Skip to main content

Badrul Hisham Pilihan Anwar?


Siapa Sebenarnya Pilihan
Anwar dan Wan Azizah?



Benarkah desas-desus yang menyatakan bahawa Badrul Hisham Shaharin mendapat restu Anwar Ibrahim untuk merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan bagi menggantikan Samsul Iskandar dalam mesyuarat agung PKR November depan? Nampaknya, unsur-unsur kronisme dan nepotisme bukanlah berada di dalam UMNO semata-mata - bahkan PKR juga terlibat sama.

Menggunakan nama pemimpin tertentu untuk mendapat sokongan adalah budaya jijik dalam sesebuah parti politik. Jelaslah, PKR pun tidak terlepas daripada strategi politik kotor lagi jijik ini.

Belum pun reda isu Hudud dan negara Islam ala-PAS ditolak oleh DAP - kini, PKR pula sedang bergelut dengan sebahagian daripada para pemimpin kanannya yang sibuk melobi, menikam kawan, memburuk-burukan pesaing - dan terbaru menggunakan nama Anwar Ibrahim dan Wan Azizah untuk mendongak langit! Rakyat bukan bodoh dan boleh diperbodohkan. Budaya politik PKR jauh lebih kotor dan najis daripada UMNO. Belum pun beroleh berkuasa, segala sifat buruk yang selama ini dilemparkan terhadap UMNO memakan diri mereka sendiri. Begitu juga dengan PAS - berbuih mulut para pemimpin PAS menuduh UMNO menolak Hudud dan negara Islam - akhirnya, ahli PAS sendiri yang menolak hukum tersebut dan negara Islam. Sebab itu, lain kali jangan mudah menuduh orang lain kafir atau mengamalkan rasuah - sebab balasan Allah itu boleh datang sekelip mata. Fikir-fikirkanlah. Baca Laporan Malaysia Kini di bawah :


Pemantau penjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.

"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu Yusmadi Yusoff (kanan). Beliau yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini. "Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya. Menjelang pemilihan PKR, cakap-cakap terdapat calon yang 'direstui' Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap kanannya. Pemilihan dalam Pemuda PKR (AMK) dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim. Pendekatan proaktif, reaktif Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar.


Manakala calon underdog Hasmi - salah seorang penulis ucapan Wan Azizah - pula dikatakan sedang cuba mendapatkan persetujuan presiden PKR itu sebelum mengumumkan kesediannya bertanding. Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesediaan mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan dalam parti. "Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK. Baling kerusi Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya:
  • Terdapat sebuah program latihan kerajaan Selangor digunakan bagi tujuan berkempen terhadap pemimpin tertentu.
  • Terdapat anggota MPP menaja calon-calon dalam pemilihan peringkat cabang di Pahang.
  • Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis.

Sehubungan itu, Yusmadi berkata, aduan-aduan itu akan diteliti dan disalurkan kepada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa disiplin PKR. "Kita tak perlu turut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat. "Kita patut beri ruang kepada demokrasi," katanya. Mydemocracy Watch merupakan badan pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme. Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan.

Comments

KAPAKTAJAM said…
Sdr Azli, kapak bersetuju sgt dgn coretan anda. Memang TEPAT dan berfakta. Memang selam ini mereka [pembangkang] suka menuduh dan memburuk2kan Kerajaan pemerintah dan UMNO adalah parti durjana yg banyak rasuah, kronism dsbgnya.

Betul, janji ALLAH itu nyata. Allah balas "CASH" apa yg mereka tuduh2 selama ini, bahawa mereka lah yg lebih buruk perangai dan mengaibkan. Perangai dan amalan buruk kronism dan rasuah ini yang menerapkan dalam UMNO adalah sipeliwat tu jugak. Ingat tak masa Anwar nak lawan Tun Ghaffar Baba, bagaimana Tun Ghaffar diaibkan, dicaci [kampongan] tiada visi dan tidak layak memimpin Negara. Itu sume adalah kerja Anwar dan budaya itulah yg Anwar cambahkan dalam UMNO dan ia menjadi ikutan di UMNO. NAMUN, skrg PKR dah alami sendiri dan lebih teruk lagi begitu juga didalam Kelambu PAS.

So, mmg janji ALLAH jika adnda berkawan dgn peliwat akan jd peliwat jugalah anda, dan jika berkawan dgn perasuah, pekronism dsgbnya maka akan jadi ikutan jugalah semua itu. So, apa nak diherankan mmg itulah perangai Anwar, menikam belakang dalam politik dsan menikam belakang dlm senggama tak kira lekaki or perempuan sume boleh belaka.

Jadi, fikir2kan lah semula mana yg anda ingin jadikan kawan,sehabat, teman, didalam kehidupan seharian demi kejayaan Agaman, bangsa dan tanah air.
azlishukri said…
salam tuan kapak tajam, memang benar komen tuan ini. Allah telah memberi bukti yang nyata kepada kita pada hari ini...
azlishukri said…
semoga Allah selamatkan Malaysia

Pilihan Pembaca

Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru!

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru! By : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle As PKR officials confirm that fast-rising star Nurul Izzah Anwar has not qualified for the deputy presidential contest, speculation is rife that FT chief Zaid Ibrahim will challenge her mother for the No. 1 post - which he is bound to lose but insiders say is part of a final plan to leave PKR in a blaze of self-perpetuated glory and to cart away as much sympathy as he can. "He knows he has burnt his bridges and he will go. Isn't it better to be remembered as having quit PKR after failing to win the presidency rather than to be remembered as just another loser in a four or five-cornered No. 2 race?" a veteran PKR watcher told Malaysia Chronicle. In the past weeks, Zaid has shocked his PKR colleagues by unveiling a sinister side of himself that previously was hidden by his liberal speeches and remarks that struck a chord with a small but vocal group of mainly urban Malaysians . Initially, PKR mem...

Najib Pertahankan PERKASA

Najib Pertahankan PERKASA Saya terjumpa sebuah berita yang jelas membuktikan bahawa PERKASA bukanlah sebuah NGO yang ekstrem menurut kaca mata Perdana Menteri. Lantaran itu, petikan berita di bawah ini sudah memadai bagi saya menjawab tuduhan pihak-pihak tertentu, khususnya daripada saudara Khairy Jamaluddin berkenaan PERKASA yang telah dituduh kononnya menjadi penghalang kepada kejayaan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 2 April - Datuk Seri Najib Razak sidestepped a question tonight on whether he was a Malay or a Malaysian first in an interview on satellite news channel Al Jazeera, while defending Perkasa as “not so extreme.” “Well technically, if we talk about the constitution, I am a Malay but I’m comfortable being a Malay in a Malaysian society. And I want us to work towards becoming a truly One Malaysia society. But I’m proud to be a Malay. I’m proud to be a Muslim. But the fact that I’m proud to be a Malay a...