Saya memetik sebuah laporan daripada blog Melayu Baru berkenaan isu pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh. Sebelum ini, saya sudah maklumkan di dalam blog ini , bahawa KJ berkemungkinan besar akan menyertai kabinet DS Najib tidak lama lagi, ekoran kejayaan luar biasa beliau mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat - dan jika laporan blog ini menjadi realiti, soalnya hanya satu, apakah pendirian para bloggers pro-kerajaan kelak? Apakah para bloggers ini bakal berpaling tadah dan bertukar kiblat seperti mana yang dikatakan oleh Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit-cuit di Utusan Malaysia? Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu perkembangannya. Baca laporan itu di sini :
NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin satu masa dahulu seorang yang rapat dengan bapa mertua KJ yang juga bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin beliau mahu memperbaiki kembali hubungan yang terjejas apabila beliau menjadi antara suara pendesak yang terkuat mahukan Abdullah berundur selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Sokongan kepada KJ mungkin boleh menjernihkan hubungan.
Semua maklumat ini penulis terima daripada rakan bloger (pro kerajaan) yang berpengaruh dalam satu pertemuan di Jakarta baru-baru ini (bukan di KL yea). Dikatakan KJ akan dilantik ke Kementerian Belia dan Sukan, satu kementerian yang tidak asing untuk golongan muda. Malah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali menjadi Timbalan Menteri di Kementerian berkenaan. Sama ada ini berita baik atau berita buruk, masa yang akan menentukan. Kalau ambil kira secara kasar, perlantikan KJ mungkin dilihat satu kesilapan, tetapi tekanan yang terlalu kuat ke atas Perdana Menteri boleh memaksa beliau mengambil langkah yang tidak popular.
NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin satu masa dahulu seorang yang rapat dengan bapa mertua KJ yang juga bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin beliau mahu memperbaiki kembali hubungan yang terjejas apabila beliau menjadi antara suara pendesak yang terkuat mahukan Abdullah berundur selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Sokongan kepada KJ mungkin boleh menjernihkan hubungan.
Semua maklumat ini penulis terima daripada rakan bloger (pro kerajaan) yang berpengaruh dalam satu pertemuan di Jakarta baru-baru ini (bukan di KL yea). Dikatakan KJ akan dilantik ke Kementerian Belia dan Sukan, satu kementerian yang tidak asing untuk golongan muda. Malah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali menjadi Timbalan Menteri di Kementerian berkenaan. Sama ada ini berita baik atau berita buruk, masa yang akan menentukan. Kalau ambil kira secara kasar, perlantikan KJ mungkin dilihat satu kesilapan, tetapi tekanan yang terlalu kuat ke atas Perdana Menteri boleh memaksa beliau mengambil langkah yang tidak popular.
Comments
Salahkan itu beruk itam yang dibenci ramai.
UMNO x pnh berubah!
Jangan takut kepada harimau kalau benci kepada singa.
Jangan berkawan dengan kancil kalau bersaudara dengan buaya....
renung2kanlah............
HAK Perdana Menteri untuk LANTIK siapa saja ke dalam KABINETnya..
HAK kami sebagai RAKYAT untuk MENOLAK PM dan seluruh KABINETnya jika kami tak SUKA dengan 'somebody' dalam KABINETnya..
Jadik, Tuan PM boleh PILIH yang mana satu..
Wallahualam..
1. Jika benar perlantikan KJ sebagai Menteri penuh, ini akan mengundang persepsi negatif kepada parti UMNO..
2. Persepsi seolah-olah UMNO KETANDUSAN pemimpin... Transformasi bermakna ONLY ONE CHANCE for them.. imej dah tercalar, ganti pemimpin baru..!
3. Dan juga.. faktor Tun Mahathir juga mempengaruhi dalam isu ini.. ingat, siapa yg membongkar isu tingkat 4 Putrajaya!!!
zamsalam.sabah.
p/s: "kuasa" aku, hanya pada satu undi.
Kalau benar Khairy dilantik menjawat apa-apa jawatan dalam mana-mana kabinet...itu adalah berita buruk!.
Kita bukan anti Khairy kerana namanya Khairy...tetapi sejarah buruk lagi hitam yang telah diukirnya dalam perjuangan UMNO semasa Pak Lah menerajui parti dan kerajaan dahulu tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Masih ramai tokoh lain yang boleh mengambil tempat Khairy.
Akhlak Khairy tidak jauh berbeza dengan Nuar Berahim. Kita tidak mahu ada Nuar Berahim Kedua dalam negara ini.
Saya mohon maaf kalaw pandangan saya bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan tuan.
Menjaga UMNO samalah seperti menjaga ibu.
Wallahua'lam
Kalau betul KJ jadi menteri maka akan tambah lagi koleksi menteri pengkhianat bangsa dalam kerajaan BN. KJ tak de talent sebagi menteri nanti dia kan jadi macam Nazri Aziz dan krismuddin.
NI BERITA BAIK.
HE HE HE HE
I Hate KJ.. Only monkey will accept him into cabinet..
Klu laa benar bagai dikata dan direncanakan oleh PM, aku rasa inilah keputusan yang PALING PALING PALING BERANI yang pernah dibuat dalam hidup Tok Jib. Pasti beliau telah mencongak +ve & -ve nya. Tentu +ve ikut percaturan beliau. Tapi sayangnya 51% adalah +ve tapi bakinya 49% pula -ve.
Yer... inilah bakal kesalahan besar beliau selepas kesalahan membiarkan Rosmah bermaharajalela dalam medium eloktronik perdana.
Kulit Pak Itam tu dah x leh diputihkan lagi dah.
(Just Another F_____ Observer)
KJ telah menjahanamkan BN sehingga 5 buah negeri terlepas ke tangan pembangkang.
Tengok sejarahnya. Jadi Naib Ketua Pemuda melalui paracut. Kemudian menang jadi KP melalui rasuah. Orang macam inikah yang hendak dilantik jadi Menteri.
Apakah untuk mendapat sedikit undi hilang sokongan rakyat yang tak dapat terima KJ yang sombong, angkuh waktu bapa mertua jadi PM dulu.
Melantik KJ bererti membantu pembangkang. Pembangkang amat suka dengan perlantikan ini kerana ia melemahkan sokongan rakyat terhadap BN.
Setelah begitu teruk untuk mendapatkan sokongan rakyat semula, maka dengan sekelip mata
runtuhkan semula dengan perlantikan KJ dalam kabinet.
Aku dah mula rasa MELUAT.
Yang peliknya tidak ada pun kedengaran daripada rakyat mendesak KJ dilantik sebagai ahli kabinet. Kenapa pula sibuk nak lantik dia.
Jangan lupa peranan KJ yang telah menjahanamkan PRU 12 dulu.
Tetapi nak hairan apa. MELAYU MUDAH LUPA.
Sejak KJ menang sebagai ketua pemuda, aku tak henti2 berdoa selepas setiap solat supaya KJ mendapat tempat di dalam kabinet..hari ni kalau di baca artikel Encik Azli ni, menjurus kepada termakbulnya doa aku terhadap KJ yang amat kucintaik...Alhamdulillah sekali lagi kerana DatoSeri PM akan membawa KJ ke dalam " Kabinet"nya dan maksud kabinet bagi aku di sini ialah di bekukan...jangan harap la hang KJ oii...jadi KP pun seropa Mayat Hidup, satu apa pun tak jalan..setakat claim milleage dari para pendaftar pemilih wakil Umno mencari pengundi baru aku pun reti...pooodahhhhhh.
Atau ini sekadar satu lagi 'khabar angin' yang sengaja di tiup untuk melihat 'pasaran'???
semoga Allah membuka hati pengkhianat kj ni,
http://lidahcicak.blogspot.com/
1. Kalau ini menjadi realiti, I HAVE TO SAY GOOD BY UMNO!
UMNO x pnh berubah!
(AMNO mmg tak pernah berubah.....hahahaa)
2. Selamat Tinggal ..... Ini lah yang layak bagi orang yang menghancurkan imej Malaysia.. sesungguhnya UMNO tidak pernah berubah
(sekarang jugak tinggal pon tak perlah....tak der faedah pon)
3. Aku mintak najib nie sembahyang istikharah....apa PM nak lingkupkan UMNO ke?....dia tak tahu ke masa perhimpunan agong dulu, dia nie lah orang yang telah dapat kad merah bersama-sama Ali Rustam, malangnya pengadil suruh Ali rustam saja keluar padang....
Kalau betul KJ jadi menteri maka akan tambah lagi koleksi menteri pengkhianat bangsa dalam kerajaan BN. KJ tak de talent sebagi menteri nanti dia kan jadi macam Nazri Aziz dan krismuddin.
(Ali rustam masih ketua menteri kan?..hahaha..bodoh.....eh..nazri aziz ngan krismudin tuh tak der talent ekk?..napa masih menten ekk..bodohhhh)
4. Yer... inilah bakal kesalahan besar beliau selepas kesalahan membiarkan Rosmah bermaharajalela dalam medium eloktronik perdana.
(bila orang AMNO sendiri kata rosmah bermaharajalela...ermm.....sah ler...kalau sebelum nih...pembangkang jer cakap....tapi sekarang orang AMNO pon cakap..jadi..bagus sgt ker PM kiter ekk?)
5. Kesimpulan..oit...ramai lagi selain KJ dalam kabinet..dalam BN..dalam UMNO yang tak leh pakai oit....dah ler tuh...blah ler dari UMNO..hahahaha
KJ patut di tangkap selepas Khir Toyo.
Baru lah BN menang 2/3 kerusi Parlimen akan jadi kenyataan.
Penyokong UMNO/BN dah cukup dicabar kerajaan PM Najib hingga kini.
Kini kita cabar balik "Don't break the camel's back"
Wak.
Barangkali kes Namewee boleh jadi kayu pengukur.
PEMUDA UMNO
DIDOA AGAR KJ MAMPU JD PM YG PALING HEBAT DI PLANET BUMI INI....INSYAALLAH...U CAN DO IT KJ..!
PENYOKONG PEMUDA MALAYSIA
Anonymous said...
Begitu lucu membaca luahan hati para pencacai dan kaki putar. sorang dua tak pangkah bn bukannya maksuda apa. kalau kj jadi menteri saluran muda akan digegarkan oleh bn. kalau tidak hanya bn akan tetap dikenali sebagai parti orang tua. apa macam? berani berubah ataupun berani blah!!
December 9, 2010 12:07 PM
KAH!KAH!KAH!
MALAUN tuh umur lagi tua dari aku tapi aku pun terTANYA-TANYA macam mana dia ada KAWAN pinjamkan duit berjuta-juta RM beli saham ECM Libra sedangkan masa tu dia takde keje tetap pun?
Anon penCACAI kat atas boleh jawab? Kalau boleh jawab, bolehle SPRM tambah bahan bukti.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
"UMNO BERUBAH @ REBAH" ungkapan Najib diperhimpunan UMNO satu masa dulu, heheeee..nampak nya dia sendiri yg pilih "REBAH".
Aku bersetuju sgt dgn hang..Kalau Najib pon nk sembang deraih konon " INI HAK SAYA UNTUK LANTIK SESAPA DLM KABINET SAYA!"
Maka kita plak tnjuk HAK KITA! Kita tgk HAK SIAPA lg hebat!
penyokong pemuda malaysia.
Puak pencacai pembgkang mmg akn tumbang lembu kalaun si KJ ni jd menteri..Sikap ego mcm kt bwh ni la yg menyebabkan umno hmpr lingkup.Ayat spt
1) Lantakla korang x mau undi pon umno x kalah.
2) Apa jasa korang pd umno..
Kalau melayu x sokong umno sapa lg nk sokong?? Nk harap cina dgn hindu sokong umno smpai 90% jwbnya tnggu smpai kucing blh terbang la bai!
Penyokong Pemuda Malaysia