Skip to main content

Isu Namewee : Di Mana DAP?


Namewee dan DAP 2010
Di Sini Kesetiaan Tidaklah Penting



1. Sehingga hari ini, saya masih ternanti-nanti komen dan pendirian DAP berhubung kenyataan menghina Wee Meng Chee terhadap negara ini. Lim Kit Siang mahu pun Karpal Singh masih membisu seribu bahasa. Sekiranya , selama ini DAP memperjuangkan keadilan dan tidak memperjuangkan perkauman sempit yang sering dilaung-laungkannya, maka kenyataan rasmi parti tersebut berkenaan isu Namewee ini hendaklah segera dikeluarkan, bagi membuktikan parti tersebut tidak bersikap racis dan pilih kasih dalam menegakkan kebenaran.

2. Sudah lebih seminggu isu ini dimainakn di media cetak dan elektronik. Namun demikian, DAP masih berdiam diri. Apakah DAP sebenarnya menyokong tindakan kurang ajar si budak hingusan bernama Namewee itu?

3. Tetapi awas! tidak sampai 24 jam isu berkenaan dua orang pengetua di Kedah dan Johor yang didakwa kononnya memainkan sentimen perkauman - Lim Kit Siang pantas mendesak kerajaan agar kedua-dua pengetua Melayu tersebut diambil tindakan.

4. Sekiranya, kedua-dua pengetua itu adalah berbangsa Cina, apakah Lim Kit Siang tergamak meminta kerajaan agar mengambil tindakan terhadap mereka? Namewee ialah seorang warga negara Malaysia berbangsa Cina - yang terang-terangan telah menghina negara, mengapa Lim Kit Siang dan Karpal Singh tidak mendesak kerajaan agar segera mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut?

5. Apakah ada agenda tersembunyi DAP melalui Karpal Singh untuk membela Namewee di mahkamah, agar DAP akan kelihatan sebagai hero dalam menegakkan kebebasan bersuara di negara ini? Apa-apa yang diucapkan oleh kedua-dua pengetua Melayu di sekolah mereka adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara yang selama ini dilaung-laungkan oleh DAP dan Anwar Ibrahim - jadi mengapa mesti ditakuti?

6. Realitinya, tindakan "terpilih" DAP dalam memperjuangan keadilan - adalah bukti paling nyata bahawa parti tersebut masih belum bebas daripada unsur perkauman dan ketuanan Cina yang sememangnya sejak dari dahulu lagi mahu menjadi tuan di negara ini.

7. Sekiranya DAP sendiri masih belum bersedia membebaskan diri mereka daripada unsur perkauman, maka, mana mungkin mereka boleh mendesak agar DS Najib menghilangkan unsur perkauman di dalam UMNO. DAP sepatutnya terlebih dahulu memperjuangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi dan membuka seluas-luasnya peluang perniagaan kepada orang Melayu dalam dunia ekonomi yang mereka kuasai.

8. Pastikan juga syarikat-syarikat gergasi Cina mudah untuk menerima pekerja dalam kalangan kaum Melayu dan jangan mendeskriminasikan mereka. Tetapi, malangnya orang Melayu ditindas dalam dunia ekonomi dan perniagaan di Malaysia. Peniaga-peniaga Cina tidak mempunyai belas kasihan kepada para peniaga Melayu - kalau bukan kerana adanya kouta dan hak istimewa kaum Melayu, saya rasa dah lama syarikat Melayu gulung tikar.

9. Pada hemat saya, kes kebiadapan Namewee adalah indikator dan tanda paling penting berkenaan sejauh mana keikhlasan DAP dalam memperjuagkan keadilan yang berteraskan kepada perlembagaan negara, atau pada hakikatnya DAP masih diselubungi dengan awan tebal perkauman dan rasa prejudis terhadap hak istimewa orang Melayu. Baca Laporan di bawah...


Oleh Arief Johan, Singapura


Walaupun saya bukan warga Malaysia, saya turut berasa amat terhina menyaksikan kebiadapan Wee Meng Chee (Namewee) terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini. Saya rasa kerajaan Malaysia terlalu toleran dan berlembut hati dalam menangani sikap rakyat yang kurang ajar terhadap negara dengan memaafkannya dahulu. Kalaulah Meng Chee ini berada di bumi lain (termasuk negara yang terdekat), tentu tindakan undang-undang telah lama dikenakan ke atasnya. Cubalah kalau dia menghina agama rasmi Buddha di Thailand atau maharaja yang menjadi lambang kedaulatan di negara itu. Tentu buruk padahnya. Pada firasat saya, jika si biadab ini dihadapkan ke mahkamah kelak, yang akan lantang untuk membelanya pasti para peguam daripada pihak antikerajaan Malaysia. Tidak hairan juga jika yang hadir memberi sokongan moral kepadanya tentulah parti-parti pembangkang Melayu sendiri. - Utusan Malaysia

Comments

Anonymous said…
Kerajaan tak berani ambil tindakan ke? Kalau pembangkang dah kena ISA ni.....Patutnya ISA je budak ni,takpun lucutkan terus kerakyatan dia dan seluruh keturunan dia....
Anonymous said…
Apa nak heran sangat. KDN kita dah tak boleh diharap.Balik-balik orang Melayu sahaja yang kena tangkap dan dihukum.
Anonymous said…
padahal melayu tak de bahaya pon....media je yg lebey lebey....ingat,melayu hanya akan bertindak ganas bila perlu sahajabukan mcm bangsa lain yg sentiasa tunggu peluang utk bertindak ganas...

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...

PAS + DAP + PKR : Perjanjian Mungkar

PERJANJIAN MUNGKAR! Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (Dipetik dari blog Anwar Ibrahim) 22 Jun 2009 - Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut: 1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang. 2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat. 3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kuali...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...