Skip to main content

Zahid Ibrahim Dizalimi! Dengar Rintihan Beliau Ini


Zahid Mula Dizalimi
Mari Dengar Rintihan Beliau

Di bawah adalah tulisan Zaid Ibrahim dalam blognya. Jelaslah beliau sudah mula dituduh sebagai musuh parti oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim. Zaid benar-benar dizalimi oleh rakan-rakannya sendiri.

Syed Shahir Syed Mohamud adalah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Baru hari ini, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya tersebut telah memberi amaran yang PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh. Siapakah dan berapakah ahli-ahli ini, dia tidak sebut.

Sejak isu pemilihan parti timbul, ungkapan ‘musuh parti’ ini kerap kedengaran. Agaknya, sesiapa yang menawarkan perkhidmat semasa pemilihan ini tetapi tidak direstui adalah itu yang disebutkan ‘musuh parti’ dan musuh perjuangan.

Saya ditanya pemimpin Keadilan tadi semasa saya sampai di Kuching untuk mendengar keputusan kes di Mahkamah Tinggi Kuching: Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli Keadilan selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli Keadilan percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah UMNO, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon.

Saya menawarkan diri sebagai calon hanyalah kalau ahli Keadilan mahu alternatif dalam membuat perhitungan. Sebab-sebab saya boleh menjadi menjadi asset kepada parti akan saya huraikan selepas saya dapat pencalonan nanti.

Saya tidaklah mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tak masuk akal mesti dijawab. Soh Chee Wen, setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Anwar Ibrahim dan telah membantu Keadilan. Azmin Ali, Syed Shahir dan Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Chee Wen kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

Amat tidak masuk akal untuk Soh Chee Wen digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali.

Saya tidak perlu dibiayai oleh Soh Chee Wen ataupun orang lain. Lagipun jawatan Timbalan itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat.

Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan Nombor Dua ini.

Pemilihan pemimpin parti ini adalah yang pertama untuk PKR, dan juga yang sulung di Malaysia. Ini satu kesempatan untuk membuktikan bahawa parti ini mampu melangsungkan pemilihan demokratik di dalam PKR, terutamanya apabila pemilihan ini akan diadakan di bawah pengawasan seluruh negara. Biarlah proses pencalonan dan pemilihan parti ini dilangsungkan secara satu ‘friendly contest’ dan yang kita sebagai satu parti mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah parti yang matang dan progresif.

Comments

pencinta kebenaran said…
"beliau??" apa mulia sgt ko tu..ala..malas la nak dengar rintihan ko zaid..x berfaedah pon..dah ko sendiri yg pilih utk dizalimi..ko buat ko dapat la
Anonymous said…
Naik kuda la lagi bagus.....pusing2 satu Malaysia....
Anonymous said…
Zaid dah dilihat sebagai beban kepada PKR...

Kalau PKR tak cukup masaalah.., boleh laa ajak Nazri Aziz masuk PKR lak...

kih..kih..kih..
Unknown said…
SALAM, BARU TAHU KE???
Anonymous said…
ello beb tak kan terror punya lawyer bolih jadi macam tu.. come on la.. beb jangan buat story...kah...kah
azlishukri said…
PKR tidak akan pergi ke mana...

Pilihan Pembaca

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

Hujah Mufti Perak Lebih Matang Daripada Mufti Perlis

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara. Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya. "Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya. Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi. Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah. Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu ...