Skip to main content

Ridhuan Tee Abdullah Mengganas Lagi!


Ridhuan Tee
Mengganas Lagi!



Buku ini kira-kira baru dua minggu berada di pasaran - namun demikian, "kehangatannya" sudah mula dirasai. Sekali lagi, penulis tamu Utusan Malaysia, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil dengan kritikan bisa dan tajamnya melalui buku terbaru beliau berjudul "Nasib Melayu Di Bumi Melayu" - walaupun buku ini merupakan himpunan artikel-artikel beliau yang telah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia dan majalah al-Islam, namun - yang menariknya buku ini ialah rencana-rencana yang terkandung di dalamnya bebas daripada sebarang suntingan editor. Ia tidak seperti rencana Ridhuan Tee yang biasa tersiar di dalam Utusan Malaysia saban minggu - yang terpaksa disunting dan dipendekkan kerana keterbatasan ruang dan menjaga sensitiviti kaum tertentu.

Secara ringkasnya, buku ini adalah kompelasi rencana Ridhuan Tee yang "panas" lagi "memanaskan" - tanpa diedit, tanpa dipotong dan tanpa disunting. Ridhuan Tee menulis dengan penuh berterus-terang, dari hati dan perasaan ikhlasnya. Bacalah sendiri, anda akan menghayatinya.

Pada hemat saya, buku seperti inilah yang mampu menyedarkan orang Melayu dan mengingatkan orang Cina. Bahkan, buku seperti inilah jugalah yang sepatutnya menjadi buku teks di universiti dan di sekolah menengah - ia ditulis dengan bahasa kesedaran dan bukan ditulis dengan gaya bahasa buku teks. Dapatkan segera - serta sebarkan seluas-luasnya. Buku ini tidak hanya menjadi perdebatan hangat - malah, ia juga akan menjadi buku bestseller sepanjang tahun ini! Selamat Membaca! Harga senaskah RM 22.50 Terbitan Utusan Pubications

Comments

Anonymous said…
YOU DID A GREAT JOB ..DOC..I SALUTE YOU...SEMOGA KESEDARAN AKAN TERPANCAR DIDALM DADA SETIP UMAT MEYU..BANGUNLAH BANGSA KU..BANGUNN..BANGUNNNNNN...SUBHANALLAH
azlishukri said…
sama2 kita membacanya...
udanggalah said…
Salam lepas ni pasti ramai lagi yang bengang dengan Cina Islam ni....nanti aku cari buku tu.
Anonymous said…
Melayu masih TIDOQ lagi kaaa?

Awat laa Melayu jadi macam tuu..

Cina Kapiaq duduk cucuh pungkoq pun..
Melayu masih LENA..

Dah.. la..
Bangsa sendiri tikam dari belakang, Si kapiaq hentam dari depan.

Tapi Melayu masih tidur...
Agak-agak SAPA yang boleh kejutkan bangsa Melayu yang nyenyak tidur dan dibuai mimpi-mimpi palsu...

Siapa... ya..?
Rasaku TUN DR MAHATHIR...

lagi-lagi...

SIAPA yang boleh kejutkan Melayu yang seronok tidoq dengan mimpi-mimpi MAT JENIN ?

dr. ADAM AMIN
Jerlun, Kedah
d said…
Salam perjuangan,

Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS atas pengendalian blog anda yang semeamangnya mempengaruhi masyarakat terutamanya pengundi2 baru..

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian artikel yg mantap..

Kami tlh linkkan blog anda di dalam senarai blog pilihan kami..

Kami memohon jasa baik pihak anda agar dapat linkkan blog kamI di dalam senarai blog anda.

SEKIAN, SALAM KASIH DARI,

Melayu CinDia
Wakil Blogger2 GELOMBANG RAKYAT.
Unknown said…
Secara peribadi aku rasa malu , aduhh ..malunya !!

kenapa ? sepatutnya orang melayu asli yang menulis buku sebegini , bukan cina islam !

Bahkan , seluruh bangsa melayu islam seharusnya merasa malu dengan Dr Reduan , dia pula yang berusaha keras mengingatkan melayu tentang masa hadapan , tentang maruah dan nasib melayu , sedangkan melayu sendiri masih berbalah , masih berdebat soal isu kafir mengkafir , sah dan haramnya berimamkan melayu parti lain !

Insyaallah , saya akan pastikan memiliki buku ini , harap2 tak habis lagi ..

Tahniah Dr Reduan ..!
Anonymous said…
tahniah dr. redzuan.

jazakallah.
Anonymous said…
Atas semangat Ukhwah sesama muslim & tanggungjawab memberitahu kebenaran..(Iman yang Betul)


Seorang Cina/Islam yang cuba menyedarkan Melayu/Islam (sebahagian besar yg masih dibelenggu pemikiran era british) 1. lalai memperdagang Islam demi politik @
2. budaya rasuah yang tidak amanah kpd rakyat untuk kepentingan ego, nafsu tamak peribadi..

selain dari golongan hanyut spt membuang bayi..dll..sayangnya 50 tahun belum cukup bagi Melayu mengeluarkan takut pemikiran krn 450 tahun dijajah..

Orang Muslim Melayu perlu menghargai sumbangan jihad bangsa Cina muslim yang ikhlas seperti ini..melalui pendapatnya yg benar2 jujur.

yg Benar..
dr Mamak berjiwa Melayu
Anonymous said…
terima kasih kerana memaklumkan pasal buku ini,pada aku dr ridzuan mengetahui bahawa umno itu islam dan melayu itu islam,dia faham apa maksud istilah tersebut.Bukan seperti ahli politik bulan mengambang yang memainkan isu agama didahulukan bukannya bangsa didahulukan....

tok awe
ikan emas said…
Adakah Melayu hanya mengharap 'orang lain' yang membela nasib bangsa Melayu ??

atau adakah org Melayu yg mengaku 'Melayu' terlalu 'berbudi bahasa'hebat bertoleransi hinggap sanggup dipijak kepala ?

Fikir-fikirkanlah generasiku !!

mai kita ramai-ramai serbu kedai buku..alangkah baiknya kalau remaja orang muda membaca buku ini daripada bahan tentang gossip dan skandal kahwin cerai artis ???
Anonymous said…
Orang putih (BRITISH) mengamalkan dasar "PECAH dan PERINTAH"

DAP bengong pun mahu melaksanakan prinsip tersebut.....

CUBA MEMECAHKAN UNDI MELAYU dan INGIN MEMERINTAH MALAYSIA.

Hoi MELAYU....

Tidur lagi ka....
Hukum lebai malang yang dijulang.

Hukum Islam yang sebenar dikesampingkan oleh pelawak-pelawak PAS yang buta kebenaran dimana DAP KAFIR tetap MUSUH UMAT ISLAM.

Takbir........
Takbir........
Burung Merbok said…
1. Assalamualaikum ! Bagaimana dan di mana saya boleh order buku ini secara on-line. Terima Kasih.

2. Syabas Dr.Ridhuan ! Bukan ramai yang berani menulis atas tajuk tersebut terutama di keadaan yang sensitif seperti sekarang ini. Era selepas 2003 memperlihat kebangkitan suara-suara sumbang, cabaran-cabaran melulu dan keterlaluan ; desakan-desakan yang tebal perkauman dan tindakan-tindakan biadab serta kurang-ajar.It takes guts to come out with a book like yours ! Lagi sekali syabas dan tahniah !
Unknown said…
Tahniah Dr. Redhuan Tee. Memang dia hebat. Sy ikuti penulisan dia di UM. Pernah bersembang dgn dia dalam satu majlis PIBG di PP.
Sy akan linkkan blog sdr di blog sy
http://suarasatuduaumno.blogspot.com
Abdul Hayee Zabidin said…
Terima kasih Saudara Azli kerana mempromosikan buku tersebut. Moga2 berkat bulan Ramadzan yang mulia ini akan menyedarkan orang Melayu untuk bersatu mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini daripada diperintah oleh DAP.
Anonymous said…
Matlamat perjuangan mu yang suci mudah-mudahan akan di makbulkan ALLAH jua. AMIN!
Anonymous said…
Blog mu telah menjadi bahan rujukan bagi mereka yang mahu dan ingin mencari kebenaran.

The Zeks
Anonymous said…
Ulama yang sebenar ialah mereka yang berani berkata benar walaupun pahit.

Nik Aziz bukan ulama. Dia berkata apa yang dikehendaki oleh penyokongnya walaupun nyata salah.

Pakaian sahaja belum cukup untuk meletakkan seseorang itu ulama.

Ridzuan Tee Abdullah adalah seorang ulama.
Fadzrul Hisyam said…
Seorang Cina Muslim mengingatkan jutaan Melayu Islam. Sampai bilakah harus kita tunggu untuk lahirnya seorang "Ridhuan Tee" di kalangan orang Melayu sendiri?

Melayu masih lalai. Terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengalas punggung sendiri.

Sama-sama kita ambil iktibar.
KAPAKTAJAM said…
Bangun lar Bangsa Melayu dari tidormu. Lihat kiri dan kanan dimana anak cucu dan cicit mu nanti.

Jgn mereka kencing dikubur ANDA marah kerana bangsa dari ayah dan atoknya menjadi lembu-lembu belaan DAPig.

Bangun2 ayah kuatkan semangat dan tekat, kuasai semula kekuatan ekonomi dan pulaukan kedai2 Cina, buat bagaimana mereka menipu kita di PRU 12.

Kali kta jar mereka dgn satu cara semua Melayu bersatu dan miliki semua kerusi2 di DUN dan Parlimen, tak kira waima dari Parti Politik mana, yg penting org2 Melayu menguasai Politik dan ekonomi semula dan kita ajar bangsa yg tak tahu berterima kasih di atas toleransi Kaum Melayu selama ini.

Ayuh bangkit bangsa Melayu ku Islam. Melayu kuat Islam juga akan kuat.
Siberangan said…
Mari kawan2 kita analisa buku ini. Minta Tun Dr Mahathir buat analisa sama.

Ulamak juga patut ambil bahgian menganalisanya.

Analisa kena di buat di akhbar arus perdana maca depa buat analisa buku TDM 'The Malay Delema' supaya semua Melayu boleh baca.
Anonymous said…
Saya banyak membaca Artikel yang ditulis oleh Dr Ridzuan Tee.
Beliau amat prihatin dan sayangkan kepada perpaduan Melayu Islam dan UMNO....

Kalau boleh bawa masuk Dr. Ridzuan kedalam UMNO lagi bagus....

Untuk menjadikan UMNO lebih islamik dan boleh disertai bangsa islam yang lain namanya perlu ditukar kepada...

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU DAN ISLAM BERSATU..

Mungkin Usul ini boleh dibawa kemesyuarat Agung UMNO untuk diperbahaskan..

Apa pendapat Dr..dan rakan yang lain sekelian?....
Anonymous said…
DR. Riduan Tee perlu diangkat menjadi Moderator atau Fasilitator Negara. Tugas beliau ialah mengislahkan UMNO dan me'Malaysia'kan DAP.

DR NO
Dot said…
salam ramadhan almubarak,

semuga umat melayu islam dapat mengambil iktibar dari pandangan oleh bukan melayu yg sayangkan negara & islam...
insyaallah
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua...
baka tut said…
pasai [puji orang,pasai bodek orang,pasai ampu orang melayu nombor satu.bukan pun dia nak ambil iktibar dari kejayaan orang lain.Melayu hebat jadi pemerhati setia pada kejayaan orang lain.Maka orang bukan Melayu tapi alim pada agama dan ikut ajaran Islam pula yg banyak pandu oarng Melayu.

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...

Apakah Ada Perbezaan Antara PAS Dengan DAP?

APAKAH ADA PERBEZAAN ANTARA PAS DENGAN DAP? ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini. Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu. “Kami kesal kerana kerajaan negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini. “Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). “Memang pusat ini didirikan di tanah...