KUALA LUMPUR, 9 Dis ā Buku terbaru Dr Mujahid Yusuf Rawa, āMenuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamismeā, yang berada di pasaran sejak September lalu mencetuskan kontroversi dengan Ulama Pelapis parti Islam itu mahu beberapa perkara yang diketengahkannya dikaji semula. Ahli jawatankuasa Ulama Pelapis Azharudin Mat Said berkata, keputusan itu diambil oleh 32 pakar syariah dari seluruh negara, yang merupakan anggota sayap itu, pada stau muzakarah mengenai buku tulisan Mujahid di ibu negara, Ahad lalu.
āKami tidak menolak bulat-bulat buku ini tetapi ada beberapa perkara yang yang perlu diteliti semula... ini keputusan 32 pakar syariah, mereka merasakan ada perkara yang perlu dikaji semula,ā kata beliau pada diskusi mengenai buku itu yang diadakan di sini malam tadi.
āYa memang buku ini mencetuskan polemik baru, ada pandangan mengatakan bahawa buku ini diluluskan oleh PAS... itu yang kami terima sebagai maklum balas,ā katanya yang membahaskan buku itu dari sudut syariah. Muzakarah itu juga mendakwa kandungan buku itu tersasar daripada keadaan sebenar dalam PAS. Sehubungan itu kata beliau, pihaknya kemungkinan akan mengeluarkan satu buku bagi menjawab hujah-hujah yang diketengahkan oleh Mujahid.
Hasil muzakarah dijangka akan dikeluarkan secara rasmi dalam beberapa hari lagi. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat hadir sama pada majlis diskusi, yang majoriti hadirin merupakan golongan mula. Ketika menjawab kenyataan mengenai keputusan itu, Mujahid berkata, āsaya menghormati keputusan itu, tetapi keputusan itu dibuat tanpa memanggil penulis untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam buku.ā
Beliau yang kelihatan telah menjangkakan implikasi sedemikian kemudian memberitahu The Malaysian Insider, āini sebahagian daripada pandangan yang diterima.ā āKita ada pelbagai pandangan mengenai hujah yang saya ketengahkan dalam buku... anda sendiri telah menyaksikan keadaan ini malam ini,ā kata Mujahid yang ayahnya merupakan bekas presiden PAS. Buku itu diterbitkan oleh The Malaysian Insider. āBanyak perkara kena tengok balik, tapi bukan kami hendak menolak... usaha Dr Mujahid ini kami hargai.
āIni kematangan yang kita amalkan dalam PAS, di mana kami berbincang,ā katanya lagi. Dalam bukunya, Mujahid mengesyorkan agar PAS yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah āmenasionalkanā parti iaitu menjadikannya āparti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.ā Kata beliau, PAS perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.
āPersoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas,ā kata Mujahid dalam buku itu. Mujahid menambah, kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan. Anak bekas Mursyidul Am PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan āTaghutā dan dianggap sebagai sebuah āPerlembagaan Kafirā.
āTanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ādiintepretasikanā sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada. āPelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ānasionalnyaā yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,ā kata beliau.
Buku itu menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad. Dalam buku setebal 194 halaman itu, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya. Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.
Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku. Isu berdiri di atas Perlembagaan Persekutuan dan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negara Ku juga dibangkitkan oleh Azharudin. Menurut Azharudin, perkara-perkara tidak perlu dibangkitkan sebagai syor memandangkan PAS telah pun menjadikan sebagai amalan politik semasa.
āSaya sendiri menaikkan bendera PAS dan juga Jalur Gemilang pada Hari Kebangsaan, begitu juga kami menyanyikan lagu Negara Ku... PAS juga bergerak atas landasan demokrasi yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan (walaupun perjuangan dasar Islam), jadi mengapa perlu meminta agar PAS berubah?ā kata Azharudin lagi. āKalau ada satu dua kes, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai senario nasional, ia hanya kes-kes terpencil,ā katanya lagi.
Dua langkah lain ialah menuru Mujahid ialah, berpakaian dengan ciri-ciri kebangsaan dan menegaskan dalam pengucapan awam komitmen parti mengikut perlembagaan parti bahawa PAS adalah parti yang berpijak di bumi nasional dan menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif kepada nama-nama yang mudah difahami oleh orang ramai dalam pengucapan awam supaya ekspresi bahasa mudah difahami awam.
Mujahid juga berkata, kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu. Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Abdul Aziz Bari yang melancarkan buku itu September lalu juga hadir sebagai panel semalam bersama seorang lagi penganalisis politik Dr Ghazali Muhyiddin. Kedua-dua Aziz dan Ghazali mempertahankan hujah dan perkara yang dibawa oleh Mujahid khususnya yang berkaitan dengan Lekuk Ketiga.
Ghazali berkata, PAS sewajarnya melakukan perubahan seiring dengan persekitaran landskap baru politik negara ini. āLekuk ketiga yang dikatakan oleh Dr Mujahid sudah wujud, memang sudah wujud. Bukan tidak wujud lagi, tetapi sudah wujud,ā kata beliau sambil berkata, PAS juga perlu faham hakikat bahawa ia tidak boleh memerintah secara bersendirian. āSebaliknya PAS kalau hendak memerintah ia perlukan sokongan orang Cina dan India,ā kata beliau.
āJadi, perlu ada PAS yang baru... satu perubahan menyeluruh dalam PAS diperlukan,ā katanya. Aziz juga berpendapat PAS juga perlu melalui era baru dengan mempamerkan gaya kepimpinan yang boleh memenuhi keperluan semua pihak. Katanya, kepimpinan PAS perlu memperluaskan kemahiran dan kebolehan mengupas pelbagai isu termasuk soal-soal ekonomi. Malah Aziz juga menekankan tentang ākelemahanā PAS dalam mengendalikan isu pelantikan bukan Islam sebagai timbalan perdana menteri. āDalam isu jawatan timbalan perdana menteri pun, PAS nampak kelam-kabut,ā katanya lagi dilihat merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS baru-baru ini.
Comments
Tapi bukan ke nasional tu merupakan salah satu perkataan Melayu yg dirosakkan yg bermaksud kebangsaan.
Jadi,memang wajar org PAS menentang parti mereka sendiri.
cakap lain,buat lain