Skip to main content

Laporan Khas Azli Shukri (Episod Satu) : Produk Terbaik Khairy adalah Kegagalan




Laporan Khas Azli Shukri
Episod Satu : Produk Terbaik Khairy adalah Kegagalan

Oleh Muhammad Azli Shukri


Sehingga ke hari ini, saya masih bertegas - bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia mestilah Datuk Mukhriz Mahathir. Mengapa? Kerana UMNO harus segera mengelakkan fitnah yang akan melanda parti tersebut jika calon lain yang memenangi kerusi panas tersebut. UMNO tidak berupaya lagi untuk menangkis satu lagi gelombang tsunami politik dalam PRU yang akan datang. Saya jelaskan dengan hati yang ikhlas mengapa semua perwakilan pemuda UMNO harus memilih Datuk Mukhriz, pertama - imej beliau adalah bersih dan terbukti beliau tidak menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan baru-baru ini.



Nama beliau dicalonkan dengan sebulat suara daripada akar umbi, tanpa dipaksa atau dibayar apa-apa. Kedua, terbukti beliau merupakan calon yang tiada rekod kegagalan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh parti kepadanya. Ambil contoh Aman Malaysia - yang terletak di bawah Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah sangat berjaya dan cemerlang dalam memberi bantuan kemanusiaan di rantau ini. Saya difahamkan bahawa Datuk Mukhriz Mahathir menggunakan duit poket sendiri dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti Aman Malaysia tersebut - ini jelas satu pengorbanan beliau yang harus dipuji. Tetapi agak hairan - bagaimanakah pula Khairy dan Khir Toyo mendapat begitu banyak wang untuk menggerakkan kempen politik mereka selama ini? Umpamanya Khairy, bagaimanakah beliau membayar gaji para pegawainya? sedangkan beliau tidak mempunyai syarikat atau kilang sendiri seperti Datuk Mukhriz Mahathir? Inilah yang menyebabkan ramai perwakilan tertanya-tanya.



Katakan, jika Khairy mempunyai tiga pembantu dan setiap pembantu/ pegawai khasnya bekerja sepenuh masa dengan beliau dan dibayar setiap daripada mereka sebanyak RM3000 sebulan, totalnya sudah mencecah RM9000 sebulan (tidak termasuk caruman kwsp). Ini baru dihitung dari segi gaji pekerjanya - belum lagi yang lain-lain (pengangkutan, jamuan, makan minum dll). Malah - jauh lebih pelik siapakah yang membiayai segala pergerakan beliau untuk berkempen di seluruh Malaysia untuk bertemu dengan pemuda-pemuda bahagian dan cawangan? Bukan sedikit wang yang diperlukan untuk melakukan road show tersebut tanpa mempunyai dana yang kukuh dan mencukupi. Rasanya, dengan gaji sebagai wakil rakyat ia belum mencukupi. Jika Datuk Mukhriz - saya tidak berapa hairan, beliau sebelum ini ialah peniaga dan mempunyai para pekerjanya yang tersendiri. Persoalan inilah yang cuba dielak oleh Khairy dalam mana-mana temubualnya dengan media, nyatalah bahawa beliau bimbang jika ramai pihak mula mempertikaikan dari mana beliau mempunyai dana kewangan yang besar dalam usaha membantu kempen beliau selama ini.



Pada mulanya, saya tidak perasan akan hal tersebut, tetapi lama-kelamaan ia semakin jelas dan membingungkan. Beliau begitu rancak ke sana ke mari untuk berkempen (kononnya turun padang) tetapi agak pelik dari mana beliau mendapatkan sumber kewangannya. Hal ini harus difikirkan oleh para perwakilan, cuba tanyakan kepada beliau dari mana sumber kewangannya yang selama ini digunakan untuk berkempen dan membayar gaji para pegawainya?



Kita agak terlepas pandang dalam membicarakan isu tersebut. Malah, Khairy cuba mengelak untuk membicakan sumber kewangannya dalam menjalankan kempen beliau. Begitu juga dengan Khair Toyo, dari manakah sumber kewangannya? Kita tidak kisah jika mereka dibantu oleh orang tertentu, tetapi biarlah kita bersikap telus dan mengelakkan fitnah. Dan sanggupkah kita membantu seseorang dengan menyumbang ratusan ribu bagi membantu dana kempennya tanpa mengharapkan sebarang imbuhan balik? Sudah tentu kita mengharapkan pulangan semula daripada pelaburan tersebut. Jika ini berlaku - ia sudah dianggap sebagai rasuah. Oleh sebab itu kita minta, agar Khairy bertindak jelas dengan mengemukakan dari mana beliau memperoleh dana bagi membantu kempen politik beliau selama ini. Saya percaya dan yakin jika Datuk Mukhriz diminta berbuat sedemikian - beliau akan sanggup melakukannya.



Berbalik kepada perkara di atas tadi - Datuk Mukhriz tidak mempunyai rekod kegagalan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selama beliau memegang jawatan exco, hal ini sangat berbeza dengan Khairy dan Khair Toyo. Banyak projek di bawah kendalian Khairy menemui kegagalan, jadi di manakah letaknya "kecerdikan" beliau sebagai seorang lulusan dari Universiti Oxford? Jika hanya dinilai dari aspek pandai bercakap - semua orang mampu melakukannya. Projek MyTeam tidak menampakkan hasilnya, walaupun program tersebut telah berjalan hampir tiga tahun. Kita ingin tahu apakah hasilnya? atau sekurang-kurangnya setakat mana perkembangnya? Malah, sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden FAM - saya tercari-cari idea kreatif dan inovatif beliau selaku lulusan Oxford dalam memantapkan pasukan bola sepak negara. Sebaliknya, yang saya temui adalah penyerahan kuasa oleh Khairy kepada Datuk Soh Chin Aun sebagai pengurus pasukan kebangsaan, yang kemudiannya beliau dipecat daripada jawatan tersebut. Hakikatnya, Khairy merupakan individu yang telah diamanahkan sebagai pengurus pasukan (saya tidak tahu mengapa beliau menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Datuk Soh Chin Aun tanpa ada perjanjian hitam putih (sekadar melalui lisan) - yang akhirnya Datuk Soh Chin Aun menjadi kambing hitam dalam kes tersebut).



Kes itu merupakan bukti bahawa Khairy bukanlah pemimpin yang bertangungjawab, malah cuba mengelakkan tanggungjawab apabila dirasakan bahawa tugas tersebut tidak banyak memberikan manfaat kepadanya. Jika beliau benar-benar mahu menaikkan mutu bola sepak negara, beliau seharusnya bertanggungjawab menjadi pengurus pasukan bola sepak kebangsaan dan bukan menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Soh Chin Aun- malah Khairy digesa membuktikan segala "kecerdikan Oxfordnya" dalam membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan di mata dunia sebagai seorang Pengurus Pasukan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhirnya - yang kita temui hanyalah kegagalan Khairy dalam FAM, sehinggakan pada 5 Mac yang lalu seorang ahli Parlimen iaitu, Dr. Tan Seng Giaw mencadangkan seluruh barisan kepimpinan FAM dirombak, katanya, "Kalau boleh kita pecat semuanya, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Pecat itu orang yang ada kena mengena dengan FAM." Hal ini turut disambut oleh seorang lagi ahli Parlimen iaitu, Datuk Bung Moktar Radin, dengan berkata, "Bola sepak kita tiada kemajuan, maka tiada keuntungan untuk mereka (merujuk kepada kekurangan syarikat korporat untuk menaja pasukan bola sepak negara/negeri) penonton sekarang boleh dikira dengan jari bilangannya."



Apa-apa yang diluahkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat tersebut, merupakan realiti terhadap FAM, malah usaha untuk memulihkan nama baik FAM melalui penglibatan Khairy sebagai Timbalan Presiden FAM menemui kegagalan. Sangat jelas Khairy sering membawa kegagalan kepada mana-mana organisasi yang beliau sertai. Terdahulu, Tony Fernandes menyatakan kekecewaan beliau kerana menaja projek MyTeam selama ini, sehingga nama baik AirAsia tercemar gara-gara dikaitakan dengan Khairy dan kumpulannya. Lihatlah, dengan mata hati, bahawa Khairy hanya banyak mengundang kegagalan. Begitu juga apabila beliau menjadi naib ketua Pemuda UMNO Malaysia, terlalu banyak fitnah yang berkait dengan diri beliau, dari hal ECM Libra sehinggalah ke isu "Budak Tingkat 4" - semua ini hanyalah mengundang nama buruk kepada UMNO dan menyalakan api fitnah yang dahsyat kepada Pemuda UMNO.




Hal ini tidak termasuk kegagalan Khairy dalam melaksanakan program Mat Rempit - yang sehingga kini tidak diketahui apakah hasil dan natijahnya kepada UMNO. Ditambahkan pula dengan kegagalan beliau menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan lepasan universiti yang pernah dijanjikannya satu ketika dahulu. Malah, kempen menawan Kelantan yang dilancarkan oleh beliau melalui slogan "Pade Doh" akhirnya memakan diri sendiri. Adalah jelas bahawa "kebijaksanaan Oxford" yang dicanang oleh para pengampunya hanyalah omong kosong yang tidak mempunyai sandaran dan bukti yang kukuh. Maka, apakah dengan segala kegagalan yang pernah dilakukan olej Khairy ini masih memberi keyakinan kepada kita bahawa beliau berupaya mengemudi bahtera Pemuda UMNO Malaysia? atau sekali lagi Khairy akan menghancurkan Pemuda UMNO sebagaimana UMNO tewas teruk dalam PRU ke-12 baru-baru ini. Saya percaya semua perwakilan yang mempunyai akal yang waras dan sihat akan dapat menilai antara emas dengan suasa. Tepuk dada, tanya iman.



Ikuti Laporan Khas Azli Shukri ini dari semasa ke semasa - membongkar cerita dan berita tentang kegagalan Khairy dan mengapa seluruh pemuda UMNO harus menolak beliau.


Gambar : Datuk Mukhriz Mahathir dalam beberapa program Aman Malaysia dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan - inilah pemimpin muda yang kita mahu, tidak banyak bercakap, tetapi kerja berjalan dan membanggakan.

Comments

ROSHATIKA said…
Salam Azli,

Saya rasa tidak salah kita berkempen untuk mana-mana calon.

Tetapi kena ingat, kita berada di dalam satu parti dan ini adalah pertandingan di dalam keluarga.

Bagi saya memburuk-burukkan calon lain sesama parti adalah tidak beretika kerana perkara-perkara yang disebut akan digunakan parti lawan.

Elok rasanya kita bercerita kebaikan calon pilihan kita tanpa memburuk-burukkan calon lain.

T. kasih
azlishukri said…
Ros - saya tidak memburuk2kan sesiapa pun, tetapi menceritakan kegagalan, saya harus bercakap secara berterus-terang, sama ada sesiapa mahu menerimanya, terpulang. saya mesti menceritakan hal yang sebenar, agar semua perwakilan memilih yag terbaik. wallahualam
Budak Kampung said…
Azli,

Aku rasa Roshatika tu orang KJ

nasihat aku senang aje,

sebelum menasihat azli, elok nasihat SUKJ dulu. Dia bapak maki hamun kepada Mukhriz dan Mahathir.

agak2nya kalau azli belasah Mukhriz mungkin Roshatika ini tak marah.
Anonymous said…
salam...
apa pun satu saja kesimpulan yang saya dapat dari sini, seorang pemimpin hatta penyokong yang baik ialah mereka yang tidak menyentuh sesuatu yang negatif pada pihak lawan.. jangan mengadili orang lain kerana semua itu hanya TUHAN yang tahu.
Kalau KJ banyak kontroversi pun dia sendiri yang kena tanggung padah. Dan apakah Mukhriz betul2 BERSIH? fikirkan..:)
salam..

Pemerhati bebas!
ROSHATIKA said…
Salam Azli dan Budak kampung,

Saya adalah `gurkha parti' dan saya menegur adalah untuk kebaikan parti.

Saya menyokong UMNO adalah kerana ianya payung kepada orang melayu dan bukan kerana pemimpinnya.

Apalah gunanya kita menang jawatan di dalam parti tetapi menanggung kekalahan di dalam pilihan raya.

Oleh itu saya menyeru kepada semua termasuk saya supaya jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh melemahkan parti.

Ingat, selain pertandingan pada PAU mac nanti, kita berhadapan dengan 3 pilihan raya kecil yang telah disahkan dan kemungkinan 2 lagi pilihan raya kecil.

T. kasih
Ano Nyme said…
Saya dapat tahu lebih 60% perwakilan adalah terdiri daripada para kontraktor, selebihnya adalah ahli perniagaan dan juga para profesional.
Melihat situasi begitu saya boleh agak siapa yang mempunyai kelebihan sekarang. Kontraktor dan ahli perniagaan ni kebiasaannya adalah berorientasikan keuntungan...!
azlishukri said…
Roshatika dan Anonymous - saya jelaskan bahawa saya hanya menyatakan yang benar kenapa harus kita marah. Jika sesiapa yang tidak bersetuju, saya mengizinkan saudara meletakkan komen. Saya tidak menyentuh hal yang negatif pihak lawan, saya hanya menyatakan hal yang sebenar, jika mukhriz pada hari ini menggunakan duit, SAYA ORANG PERTAMA YANG MENENTANG BELIAU! maafkan saya bahawa saya harus menegakkan kebenaran. Saudara boleh menghentam saya, tetapi saya perlu cakap hal yag sebenar - kerana saya tidak fanatik kepada sesiapa pun, yang benar dan yang batil sudah jelas.

Saya tidak mengadili Khairy - saya hanya paparkan kegagalan beliau, agar semua perwakilan tahu memilih yang mana baik dan yang mana tidak baik. Kita harus tahu membezakannya. Kita tidak mahu hanya satu pihak sahaja yang menghentam Mukhriz tanpa kita sendiri menilai satu pihak lagi. Ini yang hendak saya jelaskan.
azlishukri said…
Shubhi - sebab itu saya katakan bahawa Khairy dan Khir Toyo tidak boleh menang, kerana fitnah akan melanda UMNO - bagaimana orang yang rendah pencalonnya boleh menang? saya bimbang UMNO akan kalah teruk sekali lagi apabila KJ menenang - hal ini adalah kerana ahli UMNO akar umbi tidak akan berpuas hati, kerana majoriti ahli UMNO inginkan Datuk Mukhriz. Dan bagaimana dengan tiba2 perwakilan berubah hati? apakah mereka tidak amanah membawa aspirasi akar umbi yang sebenar?
ROSHATIKA said…
Salam Azli,

Kita tak perlu emosional dalam hal ini.

Saya bersetuju kalau Azli kata hasrat akar umbi mestilah di tunaikan oleh perwakilan.

Sebab itulah kita semua harus perjuangkan apa yang disaran oleh YBM Ku Li dan Rais Yatim iaitu biar 3 juta ahli UMNO yang memilih pemimpin.

Saya rasa dengan cara itu UMNO dapat diselamatkan dari budaya politik wang.

T. kasih
azlishukri said…
Ya Saya setuju! inilah yang kita semua mahukan, saya tidak emosional saya bercakap dari suara hati saya. Terima kasih atas nasihat dan saling menasihati.
Budak Kampung said…
Saudara Azli dan Saudari Roshatika, saudara berdua nie mcm bercinta sahaja? berbalas-balas menjawab.
caturist said…
Salam Tuan Azli Shukri.

Umum mengetahui tentang senario politik wang ini. Lebih-lebih lagi apabila dekat waktu pemilihan.

Mungkin Tuan boleh buat satu posting berkenaan isu politik wang ini dari pandangan Tuan Azli sendiri.

Apa itu Politik Wang.
Anonymous said…
Salam

Abg Azli, saya agak teruja dengan artikel kali ini. Abg Azli perlu dengan beraninya dedahkan segala perkara yang berkaitan. Orang sekarang takut nak bercakap benar, apa dia orang ingat rezeki ni manusia ke yang bagi. UMNO sekarang tidak ubah seperti lubuk rezeki dan memenuhi tembolok sendiri pada sesiapa yang menyertainya, bukan lagi untuk memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Hanya segelintir sahaja seperti Abg Azli yang masih prihatin dengan masalah yang melanda sekarang. Saya harap mereka dapat memikirkan sebaik-baiknya secara bersama siapakah yang layak untuk memipin serta bagaimana untuk mengatasi masalah ekonomi yang sudah pun menyerang negara.

Pensyarah MPW
azlishukri said…
Budak kampung - kami tak bercinta, kami cuma rakan sepejuangan dan dalam satu parti. Harap maklum.


carturis - saya pun tak terpikir cdangan saudara tu dulu. betul juga akan saya tulis kelak.


Pensyarah MPW - Kenyataan saudara sangat tepat dan benar.
add said…
Cik Roshatika,
Memang benar apa diluahkan oleh MAS, dan disebabkan kata-kata Ros jugalah(apa guna kalau menang jawatan tapi kalah pilihanraya) MAS akan sedaya upaya untuk menjahanamkan KJ dan KT. Kalau DMM menang isnyaallah UMNO jadi relevan dengan syarat semua pemimpin dikalangan pemuda bukan dari kontraktor...kerana perjuangan kontraktor adalah demi "masyuk" bukan demi parti atau bangsa...
Kalau KJ menang,,, konform saya akan pangkah pembangkang dalam PRU 13 nanti.(saya tidak pernah memilih lamban glain selain dari lambang dacing pada kertas undi)...

Kepada KJ, pergilah kau mencari semula sajak al gazali bapak mertua kau tu dan muhasabah diri la atau pun aku lebih rela kau pergi mencari 60 billion yang TPM keluarkan badjet dari kau menang Ketua Pemuda UMNO nanti.. kerana aku sayang pada bangsa dan agama aku sekarang,,,
Anonymous said…
KJ sebelum Ds.AAB menjadi PM saya dan tok wan saya tidak langsung kenal akan KJ ini.

2.Tiba-tiba KJ ini menjadi TKP.

3.Ada berita angin yang mengatakan DS.Hishammudin yang cuba memberi laluan pada KJ untuk jadi TKP,supaya menjadi jambatan untuk nya berhubung dengan pak lah.

4.Berita angin juga ada menyebut bahawa KJ mengatur calon-calon yg pro kepada nya dalam pru 12.Calon2 payong terjun ini kalau di lihat cukup banyak dalam Pru 12.

5.Calon2 payong terjun ini banyak yg kalah.

6.Tentang yg saudara sebutkan tadi dari mana dapat duit,ada berita angin yg mengatakan KJ dapat duit komisyen yg banyak dalam menguruskan ECM Libra.

7.Penjualan saham MV Agusta siapa jadi org tengah,Penjualan saham Pantai hospital kepada temasek siapa org tengah,dan selepas itu DS.AAB mengarahkah khazanah membeli semula dari temasek..makan dua kali lerr.

8.ECM libra melalui anak syarikatnya POS malaysia Untung lebih 20 juta melalui komisyen pembayaran subsidi minyak.

9.Saya fikir KJ ni macam musang berbulu ayam.kalau beliau kalah mungkin beliau pon boleh lompat parti.

10.Untuk pengetahuan saudara saya lebih menyokong Dr.khir toyo jadi Kp malaysia.

11.sebab Dr.khir dari golongan bawahan..anak org miskin anak petani, yang kenal akan susah org bawah.

12.Dr. khir banyak pengalaman, jika nak di bandingkan dengan mukhriz.walaupon saya penyokong kuat bapak mukhriz.
azlishukri said…
add - saya sependapat

Anonymous - satu lagi pendedahan yang jelas dan nyata berkenaan KJ
ROSHATIKA said…
Salam semua,

Bila saya baca komen-komen kat sini, saya rasa seperti tersalah masuk blog Sya-reformis atau blog al-banjari.

Kita semua kena ingat, berhati-hati membuka pekung di dada, kelak kita juga akan menerima padahnya.

Fikir kebaikan parti dan jangan fikir kepentingan peribadi.

Berkempenlah secara berhemah dan terimalah siapa yang dipilih berdasarkan suara majoriti.

Menceritakan kebaikan calon yang bertanding adalah lebih sesuai dan secara tak langsung menaikkan nama parti.

T. kasih
Anonymous said…
Saya setuju dengan saudara Azli bahawa Datuk Mukhriz calon paling layak kerusi Ketua Pemuda. Beliau bijak dan matang berpolitik. Kempen saudara untuk kemenangan Mukhriz harus diikuti oleh semua pemuda yang ingin kepada perubahan drastik dalam Umno. Umno tidak boleh kekal di takuk lama kalau mahu kembalikan keyakinan rakyat. Barisan pemuda adalah aset perubahan utama Umno.
ONE said…
salam,

maaf jika saya sedikit berbeza pendapat dengan saudara..pada saya khiry merupakan seorang yang baik dan dapat memberi pandangan demi kepentingan parti..

layakkah dia untuk menjadi ketua pemuda? persoalan itu biarlah perwakilan yang tentukan nanti..tetapi yang pastinya khiry bukanlah seorang yang gagal..

semoga kerjaya politik beliau terus mekar selepas ini tidak kira apapun keputusan perhimpunan agung nanti..
diharapkan mereka yang menyandang jawatan ketua pemuda akan membawa satu aura baru keatas seluruh anggota pergerakan
APPLE PIE said…
salam bro,
Perwakilan akan tentukan, kita sekadar melontarkan pandangan...Ketiga2 mereka adalah adik beradik dalam UMNO.Siapa juga yang menang Kemenangan tetap pada UMNO...Yang pasti saya dan blog saya adalah penyokong tegar yang tidak pernah dibayar oleh sesiapa bagi menyokong perjuangan "berani Berubah".Semoga Allah memenangkan Calun pilihan kita, InsyaAllah.
Anonymous said…
Kita lihat sahaja apa kehendak akar umbi. Mukhriz telah dicalonkan sebegitu banyak di peringkat akar umbi. Kelayakan pencalonan Mukhriz sbnrnya telah menggambarkan kehendak tulen akar umbi. Kalau perwakilan tiba2 memilih bukan Mukhriz maka akar umbi akan kecewa. Persepsi bahawa perwakilan mengamalkan rasuah akan menghantui akar umbi. Akhirnya UMNO bakal berkubur pada PRU13 nanti. Kalau jadi gurkha kena pastikan menjadi gurka untuk akar umbi, bukan gurkha untuk pemimpin.

-Grassroot-
Anonymous said…
Salam Blogger ONE

Cuba saudara beritahu apa kejayaan KJ. Kami semua hendak tahu.

MPW
PARPUKARI said…
SALAM PERKENALAN TUAN...SAYA BERDOA SEMOGA DATO MUKHRIZ TERPILIH MENJADI KETUA PEMUDA UMNO..

BERANI BERUBAH
Azizahns said…
TERINGAT SAYA DALAM MAJLIS MEMPERKENALKAN CALON SAYAP SAYAP PARTI DI SEREMBAN...

TERDENGAR SUARA...
KALAU JAWATAN KETUA PEMUDA NI JUGA DIUNDI OLEH WANITA DAN PUTERI... SUDAH PASTI MUKHRIZ AKAN MEMENANGINYA..

SAYA SEBENARNYA PUN TAK PASTI KENAPA RAMAI TERUTAMA WANITA DAN PUTERI YANG BERJABAT TANGAN DAN BERGAMBAR DENGAN MUKHRIZ PADA MALAM ITU... MUNGKIN AURA TUN DR MAHATHIR ADA PADA DIA ATAUPUN MUNGKIN DIA SENDIRI PUN ADE KARISMA...

YANG PASTI SEKIRANYA DIBERI PELUANG UNDI MENGUNDI..
PEMIMPIN YANG SAYA PILIH... HAMBLE... SOPAN ... MESRA TETAPI ADE PENDIRIAN TEGAS.
KALAU SUARA BERGEGAR-GEGAR TAPI HABUK PUN TAK DAK.. TAK GUNA JUGA.
add said…
Sdari Ros, kita jangan double triple stndard dalm menilai atau memberi pendapat. Kalu di blog MAS menyatakan buka pekung didada, tapi kalau sdri ros hayati blog upahan KJ... bukan pekung didada lagi di bongkar dan dicacinya,, silap-silap saiz telor pun tahu berapa diameter(maaf la lucah sikit). Ros, disini bukan blog untuk sokong KJ dan bukan tempat untuk menyokong DMM secara membabi buta sebagaimana blogers upahan KJ yang menaikkan nama beliau dan menghunuskan keris pada lawan KJ.Disini blogers ada juga mempertikaikan kelembikan DMM dan ketidak relevan KT secta ketidaksegalanya KJ dalam perebutan kuasa Ketua Pemuda UMNO nanti...
Bila di jenguk blog sdri... mula-mula dah terpampang wajah KJ idola sdri maka dalam hati berkata sah lah sdri Ros adalah pengintip KJ(andaian saya)...kepada ROs kalaulah abe demo jadi perwakilan ke PAU pemuda nanti, tidak salah menyokong KJ sekarang tetapi masa memilih ketua nanti saya merayu dengan rendah diri demi parti (sebagaimana ROs mahukan) supaya menilih DMM sebagai ketua pemuda umno. Kita tidak nafikan cara DMM macam lembik tapi bermaruah dan segala hasil beliau ada hasilnya... tapi KJ memang gah segala -gala nya tetapi hampeh bebenor yop.....kirim sale ko abe demo tu,,, abe demo are mano klate, kawe rama juga ipar duai di klate....
ROSHATIKA said…
Salam Add,

Berbohonglah saya kalau mengatakan saya tidak mempunyai calon pilihan.

Tapi yang pastinya saya tidak pernah mengeji atau membuka pekung pemimpin-pemimpin UMNO.

Ingat, perjuangan kita adalah menjurus kepada `satu suara, satu arah, satu akidah' dan lawan kita yang sebenarnya ialah pakatan rakyat.

Ingat, misi kita yang terbesar ialah menjatuhkan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan membuka pekung mereka.

Oleh itu jangan kita habiskan masa bergaduh kat sini yang akan menyebabkan BPN berpecah belah.

Mesti mereka ketawa melihat kita. Jangan besok kita tengok post di al-banjari dengan tajuk ~ Bloggers BPN bergaduh berebut kuasa.

T. kasih
caturist said…
Roshatika.. kamu memang bersemangat! Punya ciri kekeluargaan.

Bukan macam lelaki.. yg sentiasa 'mendongak' walaupun ketika tidur.
Penggali Kubur said…
Dalam ketiga-tiga calon ketua pemuda tu, nampaknya Mukhriz yang paling okey. Kedua, Khairy. Yang paling tak guna, Khir Toyo.

Timbalan presiden pula, Muhyiddin. Dia sorang saja yang berfungsi sebagai menteri dan berfikiran rasional.

Yang dua lagi (Ali Rustam, Mat Taib) memang tak layak langsung nak pimpin Malaysia. Kita tak tau apa kebolehan mereka ni. Tak ada idea, tak ada wawasan. Tau politiking saja.

Calon presiden, Najib pula memang tak layak pimpin Malaysia. Dia sangat sibuk berpolitik. Malah, di kala dunia berhadapan dengan krisis ekonomi, dia kata "Oh.. Malaysia tak terjejas".

Saya agak hairan mengapa saudara Azli meletakkan Najib sebagai calon presiden terbaik di blog saudara. Harap saudara boleh justify.

Jika sebagai calon presiden UMNO, mungkin dia yang terbaik. Tetapi sebagai menteri, dia gagal.

Harap saudara Azli boleh berhujah di luar sempadan politik bukan dalam tempurung UMNO saja.
PAPA GOMO said…
SALAM BRO...
HIDUP MUKHRIZ...
APA ORANG NAK KATA SEKALIPUN MUKHRIZ TETAP BERSIAH DARI SEBARANG SKANDAL.

APA YANG PENTING MATLAMATNYA DALAM MEMPERKASAKAN UMNO PADA MASA MENDATANG.

BUKAN SEKADAR NAK DUDUK JADI MENTERI...
SENDIRI FIKIRLAH...
APA??
MENTERI BELIA DAN SUKAN KATANYA???
BOLEH BLAH...
ikan emas said…
Salam ,
andainya perlembagaan parti memberi peluang kpd semua pemuda ( atau semua ahli termasuk saya ?)apakah KJ yg akan dipilih ?. Firasat saya dah tentu DMM yg layak. Kenapa ? hai MP Rombau, belajarlah dari teguran !!,
azlishukri said…
Terima kasih atas segala komen pro dan kon dalam blog saya ini berkenaan isu KJ - ingin saya maklumkan bahawa, saya tidak mempunyai apa2 agenda dalam mendedahkan kegagalan KJ atau memuji MM, niat saya hanya satu - sesiapa sahaja yang membawa kebenaran akan saya sokong, dalam konteks ini MM lebih ke hadapan dan menyerlah. Perdebatan antara KJ dan MM tidak akan menguntungkan PR, sebaliknya jika KJ menang ia pasti menguntungkan PR - ini yang kita bimbang, kita mahu pemimpin pemuda yang tidak hanya diterima oleh ahli-ahli UMNO semata-mata, sebalik kita mahu pemimpin umno yang diterima oleh orang melayu di luar UMNO - itu yang penting, tiada maknanya jika KJ menang tetapi pemuda-pemudi di luar UMNO tidak menyokong beliau. Inilah yang perlu kita fikirkan.


Satu lagi saya jelaskan bahawa blog ini bukan blog reformasi Anwar kita sama2 dalam satu parti, tetapi dalam soal kebenaran saya tidak boleh berdiam diri.


Berkenaan mengapa gambar Najib saya pilih sebagai PM - mengikut mata kasar saya, setakat ini kita tidak ada pilihan lain untuk menjadi presiden UMNO dan PM - najib nampaknya lebih menghampiri suara ramai. Walaupun banyak masalah yang sedang beliau hadapi, tetapi saya fikir najib boleh mentadbir jika beliau mendapatkan semula sokongan Tun Mahathir.
Fatin Baharum said…
mukhriz mmg best.
tp, najib mmg yang terbaik, ke?
Anonymous said…
Ketua Pemuda UMNO Malaysia mestilah Datuk Mukhriz Mahathir...saya berpendapat spt tuan juga laaaa!!!!!!!!!!!!!
Anonymous said…
aku tengok tulisan anda ini bagus dan tidak hipokrit. Kau cakap apa yang kau rasa nak buat. dan tulis siapa yang kau sokong. Itu saya tak pertikai. Tapi yang saya tak suka ialah jangan masukkan lagi gambar anda ditiap artikel yang ditulis. Ini boleh mengelikan orang ramaidengan berpandangan untuk projek diri dan angkat bakul sendiri. Cukup dengan gambar yang ada di sepenjuru sebelah kanan. Anda penulis yang bagus dan tidak hipokrit. Jadi jangan masukkan lagi gambar dengan tokoh2 tu. Berdiri dengan kaki sendiri dan jnagan menumpang populariti orang lain. mungkin anda muda. tapi dengarlah dan respon segera kepada pandangan saya ini. ini pandangan saya sebagai orang tua. Please.
Anonymous said…
Betul ker Mukhriz beri 30k kepada perwakilan di Lengkawi? Dengar kata dr sahabat di lengkawi...
Anonymous said…
Saudari Azli,Salam!

Saya berpendapat ..budaya hormat-menghormati dan berlapang dada terhadap seagama dan sebangsa telah bertukar kepada budaya permusuhan dan kebencian akibat dari sifat tidak matang dan fanatik kita(selalu mengingatkan diri saya sendiri)!

Bagi saya perbezaan pendapat tidak harus
Anonymous said…
.....sambungan...
Bagi saya perbezaan pendapat harus tidak jejaskan hubungan baik dan saling hormat-menghormati!

Ketiga2 calon ini punya visi masing-masing.Pertandingan ini pula jangka pendek,terutama menjelang pemilihan nanti!Mengapa saudara perlu memburukkan calon lain secara 'character assasination'?

Apakah saudara berharap segala yg ditulis akan 'ditabur' dan akan 'dikutip' oleh kami penyokong calon lain agar beralih arah utk menyokong pilihan saudara?Klu betul,ini jawapan saya:-

'Papan diketam kayu dipahat,
sudah dipaku jgn dialih,
mata berfikir bijak melihat,
telinga mendengar kisah terpilih!

Jika DMM buat kebaikan pada AMAN MSIA menggunakan wang saku sendiri,baguslah..budi beliau akn dihitung diakhirat kelak!!

Pilihan kita mmg berbeza,tetapi bila kita mampu bertukar2 pendapat secara tertib,saya kira..kita kini hidup di dlm negara yg telah maju dan bertamadun!!

Azli,saya suka pada saudara yg tidak langsung sorok identiti!!Jelas...sungguh berani...,seberani team kami yg sorang tu..SUKJ!!

Salam Setiakawan
azlishukri said…
Shikin harun - saya minta saudara menasihat terlebih dahulu kepada para bloggers penyokong KJ boleh tak? jangan dok nasihat penyokong mukhriz sahaja, kalau apa yang saya tulis tak benar, mengapa perlu takut?

satu lagi pro KJ tunjuk muka lah..
azlishukri said…
kepada pakcik anonymous - jika pakcik geli melihat gambar saya bersama tokoh2 tu pak cik tak payah lah buka blog saya ni lagi, ini rumah saya, saya nak buat apa2 pun itu hak saya, saya rasa saya tak angkat bakul sendiri, masing2 punya rumah.
Budak Kampung said…
ini satu lagi anonymous bodoh lagi bahlul, ini blog azli dia punyai pasai la nak letak gambar apa2 pun, dok jaga tepi kain orang awat?

blogger lain tak kecoh pun. ni tak pernah buat blog, nak kutuk blog orang, piiiiirrrraaah
zedmagel said…
Bro Azli,

Ungkapan adik roshatikah tu, beradap bersopan dan bijaksana. Budak kampung jangan emosi. Bak kata pepatah hari ini kita bercanggah pandangan, esok elok dah kita satu kapal laah. Nanti diorang ketawakan.
Anonymous said…
pelik aku dengan roshatika ni..

sayap wanita takde pulak dia nak bantu mati-matian macam kj nih.

pelik-pelik...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...