Skip to main content


Taasub Beragama
Timbul Perpecahan Ummah

Oleh Muhammad Azli Shukri


(Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003)



Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak”. Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.”



Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya.



Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga termasuk golongan orang yang taasub dalam beragama, kerana mereka berpegang teguh dengan agama mereka secara membabi-buta. Walaupun sudah jelas dengan kedatangan agama Islam sebagai agama yang memansuhkan agama-agama sebelumnya.



Dalam Islam pula, taasub dalam bermazhab merupakan perkara yang amat menyedihkan.. Sejarah Islam memperlihatkan kesan daripada sifat taasub dalam bermazhab telah membawa bencana dan impak yang buruk kepada umat Islam terdahulu, yang akhirnya mengakibatkan umat Islam berpecah belah dan saling bersikap prejudis sesama mereka.



Umat Islam pada hari ini juga telah berpecah belah dengan begitu kronik akibat daripada sikap mereka sendiri yang begitu taasub dengan mazhab yang mereka anuti, sehinggakan yang hendak dibela, bukan lagi kebenaran, sebaliknya pendapat-pendapat yang menyokong mazhab mereka semata-mata.



Allah memberi ingatan dalam soal ini dengan firmannya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan agamanya dan menjadi beberapa golongan yang bercerai-berai, tiadalah engkau ikut serta dengan mereka sedikit pun. Urusan mereka hanya (terserah) kepada Allah, nanti Allah akan memberitakan kepada mereka apa-apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-An’am 159).



Di negara kita, taasub kepada tokoh dan ideologi tertentu merupakan senario yang amat membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Jika perkara ini tidak segera dibendung, akhirnya menjadi barah yang bertambah sukar lagi untuk diubati. Malah. Umat Islam di negara ini akan bertambah jauh daripada kebenaran dan akan terus berpecah belah sampai bila-bila.



Walau apa pun keadaannya, Islam mempunyai cara tersendiri untuk menangani permasalahan ini. Antaranya, peringatan Allah dengan firman-Nya ini “Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawaban.” (Al-Isra 36).



Ayat tersebut amat jelas meminta agar kita sebagai umat Islam sentiasa berdiri atas landasan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, kita akan mudah terjerumus ke dalam sifat taasub. Manakala, ilmu pengetahuan pula, mestilah disuluh dengan cahaya Al-Quran dan sunnah nabawi, agar kita sentiasa berdiri atas landasan ilmu yang berpandukan kepada kebenaran.



Umat Islam yang dihinggapi dengan penyakit taasub adalah kerana kesan daripada perbuatan mereka sendiri yang kurang berkeinginan dalam mencari ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran da As-Sunnah, serta lemah dalam membuat penyelidikan dan kajian terhadap sesuatu perkara yang sedang mereka hadapi.



Golongan seperti ini, lebih gemar menerima sahaja apa-apa yang orang lain perkatakan, tanpa mereka sendiri cuba mencari kepastian dengan mengkaji dan merujuk kepada kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang zaman. Mereka menjadi taasub kerana mereka tiada ilmu. Mereka lebih gemar bertaklid dan mengikut secara membuta-tuli apa-apa sahaja yang diperkatakan oleh golongan dan pemimpin mereka. Tanpa mempedulikan soal kebenaran. Justeru itu, untuk mengelak taasub, umat Islam haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dari semasa ke semasa, sesuai dengan sabda Rasulullah, “menuntut ilmu adalah wajib atas tiap-tiap orang Muslim.” (Riwayat Ibn Adiy).



Taasub juga mampu ditangani dengan cara meninggalkan pujian atau sanjungan yang berlebihan kepada individu tertentu atau golongan tertentu. Hal ini adalah kerana, sikap terlalu memuji atau menyanjung seseorang atau golongan tertentu akan menyebabkan lahirnya sikap taasub atau fanatik di dalam diri kita sedikit demi sedikit.



Barangkali, kita kurang memerhati, kadangkala tanpa kita sedari, kita telah mempertahankan kebatilan yang dilakukan oleh seseorang individu atau golongan tertentu, yang selama ini amat kita puji dan lagi kita sanjung.



Perkara semacam ini memang boleh berlaku, ini adalah kerana puncanya adalah daripada sikap kita sendiri yang amat mudah terpengaruh dengan pujian serta sanjungan orang ramai kepada seseorang individu atau golongan itu secara berlebih-lebihan.



Sebagai satu contoh, jika kita terlalu berlebihan dalam memuji dan menyanjung seorang pemain bola sepak yang terkenal dan kemudian pemain tersebut didapati bersalah kerana menggunakan dadah, barangkali kita tidak mungkin akan percaya sama sekali, malah berkemungkinan besar kita akan mempertahankannya dengan pelbagai alasan, seperti beliau mungkin dianiayai atau dikhianati oleh pemain-pemain lain yang mencemburuinya.



Dan tanpa kita sedari, kita telah pun taasub atau fanatik dengan pemain bola yang terkenal itu. Kerana selama ini kita amat menyanjung adan memujinya secara berlebih-lebihan sebagai seorang pemain bola sepak yang hebat.



Taasub seperti ini masih kurang bahayanya berbanding dengan taasub dalam beragama atau bermazhab. Taasub kepada sesuatu mazhab atau tokoh ulama tertentu semata-mata merupakan perkara yang patut dihindari, demi mengelakkan perpecahan yang lebih besar dalam kalangan umat Islam itu sendiri.



Islam membenarkan pujian serta sanjungan kepada individu atau golongan tertentu selagi mana, pujian atau sanjungan tersebut tidak mengandungi pendustaan, melalaikan dan menimbulkan fitnah kepada orang yang disanjung dan dipuji tersebut.



Dalam soal ini, Islam telah memberi garis panduan, antaranya ialah hadis-hadis Rasulullah ini, “Nabi SAW mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlaku berlebihan dalam pujiannya, maka baginda bersabda, “kalian telah binasa” atau “kalian telah memutuskan punggung orang itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Sebuah lagi hadis nabi berbunyi. “Bahawa seorang lelaki disebut di hadapan nabi, lalu lelaki itu disanjung dengan pujian yang baik oleh lelaki lain, maka nabi bersabda, “Celakalah engkau, engkau telah memutuskan leher temanmu.” Hal ini diucapkan berkali-kali. “Jika seseorang di antara kalian diharuskan memuji saudaranya, hendaklah dia mengatakan “aku menduga demikian dan demikian.”, jika dia melihat keadaan saudaranya memang demikian, tetapi yang menilainya adalah Allah, tiada yang dapat membersihkan seseorang di hadapan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Secara umum, inilah dua kaedah, bagaimanakah kita ingin menangani permasalahan taasub dalam beragama. Moga-moga umat Islam, khususnya di negara ini, terhindar daripada sikap taasub yang mampu memecahbelahkan masyarakat. Dan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 105, harus dijadikan renungan. “Dan janganlah kamu serupa dengan orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisih, sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang. Mereka akan memperoleh azab yang besar.”



Gambar : Penulis ketika mewawancara Datuk Seri Che Khalid Mohamad Noh, Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad, di Pejabatnya.

Comments

Budak Kampung said…
Orang seperti saudara ni, patutnya bertanding Jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. UMNO perlukan pemuda macam saudara, barulah UMNO kuat. Teruskan perjuangan.
Faisal Admar said…
saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara budak kampung. saudara mempunyai pemikiran yang matang dan neutral. tidak bias. saya suka membaca pandangan saudara tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta.

saya setuju taksub adalah sesuatu yang dibuat secara berlebihan dan ia adalah sesuatu yang dilarang. kita haruslah mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua benda.
White Rabbit said…
Aku pun setuju kalau saudara ni jadi ketua pemuda. Tapi kalau dah di atas nanti jangan la pulak lupa diri, jangan lupa perjuangan utama adalah untuk bangsa dan janganlah melampau dalam apa jua sekalipun. Sesungguhnya kita perlukan bimbingan pemimpin-pemimpin yang berjiwa bangsa.

terima kasih kerana link kan saya.

http://bangkitlahusahawanmalaysia.blogspot.com/
RAHISAM RAMLI said…
Taasub-menolak kebenaran, memperjuangkan kepalsuan. Menolak kebenaran banyak disertakan dengan pembohongan,khayalan,fantasi,fitnah,adu domba dan pelbagai tipu daya.

Memperjuangkan kepalsuan pula sentiasa mencari kelemahan orang lain, disertakan perasaan 'Ujub-bangga diri,bongkak, sama seperti syaitan yang menganggap dirinya lebih mulia dari Adam kerana ia dicipta dari api sedangkan Adam dari tanah.

Akhirnya, mendapat kemurkaan Allah,jauh sekali mendapat keberkatan dariNya,terus berada dalam kekufuran.

Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman,membezakan antara kejahilan dan kenyataan. Agama Islam (dipetik dari Dr Mohd Asri perlu dijadikan matlamat,bukannya alat mengaut keuntungan)

Politik sepatutnya dijadikan alat mendaulatkan dakwah, bukan memenuhi nafsu serakah, akibatnya lebih parah,yang jujur sentiasa disergah supaya mendiamkan diri, yang hipokrit sentiasa didewa-dewakan seolah-olah maksum seperti Nabi.

wallahua'lam
Anonymous said…
Assalamualaikum, Salam Pertemuan.

Wah... Nampaknya dah ada "Pencalonan Tidak Rasmi" untuk saudara Azli bertanding Jawatan.

Nanti bolehlah Saudara Azli katakan bertanding atas kehendak akar umbi.
Tahniah kepada saudara dan blogger yang menyokong, nanti jangan jadi pengampu pula, hilang nanti KESEDERHANAAN yang dimiliki Saudara Azli.


Jangan Buta Sejarah.

Adalah dulu Imam Besar Mesjid Negara (Datuk Pirdaus), Ketokohan agamanya jangan dipertikai. Hebat beliau ni.

Tiba-tiba masuk UMNO bertanding Permatang Pauh. Belum menang lagi dah angkuh kata-katanya. Allah memberi beliau kekalahan sebagai ujian.
Mana hilang kesedeharnaan beliau semasa menjadi tokoh agama sebelum masuk UMNO?

Itu kalah, dah angkuh bicaranya, kalau menang, bayangkanlah sendiri.


Inilah pengajarann kepada Saudara Azli ni? Kalau dia ni bertanding dan menang jawatan, betulkah masih tertanam segala kesederhanaan beliau.

Jadi KEPADA BEBERAPA BLOGGER PENGAMPU ni, fikir-fikirkanlah, atau saudara ni nak jadi gang Saudara Azli, takut nanti berkuasa boleh bolot kekayaan negara?

Itu pandangan saya, jangan marah kepada semua yang terasa. Jika saudara-saudara bukan begitu, maka lupakan saja pandangan saya ini.
Anonymous said…
Betulkah Saudara Azli Sederhana?


1. Saya rasa beliau ni sombong, tak mahu bergaul dengan masyarakat bawahan, nelayan, petani, OKU, kanak-kanak yatim dll. Sebab semua gambarnya dengan Pemimpin dan Korporat negara.

2. Menurut seorang kakitangan yang punyai kawan bekerja di DBP, saudara Azli kalau ada mesyuarat di luar mestu nak pakai Pajero atau Perdana, siap dengan Pemandu, tak mahu pakai Kereta Wira atau Kancil? Mesti nak pakai Pemandu yang paling senior. Tak tahulah, hanya Saudara sahaja yang tahu dan Allah.

3. Bila sampai masa makan, tak sanggup duduk dengan pegawai biasa, mesti dengan VIP dan Dato-Dato, inikah kesederhanaan?

4. Kalau program atau seminar, mesti hotel 5 bintang. Tak mahu yang 4,3,2 bintang.

Jadi inikah kesederhanaan?
azlishukri said…
Dato' Adil - Semakin berani saudara memfitnah. dalam keadaan kita masih behari raya, saudara fitnah saya dengan tuduhan2 yang sangat kotor, sedangkan saudara tidak mengenali saya pun. Maha Suci Allah. Moga Allah Allah mengampuni saudara.
azlishukri said…
budak kampung - saya ucap terima kasih atas sokongan saudara.

faisal admar - terima kasih

white rabbit - terima kasih
Anonymous said…
Kalau marah, apa yang saya katakan ni betullah.
Anonymous said…
Budak Kampung dan Faisal admar ni rasanya spesies yang suka mengampu. Saya rasa diorang ni memang tak ada kerja lain, mengampu je.. insaflah wahai pengampu.

White Rabbit pun terhegeh-hegeh macam rabit. Baik makan sate rabbit daripada dengar kata-kata dia nie.


Staf Dato Adil.
(Kami semua bebas memberi pandangan menggunakan blog yang sama)
Anonymous said…
Korang ni memang bodoh, masih nak sokong UMNO. Aku pun budak kampung, tapi tak macam si budak kampung pengampu ni, dia ni tolol sangat ke?


Tukan Sapu Pejabat
Anonymous said…
Sate Rabbit mahal tau... tapi white rabbit tak tahulah.. murah kut.... he. ha. ha.
Budak Kampung said…
kepada Dato Adil - saya membaca komen-komen saudara dalam blog Azli untuk beberapa posting yang lalu. Kesimpulan yang saya buat untuk saudara adalah seperti berikut :

1. Saudara suka mengacau perdebatan blogger2 yang lain dengan kata-kata yang tidak manis.

2. saudara memfitnah saudara Azli dengan saudara sendiri tidak mengenali beliau. Saya pekerja DBP, dan "rapat" dengan beliau, walaupun saya banyak tidak bersetuju dengan pemikiran beliau terhadap Anwar Ibrahim, namun, kerja beliau di Dewan Bahasa, sebagaimana tuduhan saudara itu tidak benar. Azli pekerja DBP yang pada perkiraan saya sangat baik dan tidak memilih bulu dalam berkawan dengan sesiapa pun, baik orang bawahan, atau orang atasan. Jika saudara selalu datang ke DBP, saudara akan menemui beliau hanya makan di kedai mamak yang tidak berjauhan dengan DBP.

3. saudara seorang yang saya anggap menghadapi masalah psikologi. Atau mungkin juga gila (maaf kalau terasa). Saya cadangkan saudara baca buku psikosemantik, mungkin penyakit saudara boleh sembuh.

4. Menuduh, para blogger mengampu, adalah tuduhan yang melampau dan jelas menunjukkan saudara seorang yang sedang kecewa dalam perniagaan.
Anonymous said…
Budak Kampung... Ada Perbezaan Pandangan Bos Kami dengan Stafnya. Jangan menuduh bos kami gagal dalam perniagaan, nanti malu kelak. Mungkin dalam angka mencecah dua ribu staf Dato "Adil", ada sanak saudara anda. Jangan emosi. Kami staf yang rapat dengan beliau menggunakan ruang ini untuk beri pandangan apa salahnya?
Bos kami beri pendapat yang berbeza dengan kami. Ini Perlu dibezakan.

Awak belajar tahap mana?, suruh orang baca buku Psikosemantik ni? Saya bukan nak berlagak, tapi pendidikan dan master digree saya dan staf yang lain bukan calang-calang dalam Psikologi. Awak rasanya kena hafal buku Psikosemantik, cepat jangan buang masa.
Anonymous said…
Aku tak pernah pun jumpa warung mamak kat kawasan DBP? Ada ke...

Daripada : Man
Mohd Radzian said…
Salam Azli,

Teruskan usaha anda, dah ada sokongan nampaknya dan jangan layan sangat Dato Adil. Orang beriman adalah orang yang boleh melepasi ujian ...si penguji kadang kala terdiri dari anonymous di sebalik pseudym Dato Adil.

Anyway...ada ahli politik yang pada pendapat saya wajar di tarik masuk ke dalam UMNO. Zulkifli Nordin, MP Kulim .. pemikiran dia ni tak serasi dengan pemikiran Pakatan Rakyat.. apa pendapat Azli ?
Anonymous said…
Saya hairan, apa yang bos saya tulis dan beri pandangan ialah kesederhanaan. Dan pengaruh kuasa yang boleh menghakis sikap kesederhanaan tu.

Kenapa blogger-blogger yang beri pandangan termasuk empunya blog ni macam bodoh (Bukan Bohoh).

Jawablah soalan, janganlah jadi pembodek dungu pula kan.

Apa pula masalah si blogger mohd radzian ni? Menyibuk tak tentu pasal, jawablah dan beri hujah, bukan terhegeh-hegeh puji sana sini.

Yang budak kampung pula patutlah sokong, rupanya satu tempat kerja. Satu bahagian kut diorang ni. Atau sebelah tempat duduk dan satu bilik?
azlishukri said…
salam. kepada budak kampung dan Radzian - terima kasih atas sokongan tuan2, saya tidak akan melayani fitnah yang dilemparkan oleh dato' adli, yang lebih banyak tidak rasionalnya. sekian, terima kasih.
azlishukri said…
radzian - tentang Zulkifli Nordin, MP Kulim tu, saya sangat setuju jika kehendak beliau adalah kebenaran. yang penting beliau bercakap perkara yang benar dalam isu demostrasi itu.
C.H.E Dayat said…
Assalamualaikum abang azli, saya ada post terbaru di blog saya harap dapat komen... setuju dengan posting abang pada kali ini... yalah, dalam agama sendiri pun menekankan wasatiah, iaitu bersedeerhana didalam segala aspek.. jangan keterlaluan... keterlaluan akan memudaratkan..

Hidayat Rashid

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
C.H.E Dayat said…
Salam kepada dato adil dan saudara azli... saya bukan nak tunjuk pandai.. tetapi (kepada dato adil) janganlah kita taburkan kata-kata yang berbaur fitnah ataupun menuduh secara melulu tanpa mengenali dan memperhalusi dulu hujah dan fakta... Inilah masalah yang dihadapi oleh orang melayu... kita masih lagi berfikiran kolot... cuba kita kaji dan ambil penghayatan terhadap kata-kata pepatah inggeris, Do not judge the book by its cover... Janganlah kerana dok tengok gambar saudara azli ni dengan datuk-datuk, tokoh-tokoh korporat, terus nak label beliau itu dan ini...

Kita kena kaji, bagaimanakah mereka ni boleh berjaya, ikut jejak langkah mereka...

Sedarkah kalian tentang dimana duduknya bangsa melayu di kaca mata kaum lain???

taraf kita hanya di tapak kaki mereka... Sila baca posting-posting saya di blog saya mengenai melayu...

kepada saudara azli, maaf kalau saya mencelah di komen ni...

kepada dato adil, bawak-bawak bersabar dan renungkanlah, inilah masanya kita bersatu demi kebaikan agama, bangsa dan negara.. bukannya menikam sesama sendiri...

Harap jangan terasa hati...

Sekian..

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
azlishukri said…
dayat - abang sangat setuju dengan dayat. inilah contoh anak muda yang diharapkan oleh negara, muda dan sangat matang. untuk dato' Adil dan staf2nya, cubalah fikir mcm mana anak muda seperti dayat ini berfikir. gunakanlah akal. sila lawat blog beliau, sangat menarik.
C.H.E Dayat said…
abang azli, terima kasih diatas komen tersebut dan saya amat menghargainya.. tidak ada masalah untuk saya menulis.. cuma inform saya topik berkaitan apa dan dateline.. tentang DEB tu, tak mengapa, dateline dah lepas iaitu next week.. tidak mengapa, saya faha,.. saya akan post kan mengenai hasil assignment saya mengenai DEB untuk tatapan bersama..

saya boleh dihubungi melalui email:

hidayat_rashid@yahoo.com

Bersama meneruskan perjuangan demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Anonymous said…
Teruskan azli, jangan dilayan insan kecewa seperti "Dato" Adil dan "Staf Hantu"nya itu.

-Niezam Zakaria
UMNO Pantai Dalam.
Anonymous said…
encik Muhammad Azli Shukri :
thanks 4 viewing mine.
(sedikit segan. i'm juz a new comer of this blogging world.)
White Rabbit said…
dato adil... orang-orang macam dato adil inilah yang menjahanamkan bangsa. Menabur fitnah dan bercakap mengenai keaiban orang lain. Kita memblog untuk tujuan masing-masing. Bagi aku, orang yang baca blog ni semuanya memblog sebab mereka ambil berat tentang nasib bangsa mereka. Bukannya nak mengampu atau tujuan lain. Kalau benar pun ada yang berniat sedemikian aku rasa itu hak mereka dan tiada kena mengena dengan dato adil.

Dato adil komen itu ini, tapi lihatlah blog dato adil sendiri. satu hapak pun tarak. Patutlah bising tak tentu pasal, rupa-rupanya tin kosong.

Bagi aku yang bukan ahli umno sebab aku anak Sarawak, kalau ada pemimpin yang baik untuk bangsa aku, aku sokong 100%. Tujuan utama untuk bangunkan bangsa, satukan bangsa dan pertahankan bangsa. Bukannya bertelagah sesama sendiri, tunjukkan kepandaian diri yang ada master degree, pandai psikologi.

Sedarlah wahai dato adil, bangsa kita tak perlukan sikap seumpama ini. Bloglah dengan bijak dan bantulah sesama bangsa.
Unknown said…
Taksub akan membawa kehancuran!

Tahniah saudara.
Anonymous said…
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.

Saya amat hairan dengan beberapa blogger dalam bolg ini, seperti hidup dalam dunia sendiri.

1 Anonymous said...
Teruskan azli, jangan dilayan insan kecewa seperti "Dato" Adil dan "Staf Hantu"nya itu.
Niezam Zakaria
UMNO Pantai Dalam.

Saudara ini yang kecewa sebenarnya, berpolitik untuk wang dan mengisi perut, lihatlah UMNO Pantai Dalam, kecundang di tangan budak yang baru belajar politik. Lihat masalah belia melayu di Pantai Dalam, apa yang anda buat dan sumbangkan untuk dekati mereka agar dapat menangani masalah sosial. Jangan mengajar saya dan mengatakan saya kecewa, saya yakin lebih banyak menyumbang kepada bangsa saya berbanding orang politik yang hanya menyalak seperti anda, duit pun tak ada, integriti berpolitik pun tak tentu pasal.
Anonymous said…
WHITE RABBIT,

Anda bercakap macam dah hebat sangat, jadi pembela rakyat konon. Saya nak tanya dan saudara jawablah dengan jujur, apa yang saudara sumbangkan kepada bangsa Melayu?

Kalau tidak pun kepada diri dan keluarga anda?

Berkenaan blog saya yang kosong memeng saya akui. Dahulu pun saya dah cakap, saya sengaja untuk boleh memberi pandangan tanpa persepsi orang itu mengaitkan dengan syarikat saya. Syarikat saya sangat dikenali, ada laman webnya sendiri, selalu terpapar dalam akhbar dan televisyen. Kalau saya mendedahkan identiti saya, Saya yakin Saudara Azli sendiri terkejut kerana saya adalah antara ahli perniagaan yang di kenali. Saya harap saudara faham tentang perkara ini. Saya suka ada orang mengkritik saya untuk membaiki diri, tapi jika saya guna identiti sebenar, pandangan orang lain mungkin berbeza pula.

Saya juga membenarkan beberapa pegawai saya dan kadang-kadang meminta mereka memberi komen.

Kita jangan hipokrit dan hanya tahu bercakap tentang membela nasib bangsa Melayu, tetapi sesama Melayu kita Bercakaran.

Sekian terima kasih.
Anonymous said…
Dato' Adil,

Dalam mencari sahabat atau pemimpin, orang tua berpesan: "Pertama elok, kedua pandai ..."
azlishukri said…
white rabbit - saya rasa tak payahlah dilayan dato Adil ni lagi.
C.H.E Dayat said…
setuju dengan abang azli.. jangan dilayan dato adil ni.. ntah ya atau tidak dia ni ahli perniagaan.. saya pun boleh je kalau nak mengaku saya ni ahli perniagaan... bisnes juta-juta... orang yang benar-benar berjaya tidak akan bersikap sperti dato adil ni.. tak matang... memalukan anak bangsa...

p/s: tin kosong, kalau kita lambung dan jatuh ke bumi, bunyinya memang kuat berbanding dengan tin yang berisi, bunyinya senyap tapi padu...
MalayMind said…
Nampaknya sudah ada peminat yang bakal mengikuti Saudara Azli seperti Dato Adil tu.

Perjuangan masih perlu diteruskan.

Salam singgah juga.
Anonymous said…
Apabila bos saya meluangkan sedikit masa padwaktu peginya untuk memberi ulasan yang bernas dan kebenaran , ramai pula blogger tolol dan macam hilang akal, tidak boleh terima teguran.

Tapi orang itulah yang mengaku Pejuang Bangsa Melayu, Pemimpin Bangsa dan macam-macam lagi. Nak termuntah saya dengar. Padahal mungkin berucap pun tak pandai, terketar-ketar. Tapi cakap menyalak macam anjing menyalak bukit.

Jawab lah soalan, kenapa nak kritik bos saya yang memberi pandangan tu... Patutlah kut pemikiran Penjawat Awam tak sama dengan Penjawat Swasta (tak semua).


Mungkin orang seperti CHE Dayat ni ada masalah kewangan kut, tak apa lepas belajar boleh kerja dengan bos saya, lepasan ijazah bermula dengan bayaran 2300.00, tapi kena terbuka dan pandai BI, so pergilah belajar. Jangan jadi Melayu yang asyik menyalak sahaja.
C.H.E Dayat said…
respons kepada dato adil.. memandangkan dato adil ni rajin komen di sini, saya akan poskan di sini.. ini ialah komen terakhir saya berkaitan dengan komen dato adil... untuk mempertahankan maruah saya...

*komen ini juga boleh dibaca diblog saya..

----------------------------------

aik.. kenapa terasa pula nie?? saya tak sebut pun siapa blogger yang tidak beretika...

siapa makan cili, dialah terasa pedanya...

mind ur words, walaupun saya belajar di IPTA, saya tidak mengambil pinjaman, another fact, saya bekerja sambil belajar.. saya juga pembayar cukai... dan saya membayar yuran pengajian saya menggunakan WANG SENDIRI tanpa BANTUAN KERAJAAN atau loan dari PTPTN!

memang saya masih muda tetapi saya mempunyai iltizam yang tinggi untuk memartabatkan perjuangan bangsa.
White Rabbit said…
Dato adil lagi..
Aku nak kata hebat taklah hebat. Buat perniagaan pun kais pagi makan minggu lepas. Bukan jugak ahlil perniagaan terkenal seluruh Malaysia. Belajar setakat ijazah je takde master macam dato. Itupun aku buat jadi kertas buruk je kat rumah. Tapi aku cuba bantu bangsa aku setakat yang termampu. Ajar mereka berniaga, beri mereka peluang untuk cari rezeki halal dan sentiasa tiupkan semangat untuk mereka terus berjuang.

Bagi aku, kita tak perlu beri sumbangan besar-besar, gaji ribu-ribu atau pangkat tinggi-tinggi untuk bantu bangsa kita. Kalau kita semua dapat bersatu hati dan berikan satu sumbangan yang sebesar semut untuk bangsa kita, aku yakin satu gelombang kemajuan yang hebat akan dapat kita rasai. Perkara yang paling penting kita mainkan peranan masing-masing dan bersatu.

Aku harap dato adil dapat baca semula post-post serta komen-komen bloggers lain terhadap dato adil dan cuba cerminkan diri, fikir semula dan lihat dari sudut yang berbeza.

"Nasihat yang baik bukan datang dari mulut yang memberi nasihat tetapi dari telinga yang mendengar."

Rangkap ayat yang selalu aku gunakan untuk mengingatkan diri. Diharap dapat difahami. Kalau dato tak dapat faham jugak, jadilah si luncai dan akan aku biarkan saja terjun dengan labunya.

http://bangkitlahusahawanmalaysia.blogspot.com/
fahana_ann said…
manusia,sesiapa sahaja.akan diuji kira berada di atas sana..saudara semua juga pastinya..diri saya juga..ujian dari allah untuk tiap hambaNYA.kekadang kita sendiri tidak tahu itu ujian atau nikmat..jadi,perlu saling mengingatkan kembali diri..kembali pada yANG MAHA ESA..jangan mudah mengata orang..jangan mudah memuji orang..puji yang maha esa.pohon agar insan yang benar2 berjuang dalam erti kata perjuangan suci diizinkan illahi agar diperkuatkan hati mereka..dan yang tidak mampu berjuang..caranya juga masih ada..terus berdoa' dalam usaha mencari kebenaran
fahana_ann said…
saya memberi komen pertama tanpa melihat komen seterusnya tadi.dan setelah membaca..wau,pedasnya..hangatnya..aduhai...masing2 ada pendirian,pandangan..jika kita punya harta berjuta,pangkat setinggi langit tapi kata2 yang mengundang kesat..tak ada maknanya..maknanya cuma membawa keburukan diri sendiri saja..saya masih muda untuk menilai mana2 tetapi saya juga bukan budak kecil untuk langsung tak pandai menilai..kalian semua yang pastinya lebih berusia dan matang,bertindaklah dengan mengikut ajaranNYA.berfikirlah berpandukan kitabNYA dan berkatalah dengan mulia dengan erti kata mulia di sisiNYA..
azlishukri said…
white rabbit dan fahana, nasihat kalian berdua amat menyentuh hati saya. moga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
Assalamualaikum warahmatullah saudaraku Azli Shukri yang aku kasehi,

"Istiqomah"

Sesungguhnya api bisikan yang ditupkan oleh Syaithon yang direjam itu sudah seakan-akan mahu menyekat kemaraan kamu dan mahu terus sedaya upaya menjahanamkan kamu dan ketulusan hati kamu.
Kami dapat merasainya apabila kami ceritakan dan tanyakan kepada mereka tentang siapa Khalifah dimuka bumi ini? Lalu mereka terbakar kepanasan seraya hangitnya dicium bau serata pelusuk sehinggalah hancur terus mereka apabila di dengarkan Adzan menuju kejayaan di segenap penjuru!

[Rujuk sedikit cerita yg saya pos kan kepada 'makcik' di 'melayuangkat' tentang kejelekkan mereka pengkhianat pembawa2 api fitnah yg berbisik-bisik ini.
Mereka ada disini.
Mereka ada ramai tapi wujud hanya pada satu nama.
Sifat mereka berbagai2.
Mereka tidak telus menceritakan nama dan siapa mereka walau sebesar zarah.
Mereka suka berbisik-bisik dan melakukan kekhianatan.
Mereka suka mengejek-ejek dan berperangai seperti kebudak-budakan.
Mereka tidak mahu bersumpah Syahadah.
Mereka 'mungkin' TERpaksa mengaku Syahadah yg pertama tetapi sombong bongkak TIDAK bersetuju dengan Syahadah yang ke dua.
Mereka sombong dan bongkak dengan APA yang mereka ada.
Mereka ada banyak berhala.
Mereka bangga dengan pesuruh-pesuruh dan askar-askar mereka.
Mereka sama sekali "tidak akan berani" bersemuka dengan kita
melainkan menghantar askar-askar utusan mereka yg jahil untuk berjumpa dengan kita.
Saya menunggu mereka,
Saya juga menunggu mereka dengan ZathNya serta Sumpah Dua Kalimah Syahadah!
Sedar tak sedar mereka ini tidak sukakan kepada Adzan.
Mereka benci laungan Adzan kerana didalam Adzan ada terkandung 2 Kalimah Syahadah.
Apabila kita melaungkan Adzan, maka berlarilah mereka sambil terkentut-kentut menyembunyikan diri.
Sahabat-sahabat yg lain, Ayuh, Tak perlu kita berbuang masa bicarakan tentang 'mereka' disini]http://melayuangkat.blogspot.com/2008/10/terima-kasih.html

Saudaraku Azli Shukri,
"Fokus"
Kembalilah kepada yang Haq'

Kami mahu ikuti terus cerita dan rancangan kamu tentang
"WHAT to do NEXT",
Kami mahu ikuti kesah-kesah perjuangan yang terdalu melalui perbandingan kesah para Anbiyaa dan hujah-hujah intelektual,
Kami mahu terus megikuti dan berbincang apakah kadar daya perbandingan melalui hujah-hujah kamu itu boleh diterima dan diadaptasi kepada perjuagan kamu lewat ini.
Kami mahu terus mengikuti kesemuanya demi menyampaikan maksud dan tidak mahu ianya hanya bernokhtah di UMNO.

Saudaraku Azli,
"Allah mengilhamkan sukma kefasikkan dan kebaikkan,
Beruntunglah bagi yang mensucikan, merugilah bagi yang mengotorinya" [QS:As Shams]

Biarkan mereka yang lain mahu mengeji, mencaci lantas terus mengotori, biarkan;
Kita hanya mahu menyampaikan maksudi dan mahu terus mensucikan.

Saudaraku Azli,
'Istiqomah, Apabila kami mendengar dan kami tahu bahawa kamu telah bersumpah Syahadah dan tiada lagi berpaling-paling kiri dan kanan, maka kami tahu, Demi Masa, bahawasanya kamu mahu memperjuangkan kebenaran dan ketelusan.

"Jangan kamu marah"

"Fokus"
Kembalilah kepada yang Haq', Teruskan.

Salam hormat,
ZUL RAHMAN
atap_aje said…
Taksub yang Allah suka ialah taksub untuk ikut seluruh sunnah nabi muhammad saw. Sunnah surah, sirah dan sunnah sarirah..

Sahabat R.Anhum setiap masa akan perati gerak-geri nabi setiap masa. apa yang nabi buat, mereka akan buat. Apa yang nabi tak buat atau nabi tak suka buat, mereka akan usaha untuk tinggalkan.

Disebabkan itulah mereka telah dapat redha allah taala atas dunia lagi.

Atas maksud ini marilah kita sama-sama usahakan untuk amalkan seluruh cara hidup nabi muhammad saw dalam seluruh hidup kita.

Insya ALLAH.
azlishukri said…
zul rahman - inilah kelebihan yag saudara miliki..anugerah Allah kepada saudara, nasihat dan bait kata2 yang sangat ikhlas dan penuh kasih sayang...kelebihan yang sangat sukar untuk ditemui.
terima kasih kerana sudi linkkan blog saya..
AL-BIMA SAKTI said…
salam,

taksub tak berpandu kewarasan akal...
Unknown said…
Yunus:36.

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan".

hangat btul kat sini macam-macam ade.

namun lebih bagus kalau yang positif atau negatifnya di dasari dengan ilmu bukan perasaan atau perasan.

taksub memang bahaya, paling bahaya taksub pada diri sendiri , taksub pada prinsip sendiri,

Al Israa':36.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya".

;-)
tigabelas said…
salam singgah En.Azli..terima kasih krn sudi singgah blog saya..sangat berbesar hati..
kes dato adil tu saya mintak en.azli dan rakan2 len bersabar..xsemua pendapat kita diterima..dan xsemua ditolak..anggap ini sbg hikmah mengajak diri kita bermuhasabah..saya kagum cara pelawat2 len balas pendapat..bole blajar daripada mereka..

kpd dato adil..bile melawat tempat org..ade tatasusilanya..kalo btol salah empunya tempat..nak menegur ade caranya..ini bukan masalah mengampu,ini masalah etika.harap2 paham le..tapi kalo dah byk yg membalas dato adil ni..xbole nak harap sgt la..

Kesederhanaan...kan ni cara idop Rasullah..jom ikut sama..ajak yg len2 gak
azlishukri said…
pendekar - saya setuju dengan komen saudara.

tigabelas - di sini saya membenarkan komen2 yang membina, walaupun datuk adil tuduh mcm2, melalui sikap orang kita mampu membina ilmu baru.
hans said…
saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara budak kampung. saudara mempunyai pemikiran yang matang dan neutral. tidak bias. saya suka membaca pandangan saudara tentang sesuatu perkara berdasarkan fakta.
--> sama juga dengan saya

saya setuju taksub adalah sesuatu yang dibuat secara berlebihan dan ia adalah sesuatu yang dilarang. kita haruslah mengamalkan kesederhanaan dalam apa jua benda.
-->betul2

Orang seperti saudara ni, patutnya bertanding Jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. UMNO perlukan pemuda macam saudara, barulah UMNO kuat. Teruskan perjuangan.
--> Saya sokong cuma dalam kerajaan ni apa2 yg kerajaan buat salah atau betul kita kena sokong..
tu lah masalahnya kan>??
azlishukri said…
hans - terima kasih komen saudara. mungkin satu lagi pemilihan saya akan bertanding, sekarang ni pun dah pening lepas dicalonkan AJK UMNO Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian.
bboyhasif89 said…
post saudara semmgnya telah buat sy sedar bhwa sepattnya kita xboleh terlalu menyanjung seseorg itu terlalu tiggi..
setiap perlakuan ada batasnya.. kita xboleh bertindak sesuka hati. dan sbg org islam dan berbangsa melayu, kita seharusnya terus mencari ilmu tanpa rasa jemu..
kita juga wajib menguasai pelbagai bidang dan kita perlu mencabar sesuatu perkara itu dan jgn sesekali biar diri kita yang dicabar..
salam
Saudara Azli Sukri,

terima kasih kerana bertandang di blog saya. Maaf kerana komen saudara 'terbiar' tanpa pengetahuan saya sekian lama. Blog yg saudara kunjungi itu sudah lama tidak saya 'perhatikan'.

Izinkan saya mencelah... Tulisan saudara adalah minda saudara. Gugusan rasa saudara adalah diri saudara sendiri. Dalam kebebasan, anda menjadi diri anda sendiri. Ketika semua ini tidak mutlak, yang terbaik adalah memahami dan menjadi diri anda sendiri. Teruskan persepsi saudara jika itu wahana yg dapat menggerakkan minda.

Usah tersadai dengan lemparan kata-kata, usah pula tertinggal untuk meneladaninya. Kata-kata pedas, kata-kata sokongan, itu gugusan bicara yang tidak boleh disangkal akan singgah di laman hati kita. Tidak perlu tergugat...

saudara menulis bukan kerana mereka ini bakal memberi nasihat atau kritikan.. tetapi atas sesuatu yang saudara sedar bahawa saudara perlu menulisnya... Biarkan la mereka berinisiatif terhadap diri mereka sendiri terhadap pilihan mereka..

jika bunga ros berduri, perlukah kita mengubahnya?

menulis la selagi saudara ingin menulis. Saya percaya artikel saudara mempunyai arah. jika ada yang terluka, mereka la yang memilih 'melukai' diri mereka sendiri dan mengambil bahagian untuk terasa.

Salam blogger untuk blogger

ini blog saya yang aktif... www.morionexpress.blogspot.com
azlishukri said…
boyhasif - saya sangat bersetuju dengan saudara. itulah yang terbaik. semoga sama2 kita peroleh manfaat.

litte mike - terima kasih atas kunjungan saudara. amat saya hargai.
Anonymous said…
encik azli shukri :
thanks for the add...
bunga pon sudah add link blog encik
:)
Teruskanlah perjuangan mu wahai saudara. Bagilah kesedaran kepada mereka yang buta mata dan buta hati dan tak menerima hakikat yang sebenarnya.
Terima kasih add link blok saya yang tak seberapa ini.
Anonymous said…
Saya follow blog ni dah lama, tapi sejak (datoadil) memberi pandangan, saya setiap hari ternanti pandangan beliau yang bernas. Kenapa kita asyik mengkritik sehingga datoadil tidak lagi memberi pandangan, kita kerugian kehilangan orang seperti datoadil. Kalau datoadil, baca ini, tolonglah terus memberi pandangan.
azlishukri said…
keris warisan - terima kasih atas dorongan tuan tersebut.
azlishukri said…
anonymous - biarlah dia dengan cara dia, jika dia sudi, singgahlah bila2 pun di blog ini.semua orang menantinya.
tcc said…
salam singgah buat you...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y