Skip to main content

Saya Bersetuju Dengan Mukhriz


Saya Setuju Dengan Datuk Mukhriz


Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir, bahawa terdapat pihak yang tidak senang melihat Malaysia-Indonesia menjadi pakatan dagangan yang besar di rantau ini. Ada pihak yang cuba melaga-lagakan antara rakyat Indonesia dengan Malaysia agar kita saling mencurigai antara satu sama lain. Soalnya siapakah pihak tersebut? Amerika Syarikat? Anwar Ibrahim? atau Singapura? Semuanya serba kemungkinan. Atau mungkin juga ketiga-tiga pihak tersebut terlibat secara tidak langsung - kerana musuh mereka adalah sama iaitu - Malaysia. Masalah sekarang ialah, apakah Malaysia hanya bersikap tunggu dan lihat sahaja? Apa tindakan proaktif kita bagi menghadapi ancaman musuh yang datangnya dari pelbagai penjuru? Jika zaman Tun Mahathir, musuh kita lebih berada di luar, tetapi pada ketika ini - musuh dalaman jauh lebih ramai daripada musuh dari luar. Sudah tiba masanya, kerajaan bersikap tegas dan tidak ada rasa gentar atau takut untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mengekalkan keamanan yang selama ini telah kita kecapi. Wallahualam.


LEDANG, 6 Sept — Malaysia dan Indonesia sengaja dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang bimbang kedua-dua negara itu boleh menjadi kuasa berpengaruh di rantau ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Katanya pihak ini bertindak mengadu domba untuk menyekat kemajuan pesat Malaysia yang semakin menghampiri matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 10 tahun lagi.

“Memanglah, kalau kita baca laporan akhbar mengenai tindakan mereka, kita naik panas tetapi kita kena sabar dengan tindakan ini,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim anjuran Pemuda Umno Bahagian Ledang di Masjid Datuk Abdul Ghani di malam tadi.

Mukhriz berkata demonstrasi anti-Malaysia di Indonesia dilakukan oleh satu kumpulan yang tidak menggambarkan pendirian keseluruhan rakyat Indonesia. Beliau turut membidas tindakan pembangkang yang sanggup memburuk-burukkan imej Malaysia di luar negara semata-mata kerana mahu berkuasa. Katanya ini berbeza dengan anggota pembangkang negara lain yang sayang pada negara sendiri.

“Mereka gambarkan pemerintah Malaysia seperti Taliban, sistem kehakiman tidak telus dan rasuah, polis digambarkan begitu buruk dengan menggunakan istilah-istilah yang begitu hina yang boleh menyebabkan ramai pelabur tak mahu melabur di negara ini,” katanya.

Sungguhpun demikian, kata Mukhriz, pelaburan asing di negara ini telah mencecah RM5.6 bilion pada tiga bulan pertama tahun ini iaitu bersamaan dengan keseluruhan pelaburan sepanjang tahun 2009. Beliau yakin peningkatan jumlah pelaburan asing itu pada tahun ini akan lebih pesat lagi ekoran beberapa langkah termasuk usaha liberalisasi dasar pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan. — Bernama

Comments

Anonymous said…
Jangan buat spekulasi secara Zimbabwely, kena bagi petunjuk atau hint yang lebih kukuh dan 'sounded'.

DR NO
Anonymous said…
Saya amat bersetuju dengan pendapat Saudara Azli agar kerajaan berani dan segera bertindak terhadap petualang negara.

Menteri dalam negeri janganlah hanya memberi amaran keras tetapi tindakan tidak keras. Kena dua-dua keras. Amaran keras diikuti dengan tindak pun keras juga. Barulah kita dihormati.

Contohi Tun Dr. Mahathir dengan operasi Lalangnya.

Jangan tunggu sampai nasi jadi bubur. Masa itu dah tak guna lagi.

The Zeks
Anonymous said…
Bertindak keras bermotifkan national security, silakan. Tapi, semata-mata political motive and survival, nanti kena hukum karma dunia dan akhirat.

DR NO
Carlos Abdullah said…
Salam Sdr Shukri,

Saya ada mengaju idea Kesatuan Nusantara dalam blog saya. Ini adalah hasil dari pengalaman 3 bulan di Parlimen Eropa.

Sila rujuk pada links ini:

http://imgettingpersonal.blogspot.com/2010/09/malaysia-indonesia-nusantara-union-is.html

http://imgettingpersonal.blogspot.com/search/label/Nusantara%20Union

Harap saudara dapat sebarkan idea ini.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

Fatwa Dr Asri Terkini Diperlukan!

Saya memohon fatwa daripada Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan terbaru Anwar Ibrahim yang mahu melakukan revolusi terhadap pemerintah di Malaysia. Apakah hukumnya di sisi Islam? Mana ulama-ulama yang jujur dalam soal ini? Cepat keluarkanlah fatwa. Janganlah berdolak-dalih lagi. Baca berita di bawah ini : KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas. Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara. "Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhia...

Razali Akhirnya Dipecat!

Orang yang cakap betul kena pecat...tapi..ahli DAP yang hina Islam dan tidak hirau sensitiviti umat Islam di Malaysia, dibiarkan bermaharajalela. DAP ini parti yang tiada main amaran-amaran, kalau tak suka sahaja, pecat, ikut suka hati mak bapak mereka. Baca berita di bawah : PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti. "Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos. "Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej par...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...