Skip to main content

Lagi Pasal Lim Kit Siang

You Cakap Apa Nie Lim Kit Siang?


1. Lim Kit Siang cuba bermain dengan kata-kata manis, kononnya DAP bukanlah parti yang menyeru kepada racis. Beliau cuba mencadangkan kepada DS Najib agar mempromosikan kempen "Katakan Tidak Kepada Perkauman" dalam mensyuarat mingguan kabinet. Malah, menurut juak-juak DAP, 1Malaysia Najib akan gagal selagi beliau tidak serius dalam menangani isu perkauman di Malaysia. Sama ada kita sedar atau pun tidak - "perkauman" menurut tafsiran DAP adalah seperti berikut :

I. Apabila Melayu mempertahankan hak mereka yang tertera jelas dalam perlembagaan - ini akan segera dianggap racis oleh DAP.

II. Apabila kerajaan mengambil tindakan tergas terhadap kaum Cina yang menghina Islam, Sultan mahu pun bahasa Kebangsaan - maka ini juga dianggap racis oleh DAP.

III. Apabila kerajaan mengingatkan semua pihak agar tidak menyentuh Hak Istimewa orang Melayu - maka ini juga dikira racis oleh DAP.

IV. Apabila UMNO mengkritik DAP sebagai parti yang paling berkuasa di dalam Pakatan Rakyat dan PAS hanyalah menjadi pak turut kepada DAP- maka inilah diaggap racis oleh DAP.

V. Apabila Perkasa sebuah pertubuhan NGO Melayu lantang memperjuangkan kepentingan kaum Melayu - akan kedengaranlah tuduhan bahawa UMNOlah yang menjadi dalangnya. Maka, ini juga dianggap racis oleh DAP.

2. Tetapi, apabila terdapat kaum Cina yang menghina negara, lagu negaraku dan bahasa Kebangsaan - ia tidak dianggap salah dan racis oleh DAP, malah akan dipertahankan pula. Sebaliknya, apabila terdapat dua orang guru Melayu yang dituduh kononnya mengucapkan kata-kata kesedaran bahawa orang Cina dan India asalnya adalah pendatang di negara ini - maka riuh-rendahlah satu dunia, kononnya UMNO mengamalkan budaya politik perkauman. Tetapi kita lupa, kerana dasar inilah orang Cina menjadi kaya raya di Malaysia. Kerana dasar ini jugalah orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dengan bangsa lain. Dan kerana dasar ini jugalah, orang Cina di Malaysia hidup aman dan damai.

3. Namun demikian, apabila orang Melayu dinafikan hak dan pembahagian dalam kek ekonomi dan perniagaan yang dikuasai oleh kaum Cina, maka itu bukan racis, tetapi merit. Sama ada kita sedar atau pun tidak - apabila orang Melayu mahu mempertahankan hak mereka yang sah di sisi undang-undang, maka bersegeralah DAP menuduh bahawa itu adalah perkauman - sebaliknya apabila terdapat orang Melayu yang bagus dan berpotensi baik dalam perniagaan, maka alasan merit akan dilakukan bagi menafikan hak mereka. Untuk menaikkan kekuatan orang Cina "isu perkauman" akan dimainkan oleh DAP, agar orang Melayu tertekan dan serba-salah, sekali gus ideologi kesamaratan yang dituntut oleh DAP akan mendapat tempat.

4. Manakala, untuk menjatuhkan kekuatan orang Melayu istilah "meritokrasi" akan digunakan - kononnya orang Melayu lemah berbahasa Inggeris, tidak tahu selok-belok perniagaan dan pelbagai alasan merit lain yang digunakan bagi membuktikan kononnya peniaga Melayu tidak mencapai piawaian merit yang dikehendaki oleh pasaran.

5. Apa-apa sahaja istilah retorik yang dilaung-laungkan oleh DAP, seperti "keadilan", "hak kesamaratan", "merit", "telus dan berintegriti", "kebebasan", "katakan tidak kepada perkauman", "Islam adil untuk semua" dan pelbagai lagi slogan yang sedap didengar oleh telinga rakyat - adalah benar belaka! TETAPI - digunakan di tempat yang salah! Ini Malaysia dan bukan Amerika.

6. Kebebasan yang kita laung-laungkan tidak akan sama dengan kebebasan dituntut di Eropah atau di Amerika. Kebebasan yang kita tuntut pasti ada batasan dan kesesuaian, umpamanya - perkahwinan antara lelaki dengan lelaki sama sekali tidak akan diizinkan di negara ini. Begitu juga dengan hal kebebasan beragama, ia bukan bermaksud bebas menggunakan nama Allah sesuka hati oleh mana-mana agama yang berminat meminjam nama yang Tuhan Maha Agung itu. Keadilan juga ada batasnya di negara ini - adil bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

7. Soalnya, adilkah untuk orang Melayu sekiranya medan perniagaan dan kekayaan ekonomi Malaysia dibolot sepenuhnya oleh kaum Cina? DAP menuntut kesamarataan - mengapa tidak diperbetulkan terlebih dahulu dunia perniagaan dan kekayaan ekonomi Malaysia yang tidak seimbang antara orang Melayu, Cina dengan India? Rata-rata, semua orang mengetahui, perniagaan yang besar-besar di Malaysia dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina - orang Melayu terpinggir dari aspek ini. Mengapa DAP tidak memperjuangkan kesamarataan dalam aspek perniagaan dan ekonomi di negara ini? Dan mengapa memberi fokus kesamarataan hanya dari aspek perundangan, politik dan pendidikan semata-mata?

8. Apabila orang Melayu menyentuh soal pembahagian ekonomi dan perniagaan yang tidak sekata dan seimbang antara kaum Melayu dengan Cina - maka, teori meritokrasi akan digunakan oleh DAP dengan sesuka-hati, kononnya orang Melayu malas, orang Melayu tidak tahu berniaga, orang Melayu tidak pandai berbahasa Inggeris dan pelbagai alasan lagi yang karut bagi menghalalkan penguasaan ekonomi oleh kaum Cina di negara ini.

9. Sebaliknya, apabila menyentuh soal pendidikan, politik dan perundangan - bertempiklah DAP di barisan hadapan kononnya selama ini BN mengamalkan politik perkauman. Apabila melibatkan isu-isu yang berkait dengan politik, perundangan dan pendidikan - para pemimpin DAP pasti akan mengaitkannya dengan perkauman dan bukan dengan meritokrasi. Soal mengapa tidak ramai kaum Cina dan India tidak menyertai sektor awam bukanlah disebabkan oleh tingkat gaji yang rendah semata-mata, malah terdapat faktor lain yang menyebabkan calon daripada kaum-kaum tersebut ditolak untuk menyertai sektor awam, antaranya kegagalan menguasai bahasa Malaysia dengan baik, sama ada dalam peperiksaan SPM, mahupun sewaktu temuduga.

10. Saya cadangkan kepada Lim Kit Siang jika beliau mahu berkempen "Say No to Racism" pastikan terlebih dahulu ahli-ahli DAP menguasai bahasa Malaysia dengan baik dan sempurna. Bahasa Malaysia adalah bahasa penyatuan rakyat di negara ini. Kuasai bahasa itu terlebih dahulu, barulah tiada lagi perkauman di negara ini. Baca tulisan Lim Kit Siang di bawah :


THE COMMON response to my suggestion yesterday that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should propose to the Cabinet meeting tomorrow a nation-wide “Say No to Racism” campaign headed by him to give flesh to his 1Malaysia slogan and policy as well as his “Zero tolerance for Racism” declaration is one of skepticism and cynicism that Najib would do any such thing.

I admit that recent developments do not indicate that Najib is capable of rising to the occasion to prove that he is Prime Minister for all Malaysians and the future of Malaysia instead of being a prisoner of Umno politics and the past.

These developments include:

  • His “Zero Tolerance to Racism” declaration lack credibility and legitimacy as it was preceded by his two-week silence on the racism and seditious outbursts of the two school principals in Johore and Kedah and followed by another two weeks of further inaction against the two errant school principals.

  • Najib’s belated statement two days ago to re-open the controversy over the surau visit of DAP MP for Serdang, Teo Nie Ching saying that she had entered the prayer hall of Surau Al-Huda, Kajang last month when she had already tendered her apology to the Sultan of Selangor for any unintended offence caused, resulting in the statement by the chairman of the sacked Surau Al-Huda committee Azemi Ahmad refuting Najib’s claim that Teo had delivered a “tazkirah” during her visit. Azemi said the Prime Minister had obtained “wrong information” and insisted that Teo had not touched on religious matters and had therefore not delivered a “tazkirah”.

  • Najib’s warning yesterday to Malaysians not to question provisions in the constitution, particularly those related to the “social contract” saying that they had been agreed upon by the nation’s forefathers, without distancing him from the recent escalation of rhetoric of race based on the irresponsible and mischievous equation of the entrenched sensitive provision of Article 153 with the concept of Ketuanan Melayu and New Economic Policy.

If it is most unlikely in these circumstances for Najib to propose the initiative of a nation-wide “Say No to Racism” to end the rise of racist bigotry and religious extremism, is there any Minister concerned enough about the escalating rhetoric of race and religion to propose in Cabinet tomorrow a “Say No to Racism” nation-wide campaign?

Comments

Anonymous said…
Bukan parti rasis? Dap? Berape orang melayu yang jadi ahli dap yang memegang jawatan tinggi? Kit siang, aku rasa dia tak payah lah cakap nak pasal rasis, sebab dia lah bapak pengasas rasis. Takut kalau dia banyak lagi cakap dia dari kit siang jadi sewing kit je.
azlishukri said…
memang benar, semua orang tahu bahawa DAP juga merupakan parti racis tegar di negara ini.
Daeng Danial said…
Tak Payah Cakaplah tentang Racis wahai kaum Cina, kalau betullah kamu semua tidak mengamalkan perkauman:
kenapa di syarikat-syarikat Cina dalam jawatan yg sama pekerja Cina mendapat pendapatan lebih tinggi dari anak Melayu?
Mana pernah kedengaran kontrak-kontrak bangunan swasta dari kaum Cina diberi kepada kontraktor Melayu?
Kenapa harga bekalan barangan kepada peniaga Cina lebih murah dan berbagai kemudahan berbanding bekalan kepada Melayu?
Kenapa peluang-peluang untuk menjadi agen tidak ditawarkan samarata kepada bangsa Melayu?
Kenapa kamu bangsa Cina tidak datang membeli keperluan harian di kedai Melayu?
Ingat ini bukan Amerika yg kamu buat contoh persamaan dengan Malaysia, kami sudah lihat contoh bila kamu memerintah lagi rasis dari Melayu memerintah.
Lihat saja Singapore, kenapa Melayu tidak boleh jadi Perdana Menteri atau Presiden. Jadi Menteri pun potfolio tak penting.
CAKAP TAK SERUPA BIKINLAH LU...

Pilihan Pembaca

Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau. Faktor X Dan Kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam...

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru!

Zaid Ibrahim Presiden PKR Yang Baru! By : Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle As PKR officials confirm that fast-rising star Nurul Izzah Anwar has not qualified for the deputy presidential contest, speculation is rife that FT chief Zaid Ibrahim will challenge her mother for the No. 1 post - which he is bound to lose but insiders say is part of a final plan to leave PKR in a blaze of self-perpetuated glory and to cart away as much sympathy as he can. "He knows he has burnt his bridges and he will go. Isn't it better to be remembered as having quit PKR after failing to win the presidency rather than to be remembered as just another loser in a four or five-cornered No. 2 race?" a veteran PKR watcher told Malaysia Chronicle. In the past weeks, Zaid has shocked his PKR colleagues by unveiling a sinister side of himself that previously was hidden by his liberal speeches and remarks that struck a chord with a small but vocal group of mainly urban Malaysians . Initially, PKR mem...

Najib Pertahankan PERKASA

Najib Pertahankan PERKASA Saya terjumpa sebuah berita yang jelas membuktikan bahawa PERKASA bukanlah sebuah NGO yang ekstrem menurut kaca mata Perdana Menteri. Lantaran itu, petikan berita di bawah ini sudah memadai bagi saya menjawab tuduhan pihak-pihak tertentu, khususnya daripada saudara Khairy Jamaluddin berkenaan PERKASA yang telah dituduh kononnya menjadi penghalang kepada kejayaan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 2 April - Datuk Seri Najib Razak sidestepped a question tonight on whether he was a Malay or a Malaysian first in an interview on satellite news channel Al Jazeera, while defending Perkasa as “not so extreme.” “Well technically, if we talk about the constitution, I am a Malay but I’m comfortable being a Malay in a Malaysian society. And I want us to work towards becoming a truly One Malaysia society. But I’m proud to be a Malay. I’m proud to be a Muslim. But the fact that I’m proud to be a Malay a...