Skip to main content

Apabila Nurul Izzah Menderhaka

Apabila Nurul Izzah Menderhaka


1. Saya kurang faham tindakan Nurul Izzah berhubung kenyataannya di bawah ini yang seolah-olah menyokong penuh Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR - tidak mungkin rasanya Nurul Izzah begitu berani memberi sokongan terbuka kepada Zaid sekiranya tiada "seseorang" yang mempertahankannya di belakang. Saya fikir - Wan Azizah terlibat sama dalam usaha mempromosi Zaid sebagai Timbalan Presiden PKR, bahkan tidak munstahil sokongan terbuka Nurul Izzah terhadap Zaid turut mendapat restu daripada Wan Azizah sendiri.

2. Semua orang tahu sejak terbongkarnya hubungan antara Isteri Azmin, Shansidar Tahrin dengan Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu - keluarga Anwar, khususnya Wan Azizah tidak berapa senang dengan kehadiran Azmin dan isterinya. Wan Azizah mengetahui kisah sebenar antara Shamsidar dengan Anwar - tetapi terpaksa menutup aib kedua-dua belah pihak demi menjaga masa hadapan politik Anwar Ibrahim. Namun demikian, kehidupan Nurul Izzah terbukti lebih banyak terpengaruh dengan cara ibunya berbanding dengan Anwar, lantaran itulah beliau seolah-olah berani "menderhaka" kepada ayahnya sendiri dengan memberi sokongan terbuka kepada Zaid dan tidak kepada Azmin.

3. Cuma saya agak pelik dengan nasihat Nurul Izzah bahawa ahli parti berhak memilih sesiapa sahaja yang mereka suka, tetapi pastikan calon yang benar-benar komited dengan prinsip dan idealisme parti. Soalan saya mudah, apa sebenarnya prinsip parti Keadilan? dan apa pula idealisme parti tersebut? Rakyat tidak nampak. Isu bahasa Kebangsaan, isu kalimah Allah, pembohongan 16 September, Dasar DEB, Hak Istimewa orang Melayu, Institusi Raja dan Sultan, Negara Islam, Hukum Hudud, isu menukar perlembagaan negara dan konsep Malaysian-Malaysia - tidak pernah kita mendengar bahawasanya PKR mempunyai pendirian yang jelas lagi tetap.

4. Parti tersebut sering berdolak-dalik apabila membincangkan isu-isu di atas - sehingga rakyat semakin keliru dan mengelirukan. Yang jelas dan nyata ialah, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai hala tuju, tidak mempunyai prinsip dan tidak mempunyai idealisme perjuangan! Membanteras rasuah dan penyelewengan - itu bukan termasuk dalam konsep idealisme dan prinsip parti, ia merupakan perjuangan asasi setiap manusia, tidak mengira parti politik, agama mahu pun kaum.

5. Jelaslah, sesungguhnya Nurul Izzah sendiri buta terhadap asal-usul parti bapanya sendiri. PKR ditubuhkan bukan atas dasar prinsip dan idealisme - PKR ditubuhkan atas dasar sifat dendam, benci dan dengki - inilah hakikat idealisme PKR. Dengan kata lain, PKR ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan BN dan memecah-belahkan masyarakat di Malaysia, ini tujuan utama PKR. Nurul Izzah tidak perlu sibuk membicarakan soal idealisme dan prinsip perjuangan, sekiranya masih jahil terhadap asas-usul parti sendiri. Baca laporan di bawah :

KUCHING: PKR's Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar today gave her clearest indication yet that she is backing Zaid Ibrahim in his quest for the deputy president's post in the forthcoming party polls. While lambasting ā€œnarrow-minded politiciansā€ in PKR, Nurul Izzah said that Zaid, on the other hand, was a leader with vision for the party. Earlier in her speech to party members in Sarawak last night, she called on them to choose leaders who are committed to the ideals and the principle of the party.ā€œI donā€™t mind who you choose as the president and deputy president or as vice president. What is the most important thing is that he or she must be someone who is sincere, and who is committed to the ideals and principle of the party.

ā€œHe must be a true fighter,ā€ she added, reminding them that in their efforts to choose leaders, they should be aware of leaders who were just like a wolf wearing a sheepskin.

While she had not named Zaid, or any other leaders, in her speech, she nevertheless told reporters this morning that she would back Zaid as a leader of the party. She pointed out that Zaid had the necessary leadership qualities to steer PKR forward. Zaid will be facing off vice-president Azmin Ali for the deputy's post in the party polls. While Nurul Izzah has now openly backed Zaid, Azmin is said to have the backing of Nurul's father and party's supreme leader Anwar Ibrahim.

From Nov 13, all members in Sarawak as well as in Sabah and Peninsular Malaysia would also vote for national leaders for the posts of deputy president, five vice-presidents and members of the supreme council. ā€œPKR is the party of the future,ā€ Nurul said, pointing out that the party did not want ā€œwolves in sheepskinsā€.ā€œIt is not the party for people from Semenanjung Malaysia, but for all Malaysians including those from Sarawak and Sabah.'We need Zaid' At a press conference before returning to Kuala Lumpur this morning, Nurul, the Lembah Pantai MP, indicated her support for party leader Zaid. ā€œIn my speech I was referring to some narrow-minded politicians at national level, who talked about the interests of certain racial groups only,ā€ she said.

Comments

Unknown saidā€¦
SALAM,
DAKWA DAN BARU DIKETAHUI DIA NI SALAH ATAU TIDAK ! LF DAH MULA RIMAS DENGAN TINDAK-TANDUK SESETENGAH ORANG POLITIK NI
SPU saidā€¦
Salam,
mohon linkkan blog http://spu-bloggers.blogspot.com
terima kasih.
azlishukri saidā€¦
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam ā€“ apabila dengan sengaja menyamakan perkataan ā€œTuhanā€ dengan ā€œAllahā€ dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia ā€“ yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita ā€“ mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik ā€“ harus bertegas dan serius mempertahan agama Alla...

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun Oleh Shamsul Amri Baharuddin Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia. Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21. Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya. Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama...

Bagan Pinang 2009 : 2 + 1 Berapa?

Bagan Pinang 2009 2 + 1 Berapa? Saya sebenarnya sedikit risau dengan keadaan politik di Bagan Pinang, kerisauan itu adalah berasaskan kepada beberapa perkara tersebut : 1. Undi tentera yang didakwa akan berpihak kepada pembangkang, benarkah begitu? Menurut sumber tertentu, sudah kedengaran berlaku arus perubahan dalam kalangan tentera yang akan mengundi pembangkang secara besar-besaran. Ini satu hal yang serius. Soalnya sekarang mengapa mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang? Dan apa yang harus kita lakukan? 2. Dikatakan bahawa 65% generasi muda di Bagan Pinang masih kental menyokong pembangkang. Benarkah begitu? Apakah langkah Pemuda UMNO Malaysia dalam mendekati mereka? 3. Wujud undi sabotaj dalam kalangan ahli UMNO yang jujur berjuang dan sejak awal-awal lagi golongan ini menolak Tan Sri Isa Samad sebagai calon di kawasan tersebut - persoalannya berapa ramaikah golongan tersebut dan kesannya kepada undian untuk BN kelak? Kesimpulan saya : Saya risau dengan keputusan yang bakal...