 Dalam   isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah  pun  diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang   kemarahan rakyat. Saya juga tidak bersetuju dengan  beberapa  pindaan tersebut - yang jelas menjadikan saman ekor dalam  bentuk dan  wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada  pihak  swasta. Yang kita bimbang hanya satu, mungkin pada peringkat permulaan,  Sistem  Penguasaan Automatik (AES) akan ditempatkan di kawasan-kawasan   kemalangan yang tertentu sahaja, namun demikian, lama-kelaman, saya   percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang   maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut.
Dalam   isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah  pun  diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang   kemarahan rakyat. Saya juga tidak bersetuju dengan  beberapa  pindaan tersebut - yang jelas menjadikan saman ekor dalam  bentuk dan  wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada  pihak  swasta. Yang kita bimbang hanya satu, mungkin pada peringkat permulaan,  Sistem  Penguasaan Automatik (AES) akan ditempatkan di kawasan-kawasan   kemalangan yang tertentu sahaja, namun demikian, lama-kelaman, saya   percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang   maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut.Kita   bimbang AES akan menjadi satu lagi sumber pendapat kerajaan yang   akhirnya hanya membebankan rakyat dan menimbulkan kebencian mereka.Tidak   dinafikan negara-negara maju menjadikan AES sebagai salah satu cara   mengurangkan kemalangan maut - namun begitu, pengguna jalan raya di sana   tidak dibebankan dengan tol dan harga kereta yang mahal. Oleh sebab   itu, sekiranya mereka disaman, ia tidak sampai membebankan kewangan   mereka. Hal tersebut sangat berlainan di negara ini - rakyat kita   dibebankan dengan tol yang tidak putus-putus, di samping harga kereta   buatan tempatan yang mahal, dan insuran kenderaan yang tinggi. Saya   bimbang, sekiranya AES dilaksanakan, kerajaan BN akan berhadapan dengan   kebencian dan kemarahan rakyat sahaja. Hal ini harus difikirkan semula.
KUALA LUMPUR, 16 Dis:   Ahli Parlimen Pokok Sena,  Datuk Mahfuz Omar akan menghantar surat   kepada Dewan Negara meminta  untuk tidak meluluskan Rang Undang-Undang   Pengangkutan Jalan (Pindaan)  2010 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam.   Beliau berkata, ini kerana rang undang-undang itu hanya menguntungkan    syarikat-syarikat yang berkaitan dengan sistem berkenaan manakala    rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. "Kita kecewa apabila tidak   diberitahu model kewangan yang disebut  itu. Sepatutnya diberitahu   kepada awam apabila dia membabitkan syarikat  yang akan mendapat habuan   ataupun peratus daripada saman yang dikenakan  kepada pemilik  kenderaan.
"Jadi  saya harap Dewan Negara menolak rang undang-undang ini dan saya  akan  menghantar surat kepada ahli Dewan Negara," katanya. Semalam,  Dewan  Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan  Jalan (Pindaan)   2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran  kereta elektrik,   pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi  membanteras   pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan  Darat   (SPAN). Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses   undi  belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 ahli Parlimen    menyokong, manakala 40 lagi menentang.   Ini kerana majoriti ahli   Parlimen, terutama Pakatan Rakyat mendesak  supaya rang undang-undang   itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati  dengan penjelasan mengenai   pelaksanaan AES.
Timbalan  Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri  ketika  menggulung  perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun  menegaskan  bahawa  pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang  peruntukan  kewangan  kerajaan. Menjawab desakan beberapa ahli Parlimen  mengenai simulasi  pulangan  hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau  berkata bagi  setiap enam  juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang   mengendalikan sistem itu  akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil,   manakala selebihnya iaitu  65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Menurut  Mahfuz, apabila undang-undang itu dilaksanakan, syarikat yang    terlibat akan memastikan jumlah saman yang dikeluarkan melalui    sistemnya dan akan mendapat faedah daripada saman yang dikeluarkan.   "Syarikat akan pastikan seberapa banyak saman akan dikeluarkan  melalui   sistem ini yang akan mengawal dan yang menjalankan operasinya  ialah   syarikat.
Walaupun  disebut ia dikawal oleh JPJ tapi saya percaya  pihak  JPJ tak ada  kepakaran dalam sistem yang dibangunkan itu," katanya.  Tambahnya,  pelaksanaan sistem ini juga tidak membantu mengurangkan kadar   kemalangan jalan raya dan mendidik pengguna jalan raya.  "Saya sangat   kecewa kerana pembantangan undang-undang ini tidak  mengatasi masalah   kemalangan maut yang besar kerana tak ada hukuman  kerana pemandu yang   membawa kenderaan secara bahaya tapi yang ada  hanyalah kesalahan nombor   pendaftaran kenderaan sehingga menyebabkan  hukuman penjara," katanya   lagi.
Menjawab  desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi  pulangan  hasil  daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi  setiap enam  juta  saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang  mengendalikan sistem itu   akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil,  manakala selebihnya iaitu   65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.
Timbalan  Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika  menggulung   perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan  bahawa   pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan  kewangan   kerajaan. Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi   pulangan  hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi   setiap enam  juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang   mengendalikan sistem itu  akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil,   manakala selebihnya iaitu  65.7 peratus akan diperoleh kerajaan. Isu itu   dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi   perbahasan  yang menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil   bakal  diperoleh syarikat pelaksana sistem AES.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana menyifatkan perkara itu penting diketahui rakyat. "Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya...rakyat bayar, potongan yang diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya. Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES. "Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini...kepentingan saya ialah kepentingan negara dan rakyat," katanya
 
Comments
BN memang suka korek lubang untuk terjun. Rakyat akan tanya siapa di sebalik syarikat pemungut hasil saman itu. Kawan ke atau adik beradik atau suku sakat ke ? kalau macam ni mampuslah rakyat. Ingatkan zaman Najib ni lebih baik dari zaman sebelumnya , rupa-rupanya 2 x 5 juga. BN memang tak serik-serik. UMNO tak pandai jaga hati rakyat dan orang melayu yang bagi sokongan kat mereka . Ingatlah Allah tidak akan bersama dengan puak-puak yang zalim.
Saya sokong tulisan Azli Shukri dan komen Anony 3.57 pm.
Kerajaan BN memang tak perihatin dengan rakyat. Projek yang dibuat semua untuk menyenangkan rakyat tetapi jika syarikat pengendali yang mendapat untung 34% dan kerajaan 66% dan rakyat bayar 100%. Apa yang rakyat dapat sebagai penyokong kerajaan. Sedangkan saman ekor yang telah dilaksanakan sekarang rakyat dah mengeloh inikan pula diswastakan dengan kadar keuntungan 34%. PM kena fikir dalam pentadbiran kerajaan pun bukan semua penyokong BN. Mungkin ada golongan yang cuba hendak menaikkan kemarahan rakyat dengan sistem ini. Mereka mencipta apa sahaja sistem yang boleh ditangguk dalam air yang tenang. Elok dibatalkan sahaja dan saman ekor dihapuskan baru rakyat berasa lega dan sokongan dipulihkan.
sbg cntoh: tempohari saya balik Malaysia, naik bas Xpress malam dari Penang ke Melaka.Ada JPJ kat bus stand Sg.Nibung tapi depa dok lepak je, tak buat apa2. Driver bas tu, saya lihat budak India, muda sangat. Tak de second driverpun, dan dia drive dari Penang pkul 12 mlm & sampai KL jam 3am than terus ke Melaka..non stop, sangat laju & ada 1 driver je...inilah contoh kes patutnya kerajaan BN bg perhatian & kena tegas. Penjarakan saja bus company & driver mcm ni.Bila ramai rakyat dah mati accident- semua YB BN sibuk2...lepas tu tak buat apa2 pun..ingat!!..rakyat perhatikan je sikap pemimpin ye..rakyat tak bodoh!
Bila smpai bus stand Melaka plak..sya naik bas nak balik Kg..bas Patt Hupp..alaaa..kesiannya, buruknya bas..bas ni sejak saya sekolah kat Melaka, 30 tahun dulu dah ada..tak berubah! tgk kat sebelah, ada bas untuk .pelancong..wah! cantik, baru, warna merah..aircond lg..tapi bas tu bukan untuk rakyat. Bus cantik tu special utk pelancong..Untuk rakyat, bas buruk2 dan usia 30 tahun,jln terhenggok-hengok mcm nak runtuh...sepanjang prjalanan bas tu, saya sedih sangat..kata negeri Melaka maju, tapi rakyat biasa tak rasepun kemajuan tu...kesian rakyat jelata..mereka ni rakyat, mrk pengundi & bukan pelancong yg tak leh mengundi..Ingat! jangan sampai rakyat marah, jika tidak BN Melaka akan tumbang & Melaka akan jd mcm Selangor & Penang!
Kebajikan & keselamatan rakyat mestilah diutamakan..barulah rakyat lihat kerajaan prihatin & sayang rakyat, dan rakyatpun sayang kerajaan..Misalnya, kerajaan BN mesti wajibkan setiap bas Xpress ada talipinggang keledar/safety belt di setiap tempat duduk penumpang. Kat UK semua bas express i.e national coach wajib ada.Dah tu, ada alat kat driver bila speeding je, bas automatic akan berbunyi dan slower..ni semua untuk keselamatan penumpang..Tapi kat Malaysia, penumpang bas mana ada safety belt..kalau accident, terus melambung keluar bas, mati katak! Napa kerajaan BN tak fokus utk tingkatkan aspek keselamatan mcm tu? Tapi sibuk dgn hal buat untung dgn AES..cubalah bagi priority kepada penumpang2....mereka ni semua adalah rakyat...apatah lagi kebanyakan penumpang bas adalah rakyat biasa..kesian tgk bila ramai yg mati katak naik bas...dah banyak bas accident tapi kerajaan tak buat apa2 yg praktikal then....dan sekarang, bukannya nak berkhidmat pada rakyat tapi nak buat untung pula dgn bisness bermodalkan keselamatan, darah & nyawa rakyat...peliklah, bukan kata rakyat didahulukan???..
Bijak bijak....