Saya secara peribadi menyokong kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir (di sini) apabila beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Zambry menjadikan kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Hari Rayanya sebagai indikator penting bagi menunjukkan sudah ada tanda-tanda perubahan sokongan rakyat daripada menyokong pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional kali ini. Bagi saya pula, selain daripada indikator yang dinyatakan Zambry di atas, sokongan rakyat terhadap BN juga boleh dilihat berdasarkan hal-hal yang berikut :
1. Penjualan akhbar Utusan Malaysia semakin meningkat sejak dua bulan yang lalu.
2. Peningkatan blogger-blogger yang menyokong kerajaan semakin bertambah dari hari ke hari
3. Pemimpin PAS semakin kerap menyakinkan ahli-ahlinya bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam PRU ke-13 yang akan datang. Kebiasaanya hanya orang yang sedang bimbang dan kalut sahaja yang tidak henti-henti bercakap sesuatu yang belum pasti dan diyakini untuk diperolehi. Jelas, PAS seolah-olah bimbang sokongan rakyat semakin terhakis kepada parti itu, sejak hukum Hudud dan negara Islam terpaksa digugurkan akibat daripada desakan DAP dua bulan yang lalu, sekali gus mencalar diari perjuangan parti tersebut selama ini. Malah ia juga secara tidak langsung menampakkan kelemahan ketara PAS dan sikap tunduknya kepada DAP semakin menyerlah.
4. Tahap kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin reda dan berkurangan. Sudah jarang kedengaran orang Melayu mencaci-maki kepimpinan negara, kecuali ahli parti pembangkang sahaja.
5. Semakin ramai orang Melayu berdaftar sebagai pengundi, khususnya di bawah tajaan UMNO. Jelas orang Melayu mula merasa bimbang dengan sikap agresif DAP yang seakan-akan tidak sabar untuk memerintah negara ini.
Comments
nota untuk khairy : bersama perkasa bukan bermaksud bubarkan umno dan masuk perkasa, tapi seiring dan senada dalam pertahan hak melayu dan bumiputera. setakat ini bukan minta tambah tapi jangan dikurangkan hak kita.
p/s - harapnya khairy tidak membawa toyol waktu di dewan exam oxford dulu
entah apa mamat 2 ekor dok cari aku pon tak faham.. khairy tu keturunan DKK nazrie entah ler org indon kot
Itulah yg sedang kami perhatikan dan gerakkan jentera bagi menyatupadukan Umat Melayu Islam ini, agar tidak terpesong dan tersalah jalan. Kerana sekali kita tersilap pilih jalan dan kapal yang nak ditunggangi belum tentu 10 tahun atau 100 tahun akan dapat semula kuasa politik dan pemerintahan di Tangan Orang melayu Islam.
Bila ini terlepas, kehancuran Melayu dan Islam akan bermula. Ingat sewaktu 11 bulan mereka perintah Negari ini, tidakkah kita nampak kemusnahan yg mereka nak perbuat? TETAPI MAHA Agung ALLAH, telah memperkenankan doa2 Para Alim Ulamak Islam dan akhirnya termakbul dan Kerajaan kembali di pimpin oleh Melayu Islam yg sejati. Kecemerlangan Islam kembali terjamin dan penduduk majoritinya berkuasa kembali.
Alhamdulillah dgn peringatan selama 11 bulan tersebut, berbagai pembaharuan dilakukan utk kesejahteraan rakyat. Insya Allah ia akan terus dijadikan agenda utama Kerajaan Negeri bagi memertabatkan bangsanya tanpa ada niat utk menidakkan hak bangsa lain seperti termaktub didalam perlembagaan Kerajaan Negeri waima Kerajaan Persekutuan pun.
Disini KAPAK juga meminta agar Bangsa Melayu Islam ini marilah kita bersatu hati dan terus berjuang demi Islam agama Anutannya. Bawalah wadah penyatuan ini tanpa jemu kerana Kekuatan Melayu & Islam di Tanah Melayu ini hanya akan kukuh jika umatnya bersatu hati.
MELAYU KENA BIJAK DALAM KEHIDUPAN, BUKAN SEKADAR ATAS KERTAS PEPERIKSAAN
Sekarang rakyat sudah melihat perubahan pimpinan oleh DS Najib. Dan rakyat dapat menerimanya.
Ada benar pendapat anon pertama. Khairy dan Nazri adalah musuh dalam selimut. Perbuatan mereka hanya mendatangkan kemudaratan kepada UMNO.
Dan pemimpin UMNO khususnya bahagian cawangan dan bahagian janganlah bergaduh sesama sendiri. Berebut jawatan dan salahguna kuasa. Rakyat melihat semua benda ni.
Pertambahan blogger menyokong kerajaan... huuu!! memang tk dinafikan!!! Tapi harap bukan je menghentam PR juga bertindak dalam menegur kerajaan yg ada untuk perbaiki prestasi dan membersih anasir2 yg boleh melemahkan semangat melayu dalam mempertahankan hak dan maruah agama dan bangsa.
Perkasa kita sedia maklum memperjuangan orang melayu, najib nampak itu semua dan yakin ada gunanya Perkasa. Ibrahim Ali org PAS label tak guna serta lupa diri tetapi beliau sekurang2nya berjaya memperjuangkan hak orang melayu bukan mcm PAS.
Apa pun orang melayu kena bersatu tanpa fikirkan apa parti politik demi survival org melayu itu sendiri. Kepada anak anak muda pula, jgn fikir keseronokan semata-mata dengan apa yg anda perolehi sekarang kerana chances DAP melancarkan roket bakal memusnahkan "keseronokan" kamu, percaya atau tidak terpulang tetapi kamu akan dicerca serta diperlekehkan dlm bahasa ibunda mereka tanpa kamu sedari...
Sokongan Melayu pada PKR hampir pupus setelah Anwar tidak berani bersumpah.
Manakala sokongan Melayu pada PAS juga merosot. Kerana Orang Melayu mula muak dengan perangai PAS yang riak. PAS dilihat tunduk pada DAP yang anti Islam tetapi begitu keras terhadap UMNO.
Namun ada beberapa personaliti yang boleh rosakkan UMNO. Mereka ialah Hishamudin yang dilihat terlau penakut ambil tindakan bilas Melayu, Islam dihina.
Khairi pula merosakkan UMNO dengan berperang dengan PERKASA sementara Nazri pula agak "biadap" terhadap Tun Dr mahathir.
Minta Najib jangan letak 3 orang ini dalam pilihanraya akan datang. Orang Melayu bencikan mereka yang hanya pandai bercakap.
Dan Najib mesti letak Melayu dikawasan Melayu. Jangan lagi letak MCA atau Gerakan dikawasan Melayu kerana orang Melayu pun benci sekarang ini pada pemimpin MCA dan Gerakan kerana nampak penakut bila berhadapan dengan DAP yang kaki fitnah UMNO.
Percayalah jika letak MCA dikwasan Melyu maka calon PKR ( kalau Melayu) akan menang. Ini yang belaku di Kuantan, Kulim, Kota Raja.
ada satu lagi.. teluk kemang..
- parti jahat -
BAGUSLAH PENDEKATAN ATAU KEYAKINAN YG DITERAPKAN DLM ARTIKEL NI...SEMOGA BERJAYA JIKA ITU YG TERBAIK...