Skip to main content

Lagi Desakan Majlis Peguam Dibubarkan!


Lagi Desakan
Majlis Peguam Dibubar!

Baca Rencana Tulisan Susan Lim di Malaysia-Instinct di bawah

1. Majlis Peguam sememangnya sinonim dengan sikap anti-kerajaan. Ini tidak mengejutkan memandangkan ramai pemimpin pembangkang dan para pensimpati mereka terdiri dari para peguam.

2. Majlis Peguam sering mengkritik sistem perundangan dengan membayangkan adanya campurtangan kerajaan dalam pemilihan hakim dan proses penghakiman terutamanya bila kes tersebut mampu memberi imbuhan kepada perjuangan parti pembangkang. Di masa yang sama, mereka tidak segan silu memberi sepenuh sokongan terhadap pembangkang sama ada secara jelas mahupun tidak langsung.

3. Dalam kesibukan mereka berpolitik, mereka telah mengabaikan kerja yang diamanahkan kepada mereka, iaitu mencari keadilan. Akibatnya, mereka gagal bersikap profesional serta kerap memberi nama buruk terhadap sistem perundangan Malaysia melalui tingkah laku dan gelagat mereka.

4. Bukti kegagalan mereka kini terserlah apabila mereka langsung tidak menyemak latarbelakang ahli-ahli mereka. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya membongkar kemungkinan kewujudan seorang pembunuh bersiri yang sadis di dalam keahlian Majlis Peguam.

5. Lebih mengejutkan apabila suspek tersebut pernah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak layak menawarkan perkhidmatan guaman lagi. Jelas, Majlis Peguam telah gagal memantau kegiatan ahli-ahli mereka yang dikenakan tindakan menyebabkan mereka yang dikenakan tindakan pun masih lagi ‘bekerja’ seperti biasa.

6. Sebenarnya, banyak sekali aduan yang diterima oleh Majlis Peguam mengenai ahli-ahli mereka. Antaranya, peguam menipu dan menganiaya pelanggan dengan tidak hadir perbicaraan sehinggakan pelanggan yang tidak bersalah telah kalah dalam perbicaraan.

7. Bagaimanapun, peguam-peguam ini langsung tidak dikenakan tindakan dengan alasan tidak cukup bukti sehinggakan ramai dari mereka yang mengambil kesempatan untuk melakukan pecah amanah. Amat jarang sekali kita mendengar peguam dibawa ke mahkamah kerana mereka pandai mengelirukan, memanipulasi serta menipu pelanggan yang kurang arif tentang sistem keadilan.

8. Jelas, peranan Majlis Peguam adalah jauh lebih rendah dari persatuan profesional lain contohnya, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang lebih tegas dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan atau menarik balik lesen perubatan doktor-doktor yang didapati terlibat dalam salahlaku. Namun, ini tidak berlaku dalam Majlis Peguam di mana seorang peguam boleh berbuat salah berulang kali, waima 100 kali pun tetap tidak akan diambil tindakan oleh Majlis Peguam.

9. Mungkin kerana mereka beranggapan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh seorang peguam tidak membabitkan nyawa pesakit sepertimana doktor. Namun, kes Sosilawati, rakan-rakannya dan entah siapa tahu berapa ramai yang lain telah membuktikan sebaliknya.

10. Inilah yang terjadi apabila para peguam lebih suka berpolitik dan memperjuangkan benda-benda remeh atas alasan hak asasi serta lebih rela menjadi kerbau yang dicucuk hidung kepada personaliti tertentu dalam kem pembangkang. Imej Majlis Peguam sudah lama tercemar sehinggakan peguam tidak lagi dipandang tinggi. Sikap tidak professional, penipu serta terang-terangan berpolitik sehingga mengabaikan keadilan menyebabkan profesion peguam kini dipandang sinis.

11. Ia juga seperti mengesahkan pandangan sesetengah orang kampung bahawa peguam dilahirkan untuk menjadi ahli neraka. Persepsi ini nampak macam kolot, namun seperti ada kebenaran berdasarkan perbuatan dan sikap kebanyakan ahli-ahli yang bernaung di bawah Majlis Peguam sekarang. Apatah lagi bila ada peguam tersohor yang membongkar kegiatan liwat seseorang suatu ketika dahulu tetapi kini membelanya pula semata-mata kerana politik.

12. Peguam menangguhkan kes tanpa sebab yang relevan dan tidak mempedulikan keadilan seperti Karpal dalam kes Anwar, serta peguam mempermainkan keadilan dengan menggunakan saksi yang jelas berbohong di mahkamah seperti Gobind dan kes Teoh Beng Hock adalah antara bukti kehancuran kredibiliti Majlis Peguam secara keseluruhan.

13. Di kalangan peguam sendiri perasaan hormat terhadap Majlis Peguam telah lama hilang. Ramai peguam begitu liat untuk menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Peguam sehingga mesyuarat terpaksa ditunda beberapa kali akibat tidak cukup anggota. Ketidakhadiran mereka bukan sahaja menunjukkan hilangnya rasa hormat tetapi juga tidak percaya terhadap Majlis Peguam itu sendiri yang jelas melakukan diskriminasi kaum.

14. Diskriminasi kaum dalam Majlis Peguam amatlah ketara, terutamanya terhadap kaum Melayu. Adalah sukar sekali bagi seorang peguam Melayu walau betapa hebatpun khidmatnya, untuk terlantik ke dalam jawatankuasa majlis, jauh sekali ke jawatan tertinggi.

15. Dengan sikap Majlis Peguam yang tidak profesional dan mengamalkan diskriminasi, mereka sebenarnya tidak layak lagi bercakap mengenai keadilan, apatah lagi hak asasi manusia. Justeru, eloklah Majlis Peguam dibubarkan saja demi membersihkan imej perundangan negara dan menegakkan keadilan dengan sebenar-benarnya.

Comments

PenaKiri said…
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-wajar-pekida-salahkan-majlis-peguam-kata-speaker/

Sebenarnya polis yang salah kerana gagal siasat kes membabaikan tertuduh.
C L J said…
Tak menjadi masaalah etika ke bagi badan proffesional terlibat dengan politik ? Masih proffesionally ethical ka ??
Anonymous said…
geng loyar ni berlagak je lebih....tak kira melayu.,keling atau cine.....cakap pastinya berbelit....

loyar baru
semut merah said…
duit-duit di mana kau duit? sama juga org2 umno ada duit semua blh buat semua blh jadi punya..

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y