Skip to main content

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi

Kadang kala elok juga Nazri Aziz ditegur dan dinasihat oleh Awang Selamat. Komen Awang Selamat kali ini ada "ummp" dan patut diberi perhatian oleh kita semua. Baca komen tersebut : SEKALI LAGI Wee Meng Chee atau Namewee yang pernah beberapa kali menghina Islam dan Melayu, menjadi perhatian ramai. Pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap (baju t, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala) mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang banyak pihak. Banyak pengendali blog naik angin kerana Namewee mendapat keistimewaan sedangkan rakyat biasa lain kena mematuhi peraturan berpakaian jika memasuki bangunan Parlimen.

Apa istimewanya beliau? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai. Setelah beberapa kali mencetuskan kemarahan umat Islam, Namewee bukan sahaja tidak didakwa (seolah-olah mempunyai imuniti) malah dijadikan ikon. Untuk apa pula seorang menteri mahu memberi perhatian luar biasa dan bantuan kepada seorang yang menggugat keharmonian negara? Ramai lagi siswazah menganggur terdiri daripada semua kaum dan anak muda yang kreatif dalam seni, yang wajar diberi pembelaan, bukannya si biadap dan kurang ajar. Kalau begitu, untuk apa menjadi warga negara yang baik dan bertanggungjawab jika ‘penyangak’ juga yang mahu dijulang.

Awang bukan mahu berbalah dengan Nazri. Beliau tetap sahabat Awang dan seorang yang diakui mempunyai karisma serta kekuatan tersendiri. Yang baik diakui dan dipuji, yang tidak kena, mesti disanggah dan ditegur. Suara majoriti rakyat tidak boleh diambil mudah. Sebenarnya ramai yang terkejut apabila Namewee dianggap tidak bersalah atas penghinaan dan hasutan yang dilakukan. Awang pun sudah tidak larat geleng kepala apabila menyentuh tentang pemuda itu. Kalau di Singapura, kes Namewee (apatah lagi berulang kali melakukan hasutan) sudah lama dibereskan.

Isu terbaru melibatkan beliau, telah memberikan isyarat yang salah dan bercelaru kepada masyarakat. Malah keresahan umat Islam dan orang Melayu berkaitan cara isu Namewee ini ditangani, semakin meluap-luap. Awang yakin Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak tidak akan mengikut rentak Nazri memberi keistimewaan kepada pemuda itu yang kononnya meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysia. Untuk permohonan itu disampaikan ke meja perbincangan kabinet pun tidak layak. Banyak lagi permohonan rakyat, yang kabinet perlu beri keutamaan dan tumpuan.

Kepada Namewee, beliau perlu terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Jika beliau tiada kesanggupan untuk berbuat demikian, berhijrahlah ke negara lain yang dirasakan jauh lebih baik daripada tanah air ini. Jangan jadi musuh dalam selimut....

Comments

talol d telok said…
Janganlah kita kerana ingin meraih publisiti yg murahan dan meraih sokongan Bangsa Cina yang sangat rasis maka segala kesalahan Nam wee senang kita lupakan sedangkan Pengetua di Johor, Nasir Safar dan Pegawai BTN terpaksa menelan tekanan yg diberikan oleh Menteri Melayu ini. Mungkin beliau ada agenda yg belum selesai lagi...Fikir-fikirkan...
Anonymous said…
amat jelas kebodohan melayu kita dlm hal yang sesempoi ni
Anonymous said…
Malas nak layan menteri sibingai ini.harap umno tak calonkan dia lg,kalau masih tercalon jg diseru semua org2 melayu tolak sigoblok tolol ini.
Anonymous said…
nazri or nazriah......mmmm......perjuangan yang belum selesai ye.....!!!
Anonymous said…
Nazri lupa ke si Namewee dah banyak buat perangai kat sini. Nazri Aziz patut buat appointment dengan doktor pakar otak. Biar doktor buat CT Scan bahagian saraf otak mana la tau ada lose skru kat mana-mana.
Anonymous said…
Saudara azli,

Saya tak tahu samada PM ada mempunyai kakitangan yang kerja mereka membaca blog ; iaitu cermin pada apa yang masyarakat fikrkan.

Kalau Datuk Najib ada mempunyai kakitangan yang tugas mereka memberitahu Najib apa yang ditulis dalam blog atau dikedai kopi, maka Datuk Najib eloklah lantik pegawai baru kerana jelaslah mereka sedang tidur.

Jika Najib inginkan kejayaan dalam pilihanraya akan datang, nasihat saya tolonglah jangan calonkan Nazri. Orang melayu sangat menyampah dengan seorang Menteri ini.

Sebenarnya Nazri ada juga ambil berat apa yang diperkatakan. Bagaimanapun, beliau cuma tegas jika yang dihina ialah bukan Islam, orang Cina.

Tetapi jika yang dihina itu ialah ugama Islam, Melayu, beliau buat tak peduli.

Inilah tragedi yang melanda umat melayu. Pemimpin UMNO seperti Nazir "berperang" dengan orang Melayu sendiri.
Anonymous said…
melayu tak habis2 bodoh dan diperbodohkan dan orang melayu juga yg buat kerja itu, aku pun tak paham betul dgn si melayu sekor ni, tak kan lah UMNO dah terlalu panic sampai nak main wayang dgn orang cina ni, hoping to secure more chinese votes, ada banyak yg tak kena dgn si menteri melayu sekor ni........aku harap beliau lepas ni masuk museum le
Ahmad said…
Memuja Si Namawe adalah untuk membodek undin kaum cina kembali kepada BN walaupun menyakiti hati melayu. Katakan usaha ini berjaya undi kaum cina kembali kepada BN dan parti komponen berasaskan kaum cina cemerlang dalam pru tetapi, dalam masa yang sama kaum melayu yg sakit hati, kecewa dan marah melakukan protes menyebabkan UMNO tewas teruk apa akan jadi. Fikirkan wahai DS Najib BN menang UMNO kalah siapa yg akan berkuasa. Bodoh punya strategi.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...
KEMUNCULAN MAHATHIR BARU Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka. Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpul...