Skip to main content

Hanya Mahathir Mampu Membelasah Lee Kuan Yew


Hanya Mahathir
Mampu Membelasah Lee Kuan Yew
(Sekali-sekali kita baca laporan yang ditulis oleh Malaysia-Instinct di bawah ini)

1. Tuduhan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa Malaysia tidak berlaku adil dan menyisihkan kaum lain langsung tidak berasas sebaliknya penyisihan kaum di republik tersebut adalah lebih teruk dan lebih hebat.

2. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaum Cina yang merangkumi 75 peratus penduduk pulau tersebut menguasai 95 peratus ekonomi negaranya.Sehubungan itu, beliau berkata, Singapura bukan negara pelbagai kaum sebaliknya adalah negara kaum Cina di mana penduduk minoriti tidak mendapat layanan yang sama.

3. "Kuan Yew bercakap mengenai kesaksamaan dan keadilan antara kaum tetapi sebaik sahaja Singapura keluar dari Malaysia, kaum Cina menjadi majoriti dan mendominasi republik itu."Seperkara yang harus diketahui aktiviti membantah atau membangkang kerajaan tidak dibenarkan di Singapura,'' katanya dalam entri terbarunya bertajuk Malaysia according to LKY dalam blognya dihttp://chedet.co.cc/chedetblog/.

4. Beliau mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar New York Times pada 1 September lalu yang mengkritik sistem diamalkan di negara ini dan menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain.Dalam temu bual itu juga, Kuan Yew membayangkan Malaysia mungkin menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura kerana republik itu kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menarik perhatian mereka yang bertanding menentang parti pemerintah PAP akan dikenakan tindakan termasuk diheret ke mahkamah atas tuduhan memfitnah.

5. Sekalipun menang pilihan raya, beliau berkata, mereka tidak berpeluang menduduki kerusi di Parlimen republik itu berbeza dengan parti-parti pembangkang di Malaysia.Malah di Malaysia, empat daripada 13 negeri di perintah oleh parti pembangkang."Di Singapura, PAP terpaksa melantik wakil mereka untuk berperanan sebagai pembangkang,'' katanya.

6. Mengenai tuduhan Malaysia akan menjadi lebih baik dari segi hubungan kaum jika tidak berpisah dengan Singapura, Dr. Mahathir melontarkan soalan:"Adakah kita percaya jika Singapura masih berada dalam Malaysia, masalah perkauman tidak akan berlaku?"Saya juga percaya jika Singapura masih berada di dalam Malaysia, PAP sudah pasti akan menguasai politik negara bersama kaum Cina yang lain.

7. Pada masa itu parti-parti pembangkang tidak akan ada suara. Seorang pun tidak akan berani bercakap apa-apa."Dr. Mahathir berkata, hilang ingatan memang boleh berlaku tetapi membuat kenyataan bahawa Malaysia akan menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura jelas tidak berasaskan fakta sebenar.Dalam pada itu, Kuan Yew dilihat semakin terdesak dan bimbang dengan pengaruh Malaysia di persada dunia sehingga terpaksa mengeluarkan kritikan terhadap negara ini di media antarabangsa.

8. Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa (Centepis), Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, ia dilakukan kerana Singapura mahu kekal dilihat sebagai jaguh dan negara paling akrab dengan Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara.Justeru katanya, tindakan Kuan Yew yang memburukkan tentang situasi hubungan kaum di negara ini dibuat bagi mencemar nama Malaysia di mata dunia."Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hubungan Kuala Lumpur-Washington kini dilihat semakin akrab dan sudah tentu pandangan Malaysia boleh mempengaruhi dasar luar AS."Ia terbukti apabila Washington pernah meminta pandangan Kuala Lumpur dalam usaha negara kuasa besar itu untuk berbaik-baik dengan dunia Islam baru-baru ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

9. Azmi bagaimanapun menegaskan, kerajaan Malaysia serta rakyat negara ini tidak perlu melatah dengan kenyataan Kuan Yew itu kerana masyarakat tempatan dan dunia sebenarnya menyedari keadaan di negara ini tidak seperti digambarkan Kuan Yew.Pakar bahasa dan perpaduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong pula berkata, Kuan Yew tidak layak untuk memburukkan nama Malaysia kerana pemimpin republik itu hanya menjaga sebuah negara pulau yang majoriti rakyatnya berketurunan Cina.

10. Dengan keadaan demografi sebegitu, kata beliau, sudah tentu usaha pembinaan negara bangsa yang dilalui oleh Singapura amat mudah dan berbeza sekali dengan pengalaman yang perlu dilalui Malaysia selama ini.Kok Seong yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM menjelaskan, Kuan Yew selain itu dilihat cuba menghidupkan kembali sentimen 'Malaysian Malaysia' yang tidak berjaya diperjuangkan beliau sehingga Singapura 'dihalau' keluar oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra."Kuan Yew memang berusaha menghapuskan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memakai hanya Artikel 8 sejak sebelum Singapura disuruh keluar dari Malaysia.

11. "Setelah lebih 50 tahun gagal, beliau nampaknya cuba membangkitkan isu itu sekali lagi, namun saya harap tiada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengannya. Artikel 8 perlu dibaca sekali dengan 153, tiada kompromi," katanya.Kok Seong berpendapat, kenyataan Kuan Yew itu ada kaitan dengan cubaan sesetengah pihak di negara ini yang berusaha menghapuskan peruntukan Artikel 153 dalam perlembagaan negara. Sumber : Malaysia-Instinct

Comments

mahathir muda said…
Saudara, sebenarnya saya rindukan cara Dr.M@Dr. Melayu,beliau tidak cakap berapi api di atas rostrum tetapi tegas dalam tindakan. tetapi kini pemimpin melayu ramai yang cakap berapi-api di atas rostrum tetapi hilang jantan dalam tindakan sehingga Melayu diasak.
azlishukri said…
saya juga mempunyai rasa yang sama dengan saudara...
ajijasin said…
salam alaikum...
aku doakan agar Allah Taala
cepat cepat cabut nyawa cina
kurang ajarrr ni!!!
cina sekor ni memang suka nak cari
pasal buat org Melayu Malaysia MARAH!
KALU DAH ASAL KETURUNAN CINA HAI
LOHONG CHEMPIANG!
ITU LA PE'EL PERANGAI!
MAMPUS TAK NAK PULAK!
KALU DAH KAPIR HARBI TU KAPIR HARBI LA JUGAK!
Anonymous said…
mahathir muda

Muhammad Azli Shukri

bro x leh cakap macam tu,nnti lu kena amaran oleh menteri amaran yg cium bontot cina lepas cium keris

tokawe
Boleh sebut contoh siapa pemimpin pasn berapi atas pentas?
jawapan nya : Menteri Amaran Dalam Negeri

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y