Skip to main content

UMNO dan BN Jangan Terlalu Yakin


BN dan UMNO
Jangan Terlalu Yakin

Saya ingin mengingatkan diri saya dan BN Sarawak agar tidak terlalu yakin dengan sokongan rakyat kepada kerajaan negeri pada waktu ini. Pengalaman kita di Sibu telah menggambarkan segala-galanya. BN Sarawak mungkin tidak ada masalah untuk mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada, tetapi bagaimana pula dengan nasib parlimen-parlimen BN di sana? Masih boleh dipertahankan lagi? Saya bimbang, kita terlalu yakin dengan laporan-laporan daripada pihak kita sendiri (termasuk daripada SB, tentera dan agen parti) untuk membuat analisis menang atau kalah seseorang calon itu, sedangkan kita sendiri tidak meluangkan masa untuk bersama-sama dengan rakyat bawahan - bertanya apakah isu utama yang sedang menghantui mereka.

UMNO/BN perlu belajar daripada ketewasan yang kita alami di Sibu - sokongan terbuka di media massa oleh pihak-pihak tertentu bukan sokongan yang jitu dan membantu. Kita harus sedar, Sabah dan Sarawak bukan lagi lubuk emas untuk kita memperoleh kemenangan dengan mudah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pada hemat saya kedua-dua buah negeri itu harus diberi perhatian rapi dan fokus yang lebih - agar BN/UMNO tidak tersungkur lebih awal di medang perang! Baca berita di bawah :


KUCHING, 30 Sept – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan majoriti selesa pada pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan kepada bilangan kerusi Bumiputera.

Pilihan raya disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, tetapi kemungkinan besar awal tahun depan. Mandat semasa akan berakhir Julai 2011. Namun, katanya, beliau akan kecewa jika kerajaan negeri yang bakal dibentuk tidak mempunyai bilangan wakil kaum Cina yang besar.

Dipetik Bernama, beliau berkata demikian pada Ramah Tamah Aidilfitri yang dihadiri 3,000 orang kebanyakan masyarakat Cina. Ucapannya diterjemah ke bahasa Mandarin. Jamuan itu, yang diadakan di sebuah hotel di sini, diadakan sempena perasmian lebuh raya berharga RM61.5 juta dari Stutong ke Zon Perindustrian Sama Jaya dan Lapangan Terbang antarabangsa Kuching.

Ketika ditanya pemberita sama ada pengundi Cina akan menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya itu nanti, Taib berkata: “Itu saya tak tahu. Terpulang kepada masyarakat Cina untuk membuat keputusan.”

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi, 56 daripadanya kawasan majoriti Bumiputera manakala 15 lagi mempunyai ramai pengundi Cina. Taib berkata masyarakat Cina perlu mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan.

“Untuk menikmati kemajuan, kita perlu bersama dengan kerajaan. (Dengan bersama kerajaan) kita bukan saja berhak menyuarakan apa yang tidak kena dengan kerajaan tetapi kita akan turut terlibat dalam menyumbang kepada kemajuan rakyat,” katanya. Taib menasihatkan kaum Cina supaya berfikir sedalam-dalamnya mengenai kesan jika mereka tidak mempunyai wakil dalam kerajaan. “Anda perlu memilih wakil untuk menyertai kerajaan. “Jika tidak ada wakil Cina dalam kerajaan, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya tidak akan mendapat nasihat yang dapat memberi manfaat kepada kaum Cina,” katanya.

Comments

Unknown said…
Setuju , BN tidak boleh terlalu yakin menghadapi samada PRU atau PRK , keadaan sudah berubah , cara kempen dan kehendak pengundi juga sering berubah ,

mungkin lebih baik jika para pemimpin melihat sejarah yang berlaku , atau meneliti kejayaan / kekalahan pada PRK yang telah berlaku dibeberapa kawasan sebelum ini ,

negara , bangsa dan imej menjadi taruhan , pesan orang tua2 kalau minum air jangan angkat gelas tinggi2 , takut terlepas dari tangan gelas pecah berderai !
abgo said…
Saya tetap yakin kepimpinan YAB ketua menteri sarawak bole mencapai kemenangan besar. PRK Sibu dulu lain, terlalu ramai orang semananjung datang tapi tidak memahami budaya orang tempatan.
abgo said…
saya tetap yakin BN dibawah kepimpinan YAB Ketua Menteri sarawak masih mendapat sokongan rakyat. PRK Sibu dulu lain. Banyak gilak orang semanjung datang, udah jak sik memahami budaya orang tempatan.
azlishukri said…
abgo kita berharap agar BN menenag besar pada kali ini.
Anonymous said…
saya rasa ini satu petanda buruk bagi BN di Sarawak, do not overstay your welcome CM (meaning, the signs are very clear already, kenapa tak nampak atau buat2 tak nampak).

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y