Skip to main content

Isu Uncle Seekers : Apabila Hujan Adalah Air Mata


Saya sebenarnya malas bagi membicarakan isu cinta antara Uncle Seekers dengan Bekas Permaisuri Agong dalam blog ini. Bagi saya, cerita-cerita sebeginilah yang sebenarnya merosakkan pemikiran generasi muda. Saya secara peribadi tidak menyalahkan Uncle Seekers 100% - agak tidak adil, mana mungkin Uncle Seekers bertepuk sebelah tangan, sekiranya ia tidak disambut oleh pihak yang satu lagi. Pada hemat saya, kesalahan juga seharusnya diletakkan di bahu Cik Puan Aisyah yang sangat "bebas" bermesra dan bergambar dengan lelaki yang jelas bukan mahramnya. Ia jelas berdosa dan terkeluar daripada norma yang telah ditetapkan oleh Islam.

Inilah yang seharusnya kita ambil perhatian serius. Hubungan yang sangat intim antara Cik Puan Aisyah dengan Uncle Seekers didedahkan melalui gambar yang diambil dengan penuh rela hati dan sama sekali tidak mungkin mampu dinafikan oleh sesiapa pun. Pada saya , inilah pokok atau asas permasalahan yang sebenarnya sedang berlaku. Cik Puan Aisyah tidak mampu mengawal pergaulannya - sehingga mudah diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak tahu erti dosa dan pahala. Lantas, keikhlasan Cik Puan Aisyah dimanipulasi demi mendapatkan publisiti dan nama. Malangnya - keikhlasan Cik Puan Aisyah dalam membuktikan cintanya terhadap Si Pencari Hantu ini telah "dijual" dengan harga yang sangat murah kepada khalayak ramai - maka bermarajalelalah fitnah dan air mata.

Kedua-dua insan tersebut tetap bersalah dan berdosa - yang satu mengambil kesempatan dan yang satu lagi pula tidak menjadikan agama sebagai panduan - maka lahirlah syaitan untuk merosakkan segala-galanya. Yang menyedihkan - isu ini menjadi tontonan remaja dan pemudi kita, ia bakal ditiru dan dijadikan asas kepada generasi muda bagaimana seorang bekas Permaisuri Agong yang dahulunya cukup dihormati kerana bertudung dan berakhlak mulia - kini sudah mula dipertikai dan tidak lagi bisa dijadikan contoh kepada anak-anak muda kita. Sesungguhnya, akhlak muda-mudi semakin hancur lantaran terlalu banyak disajikan dengan cerita-cerita sebegini. Wallahualam.

Comments

UjangRanggi said…
Jadi tauladan kepada kita supaya kelemahan wanita tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik.
Apa untungnya publisiti murahan seperti ini didedahkan kepada umum.
Sebaiknya kita jangan 'raikan' kisah2 sebegini..tak mendatangkan kebaikan pun kepada negara dan bangsa..
hafiz said…
menceritakan sesuatu yang terlalu peribadi kepada umum boleh memalukan bukan sahaja individu itu..malah umat islam dan orang melayu jugak..
azlishukri said…
ujang - itulah sebaik2nya

hafiz - malangnya ramai yang menyalah gunakan teknologi maklumat
Anonymous said…
ini semua cerita sakit lah, kembalilah pada jalan yg benar
Putra Blog said…
Asalamualaikum saudara.

Saya tidak marah kalau saudara ingin menulis tentang perkara ini,kerana kita semua mempunyai hak untuk meluahkan pendapat,tinggalnya pendapat kita itu adalah sesuatu yang berbentuk positif atau sebaliknya.

saya juga ada menulis artikel ini.ramai sebenarnya yang masih tidak tau perkara sebenar.apa yang kita nampak [ada lahirah bukan pengukur kebenaran yang sebenarnya.

Gambar yang diambil pada waktu itu ialah dalam keadaan Permaisuri Aishah tidak sedar.sebenarnya Mantan Raja Permaisuri Agong menghadapi sejenis penyakit misteri yang mana setiap perlakuan dan tindakannya tidak sedari sama sekali.Permaisuri Aishah dalam keadaan sakitnya selalu bercakap bukan-bukan,pergi kemana sahaja ikut hatinya sehinggakan ibu pada Permaisuri Aishah sering menangis dan buntu terhadap apa yang terjadi

Sebagai seorang islam,saya harus beritahu perakara yang saya ketahui benar.terpulanglah untuk mempercayai atau tidak.saya sendiri tidak boleh bercakap lebih lanjut kerana kes ini telah pun menjadi kes mahkamah.

Apapun sebagai salah seorang yang rapat dengan Anakanda Almarhum Sultan Perak,Sultan Idris Shah yang juga adik angkat kepada Mantan Permaisuri Siti Aishah,saya boleh menulis dan memberitahu sesuatu.

Kalau ikutkan hati saya,uncle tu sebenarnya layak digelar Manusia yang tidak punya perasaan.Tapi sebagai hamba Allah,saya tidak layak menghukum.Lets God JUDGE the action that make by him..Allahuakbar..

kalau sudi emel saya ke-syukuri_fc@yahoo.com

saya akan terangkan lagi cerita sebnarnya disebalik apa yang dah tersurat ni..

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A