Skip to main content

Sejauh Mana RPK Boleh Menafikan Kenyataan Anaknya Sendiri?

Sejauh Mana RPK Boleh Menafikan
Kenyataan Anaknya Sendiri?

Saya rasa sangat sedih apabila membaca berita yang disiarkan oleh Malaysia-Instinct di bawah ini. Sedih kerana, rupa-rupanya anak Raja Petra, Raja Azman sangat mengharap agar ayahnya memulakan hidup baru di Malaysia.

Saya hairan, bukankah selama ini RPK lah yang selalu membuat tohmahan dan tuduhan kononnya Malaysia sebuah negara yang penuh dengan kezaliman, rasuah, penyelewengan dan pelbagai gejala jahat yang dilakukan oleh UMNO dan BN? Bukankah lebih baik RPK tinggal terus di bumi London yang penuh dengan kebebasan, kesamarataan dan keseronokan? Bukankah London lebih baik daripada Malaysia? Bukankah lebih baik beliau membawa anaknya itu bersama-sama dengannya hidup gembira di London? dan yang lebih menyedihkan, anak RPK mengaku bahawa tiada campur tangan kerajaan dalam kes beliau, sehinggakan beliau dibebaskan. Inilah bukti paling sahih bahawa segala tuduhan RPK selama ini terhadap sistem kehakiman negara adalah palsu dan diragui!

Malah, pengakuan Raja Azman bahawa ayahnya itu seorang peminum dan pemabuk sudah cukup membuktikan tahap iman dan keIslaman RKP - soalnya bagaimana umat Islam begitu mudah menerima segala hasutan dan fitnah daripada seorang manusia yang mempunyai akhlak seperti ini? Baca laporan Malaysia-Instinct di bawah:

1. Anak Raja Petra Kamaruddin, Raja Azman telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini apabila mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Raja Azman telah dituduh mencuri sebuah motorsikal dan memecah masuh sebuah rumah di Shah Alam tahun lalu.

2. Raja Azman meluahkan perasaan lega dan syukur kepada Allah atas keputusan mahkamah itu. ā€œIni akan dapat membersihkan nama ayah saya,ā€ katanya. Dia amat gembira kerana wujudnya keadilan sebenar di Malaysia. Dengan itu, Raja Azman secara diam-diam mengharapkan bapanya kembali untuk menghadapi mahkamah sebagai seorang anak jantan. Dia ingin agar RPK tahu bahawa tidak ada yang perlu ditakuti jika RPK benar-benar tidak bersalah atau berbohong.

3. Raja Azman yang berusia 34 tetap merindui bapanya dan ingin sekali meraikan kebebasannya bersama keluarga. Terasa kosong apabila bapanya tiada bersama untuk menikmati kegembiraan ini. Raja Azman percaya yang bapanya adalah seorang yang jujur dan tidak bersalah. Dengan peguam yang hebat seperti Amarjeet Singh, yang telah berjaya membebaskannya, bapanya juga pasti mempunyai 100% peluang untuk memenangi apa jua kes.

4. Keputusan mahkamah dalam kesnya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak mencampuri proses keadilan walaupun Raja Azman adalah anak kepada orang yang dikehendaki, pelarian dan pengkhianat negara. Baguslah, nampaknya selepas gagal membunuh diri dalam lokap dengan menelan pisau cukur tempohari, Azman sudah mula bersikap waras. Dia tidak mahu menjadi bodoh lagi.

5. Jelas sekali, Raja Azman turut bimbangkan nasib RPK terutamanya apabila membaca mengenai insiden mabuk baru-baru ini. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana bapanya tertidur di dalam longkang tepi jalan bagaikan pemabuk gelandangan. Walaupun bapanya menafikan cerita tersebut, Raja Azman lebih tahu. RPK adalah seorang peminum sepertimana juga isterinya seorang perokok. Bagi Raja Azman, minum tidak salah selagi tidak dijumpai di tepi longkang di jalanan seperti sampah.

6. RPK tidak sepatutnya mengambil hati dengan BBC kerana membatalkan wawancaranya dalam rancangan Hardtalk. Ia hanyalah satu program bodoh. RPK patut menikmati kehidupan sepertimana nasihatnya kepada Raja Azman, ā€œenjoy!ā€ Itulah yang RPK selalu bisikkan padanya. ā€œBelajar untuk mencari wang mudah, melalui apa saja cara yang mampu!ā€

7. Raja Azman menyanjung bapanya sebagai seorang yang amat berilmu, terbuka, liberal dan Muslim sejati. Raja Azman melihat bapanya sebagai seorang Muslim sebenar yang hebat kerana mempunyai fikiran yang terbuka mengenai alkohol serta seks. Kerana itulah RPK digemari oleh Melayu-melayu liberal, atau Melayu yang lebih baik, iaitu panggilan RPK terhadap mereka yang sepertinya.

8. Melayu biasa atau tipikal adalah terlalu bodoh untuk memahami bapanya, adalah komen yang sering diberi oleh Raja Azman apabila topik mengenai bapanya dibangkitkan. Raja Azman percaya bahawa bapanya adalah manusia bijak dan sering disalahtafsir oleh mereka-mereka yang kurang bijak seperti Melayu biasa.

9. Dengan kebijaksanaan tersebut, RPK tak mungkin kalah dalam menghadapi cabaran. RPK perlu berhadapan dengan cabaran dan menunjukkan kepada dunia kehebatannya dengan muncul di mahkamah dan bukannya lari seperti pengecut. Sekali lagi, Raja Azman mendesak bapanya untuk pulang dan menghadapi mahkamah. Tidak perlu lagi bersembunyi atau menulis dari jauh. Sudah sampai masanya untuk membuktikan tuduhannya terhadap Najib dan Rosmah adalah benar belaka. Tidak mungkin ini begitu sukar.

10. Kes liwat Anwar juga, adalah bukti nyata bahawa tidak ada yang kurang dalam sistem kehakiman Malaysia. Jika tidak kenapa atau bagaimana hakim boleh membenarkan Karpal mengheret kes tersebut begitu lama? Jika mahkamah Malaysia adalah mahkamah kangaroo dan berat sebelah, Raja Azman dan Anwar tidak mungkin mendapat peluang langsung. Tetapi Raja Azman telah bebas hari ini, dan RPK sepatutnya mengambil peluang yang sama. Justeru, pulanglah ayahā€¦demi anakmu, rayu Raja Azman.

Comments

udanggalah saidā€¦
hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.eloknya ambil batu tu hempok kat kepala dia..baru tahu.
gagasan_warisan saidā€¦
hahah camni muslim sejati....dah macam keling mabuk...elok hempuk ngan batu...

Pilihan Pembaca

Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru!

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru! By : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle As PKR officials confirm that fast-rising star Nurul Izzah Anwar has not qualified for the deputy presidential contest, speculation is rife that FT chief Zaid Ibrahim will challenge her mother for the No. 1 post - which he is bound to lose but insiders say is part of a final plan to leave PKR in a blaze of self-perpetuated glory and to cart away as much sympathy as he can. "He knows he has burnt his bridges and he will go. Isn't it better to be remembered as having quit PKR after failing to win the presidency rather than to be remembered as just another loser in a four or five-cornered No. 2 race?" a veteran PKR watcher told Malaysia Chronicle. In the past weeks, Zaid has shocked his PKR colleagues by unveiling a sinister side of himself that previously was hidden by his liberal speeches and remarks that struck a chord with a small but vocal group of mainly urban Malaysians . Initially, PKR mem...

Menjawab Tohmahan Kononnya UMNO Parti Nasionalisme Yang Haram di Sisi Islam

MENJAWAB TOHMAHAN KONONNYA UMNO PARTI NASIONALISME YANG HARAM DI SISI ISLAM (Saya siar ulang, tulisan saya berhubung isu UMNO dan Nasionalisme) 1. Tahun ini merupakan tahun ke-52 tanah air kita mencapai kemerdekaan. Semua lapisan rakyat, tidak kira agama dan bangsa, telah menikmati kemakmuran dan keamanan, hasil daripada usaha dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tidak ternilai segala jasa dan pengorbanan mereka itu. Dan bersyukur merupakan sebahagian daripada tanda kenangan kita terhadap perjuangan mereka itu. 2. Kemerdekaan sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada konsep nasionalisme. Iaitu semangat cinta akan tanah air dan bangsa sendiri. Namun demikian, terdapat segelintir umat Islam di negara ini, yang menyalah tafsirkan konsep nasionalisme sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa konsep tersebut merupakan konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam. Dakwaan golongan ini adalah mudah, iaitu nasionalisme adalah sama ertinya dengan assabiyah. Mere...