Skip to main content

Isu Uncle Seekers : Apabila Hujan Adalah Air Mata


Saya sebenarnya malas bagi membicarakan isu cinta antara Uncle Seekers dengan Bekas Permaisuri Agong dalam blog ini. Bagi saya, cerita-cerita sebeginilah yang sebenarnya merosakkan pemikiran generasi muda. Saya secara peribadi tidak menyalahkan Uncle Seekers 100% - agak tidak adil, mana mungkin Uncle Seekers bertepuk sebelah tangan, sekiranya ia tidak disambut oleh pihak yang satu lagi. Pada hemat saya, kesalahan juga seharusnya diletakkan di bahu Cik Puan Aisyah yang sangat "bebas" bermesra dan bergambar dengan lelaki yang jelas bukan mahramnya. Ia jelas berdosa dan terkeluar daripada norma yang telah ditetapkan oleh Islam.

Inilah yang seharusnya kita ambil perhatian serius. Hubungan yang sangat intim antara Cik Puan Aisyah dengan Uncle Seekers didedahkan melalui gambar yang diambil dengan penuh rela hati dan sama sekali tidak mungkin mampu dinafikan oleh sesiapa pun. Pada saya , inilah pokok atau asas permasalahan yang sebenarnya sedang berlaku. Cik Puan Aisyah tidak mampu mengawal pergaulannya - sehingga mudah diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak tahu erti dosa dan pahala. Lantas, keikhlasan Cik Puan Aisyah dimanipulasi demi mendapatkan publisiti dan nama. Malangnya - keikhlasan Cik Puan Aisyah dalam membuktikan cintanya terhadap Si Pencari Hantu ini telah "dijual" dengan harga yang sangat murah kepada khalayak ramai - maka bermarajalelalah fitnah dan air mata.

Kedua-dua insan tersebut tetap bersalah dan berdosa - yang satu mengambil kesempatan dan yang satu lagi pula tidak menjadikan agama sebagai panduan - maka lahirlah syaitan untuk merosakkan segala-galanya. Yang menyedihkan - isu ini menjadi tontonan remaja dan pemudi kita, ia bakal ditiru dan dijadikan asas kepada generasi muda bagaimana seorang bekas Permaisuri Agong yang dahulunya cukup dihormati kerana bertudung dan berakhlak mulia - kini sudah mula dipertikai dan tidak lagi bisa dijadikan contoh kepada anak-anak muda kita. Sesungguhnya, akhlak muda-mudi semakin hancur lantaran terlalu banyak disajikan dengan cerita-cerita sebegini. Wallahualam.

Comments

UjangRanggi said…
Jadi tauladan kepada kita supaya kelemahan wanita tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik.
Apa untungnya publisiti murahan seperti ini didedahkan kepada umum.
Sebaiknya kita jangan 'raikan' kisah2 sebegini..tak mendatangkan kebaikan pun kepada negara dan bangsa..
hafiz said…
menceritakan sesuatu yang terlalu peribadi kepada umum boleh memalukan bukan sahaja individu itu..malah umat islam dan orang melayu jugak..
azlishukri said…
ujang - itulah sebaik2nya

hafiz - malangnya ramai yang menyalah gunakan teknologi maklumat
Anonymous said…
ini semua cerita sakit lah, kembalilah pada jalan yg benar
Putra Blog said…
Asalamualaikum saudara.

Saya tidak marah kalau saudara ingin menulis tentang perkara ini,kerana kita semua mempunyai hak untuk meluahkan pendapat,tinggalnya pendapat kita itu adalah sesuatu yang berbentuk positif atau sebaliknya.

saya juga ada menulis artikel ini.ramai sebenarnya yang masih tidak tau perkara sebenar.apa yang kita nampak [ada lahirah bukan pengukur kebenaran yang sebenarnya.

Gambar yang diambil pada waktu itu ialah dalam keadaan Permaisuri Aishah tidak sedar.sebenarnya Mantan Raja Permaisuri Agong menghadapi sejenis penyakit misteri yang mana setiap perlakuan dan tindakannya tidak sedari sama sekali.Permaisuri Aishah dalam keadaan sakitnya selalu bercakap bukan-bukan,pergi kemana sahaja ikut hatinya sehinggakan ibu pada Permaisuri Aishah sering menangis dan buntu terhadap apa yang terjadi

Sebagai seorang islam,saya harus beritahu perakara yang saya ketahui benar.terpulanglah untuk mempercayai atau tidak.saya sendiri tidak boleh bercakap lebih lanjut kerana kes ini telah pun menjadi kes mahkamah.

Apapun sebagai salah seorang yang rapat dengan Anakanda Almarhum Sultan Perak,Sultan Idris Shah yang juga adik angkat kepada Mantan Permaisuri Siti Aishah,saya boleh menulis dan memberitahu sesuatu.

Kalau ikutkan hati saya,uncle tu sebenarnya layak digelar Manusia yang tidak punya perasaan.Tapi sebagai hamba Allah,saya tidak layak menghukum.Lets God JUDGE the action that make by him..Allahuakbar..

kalau sudi emel saya ke-syukuri_fc@yahoo.com

saya akan terangkan lagi cerita sebnarnya disebalik apa yang dah tersurat ni..

Pilihan Pembaca

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini....

Riang-Ria Dunia Namewee

Namewee 2010 Kakitangan Awam Tidak Lagi Selamat Oleh Jefri Zachariah 1. Semalam kita diberitahu oleh Dewan Rakyat yang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin pula dihukum kononnya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol. 2. Selain Hamim, dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - juga telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang hampir sama. Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail digantung jawatan mereka. 3. Mereka kini ditugaskan menjalankan ke...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...