Skip to main content

Mahathir Belum Mati


Do You Still Remember Me?


Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut.



Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketika "segala dosa" Khairy dilupakan demi memastikan calon BN menang pada kali ini. Namun demikian, ingin saya tekankan, bahawa sesungguhnya BN melalui laluan yang sukar untuk menang , sekiranya pengundi Cina dan India tidak diberi perhatian serius akan peranan mereka. Sekarang, sekali pun "pengundi atas pagar" mungkin majoritinya mengundi BN pada kali ini (kerana teruja dengan "mood" di Persidangan UMNO baru-baru ini, dan ditambah lagi dengan fakta bahawa Datuk Seri Nizar bukanlah orang tempatan), sebaliknya jika para pengundi Cina dan India di Bukit Gantang masih tidak yakin kepada UMNO dan BN - saya fikir BN mungkin kecundang.



Kembalinya "Semangat Mahathir" merupakan satu anjakan paradigma dan menghancurkan dogma lama milik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mendakwa bahawa "Mahathir Tidak Mungkin Membantu UMNO untuk Kuat Kembali " - sebaliknya batang tubuh Mahathir yang menjelma tatkala Tan Sri Muhyiddin berucap semalam, menampakkan bahawa Mahathir masih berupaya mempengaruhi keadaan dan menentukan kemenangan BN di Bukit Gantang.



Mahathir sudah kembali dan memberikan aspirasi, sekarang tiba giliran kita pula menggalas tanggungjawab bagi memujuk dan meyakinkan pengundi Cina dan India - agar kembali memberi sokongan kepada BN. Tetapi, soalnya bagaimana? Saya berpandangan bahawa UMNO tidak seharusnya memainkan isu penderhakaan - ia pasti memakan diri sendiri, isu tersebut tidak mampu menarik minat kaum Cina dan India untuk memangkah BN kembali, tetapi ia berbeza dengan orang Melayu yang mampu dipengaruhi dengan isu tersebut. Pada pandangan kaum Cina dan India isu "rampasan kuasa" yang sedang berlaku di Perak, sebenarnya masih belum diputuskan oleh Mahkamah, sama ada ia sah di sisi undang-undang atau sebaliknya, lantaran itu, mereka hanya akan yakin kepada BN apabila Mahkamah membuat keputusannya kelak.



UMNO juga tidak boleh memainkan isu Anwar Ibrahim - kerana ia hanya mengundang kebencian dan menampakkan bahawa UMNO kekuranga isu serta masih bermain dengan isu basi dan modal lama. Jadi, jika semua isu tidak boleh dimainkan oleh UMNO, apakah yang harus kita lakukan? Jawapan saya sangat mudah - UMNO akan menang sekiranya kita berkempen dengan cara berikut :


1. Jangan memburuk-burukan parti pembangkang secara berlebih-lebihan.


2. Tumpu isu dan kempen dengan menyatakan bahawa UMNO, sesungguhnya sudah bersih dan ke arah pembaharuan.


3. Khairy jangan turun berkempen.


4. Banyak menyatakan transformasi ekonomi yang ingin kerajaan lakukan.


5. Apakah masalah Cina dan India yang perlu ditangani segera.


6. Jangan umumkan apa-apa projek atau janji "buat itu dan buat ini", rakyat tidak berapa suka.


7. Bawa seramai boleh ahli -ahli Pemuda UMNO untuk bersolat secara berjemaah di masjid-masjid sekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang dan selepas itu sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid tersebut. Ambil pendekatan psikologi dan bukan caci maki.


8. Pemimpin UMNO perlu menjadi Imam dan membaca doa, agar penduduk kampung faham bahawa UMNO benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik, dan tidak hanya berubah dari aspek kepimpinan sahaja, sebaliknya melibatkan perubahan dari aspek kerohanian juga.


9. Manakala, untuk memancing undi kaum Cina dan India - mereka agak lebih tertarik kepada isu kesakmaan hak dan kemajuan ekonomi, beri tumpuan dalam hal ini. Apakah hak-hak India yang boleh diberi secara terus dan menyenangkan hati mereka, manakala bagi kaum Cina pula, para pemimpin UMNO harus segera membentangkan plan dan rancangan bagi memantapkan ekonomi Malaysia untuk jangka masa panjang.



10. Semua pemimpin UMNO yang berkempen di Bukit Gantang - harus berbicara dengan menggunakan "Bahasa Orang Bukit Gantang" bukannya "Bahasa Orang Kuala Lumpur" - mereka tidak mahu melihat pemimpin UMNO turun dengan lagak dan sombong - sebaliknya mereka mahu pemimpin UMNO hampir dan boleh memberi keyakinan kepada mereka, sebagaimana Anwar menaburkan janji-janjinya untuk memberi kebebasan dan hak kesamarataan.


Sesungguhnya, undi Melayu InsyaAllah separuh lebih mampu kita peroleh di Bukit Gantang - lantaran Mahathir sudah kembali, sebaliknya UMNO harus mendapatkan kembali undi daripada kaum Cina dan India. Anwar Ibrahim menang adalah kerana beliau menumpukan perhatian untuk menyenangkan hati kedua-dua kaum tersebut. Dan sekarang kita perlu mengenalpasti pendekatan yang lebih bijak - bersesuaian dengan transformasi yang ingin kita lakukan di dalam UMNO kelak. Sesungguhnya Tun Mahathir masih hidup dan akan mengembalikan kekuatan UMNO yang semakin menampakkan perubahan. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
Strategi saudara untuk memenangkan semula UMNO sangat berkesan. Saya yakin pendekatan itu akan dapat membantu UMNO untuk meraih semula hati masyarakat Melayu,Cina dan India
The Aminos said…
Bagus strategi2 yang saudara Azli cadangkan, yang paling penting Khairy jangan turun berkempen.

Jika dia tidak turun berkempen, sekurang2nya ini dapat membantu kemenangan calon BN.
Syameer Firdaus said…
Artikel yang sangat bagus! Tapi saya x setuju sgt yang saudara kata 'Jangan memburuk-burukan parti pembangkang.' padahal hakikatnya mereka yang memaki domba BN dan UMNO.

UMNO/BN x pernah buat mcm tu kat depa tp depa semua lebih-lebih x hargai kebebasan yg diberi pemimpin BN yang baik-baik belaka.
C.H.E Dayat said…
seperti yg kita bincangkan, UMNO kini perlu menggunakan pendekatan rohaniah dan lembut berbanding menjadi Hang Jebat didaam gelanggan.. satu cadangan yang baik.. harap dapat sampai kpd pimpinan tertinggi..
blogresipi.com said…
Saudara Azli,
Sama-sama kita turun membantu kempen di Bukit Gantang.
Kemenangan di pihak kita.
sdr azli

strategi sdr itu baik cuma saya tidak bersetuju KJ tidak dibenarkan berkempen ???

Apa salah beliau ?? beliau Ketua Pemuda UMNO ,sayap penting parti .tak kan beliau nak duduk KL sahaja peluk tubuh tanpa membuat kerja.

sejak dari KT ,KJ telah berjaya menjalankan kempen dan kawasan peti undi beliau dengan baik dan menang juga peti undi tersebut .KJ tidak lagi arrogant spt dulu di Pmrtg Pauh dan di KT ,KJ menggunakan pendekatan sederhana dan mendekati rakyat .
Anonymous said…
BARISAN NASIONAL vs PAKATAN RAKYAT

Tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung menunjukkan peratus untuk menang agak seimbang. Keseimbangan ini bergantung kepada strategi kempen dan peranan pihak media.

Media arus perdana jika terlalu memihak kepada BN akan menjahanamkan peluang BN sepertimana yang berlaku di Kuala Terengganu. Maksudnya biarlah laporan jangan terlalu berat sebelah kerana akan memuakkan rakyat.

Namun Pakatan Rakyat tidak perlu berhempas pulas berbanding BN. Hal ini kerana simpati rakyat masih menebal kepada Pakatan. Simpati keatas apa yang berlau di perak. Rakyat masih menganggap BN melakukan "Rampasan Kuasa". Maka, walaupun Pakatan dianggap "Derhaka", namun BN tidak boleh menjaja isu derhaka kerana BN juga ada sejarah tersendiri berkaitan institusi kesultanan.

Pakatan juga ada kekuatan tatkala rakyat bersimpati kerana penggantungan Harakah dan Suara Keadilan. Ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan.

Lebih malang kepada BN kerana "Khairy".
Khairy yang terbukti ada rasuah tetapi menang menambah benci rakyat. Kerana Khairy sokongan kepada BN berkurangan, manaka jika dia menunjukkan mukanya, peluang BN semakin tipis.

Namun saya berpendapat bahawa antara BN dan PAKATAN, kemungkinan Pakatan memenangi 2 pilihanraya, kecuali di sarawak dimenangi BN.

Dato Adil
KLIA.
rawo said…
melayu pembangkang &melayu umno tak kan bersatu masing2 kata mereka bagus...pakai srtategi mana pun tak jalan.dah dunggu kerana politik.tak tau mana yg betul mana yg salah
Anonymous said…
bagi saya bn perlu menerangkan tentang kelemahan lawan dengan sebaik mungkin. byk kelemahan yang mampu didedahkan. kepincangan PKR, kecelaruan PAs serta ketamakan DAP. cuma perlu berhemah. turunkan pemidato2 yang boleh menarik perhatian org tempatan. kj jgn diturunkan. ramai yg tak suka dengannya buat masa sekarang. tgk masa perhimpunan sudahlah. masih diboo oleh org umno sendiri. ia bawa isyarat yg tertentu. razali ibrahim boleh bawa peranan bersama dr fuad zarkashi. cubalah mana tau berhasil.
Ezad said…
sebelum memenangi hati rakyat...

umno mesti bertaubat!

selamat maju jaya
add said…
Pemimpin UMNO memang sombong dengan akar umbi...

Sepanjang PAU yang lepas saya berada diPWTC sebagai "penyibuk" sahaja. Maksud saya ialah sebagai ahli UMNO... namun dalam pemerhatian saya terhadap perwakilan yang memakai baju melayu bersampin dan memakai tag perwakilan/pemerhati/vip majoritinya tiada yang memberi senyuman kepada pengunjung dipwtc walaupun saya cuba untuk senyum kepada mereka.

Saya buat demikian adalah kerana untuk menguji setakat mana prihatin perwakilan (pemimpin diperingkat bahagian) memberi senyuman kepada ahli atau akar umbi. Saya bukan kepingin sangat nak senyuman perwakilan tetapi saya nak tengok lagak macam ni kah pemimpin UMNO boleh memberi transormasi terhadap parti.
Semasa naik eskalator pun sama saya buat-buat macam kerang busuk kepada perwakilan, namun malu pada diri sendiri sahaja dibuatnya,, namun saya cekal kan hati demi untuk memberi komen dalam blog ini agar ada yang membaca dan boleh menyampaikan kepada pemimpin yang lebih tinggi dalam parti.

Kalau sesama ahli UMNO tak nak senyum macam mana nak pikat golongan diluar sana?

Saya tak tahu la kot-kot yang saya senyum tu semuanya orang KJ,,, manalah tahu diaorang ni ada aura KJ dan MM...

Nasihat saya kepada pemimpin UMNO yang nak ke PRK untuk berkempen,, pikatlah hati pengundi disana dengan penuh keikhlasan dan tawaduk kepada ALLAH.

Komen tambahan saya pada artikel sdr Azli ialah,, cukup-cukuplah TV3 menyiarkan peminpin dan calon BN melawat pengundi sakit, masuk rumah salam,beri derma.. kerana rakyat pembangkang dan ahli UMNO sendiri naik meluat dengan hipokrit ini... tengok sekarang ada TV3 siarkan lagi dalam berita berkaitan pemimpin UMNO yang pergi ke rumah orang sakit? conth terbaik calon BN kuala trengganu..ada pemimpin ini senduk kan nasi kepada pengundi selepas pilihanraya? tak kira la kalah atau menang, pemimpin tetap kena laksanakan tanggungjawab tersebut kepada rakyat dibawah beliau... walaupun calon BN kalah namun beliau masih lagi pemimpin sebagai ketua bahagian...

Ingatan kepada DSN: jangan sesekali lantik KJ dalam kabinet beliau.
Unknown said…
Kau turun Bukit Selambau nanti?
Kalau UMNO dan BN nak menang PRK nanti,kenalah bersihkan UMNO dari segala najis yg masih tersisa didada UMNO.Jika masih busuk berbau najis mcm mana nak menang PRK nanti?
Di mana KJ ketika Tun berada di pentas?

Saya bukan memandang rendah terhadap UMNO, tetapi peluang untuk menang di Bukit Gantang sangat tipis...

Persepsi rakyat terhadap UMNO dengan rasuah tersangat tebal... KJ telah membuktikannya!

Berpijak di bumi nyata, kita hidup berbagai kaum. Jangan ditakut2kan mereka.. Jangan dipinggirkan mereka... Beri penerangan yang jujur dan ikhlas... Inilah satu yang sukar UMNO laksanakan...

Rakyat has very simple mind... do not confuse them and tell the truth.
D'Rimba said…
Sesungguhnya kami anak bangsa mengharapkan mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan peroleh kejayaan. Cukuplah tulisan jawi dimansuhkan sekaligus mengikis nilai Islam itu sendiri, cukuplah juga bahasa Melayu tidak diutamakan dalam sistem pendidikan sekaligus menghakis jatidir bangsa sendiri. Kami perlukan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan acuan barat sana sini bangunan tinggi-tinggi projek mega sana sini. Kami amat mengharapkan pejuang-pejuang bahasa berjaya dengan lebih bermakna dengan keikhlasan mereka yang makin bersinar. Kami amat berdoa sepenuh hati kepada Allah mudahan pejuang bahasa sekalian diberkati Allah dalam peruangannya beroleh kejayaan yang amatlah hebat. Cukuplah kalian......terlalu perit kami anak bangsa merasakan kepedihan
azlishukri said…
Zharif - InsyaAllah

Aminos - Betul KJ tak boleh turun

Syameer - Maksud saya cuma jangan berlebih2 memburukkan pembangkang

Dayat - abang setuju

Kunang-kunang - Saya akan turun

Pejuang bangsa - saya berpendapat bahawa KJ masih membawa fitnah kepada UMNO. Itu sahaja, saya rasa elok kalau beliau tidak turun.

Dato adil - saya juga sependapat

add - kalau pemimpin UMNO tak sombong, InsyaAllah kita boleh menang

Anuar - aku turun, InsyaAllah

Mantra - saya juga rasa begitu

D'rimba - saya juga mengharapkan pemimpin yang ikhlas dan jujur
zua the great said…
setuju sangat tang khairy jgn turun berkempen tu..satu saranan paling bijak..

tapi bleh ke camtu sedangkan masa penamaan calon sndr pon dia dh tunjuk muka..tambah2 dia dh jd ketua pemuda ni...lagi la dia kaan tunjuk yang dia mampu dan menang bkn sbb duit,tp sbb mmg dia mampu..

camner tu..pikir2 la
azlishukri said…
zua - menurut kajian SB bukit gantang jika tewas adalah disebabkan oleh KJ, ini yang kita bimbangkan.
Shemmi said…
wahh!...

hampir tak terkata saya...haha...

* politik ni mcm makan petai..sedap tapi busuk..
Salam Bro Azli, Bila penyakit sudah merebak ke dalam badan, maka segeralah berjumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan dan penawarnya ataupun setidak-tidaknya akan mulai sembuh walaupun secara perlahan-lahan. Begitulah UMNO, dengan rawatan oleh Tun Mahathir yang sanggup dan sudi memberi rawatan kepada UMNO, setidak-tidaknya seperti yang telah saya sebutkan tadi. Ya Allah selamatkan lah Melaysia Melayu dan keturunannya..
azlishukri said…
shammi - ha..betul analogi tu

Iszuani - sama2 kita berdoa
Bro azli-san yang hebat.Kemuskilan yang bermain di benakku, jawatan Presiden UMNO telahpun diserahkan secara rasmi oleh Pak Lah kepada Dato Najib, the question is,bagaimana pula dengan jawatan Perdana Menteri, bila dan bagaimana agaknya yop....
Unknown said…
Thanks for your comment on my Blog!
Kind Regards
Patricia
Anonymous said…
Ramai yang menangis bila melihat Tun Dr Mahathir hadir di hari penutup Perhimpunan Agong UMNO ketika TS Muhyiddin Yasin sedang berucap. TS Muhyiddin tergamam dan nampak tergenang air matanya. Terlalu gembira agaknya.

Perwakilan secara spontan terus berdiri dan memberi tepukan gemuruh.

Mungkin Tun juga terkejut dengan sambutan yang diluar jangkaannya.

Jelas usaha pihak tertentu untuk meminggirkan Tun secara dipaksa selama 5 tahun tidak berjaya.

Ahli2 UMNO masih sayang dan ingatkan jasa Tun.

Terima kasih DS Najib, TS Muhyiddin dan ahli2 UMNO yang hadir diperhimpunan Agong pada hari Sabtu 28.3.2009.

Cuma yang nampak tak gembira ialah orang yang bertanggungjawab meminggirkan Tun.

Saudara tentu maklum.
M.Saad said…
Tuan....
Pada pandangan saya , untuk menarik sokongan pengundi cina dan india di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Tun perlu turun padang bersama pemimpin Cina dan India untuk bertemu pengundi. Ini adalah kerana Tun mampu menarik semula pengundi Cina dan India untuk kembali menyokong BN.
Anonymous said…
KJ telah dan akan menjadi liability kepada UMNO.

Untuk membersihkan UMNO, pucuk pimpinan harus berani bertindak membuang kudis dan nanah yang ada dalam UMNO.

Pilih diantara KJ atau UMNO serta rakyat jelata.

Tepuk dada tanya Iman.
Anonymous said…
TUN DR MAHATHIR CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Berikut adalah tulisan beliau dalam blog Che Det. Tetapi sekonyong-konyong beliau menjelma di Perhimpunan Agung UMNO..

Apa sudah jadi dengan penghias Muka Hadapan Majalah Time ini

Katanya...........


KENAPA SAYA TIDAK HADIR
By Dr. Mahathir Mohamad on March

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.


4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

----------------------------


Adakah ini menunjukkan bahawa Tun sudah dapat menerima amalan rasuah ini?

Sikap seperti ini hanya akan menambahkan rasa meluat ramai orang kerana cakap tak serupa bikin dan seperti meludah ke langit.


Sekadar Pandangan

Dato Adil
KL.
Anonymous said…
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO GAGAL?

Saya katakan perhimpunan agung kali ini gagal kerana tiada gagasan untuk memperkasa rakyat dan khususnya Melayu.

Yang lantang kedengaran ialah menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa sudah jadi dengan UMNO, parti sendiri dipalit najis rasuah, tetapi ada perwakilannya sibuk menjaja keburukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampai bila nak memburukkan Anwar Ibrahim? Yang saya hairan, agenda ekonomi dan bahasa tidak dibahas dan disentuh dengan jelas. Nasib bangsa dan kemelaratan, kemiskinan dan kesusahan, nasib kontraktor melayu yang puluhan ribu kini gulung tikar tidak pula menarik minat mereka.

Sekarang Tun nak masuk UMNO pula tapi bersyarat. Kalau beginilah politik UMNO, alamat habislah masa depannya.
El_Liyana said…
saya sokong komen dato adil 12:09. seperti mana yang tersiar di blog www.kontraktorwibawa.blogspot.com/

rata2 pemimpin skrg sombong membuatkan rakyat muak dan jelak.
Jay Harun said…
ntahla...sukahati mereka la.....tapi saya rasa lebih selamat bila tau che det kembali beraksi!!
azlishukri said…
Penagih ayam goreng - betul tu yang penting Tun dah kembali
Jay Harun said…
tp dgn ikhlas, saya memang dah tak peduli dengan keadaan politik malaysia. tak ubah seperti kanak2 dalam sebuah sekolah tadika saja lagak menteri2 ni semua. saya sebagai generasi muda, mula2 risau juga. lama2 muak! apetah lagi tgk perdebatan dalam parlimen. malu saya sebagai rakyat. macam tak sekolah saja perangai.

maaf, kalau ada yang tersinggung. tapi ini pandangan ikhlas saya yang dah muak dengan semua ni. pandai2 lah mereka memerintah, asal jgn jadi cam palestin sudah.
azlishukri said…
penagih ayam goreng - itulah yang sedang dirasai oleh semua orang khususnya generasi muda, nak cari yang ikhlas dah tiada
Bro Azli-san, Apakah kita sudah ketandusan kepimpinan dalam UMNO. Kalaulah UMNO ti8dak dapat di percayai dan Pembangkang pun tak dapat diguna pakai, tentu ada jalan yang lebih baik,tubuhkan parti Melayu yang baru kan lagi berbaloi. Ya Allah berikan kami seorang pemimpin yang hebat menyelamatkan malaysia......amin
Z-MAY said…
bukan sekadar dlihat, biar didengar pun bersih...
zedmagel said…
Salam Azli Shukri,

Menang dan kalah dalam PR kecil ke Umum ke bukan kerana salah sesorang yang bernama KJ. Ketentuan dari Allah SWT jua. Jika begitu simple menentukan kemenangan sesuatu PR bagi BN, alangkah baiknya. Kita jangan turunkan KJ atau sesiapapun. Siapa yang boleh beri jaminan? Biarlah pengundi tentukan. Kita guna akal yang Allah berikan, beusaha dan berdoa. Pikat hati pengundi. Bukannya salahkan seorang KJ, salahkan kepada sikap amarah kita yang tiada berpenghujung.

Masa berkempen dan bertanding sudah tamat. Kehendak majoriti telah diterjemahkan. Astagar umat UMNO. Apalah kita nak jadi.?
azlishukri said…
zedmagel - sesuatu terjadi pasti ada sebab musabab, kita hanya upaya memikirkannya. Namun terus terang saya katakan bahawa, saya tidak bercakap melalui emosi, sebaliknya melalui penyelidikan dan sumber dapatan pihak SB. Bukan salah KJ semuanya, tetapi ia tetap sebahagian daripada faktornya juga. wallahualam
C.H.E Dayat said…
salam dato adil.. saya hanya nak bagi pendapat saya,... setelah membaca komen-komen dari adil ni saya nak gariskan beberapa perkara:

1. Ya, memang kita akan berkata seperti tun jika kita sedang marah, tetapi bila kita sudah cool, kita boleh berfikiran secara rasional.. eh, Tun pun manusia lah, bukannya malaikat. Sama juga dengan kita. Kita pandai tgk salah orang tetapi diri sendiri??? Jadi, kita kenalah bertolak ansur. kalau kita asyik fikirkan keburukkan orang, dengan isteri sendiri pun kita tak boleh nak terima. so, fikirkanlah apa kebaikan yang pernah dibuat.

2. Kehadiran Tun didalam perhimpunan Agung Umno sememangnya sesuatu yang dinanti. Dan memang beliau telah memberi satu aura dan semangat baru buat umat melayu terutama ahli UMNO untuk bersatu dan mengambil kata-kata Datuk Seri Najib, Ketepikan soal perasaan, yang penting adalah parti.

3. KJ telah pun menang. Apa yang boleh Tun dan perwakilan buat? Jika duduk diam saja di luar dan melemparkan kritikan, ini akan melemahkan UMNO..

saya nak tulis banyak lagi.. tp bukan disini.. kunjungi blog saya pada minggu hadapan kerana minggu ni tak sempat nak tulis.. sibuk dengan tugasan hakiki sebagai seorang mahasiswa...

So, to dato adil dan pengunjung blog saudara Azli, saya menjemput kalian untuk singgah bertemu di laman blog saya iaitu di www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

sekian,

Salam hormat

CHE Dayat
perfectwater75 said…
Salam Azli,

Benarkah UMNO sebuah parti yang mementingkan perbezaan KASTA? Contohnya,ada dalam kalangan ahli UMNO yang bebas keluar bila dia benci dan masuk bila tiba masa dia suka juga?

Lihat bagaimana Dato' Nasaruddin boleh isytihar diri keluar dan masuk semula selepas beberapa hari.. dan yang terkini TDM mantan ahli UMNO kasta Brahman pula disebut-sebut akan menyertai semula UMNO selepas hampir setahun menjatuhkan nama baik UMNO dengan 'nasihat-2' dan 'kata-kata hikmah' yang menjadi faktor kelemahan UMNO hari ini. Bagaimana Azli melihat hal ini?

Kenapa perlu ada pengasingan dalam menentukan kesetiaan ahli?

thx!
Unknown said…
Bila pula YB Dato Mukhriz Tun Mahathir jadi Ketua Pemuda UMNO????
pinky mariposa said…
hye there,,,nice content,,,
datoadil, yez_azza..

Orang politik memang bijak beralasan..dan kita perlu bijak menilai..dan kita juga beralasan..pokok pangkalnya siapa kita sokong..tentu ada alasankan !!!

...Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah...


Tun tidak datang pada hari pertama persidangan induk atas alasan yang diberinya dan kenapa pula dia datang pada hari berikutnya, juga dengan alasan. Tun sudah terlalu arif dengan pertanyaan yang pasti ada.

...he went because he was confident that Muhyiddin was capable of bringing changes to Umno but reserved his endorsement for Najib....

Begitulah Tun yang bijak mencari tumpuan dan nampak menang dan berjaya dalam missinya untuk menaikkan Muhyiddin...

Hari terakhir PAU yang sepatutnya meriah dengan air mata perpisahan tanda kasih kepada Paklah bertukar kepada air mata kegembiraan meraikan Tun.

Apa sudah jadi !!!
azlishukri said…
dayat - satu penghujahan yang baik

perfectwater - saya berpendapat sebegini, kesetiaan kepada parti haruslah ditunjangi dengan ikhlas dan jika parti sudah terpesong asas perjuangnnya, kita harus menolak pemimpinnya, bukan parti, yang bermasalah adalah pemimpin dan bukan parti. Jadi, soal sekejap masuk dan sekejep keluar adalah lumrah.

Baginda reformasi - saya berpandangan bahawa pungutan suara yg dimaksudkan oleh muhyiddin tersebut menjurus kepada jangan jadikan ketiga2 pilihan raya tersebut sebagai ukuran dan memperjudikan nasib rakyat dengan memilih parti pembangkang.

kluangman - saya merasakan bahawa musuh utama TDM ialah KJ itu jelas, tetapi setelah melihat barisan umno baru yg banyak menampilkan orang2 yg dipercayainya, maka beliau datang kembali kepada UMNO.itu sahaja.
KUNTONG said…
Buatlah kempen,asalkan jangan buat org susah, dan jangan mengumpat.Kalau niat kita ikhlas, Insa'allah akan menang.X di dunia, menang di akhirat.
Salam.
Anonymous said…
maaf utk saya kata kan di sini tntg strategi saudara..xkn la nk solat b'jamaah kalau ada pilihan raya j..xpon nk mohon sst kpd Allah ble ad kesshn shj..rakyat sekarang lbh lebih b'fikiran luas..mrk tahu siapa yg harus mrk pilih..sedangkn dlm UMNO itu sndr ada politik wang dan ada pemimpin yg t'pksa m'jd kambing hitam..malah mrk sesm sndr sanggup menganayai kawan sndr utk m'dpt jwtn...renung2 kn lah..UMNO dlu bkn sprt UMNO skrg..org tua2 menyokong UMNO krn sewak2 mrk muda2 UMNO lah yg m'gembalikan maruah mrk yg t'gadai krn p'jajah..dan UMNO lah yg m'bgnkn ekonomi neg..tp sekrg x sprt dlu..lbh byk men taktik kotor..mcm mn nk maju..sblm pilhn ry sibuk nk tlg org..bagi tnh..bg duit..lps mng..xde makne nya sumer 2..fikir2 kn lah sendr...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma