Skip to main content

Lee Kuan Yew Juga Menggunakan ISA


Lee Kuan Yew Juga Menggunakan ISA


Sama-sama kita membaca tulisan Susan Lim dari Malaysia-Instinct di bawah ini yang saya fikir baik untuk kita renungkan-renungkan. Lee Kuan Yew juga pernah menggunakan kaedah ISA bagi tujuan keamanan dan ketenteraman.

1. Semenjak dua menjak ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan SMS/MMS meramalkan penangkapan pemimpin pembangkang di bawah Akta ISA. SMS/MMS ini dipercayai disebarkan oleh agen Zionis yang berpangkalan di Singapura untuk menimbulkan keresahan dan kebencian terhadap kerajaan.

2. Kerajaan tidak akan sekali-kali menangkap sesiapa jua tanpa sebab yang konkrit di bawah ISA. Ini kerana ISA hanya digunakan apabila keadaan terdesak di mana keselamatan negara terancam. Namun, pembangkang yang ‘dipimpin’ oleh Zionis Singapura sememangnya ingin mencabar kerajaan untuk menggunakan Akta ini terhadap mereka. Siapa yang akan dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan tidak penting, asalkan matlamat mereka tercapai. Malah dalam keluaran Harakah terbaru, PAS nampaknya dengan sengaja mengaitkan keresahan rakyat dalam isu perkauman ini adalah angkara BN.Sedangkan rakyat yang celik hati., nampak yang ketara memainkan isu perkauman adalah pembangkang bukannya kerajaan. Buktinya, Perdana Menteri sendiri tidak banyak menyentuh tentang hal ini secara terbuka.

3. SMS/MMS tersebut bersandar kepada tangkapan Theresa Kok dan wartawan akhbar berbahasa Cina di bawah ISA, di zaman Pak Lah. Mereka cuba membuktikan bahawa ISA digunakan secara zalim di mana dalam kejadian tersebut, mereka yang ditangkap tidak langsung merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Bagaimanapun, mengaitkan cara pemerintahan Pak Lah dengan Najib adalah perbuatan orang yang kehabisan modal politik. Ini kerana Najib bukan Pak Lah, begitu juga sebaliknya.

4. Najib yang terkenal dengan sikap yang suka mengambil jalan selamat, tidak mungkin sekali-kali mengambil jalan singkat dalam menangani apa-apa isu. Cara Najib, seperti juga cara Pak Lah, pasti ada baik dan buruknya. Namun, dalam soal ISA ini, ternyata cara Najib tentulah lebih baik dari Pak Lah.Kerana itu Najib dilihat lebih suka memanggil kepala-kepala pertubuhan Cina agar meredakan keadaan bukannya memanaskan lagi hati rakyat.

5. Pembangkang sudah lama melihat ISA sebagai senjata yang sentiasa tersedia yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Oleh itu, mereka cuba membuat provokasi demi provokasi untuk mencabar kerajaan dengan harapan ada penyokong mereka yang kehilangan sabar lalu bertindak keterlaluan sehingga mengancam keselamatan negara. Jika penyokong tersebut berjaya menimbulkan kekacauan maka kekuatan kerajaan akan terjejas dan ini memberi imbuhan kepada perjuangan mereka. Kena caranya, mereka mungkin akan terus ke Putrajaya. Tetapi, jika penyokong mereka ditangkap mengikut Akta ISA tanpa sempat menimbulkan huru-hara yang besar, mereka akan menggunakan pengaruh mereka di peringkat antarabangsa untuk menekan kerajaan Malaysia menghapuskan ISA pula dengan menuduh penyokong mereka dizalimi kerajaan.

6. Walau apa jua kesudahannya, isu ISA tetap menjanjikan keuntungan dalam politik pembangkang. Kata-kata Lee Kuan Yew pada 1986 adalah dirujuk: “We have to lock up people, without trial, whether they are communists, whether they are language chauvinists, whether they are religious extremists. If you don’t do that, the country would be in ruins.”Jelas, Lee Kwan Yew sendiri menggunakan ISA untuk memastikan negaranya aman tetapi agennya pula bekerja keras berjuang agar Malaysia menghapuskan ISA agar Malaysia tidak aman. Apabila negara ini tidak aman, akan lebih mudahlah Singapura menakluki Malaysia melalui DAP.Tangan Singapura telah berjaya menghuru-harkan Selatan Thailand. Kini tangan yang sama mahu menghancurkan Semenanjung Malaysia pula!.

Comments

Yelah tu. Penat sungguh blogger suruh kerajaan ambil tindakkan ISA masih tak jalan-jalan. Bukan apa, jika tiada tindakan pantas akan menyebabkan segelintir rakyat hilang pertimbangan.

Walau bagaimanapun jika ada tindakan lain yang lebih berkesan mungkin rakyat boleh terima dan bertenang. Yang penting, jika tidak ada orang cabar kita, kita juga tak akan cabar orang.

Mudah-mudahan kita semua boleh bersabar. Selepas parti yang memporak-perandakan rakyat dan negara itu hancur mungkin negara kembali semula aman. Rasanya keadaan sekarang telah banyak mengajar kepada semua. Parti yang memporak-perandakan negara sekarang ini telah di tarik nikmatnya sedikit demi sedikit.

agbr47: Hanya perjuangan yang berkualiti sahaja yang akan terus bertahan.
azlishukri said…
ular menyusur akar saya juga fikir hal yang sama. Dah letih mintak kerajaan bertindak...

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y