seorang peguam yang sepatutnya membela kebenaran dan keadilan.

3. Pendek kata, Majlis Peguam perlu ditransformasi secara besar-besaran agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Majlis Peguam perlu mendidik dan memastikan ahli-ahli mereka merupakan peguam yang benar-benar peguam dan bukan peguam pembunuh!


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Majlis Peguam didesak supaya mengaudit aktiviti dan kekayaan semua peguam di negara ini terutama membabitkan mereka yang pernah dikaitkan dengan kes-kes jenayah. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai badan tertinggi pengamal undang-undang di negara ini, majlis tersebut perlu membersihkan imej institusi itu yang kini tercemar ekoran pembabitan ahlinya sebagai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain."Kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga lelaki lain melibatkan seorang suspek utama yang merupakan peguam bergelar Datuk sangat hina. Amat malang bagi negara kita jika seorang peguam boleh melibatkan diri dalam kes jenayah apatah lagi secara berterusan," katanya.Tambah Mohd. Ali, melalui cara mengaudit dan menyemak kegiatan semua ahlinya, Majlis Peguam secara tidak langsung akan membantu pihak polis menggagalkan mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan jenayah daripada mengulanginya.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan agar pengurusan Majlis Peguam diletakkan di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara atau diselia oleh suruhanjaya tertentu ekoran sikap selektif majlis tersebut dalam memperjuangkan sesuatu isu.Presidennya,Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap selektif Majlis Peguam terserlah apabila tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung pembunuhan Sosilawati melibatkan suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk."Saya hairan dan tertanya-tanya kenapa tiada sebarang reaksi daripada Majlis Peguam sedangkan suspek ialah seorang peguam.''Jika ini sikap Majlis Peguam, sudah tiba masanya, majlis itu diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara atau sebuah suruhanjaya," katanya.

Menurut Ibrahim, sikap berdiam diri Majlis Peguam itu menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana selama ini, jika terdapat kes pembunuhan berprofil tinggi seumpama itu, badan tersebutlah yang menjadi hero dengan membuat pelbagai desakan dan tuntutan kepada kerajaan. Katanya, Majlis Peguam sepatutnya bersuara mengenai pembunuhan kejam yang menimpa Sosilawati dan tiga rakannya, apatah lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan di ambang Hari Raya Aidilfitri. - Utusan Malaysia

Comments

Anonymous said…
Setuju sangat..perlu dirombak..kepimpinaqn sekarang ni..memihak kepada pembangkang..sepatutnya Majlis Peguam merupakan NGO yang telus adil dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan..Presidennya perlu ditukar..tidak mencerminkan hasrat sebahagian besar peguam2 di Malaysia..
Anonymous said…
Majlis Peguam adalah badan bebas...cuma bila suaranya nampak mirip pembangkang anda semua labelnya pembangkang.

Depa tu tau undang undang dan depa tau mana undang undang yg diselewangkan dan bila depa tentang didapati undang undang diselewengkan kerajaan.

Contohnya tahan orang tanpa bicara...ni tak pernah dibuat dalam mana mana undang yg adil. Kalau salah bawak bicara jangan berhujah baru betul jangan dok simpan tanpa bicara.

Tak kira negara mana pun buat tahan tanpa bicara adalah salah hatta di barat atau di timur.

Kekadang lebih baik orang bukan Islam memerintah dengan nilai Islam dari orang Islam yg penuh nilai rasuah, tamak dan khianat.

SazaliSaid
azlishukri said…
sazalisaid - mengapa US pun ada undang2 tahanan tanpa bicara?
azlishukri said…
apa2 pun majlis peguam mesti dirombak
Anonymous said…
Walaupun USA cuba buat undang Patriot ia tetap dan perlu ditentang...

Sudah saya katakan kalau sebab hendakkan Melayu meneraju Majlis Peguam atau apa apa badan tapi Melayu yg kononnya Islam tapi perangai rasuah, khianat, menipu dan semua yg bertentangan Islam, lebih baik saya berketuakan Kafir yg mengamalkan Islam.

Yg salah tetap salah tidak kira la apa sapa pun.

SazaliSaid
Anonymous said…
Sazalisaid (11.08pm),

Betul kata saudara. Saya pun tak inginkan seorang pemimpin yang mempunyai akhlak buruk seperti Anwar Ibrahim menerajui apa-apa pun dalam negara.

Pilihan Pembaca

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim Oleh Lukman Abdullah (Agenda Daily) 1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi. 2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden. 3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja ber...

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .