Skip to main content

Lee Kuan Yew Juga Menggunakan ISA


Lee Kuan Yew Juga Menggunakan ISA


Sama-sama kita membaca tulisan Susan Lim dari Malaysia-Instinct di bawah ini yang saya fikir baik untuk kita renungkan-renungkan. Lee Kuan Yew juga pernah menggunakan kaedah ISA bagi tujuan keamanan dan ketenteraman.

1. Semenjak dua menjak ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang menyebarkan SMS/MMS meramalkan penangkapan pemimpin pembangkang di bawah Akta ISA. SMS/MMS ini dipercayai disebarkan oleh agen Zionis yang berpangkalan di Singapura untuk menimbulkan keresahan dan kebencian terhadap kerajaan.

2. Kerajaan tidak akan sekali-kali menangkap sesiapa jua tanpa sebab yang konkrit di bawah ISA. Ini kerana ISA hanya digunakan apabila keadaan terdesak di mana keselamatan negara terancam. Namun, pembangkang yang ā€˜dipimpinā€™ oleh Zionis Singapura sememangnya ingin mencabar kerajaan untuk menggunakan Akta ini terhadap mereka. Siapa yang akan dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan tidak penting, asalkan matlamat mereka tercapai. Malah dalam keluaran Harakah terbaru, PAS nampaknya dengan sengaja mengaitkan keresahan rakyat dalam isu perkauman ini adalah angkara BN.Sedangkan rakyat yang celik hati., nampak yang ketara memainkan isu perkauman adalah pembangkang bukannya kerajaan. Buktinya, Perdana Menteri sendiri tidak banyak menyentuh tentang hal ini secara terbuka.

3. SMS/MMS tersebut bersandar kepada tangkapan Theresa Kok dan wartawan akhbar berbahasa Cina di bawah ISA, di zaman Pak Lah. Mereka cuba membuktikan bahawa ISA digunakan secara zalim di mana dalam kejadian tersebut, mereka yang ditangkap tidak langsung merupakan ancaman kepada keselamatan negara. Bagaimanapun, mengaitkan cara pemerintahan Pak Lah dengan Najib adalah perbuatan orang yang kehabisan modal politik. Ini kerana Najib bukan Pak Lah, begitu juga sebaliknya.

4. Najib yang terkenal dengan sikap yang suka mengambil jalan selamat, tidak mungkin sekali-kali mengambil jalan singkat dalam menangani apa-apa isu. Cara Najib, seperti juga cara Pak Lah, pasti ada baik dan buruknya. Namun, dalam soal ISA ini, ternyata cara Najib tentulah lebih baik dari Pak Lah.Kerana itu Najib dilihat lebih suka memanggil kepala-kepala pertubuhan Cina agar meredakan keadaan bukannya memanaskan lagi hati rakyat.

5. Pembangkang sudah lama melihat ISA sebagai senjata yang sentiasa tersedia yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Oleh itu, mereka cuba membuat provokasi demi provokasi untuk mencabar kerajaan dengan harapan ada penyokong mereka yang kehilangan sabar lalu bertindak keterlaluan sehingga mengancam keselamatan negara. Jika penyokong tersebut berjaya menimbulkan kekacauan maka kekuatan kerajaan akan terjejas dan ini memberi imbuhan kepada perjuangan mereka. Kena caranya, mereka mungkin akan terus ke Putrajaya. Tetapi, jika penyokong mereka ditangkap mengikut Akta ISA tanpa sempat menimbulkan huru-hara yang besar, mereka akan menggunakan pengaruh mereka di peringkat antarabangsa untuk menekan kerajaan Malaysia menghapuskan ISA pula dengan menuduh penyokong mereka dizalimi kerajaan.

6. Walau apa jua kesudahannya, isu ISA tetap menjanjikan keuntungan dalam politik pembangkang. Kata-kata Lee Kuan Yew pada 1986 adalah dirujuk: ā€œWe have to lock up people, without trial, whether they are communists, whether they are language chauvinists, whether they are religious extremists. If you donā€™t do that, the country would be in ruins.ā€Jelas, Lee Kwan Yew sendiri menggunakan ISA untuk memastikan negaranya aman tetapi agennya pula bekerja keras berjuang agar Malaysia menghapuskan ISA agar Malaysia tidak aman. Apabila negara ini tidak aman, akan lebih mudahlah Singapura menakluki Malaysia melalui DAP.Tangan Singapura telah berjaya menghuru-harkan Selatan Thailand. Kini tangan yang sama mahu menghancurkan Semenanjung Malaysia pula!.

Comments

Wake UP! saidā€¦
Guantanamo Bay lagi baik. Patut dibuat satu di Malaysia.

Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.
Ular Menyusur Akar saidā€¦
Yelah tu. Penat sungguh blogger suruh kerajaan ambil tindakkan ISA masih tak jalan-jalan. Bukan apa, jika tiada tindakan pantas akan menyebabkan segelintir rakyat hilang pertimbangan.

Walau bagaimanapun jika ada tindakan lain yang lebih berkesan mungkin rakyat boleh terima dan bertenang. Yang penting, jika tidak ada orang cabar kita, kita juga tak akan cabar orang.

Mudah-mudahan kita semua boleh bersabar. Selepas parti yang memporak-perandakan rakyat dan negara itu hancur mungkin negara kembali semula aman. Rasanya keadaan sekarang telah banyak mengajar kepada semua. Parti yang memporak-perandakan negara sekarang ini telah di tarik nikmatnya sedikit demi sedikit.

agbr47: Hanya perjuangan yang berkualiti sahaja yang akan terus bertahan.
azlishukri saidā€¦
ular menyusur akar saya juga fikir hal yang sama. Dah letih mintak kerajaan bertindak...

Pilihan Pembaca

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam ā€“ apabila dengan sengaja menyamakan perkataan ā€œTuhanā€ dengan ā€œAllahā€ dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia ā€“ yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita ā€“ mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik ā€“ harus bertegas dan serius mempertahan agama Alla...
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...