KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.
Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi. Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu."
“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.
Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri. “Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita. “Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.
Comments
Dia cuma bercakap mengenai psykologi sahaja.
Dalam pendekatan agama pastilah ia bercanggah !!
Dr. Fadilah perlu menjelaskan perkara ini.
Tamingsari
Ikan yang selalu membuka mulutnya,lambat laun akan termakan umpan pancing !
Begitulah adanya .
Yang benar tetap benar.Yang salah tetap salah.
Pada saya tidak cacat apa yg Dr Fadhilah katakan. Suzie dan gronya tidak kena dengan kehendak Islam. Namun, untuk kita memaksa Suzie untuk berhenti dari gronya tidak akan memberi kesan. Kesedaran dan keinsafan akan dan perlu datang dari dalam dirinya barulah akan berkesan dan berkekalan.
Suzie perlu ada kerja lain dulu yg sesuai, sebelum boleh berubah. Ingat tn, hidup perlu diteruskan biarpun kita ada kerja atau tidak.
memang kita boleh cakap,"kenapa dia tak nak berubah?"
sebenarnya, bukan senang nak berubah dari apa yang kita dah buat. tambahan pulak ada orang2 yang macam anda ni yang selalu tonjolkan yang mereka itu golongan yang bersalah,menyisihkan mereka, mengutuk mereka.
why not kita bagi peluang dan semangat untuk mereka berubah. HIDAYAH MILIK ALLAH, BUKAN MILIK KITA.KALAU KITA DAH DAPAT HIDAYAH SEKALIPUN, ANYTIME ALLAH BOLEH TARIK BALIK>
Ikhlas dr
Biro Agame Kg Dusun
Motivasi puuuunnn dia ni bukan pakar sangaaaattt... Dia ni cari duit jeeeerrr.... cakap pun selalu sindir-sindir.
Jika GRO tu dia motivet, rosak lagi lah orang tuuuuu....
Ko bangang ke apa ha!!! Azli tulis mnta pndangan kita..Btl la ape yg azli tulis perkara cm ni blh menimbulkan fitnah yg mana x ptt dikeluarkan oleh org berpengaruh cm Dr.Fadzilah..Ada ke dia hentam dr.fadzilah?? Ada ke dia mendai beckp pasal agama..
Ko x nmpk ke tnda "?"..Ni la akhlak org PAS PIS PUS..Kalau beckp je rs diri perfect dosa pahala letak tepi..Jnis bangsat btl la..Org berhujah secara matang dtg ko je maki hamun..G berambus la woiii!
dan yg haram tetap haram...
kenapa nak dicampur adukan...
kenapa perlu nak bagi lagi kerja GRO yg memang haram...
kalo xde kelayakan dan kemahiran itu bukan alasanya....
setakat keja kilang,jadi cashier dipasaraya atau di restoran...x memerlukan skill yg tggi ...lagipun disana mereka dibimbing dan diberi penerangan....
mmg la keja dikilang gajinya sikit...tapi halal....
yg sbenarnya...org mcm suzie ni dah suka hidup mewah dgn kerja yg mcm ni....bebas dan enjoy...
nak membimbing bukan dgn membiarkan dia terus hanyut dan lepas tu dia akan insaf.....apa akan jadi jika dia mati masa melakukan kerja GRO tersebut??...dah x sempat bertaubat..padahal kita tau dia nak bertaubat tapi kita kata biarkan dia dulu berubah ikut acuan dia...so saper yg salah?....
wu di..
Maksud sebenar kenyataan ini adalah Suzie dinasihatkan utk berhenti terus kerana jika diteruskan - tidak akan dia bahagia atas hasil yg didapati. Lebih baik dia buat kerja yg kecil-kecilan kerana hasil yg redha itu pasti cukup.
Tapi of course la dia tak ckp direct. Ada la kiasannya. Journo tu bongok pegi buat hursian sdri.
Yg misquote DFK ni journo kat Metro masa aku buat praktikal fotografi, Dgr cerita DFK ada call ofis bercakap dgn editor- habis dua-dua kena kitai dgn DFK. Lps habis aku praktikal, ada gak member-member sana ckp DFK seakan-akan dah merajuk dgn Metro. Tak sudi muncul dah dlm apa apa ruangan pun. Boss aku call pun dah tak berjawab.
Apa apa pun semoga DFK dijauhkan sebarang fitnah. Amiin.