Skip to main content

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi

Kadang kala elok juga Nazri Aziz ditegur dan dinasihat oleh Awang Selamat. Komen Awang Selamat kali ini ada "ummp" dan patut diberi perhatian oleh kita semua. Baca komen tersebut : SEKALI LAGI Wee Meng Chee atau Namewee yang pernah beberapa kali menghina Islam dan Melayu, menjadi perhatian ramai. Pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap (baju t, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala) mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang banyak pihak. Banyak pengendali blog naik angin kerana Namewee mendapat keistimewaan sedangkan rakyat biasa lain kena mematuhi peraturan berpakaian jika memasuki bangunan Parlimen.

Apa istimewanya beliau? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai. Setelah beberapa kali mencetuskan kemarahan umat Islam, Namewee bukan sahaja tidak didakwa (seolah-olah mempunyai imuniti) malah dijadikan ikon. Untuk apa pula seorang menteri mahu memberi perhatian luar biasa dan bantuan kepada seorang yang menggugat keharmonian negara? Ramai lagi siswazah menganggur terdiri daripada semua kaum dan anak muda yang kreatif dalam seni, yang wajar diberi pembelaan, bukannya si biadap dan kurang ajar. Kalau begitu, untuk apa menjadi warga negara yang baik dan bertanggungjawab jika ‘penyangak’ juga yang mahu dijulang.

Awang bukan mahu berbalah dengan Nazri. Beliau tetap sahabat Awang dan seorang yang diakui mempunyai karisma serta kekuatan tersendiri. Yang baik diakui dan dipuji, yang tidak kena, mesti disanggah dan ditegur. Suara majoriti rakyat tidak boleh diambil mudah. Sebenarnya ramai yang terkejut apabila Namewee dianggap tidak bersalah atas penghinaan dan hasutan yang dilakukan. Awang pun sudah tidak larat geleng kepala apabila menyentuh tentang pemuda itu. Kalau di Singapura, kes Namewee (apatah lagi berulang kali melakukan hasutan) sudah lama dibereskan.

Isu terbaru melibatkan beliau, telah memberikan isyarat yang salah dan bercelaru kepada masyarakat. Malah keresahan umat Islam dan orang Melayu berkaitan cara isu Namewee ini ditangani, semakin meluap-luap. Awang yakin Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak tidak akan mengikut rentak Nazri memberi keistimewaan kepada pemuda itu yang kononnya meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysia. Untuk permohonan itu disampaikan ke meja perbincangan kabinet pun tidak layak. Banyak lagi permohonan rakyat, yang kabinet perlu beri keutamaan dan tumpuan.

Kepada Namewee, beliau perlu terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Jika beliau tiada kesanggupan untuk berbuat demikian, berhijrahlah ke negara lain yang dirasakan jauh lebih baik daripada tanah air ini. Jangan jadi musuh dalam selimut....

Comments

talol d telok said…
Janganlah kita kerana ingin meraih publisiti yg murahan dan meraih sokongan Bangsa Cina yang sangat rasis maka segala kesalahan Nam wee senang kita lupakan sedangkan Pengetua di Johor, Nasir Safar dan Pegawai BTN terpaksa menelan tekanan yg diberikan oleh Menteri Melayu ini. Mungkin beliau ada agenda yg belum selesai lagi...Fikir-fikirkan...
Anonymous said…
amat jelas kebodohan melayu kita dlm hal yang sesempoi ni
Anonymous said…
Malas nak layan menteri sibingai ini.harap umno tak calonkan dia lg,kalau masih tercalon jg diseru semua org2 melayu tolak sigoblok tolol ini.
Anonymous said…
nazri or nazriah......mmmm......perjuangan yang belum selesai ye.....!!!
Anonymous said…
Nazri lupa ke si Namewee dah banyak buat perangai kat sini. Nazri Aziz patut buat appointment dengan doktor pakar otak. Biar doktor buat CT Scan bahagian saraf otak mana la tau ada lose skru kat mana-mana.
Anonymous said…
Saudara azli,

Saya tak tahu samada PM ada mempunyai kakitangan yang kerja mereka membaca blog ; iaitu cermin pada apa yang masyarakat fikrkan.

Kalau Datuk Najib ada mempunyai kakitangan yang tugas mereka memberitahu Najib apa yang ditulis dalam blog atau dikedai kopi, maka Datuk Najib eloklah lantik pegawai baru kerana jelaslah mereka sedang tidur.

Jika Najib inginkan kejayaan dalam pilihanraya akan datang, nasihat saya tolonglah jangan calonkan Nazri. Orang melayu sangat menyampah dengan seorang Menteri ini.

Sebenarnya Nazri ada juga ambil berat apa yang diperkatakan. Bagaimanapun, beliau cuma tegas jika yang dihina ialah bukan Islam, orang Cina.

Tetapi jika yang dihina itu ialah ugama Islam, Melayu, beliau buat tak peduli.

Inilah tragedi yang melanda umat melayu. Pemimpin UMNO seperti Nazir "berperang" dengan orang Melayu sendiri.
Anonymous said…
melayu tak habis2 bodoh dan diperbodohkan dan orang melayu juga yg buat kerja itu, aku pun tak paham betul dgn si melayu sekor ni, tak kan lah UMNO dah terlalu panic sampai nak main wayang dgn orang cina ni, hoping to secure more chinese votes, ada banyak yg tak kena dgn si menteri melayu sekor ni........aku harap beliau lepas ni masuk museum le
Ahmad said…
Memuja Si Namawe adalah untuk membodek undin kaum cina kembali kepada BN walaupun menyakiti hati melayu. Katakan usaha ini berjaya undi kaum cina kembali kepada BN dan parti komponen berasaskan kaum cina cemerlang dalam pru tetapi, dalam masa yang sama kaum melayu yg sakit hati, kecewa dan marah melakukan protes menyebabkan UMNO tewas teruk apa akan jadi. Fikirkan wahai DS Najib BN menang UMNO kalah siapa yg akan berkuasa. Bodoh punya strategi.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...