Skip to main content

Isu Fatwa Fadzilah Kamsah : Mengapa Jadi Sebegini?

Kenyataan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah di dalam Harian Metro bertarikh 11 November 2010 (Sabtu) telah mengundangan persepsi negatif masyarakat terhadapnya. Kenyataan beliau yang seolah-olah "menghalalkan" kerja GRO, sedikit sebanyak mengakibatkan ramai pihak yang mula mempertikai kredibilitinya sebagai pakar motivasi. Saya masih menunggu maklum balas dan penjelasan daripada Dr. Fadhilah sendiri, apakah maksud sebenar beliau dengan kata-katanya di bawah ini, sila baca :

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi. Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu."

“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri. “Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita. “Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai. “Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

Comments

Anonymous said…
Dalam hal ini, Dr. Fadhilah pasti ada sebab memberi kenyataan sedemikian seperti mana kenyataan kontroversi Mashitah Ibrahim mengenai ibu tunggal jadi GRO.

Dia cuma bercakap mengenai psykologi sahaja.

Dalam pendekatan agama pastilah ia bercanggah !!

Dr. Fadilah perlu menjelaskan perkara ini.

Tamingsari
blogenstarz said…
Selalunya....
Ikan yang selalu membuka mulutnya,lambat laun akan termakan umpan pancing !
Begitulah adanya .
Yang benar tetap benar.Yang salah tetap salah.
Anonymous said…
Tn,
Pada saya tidak cacat apa yg Dr Fadhilah katakan. Suzie dan gronya tidak kena dengan kehendak Islam. Namun, untuk kita memaksa Suzie untuk berhenti dari gronya tidak akan memberi kesan. Kesedaran dan keinsafan akan dan perlu datang dari dalam dirinya barulah akan berkesan dan berkekalan.

Suzie perlu ada kerja lain dulu yg sesuai, sebelum boleh berubah. Ingat tn, hidup perlu diteruskan biarpun kita ada kerja atau tidak.
Anonymous said…
Saya setuju dengan Dato fadzila kerana kita tidak perlu memaksa org berhenti membuat sesuatu perkara yg salah dari sgi hukum dan undang undang negara kita perlu memberi bimbingan dengan secukup nya dan metovasi yg cukup bantu lah org semacam ini bukan mencerca dan menyumpah muking wanita ini terdesak dari segala sudut kita kena faham akan setuasi wanita tsb siapa yg mahu berkerja sebagai GRO kalau tiadak terdesak muking satu hari dia akan sedar akan kerja dia yg salah dari segi hukum tak perlu kita menuding jari pada org lain dato fadzila ada cara dia jangan kita pandang serong pada dia.
Anonymous said…
for me, ada betulnya cakap Dr. Fadzilah Kamsah.kita sebagai manusia tak tahu perjalanan hidup kita.cuba bayangkan diri kita di tempat suzie.rasa2nya, kita nak ke jadi macam tu?mesti tak nak.

memang kita boleh cakap,"kenapa dia tak nak berubah?"
sebenarnya, bukan senang nak berubah dari apa yang kita dah buat. tambahan pulak ada orang2 yang macam anda ni yang selalu tonjolkan yang mereka itu golongan yang bersalah,menyisihkan mereka, mengutuk mereka.

why not kita bagi peluang dan semangat untuk mereka berubah. HIDAYAH MILIK ALLAH, BUKAN MILIK KITA.KALAU KITA DAH DAPAT HIDAYAH SEKALIPUN, ANYTIME ALLAH BOLEH TARIK BALIK>
azlishukri said…
sebab itulah kenyataan yang sebegini tidak boleh dikeluarkan dengan sesuka hati,,akhirnya menimbulkan fitnah..lihatlah komen tuan2 semua. yang salah tetap bersalah.
Anonymous said…
tiada paksaan memasuki Islam.Sedangkan Nabi SAW tidaklah baginda merobohkan patung2 yg berada di keliling kaabah ketika awal Islam..tetapi Nabi SAW memerangi "patung-patung" yg berada didalam lubuk hati manusia ketika itu supaya beribadat hanya kepada Allah.maknanya dakwah memerlukan kelembutan bukan kekasaran atau cara Taliban.macam org nak berhenti merokok,kurangkan merokok secara perlahan..sikit2.beri laluan untuk otak dia berfikir.taubat datang dari dalaman manusia bukan dari pengaruh luaran.
Anonymous said…
manede menimbulkan fitnah bro..lu tu yg nak komen sesuatu yg bukan dlm bidang lu..jgn jadi jahil murakkab bro
Anonymous said…
da lame da gua peratikn lu ni.lu stakat qualified fakulti linguistik..pastu bahase sepanyol lak..pastu lu suke nak komen bab yg bukan bidang lu..adehh geli medula oblungata gua dengau..stakat lu jadi biro agame kg lu lu ingat da cukup kelayakan ke..li kulli fanni rijal haa translate bahase sepanyol
Anonymous said…
anony 11:48 & 11:56 tak ada otak ka? lu orang kafir ka? fadhilah kamsah belaja bidang apa? gatai miang dia suka2 buat statment agama lagu ni. lu kata azli tulis bukan bidangnya, lu lagi bodoh ma, agama bukan bidang fadhilah kamsah ma. Sial punya anony.
Anonymous said…
hahaha ko tgk tu..sampai mengkapirkn aku yg Islam ni..

Ikhlas dr
Biro Agame Kg Dusun
Anonymous said…
dR Fadzilah ni bukan 'alim puuuunn..
Motivasi puuuunnn dia ni bukan pakar sangaaaattt... Dia ni cari duit jeeeerrr.... cakap pun selalu sindir-sindir.

Jika GRO tu dia motivet, rosak lagi lah orang tuuuuu....
Anonymous said…
saya komfius lak kat sini..... Dr Fadhilah kata boleh teruskan kerja GRO nih... so , kalau jabatan agama tangkap boleh lah bagitahu yang Dr Radhilah kata boleh sebab darurat.
Anonymous said…
dr fadhilah? banyak cakap, banyak salah, banyak salah maka....
abdrahim kassim said…
Kalau Suzie berhenti kerja, nanti siapa nak layan jantan2 miang kat karaoke..hahaha
To Live Again said…
anon December 13, 2010 11:56 PM

Ko bangang ke apa ha!!! Azli tulis mnta pndangan kita..Btl la ape yg azli tulis perkara cm ni blh menimbulkan fitnah yg mana x ptt dikeluarkan oleh org berpengaruh cm Dr.Fadzilah..Ada ke dia hentam dr.fadzilah?? Ada ke dia mendai beckp pasal agama..

Ko x nmpk ke tnda "?"..Ni la akhlak org PAS PIS PUS..Kalau beckp je rs diri perfect dosa pahala letak tepi..Jnis bangsat btl la..Org berhujah secara matang dtg ko je maki hamun..G berambus la woiii!
gagasan_warisan said…
Bukan senang untuk berubah ..cakap memang mudah...bagi lah peluang tapi haram itu nyata dan halal itu pun nyata...
Anonymous said…
yg halal tetap halal..
dan yg haram tetap haram...
kenapa nak dicampur adukan...
kenapa perlu nak bagi lagi kerja GRO yg memang haram...
kalo xde kelayakan dan kemahiran itu bukan alasanya....
setakat keja kilang,jadi cashier dipasaraya atau di restoran...x memerlukan skill yg tggi ...lagipun disana mereka dibimbing dan diberi penerangan....
mmg la keja dikilang gajinya sikit...tapi halal....
yg sbenarnya...org mcm suzie ni dah suka hidup mewah dgn kerja yg mcm ni....bebas dan enjoy...
nak membimbing bukan dgn membiarkan dia terus hanyut dan lepas tu dia akan insaf.....apa akan jadi jika dia mati masa melakukan kerja GRO tersebut??...dah x sempat bertaubat..padahal kita tau dia nak bertaubat tapi kita kata biarkan dia dulu berubah ikut acuan dia...so saper yg salah?....

wu di..
Harez Ujod said…
Apa yang tidak dihebahkan adalah journalist Metro telah misquote statement DFK. Beliau tak kata "Suzie boleh meneruskan kerja itu dan pada masa yg sama tidak reda dgn pekerjaannya"... Tetapi yg sebenar dia katakan adalah "Suzie mempunyai pilihan utk teruskan pekerjaannya dalam keadaan dia tidak reda atau sebaiknya tinggalkan terus dan lakukan kerja-kerja yg kecil-kecilan tetapi redha dan halal."
Maksud sebenar kenyataan ini adalah Suzie dinasihatkan utk berhenti terus kerana jika diteruskan - tidak akan dia bahagia atas hasil yg didapati. Lebih baik dia buat kerja yg kecil-kecilan kerana hasil yg redha itu pasti cukup.

Tapi of course la dia tak ckp direct. Ada la kiasannya. Journo tu bongok pegi buat hursian sdri.

Yg misquote DFK ni journo kat Metro masa aku buat praktikal fotografi, Dgr cerita DFK ada call ofis bercakap dgn editor- habis dua-dua kena kitai dgn DFK. Lps habis aku praktikal, ada gak member-member sana ckp DFK seakan-akan dah merajuk dgn Metro. Tak sudi muncul dah dlm apa apa ruangan pun. Boss aku call pun dah tak berjawab.

Apa apa pun semoga DFK dijauhkan sebarang fitnah. Amiin.

Pilihan Pembaca

"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
KEMUNCULAN MAHATHIR BARU Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka. Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpul