Skip to main content

UMNO dan BN Jangan Terlalu Yakin


BN dan UMNO
Jangan Terlalu Yakin

Saya ingin mengingatkan diri saya dan BN Sarawak agar tidak terlalu yakin dengan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri pada waktu ini. Pengalaman kita di Sibu telah menggambarkan segala-galanya. BN Sarawak mungkin tidak ada masalah untuk mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada, tetapi bagaimana pula dengan nasib parlimen-parlimen BN di sana? Masih boleh dipertahankan lagi? Saya bimbang, kita terlalu yakin dengan laporan-laporan daripada pihak kita sendiri (termasuk daripada SB, tentera dan agen parti) untuk membuat analisis menang atau kalah seseorang calon itu, sedangkan kita sendiri tidak meluangkan masa untuk bersama-sama dengan rakyat bawahan - bertanya apakah isu utama yang sedang menghantui mereka.

UMNO/BN perlu belajar daripada ketewasan yang kita alami di Sibu - sokongan terbuka di media massa oleh pihak-pihak tertentu bukan sokongan yang jitu dan membantu. Kita harus sedar, Sabah dan Sarawak bukan lagi lubuk emas untuk kita memperoleh kemenangan dengan mudah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pada hemat saya kedua-dua buah negeri itu harus diberi perhatian rapi dan fokus yang lebih - agar BN/UMNO tidak tersungkur lebih awal di medang perang! Baca berita di bawah :


KUCHING, 30 Sept ā€“ Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan majoriti selesa pada pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan kepada bilangan kerusi Bumiputera.

Pilihan raya disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, tetapi kemungkinan besar awal tahun depan. Mandat semasa akan berakhir Julai 2011. Namun, katanya, beliau akan kecewa jika kerajaan negeri yang bakal dibentuk tidak mempunyai bilangan wakil kaum Cina yang besar.

Dipetik Bernama, beliau berkata demikian pada Ramah Tamah Aidilfitri yang dihadiri 3,000 orang kebanyakan masyarakat Cina. Ucapannya diterjemah ke bahasa Mandarin. Jamuan itu, yang diadakan di sebuah hotel di sini, diadakan sempena perasmian lebuh raya berharga RM61.5 juta dari Stutong ke Zon Perindustrian Sama Jaya dan Lapangan Terbang antarabangsa Kuching.

Ketika ditanya pemberita sama ada pengundi Cina akan menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya itu nanti, Taib berkata: ā€œItu saya tak tahu. Terpulang kepada masyarakat Cina untuk membuat keputusan.ā€

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi, 56 daripadanya kawasan majoriti Bumiputera manakala 15 lagi mempunyai ramai pengundi Cina. Taib berkata masyarakat Cina perlu mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan.

ā€œUntuk menikmati kemajuan, kita perlu bersama dengan kerajaan. (Dengan bersama kerajaan) kita bukan saja berhak menyuarakan apa yang tidak kena dengan kerajaan tetapi kita akan turut terlibat dalam menyumbang kepada kemajuan rakyat,ā€ katanya. Taib menasihatkan kaum Cina supaya berfikir sedalam-dalamnya mengenai kesan jika mereka tidak mempunyai wakil dalam kerajaan. ā€œAnda perlu memilih wakil untuk menyertai kerajaan. ā€œJika tidak ada wakil Cina dalam kerajaan, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya tidak akan mendapat nasihat yang dapat memberi manfaat kepada kaum Cina,ā€ katanya.

Comments

Unknown saidā€¦
Setuju , BN tidak boleh terlalu yakin menghadapi samada PRU atau PRK , keadaan sudah berubah , cara kempen dan kehendak pengundi juga sering berubah ,

mungkin lebih baik jika para pemimpin melihat sejarah yang berlaku , atau meneliti kejayaan / kekalahan pada PRK yang telah berlaku dibeberapa kawasan sebelum ini ,

negara , bangsa dan imej menjadi taruhan , pesan orang tua2 kalau minum air jangan angkat gelas tinggi2 , takut terlepas dari tangan gelas pecah berderai !
abgo saidā€¦
Saya tetap yakin kepimpinan YAB ketua menteri sarawak bole mencapai kemenangan besar. PRK Sibu dulu lain, terlalu ramai orang semananjung datang tapi tidak memahami budaya orang tempatan.
abgo saidā€¦
saya tetap yakin BN dibawah kepimpinan YAB Ketua Menteri sarawak masih mendapat sokongan rakyat. PRK Sibu dulu lain. Banyak gilak orang semanjung datang, udah jak sik memahami budaya orang tempatan.
azlishukri saidā€¦
abgo kita berharap agar BN menenag besar pada kali ini.
Anonymous saidā€¦
saya rasa ini satu petanda buruk bagi BN di Sarawak, do not overstay your welcome CM (meaning, the signs are very clear already, kenapa tak nampak atau buat2 tak nampak).

Pilihan Pembaca

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam ā€“ apabila dengan sengaja menyamakan perkataan ā€œTuhanā€ dengan ā€œAllahā€ dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia ā€“ yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita ā€“ mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik ā€“ harus bertegas dan serius mempertahan agama Alla...
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...